Fiqh Muamalat by MUHAMMAD IKHWAN MOHD ZAIDI

Tugasan 2
أنواع الملكية

Tugasan 4
الشفعة

Assalammualaikum ,

سلم قبل كلم

Nama diberi Muhammad Ikhwan bin mohd Zaidi . Saya berasal dari Melaka . Saya merupakan mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di bawah kursus ijazah sarjana muda syariah dan mengambil pengkhususan Fiqh dan Usul. Pada tahun 2 saya telah berpeluang untuk mengambil subjek Fiqh Muamalat IIP2002

Tugasan 1
Dalam kuliah fiqh muamalat dalam tajuk pemilikan , saya dapat mengenali konsep harta dan pemilikan . Kedua -dua ini memainkan peranan penting dalam masyarakat . Dalam topik ini pemilikan atau bahasa arabnya al-milk iaitu hak sah individu atau kumpulan terhadap sesuatu harta.

Harta bukan hanya merangkumi benda fizikal sahaja seperti tanah dan harta benda akan tetapi ia boleh melibatkan hak intelek seperti hak cipta. Pemilikan pula adalah suatu hak yang sah seseorang  terhadap harta tersebut samaada memberi kebebasan untuk menggunakan, menjual atau memindahkan pemilikannya . Walaubagaimanapun , ia juga membawa tanggungjawab terhadap pengurusan dan pemeliharaan harta tersebut

Dalam kuliah tersebut juga menerangkan terdapat dua jenis pemilikan iaitu pemilikan sempurna dan pemilikan tidak sempurna .Secara ringkasnya pemilikan sempurna adalah sesuatu pemilikan yang boleh dimanfaatkan, diuruskan dan sebagainya . Pemilikan seseorang keatas harta tersebut juga berhak dan layak untuk menyewakan,meminjamkan ,menjualkan, menghadiahkan bahkan boleh juga memusnahkan . Pemilikan tidak sempurna pula adalah pemilikan yang terikat dengan tempoh masa dan tempat . Harta tidak sempurna ini hanya bisa berlaku dalam bentuk sewaan , pinjaman dan sebagainya .

Natijahnya , Kuliah pada hari tersebut bukan sahaja menceritakan tentang konsep pemilikan akan tetapi kuliah tersebut juga merungkaikan tentang konsep, jenis ,sebab dan sebagainya .

Wallahu A'lam

Tugasan 3
Dalam topik ahliyah pada kuliah muamalat , dr membincangkan tentang definisi ,pembahagian ahliyah dan sebagainya . Seperti kita tahu ahliyah adalah kelayakan seseorang untuk menerima segala hak atau tanggungjawab yang telah disyariatkan kepadanya

Ahliyah menjadi sesuatu perkara yang penting dalam kebanyakkan aspek seperti jual beli , perkahwinan dan sebagainya malah ia juga menjadi salah satu syarat yang menjadikan sesuatu perbuatan itu sah mengikut islam . Dalam topik ahliyah inimembincangkan mengenai kedudukan ahliyah itu sendiri seperti kelayakan bagi seseorang untuk melakukan perbuatan yang sah dengan mengira beberapa aspek termasuklah halangan-halangan yang menghalang seseorang dari melakukan perbuatan tersebut. Ahliyyah merupakan satu unsur dan keperluan utama yang ditetapkan dalam menetapkan hukum. Kesemua tindakan menuntut kepada kelayakan dan kelayakan ini diambil kira bagi setiap orang yang melaaksanakan sesuatu akad .

Oleh itu, Ahliyyah menjadi sangat penting dalam penetapan hukum untuk menimbangkan sesuatu perbuatan itu sah atau tidak di sisi syarak

هذا فقط مني

Tugasan 6
Kuliah fiqh muamalat dilakukan secara bersemuka , ia menyebabkan lebih mudah difahami berbanding dengan atas talian . Kuliah ini sangatlah memberi kesan kepada saya apabila para pensyarah memberi gambaran contoh yang mudah untuk mahasiswa memahaminya . Dr juga menggunakan bahasa melayu atau bahasa inggeris bagi menerangkan lebih terperinci . Hal ini sangat bagus kerana membuat mahasiswa yang kurang dalam berbahasa arab  seperti saya untuk memahaminya .

(Gambar terakhir bersama dr youcef bensalah )

Tutorial pula dilakukan kadang secara bersemuka dan kadang dalam talian . Dalam toturial pelajar dikehendaki untuk menggunakan bahasa arab jika membuat pembentangan . Tutorial sangatlah membantu saya dalam usaha bercakap menggunakan bahasa arab . Dr youcef ( merupakan dr tutorial saya ) akan baiki atau menjelaskan balik jika pembentang tidak dapat menjelaskan dengan tepat . Satu pesanan dr youcef yang masih saya ingat adalah “ketika kita salah dalam belajar tidak mengapa , kerana salah itu yang membuatkan kita belajar “

Terima kasih kepada dr shahid , dr fahimah dan dr youcef atas ilmu yang diberikan

جزاك الله خيرا

Tugasan 5
Dalam Kuliah fiqh muamalat pada minggu ke-12 menceritakan tentang topik akad , Di bawah topik ini Dr menjelaskan takrif akad ,hukum akad ,hak-hak , jenis-jenis akad dan sebagainya . Di bawah tajuk ini juga saya belajar tentang aib iaitu kecatatan dalam persetujuan . Hal ini membawa maksud terdapat kesalahan atau isu yang mungkin menjejaskan kesilapan sesuatu persetujuan .

Terdapat empat jenis kecatatan antaranya adalah ghalat

( ألغلط) , gubn( الغبن) , taghrir( التغرير) dan ikrah( الاكراه) . saya akan bawakan secara ringkas definisi ghalat iaitu merujuk kepada kesilapan atau penipuan dalam mendapatkan persetujuan . Gubn pula berkaitan dengan tekanan atau pengaruh luar yang memaksa individu untuk bersetuju . Taghrir pula merujuk kepada perubahan syarat-syarat persetujuan tanpa pengetahuan pihak yang memberi persetujuan . Akhir sekali , Ikrah pula melibatkan ancaman atau kekerasan yang mengakibatkan persetujuan yang tidak bebas

Akhir kalam , Dalam topik ini juga menjelaskan tentang hukum sesuatu akad itu samaada sah atau tidak jika padanya terdapat  kecacatan dan hasil pembelajaran ini saya dapat menjelaskan hukum sesuatu akad jika diberikan situasi tertentu .

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم