TEORI PENULISAN GEOSENTRIK DAN HELIOSENTRIK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM by U2002329 STUDENT

KUMPULAN 6
UMI FATIHAH BINTI RAIMI (U2002367)

NURUL FAQIHAH BINTI ABDULLAH (U2002329)

NUR AZIERA BINTI AZMY (U2100423)

FATIN NAJWA BINTI AHMAD HELMI (U2100293)

Teori Heliosentrik menurut pandangan islam
Al-Qur’an yang diwahyukan jauh sebelum teori geosentrik dan teori heliosentrik dikemukakan telah menjelaskan konsep astronomi tentang gerak bumi dan selaras dengan teori Heliosentrik.Aḥmad Musṭafā al-Marāghī dalam Tafsīr al-Marāghī menegaskan bahwa teori Heliosentrik-lah yang sesuai dengan al-Quran dan lahirnya teori Heliosentrik adalah merupakan bagian dari mukjizat al-Quran. Al-Quran merupakan sumber yang paling sahih dan langsung daripada Allah dimana ia memberikan maklumat dan informasi tentang segenap kehidupan termasuklah tentang alam semesta, khususnya yang berhubungan dengan matahari, bulan dan bumi. Terdapat beberapa ayat Al-Quran yang terkait dengan teori Heliosentrik dan ia menyebut berkenaan pergerakan matahari, bulan dan bumi.

Antara ayat tersebut adalah dari surah Yunus, ayat ke-5:

هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ ٱلشَّمْسَ ضِيَآءًۭ وَٱلْقَمَرَ نُورًۭا وَقَدَّرَهُۥ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا۟ عَدَدَ ٱلسِّنِينَ وَٱلْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِٱلْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ ٱلْـَٔايَـٰتِ لِقَوْمٍۢ يَعْلَمُونَ (٥)

Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).

Di dalam ayat ini, Allah telah menyebut matahari dan bulan dan menjelaskan pergerakan setiap benda tersebut pada tempat masing-masing.Ini terbukti apabila kajian saintifik mendapati bahawa bulan mengelilingi bumi dalam tempoh 29 hari. Namun, di dalam ayat ini tidak menjelaskan pergerakan matahari. Tetapi, Allah telah menjelaskan secara khusus mengenai pergerakan matahari di dalam surah Yaasin ayat ke-38:

وَٱلشَّمْسُ تَجْرِى لِمُسْتَقَرٍّۢ لَّهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ ٱلْعَزِيزِ ٱلْعَلِيمِ (٣٨)

Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

Al-Marāghī telah menafsirkan penjelasan bagi kata "لِمُسْتَقَرٍّۢ" dan mengatakan "Sungguh mengagumkan, wahai pembaca al-Qur'an al-Karim yang budiman. Kenapakah al-Qur'an itu ternyata telah menetapkan sesuatu yang kemudian ditunjukkan kebenarannya oleh penemuan sekarang dan membantah pendapat-pendapat yang telah tersebut di masa turunnya al-Qur'an di kalangan para ahli falak dari Yunani, India maupun Cina."

Bukti Teori Heliosentrik selaras menurut pandangan Islam
Bukti yang cukup jelas tentang teori heliosentrik yang selaras dengan pandangan Islam adalah kejadian siang dan malam, seperti yang dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 164 :

إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱخْتِلَـٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ وَٱلْفُلْكِ ٱلَّتِى تَجْرِى فِى ٱلْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ ٱلنَّاسَ وَمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن مَّآءٍۢ فَأَحْيَا بِهِ ٱلْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍۢ وَتَصْرِيفِ ٱلرِّيَـٰحِ وَٱلسَّحَابِ ٱلْمُسَخَّرِ بَيْنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ لَـَٔايَـٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَعْقِلُونَ ١٦٤

Menurut tafsiran Ibnu Kathir " إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْض " "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, " iaitu dalam hal ketinggian, kelembutan, dan keluasannya, serta bintang-bintang yang bergerak dan yang diam, juga peredaran pada garis edarnya; dataran rendah dan dataran tinggi, gunung, laut, gurun pasir, kesunyian, keramaian, dan segala manfaat yang terdapat di dalamnya, pergantian siang dan malam; satu pergi yang lain datang menggantikannya dengan tidak saling mendahului dan tidak sedikit pun terlambat walaupun pada masa yang singkat.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Yasin,ayat 40 :

لَا ٱلشَّمْسُ يَنۢبَغِى لَهَآ أَن تُدْرِكَ ٱلْقَمَرَ وَلَا ٱلَّيْلُ سَابِقُ ٱلنَّهَارِ ۚ وَكُلٌّۭ فِى فَلَكٍۢ يَسْبَحُونَ ٤٠

“ Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya. ” (QS. Yaasiin: 40)

Konsep ini adalah asas kepada model heliosentrik, yang menyatakan bahawa bumi dan planet lain mengorbit matahari sebagai pusatnya. Dalam konteks heliosentrik, putaran bumi yang dijelaskan sebagai gerakan putaran merupakan salah satu fenomena yang menghasilkan perubahan siang dan malam.

Dengan bumi berputar mengelilingi paksinya, nampaknya matahari terbit di ufuk timur dan terbenam di ufuk barat. Perspektif heliosentrik ini menjelaskan bahawa pergerakan ini sebenarnya disebabkan oleh putaran bumi mengelilingi matahari. Oleh itu, penyataan ini menggambarkan prinsip heliosentrik dalam menerangkan pergerakan putaran bumi dan hubungannya dengan kejadian astronomi seperti terbit dan terbenam matahari.

Teori Heliosentrik menurut pandangan astronomi
Teori heliosentrik bermula daripada perkataan heliosentrik yang diambil daripada Bahasa Yunani,“helio” bermaksud  “matahari” dan “sentrik” bererti pusat. Walaupun Copernicus dianggap sebagai tokoh heliosentrik, sejarah telah membuktikan konsep heliosentris telah dikemukakan oleh Aristarchus terlebih dahulu.Aristachus (310 SM-230 SM) merupakan seorang ahli astronomi dan ahli matematik Yunani purba yang membentangkan model pertama bahawa Matahari berada di tengah-tengah alam semesta dan Bumi mengelilinginya. Dia tergolong di dalam sekolah pemikiran Pythagoras, yang berusaha untuk memahami alam semesta dari segi hubungan geometri dan aritmetik. Aristarchus berhujah bahawa kekurangan paralaks tahunan yang diperhatikan dalam bintang tetap boleh dijelaskan, dalam model heliosentriknya, dengan mengandaikan bahawa jarak ke bintang tetap adalah jauh lebih besar daripada saiz orbit Bumi. Pandangan Aristarchus tidak mendapat sebarang sokongan kerana tidak sejalan dengan pendapat Aristotle sehingga menyebabkan teori heliosentrik disisihkan. Tujuh belas abad kemudian, hujah yang sama turut dikemukakan oleh Nicholas Copernicus.

Nicholas Copernicus (19 Februari 1473 – 24 Mei 1543) ialah seorang tokoh astronomi kelahiran Poland yang mengembangkan lagi teori heliosentrik dengan mengatakan bahawa matahari menjadi pusat sistem suria, dan bumi mengelilinginya dalam orbit bulat. Dalam sistem heliosentrik ini, bintang-bintang masih dianggap wujud dalam sfera cakerawala dan juga beredar ke matahari (berputar di tengah), terdapat planet (termasuk bumi) yang sentiasa beredar ke bintang-bintang tersebut di sepanjang laluan bulatan masing-masing.Sistem Copernicus lebih ringkas dan mudah digunakan untuk meramal pergerakan

jasad angkasa daripada Sistem Ptolemy (planet epicycles).Copernicus mengambil masa bertahun-tahun untuk membuat pemerhatian dan pengiraan teliti yang diperlukan untuk penyediaan bukunya “De Revolutionibus Orbium Coelestium” (On the Revolution of the Spheres of Heavenly Bodies), yang menerangkan teorinya secara terperinci dan mengemukakan buktinya. Pendapat Copernicus menyatakan ini dalam bukunya De Revolutonibus menerima kritikan langsung daripada gereja Roman Katolik juga Lutheran.Gereja Roman Katolik mengandaikan teori Copernicus sesat dan tidak mempunyai bukti apa yang menyebabkan bumi mengorbit matahari.

Berikutan pada tahun 1609M,pandangan Copernicus ini telah diteruskan oleh Johanes Kepler.

Johanes Kepler , seorang ahli astronomi dan ahli matematik Jerman abad ke-17, adalah salah seorang tokoh utama dalam revolusi saintifik yang membawa kepada penerimaan teori heliosentrik. Kepler mempunyai pandangan positif tentang heliosentrisme, yang dicipta oleh Nicolaus Copernicus.Kepler mendapati bahawa orbit planet dalam sistem suria adalah elips, bukan bulatan sempurna seperti yang diandaikan sebelum ini oleh model Ptolemaic. Penemuan ini dinyatakan dalam undang-undang pergerakan planet yang dikenali sebagai Hukum Kepler.Kepler berhujah bahawa kepusatan matahari adalah penting, kerana matahari sendiri mesti menyediakan daya penggerak untuk memastikan planet-planet bergerak, dan dia mula-mula menunjukkan hubungan ini secara matematik.

Kepler tahu bahawa semakin jauh planet dari matahari, semakin lama tempohnya, ini adalah salah satu ketetapan yang paling penting dalam sistem heliosentrik.

Melalui pandangan Johannes Kepler dan Nicholas Coparnicus, pandangan heliosentrisme berubah

daripada model semata-mata kepada realiti fizikal kerana susunan model Coparnicus telah diperhalusi dengan asas matematik yang lebih tepat untuk pergerakan planet dalam sistem suria.Selain itu,pemerhatian teleskop Galileo Galilei turut membantu meyakinkan orang ramai bahawa sistem Copernicus sudah tidak mengarut lagi.

Hambali, S. (2013). ASTRONOMI ISLAM DAN TEORI HELIOCENTRIS NICOLAUS COPERNICUS. Al-Ahkam, 23(2), 225. https://doi.org/10.21580/ahkam.2013.23.2.24

Butar-Butar, Dr. A. J. R. (2017). Esai-Esai Astronomi Islam (G. S.Pd.I, M.TH., Ed.) [Review of Esai-Esai Astronomi Islam]. UMSU PRESS.

Syarifah, M. (2018, April 3). The Solar Circulation Concept (In the Perspective of Nicolaus Copernicus in On the Revolutions of the Heavenly Spheres Book and Fakr al-Di>n al-Ra>zi in Mafa>tih~ al-Ghayb Tafsir Book). Digilib.uinkhas.ac.id. http://digilib.uinkhas.ac.id/18820/

Gingerich, O. (1973). From Copernicus to Kepler: Heliocentrism as Model and as Reality. Proceedings of the American Philosophical Society, 117(6), 513–522. https://www.jstor.org/stable/pdf/986462.pdf?refreqid=fastly-default%3A885e6309e9fe92bb911994ed27bff76f&ab_segments=&origin=&initiator=&acceptTC=1

Partillo Jerman, Meteorologienred: Teori Geosentrik

Teori geosentrik (meteorologiaenred.com)

Isa Nahdi, Ade Wahidin, Rumba Triana, 2002, copyright(c), Vol. 1, No. 02 (2021) {Nahdi}

ASTRONOMI DALAM AL-QUR’AN (Studi Tafsir Tematik Ayat Heliosentris dan Geosentris) | Nahdi | Cendikia Muda Islam: Jurnal Ilmiah (staialhidayahbogor.ac.id)

Persoalan : Mengapakah tokoh barat lebih dikenali sebagai pencetus heliosentrik berbanding dengan tokoh-tokoh muslim ?
Antara sebab atau pandangan yang menyebabkan perkara ini berlaku ada tiga.

Pertama,persoalan geosentrik dan heliosentrik tidak menjadi prioriti kepada para ilmuan mulim.Hal ini kerana perkara ini tidak terlalu berkait dengan hal ibadah dan akidah umat Islam.

Yang kedua,kemunculan teori heliosentrik oleh Coparnicus berada pada waktu yang tepat kerana pada abad ke -17,teori geosentrik telah menjadi suatu pegangan kukuh prinsip ajaran gereja.Hasil daripada perdebatan penolakan heliosentrik dan geosentrik,maka beberapa tokoh astronomi yang lain seperti Tycho Brahe,Galilio Galilei,Johannes Kepler,Isaac Newton dan Decartes berperanan mengrungkaikan permasalahan heliosentrik.

Sebab yang ketiga pula,perbahasan heliosentrik tidak terlalu melampau dalam konteks astronomi ketika itu.Ini adalah bagi mengimbangi perbahasan cabang dalam suatu ilmu pengetahuan sebagaimana dalam hierarki keilmuan.

Penulisan tentang teori geosentrik dan heliosentrik menurut pandangan Islam telah membuka minda dan membuktikan kepada kita bahawa tokoh ilmuan Islam telah terlebih dahulu menjumpai kewujudan teori heliosentrik sebelum Nicholas Coparnicus.

Teori yang diterimapakai adalah teori Heliosentrik. Teori ini menegaskan bahawa Matahari adalah pusat alam semesta atau sistem suria dan Bumi merupakan antara objek di langit yang beredar mengelilingi Bumi.

Penulisan "Teori Penulisan Geosentrik dan Heliosentrik Menurut Perspektif Islam" bertujuan untuk melihat perkembangan astronomi dari model geosentrik Ptolemy kepada heliosentrik Coparnichus.Dalam penulisan ini,kita boleh mengetahui perbandingan antara pandangan geosentrik dan heliosentrik dalam konteks sains dan Islam. Secara umumnya,al-Quran bukanlah suatu kitab ensiklopedia sains yang menceritakan tentang pelbagai teori,tetapi al-quran adalah  petunjuk kepada manusia untuk mengkaji fenomena-fenomena tentang alam semesta yang disebut didalamnya.Oleh itu,marilah kita melihat bagaimana pandangan astronomi Islam terhadap teori Heliosentrik dan geosentrik.

Teori geosentrik menurut pandangan astronomi
Memandangkan sedikit yang dapat diketahui mengenai bahagian luar Bumi, diyakini bahawa planet kita adalah pusat alam semesta dan sisa tumbuhan bersama-sama dengan Matahari berputar di sekitar kita. Ini dikenali sebagai teori geosentrik dan penciptanya ialah Ptolemy, ahli astronomi Yunani yang hidup pada tahun 130 Masihi Dengan berlalunya masa diketahui bahawa bintang-bintang mereka tidak berputar dan sebahagian dari mereka adalah planet seperti Bumi. Juga difahami bahawa Bumi itu bulat dan beberapa penjelasan mula diberikan mengenai pergerakan benda-benda langit.

Teori yang menjelaskan pergerakan benda langit sebagai fungsi kedudukan planet kita adalah teori geosentrik. Teori ini menjelaskan bagaimana Matahari dan bulan bersama dengan planet-planet lain berputar di sekitar kita di langit. Dan, sama seperti anda melihat cakrawala dan melihat sesuatu yang rata yang membuat anda berfikir bahawa Bumi itu rata, memikirkan bahawa Bumi adalah pusat alam semesta juga sesuatu yang semula jadi.

Bagi orang kuno ini sangat difahami. Anda hanya perlu melihat ke langit untuk melihat bagaimana Matahari bergerak sepanjang hari, bersama dengan bintang dan bulan. Tanpa dapat melihat planet kita dari luar, mustahil untuk mengetahui bahawa Bumi bukanlah pusat alam semesta. Bagi pemerhati di permukaan, ia adalah titik tetap yang menyaksikan seluruh kosmos beredar.

Ini adalah model yang membentuk alam semesta berhubung dengan kedudukan Bumi. Di antara penyataan asas teori ini kita dapati:

Bumi adalah pusat alam semesta. Ini adalah planet-planet lain yang bergerak di atasnya.

Bumi adalah planet tetap di angkasa.

Ini adalah planet yang unik dan istimewa jika kita membandingkannya dengan objek-objek samawi yang lain. Ini kerana ia tidak bergerak dan mempunyai ciri unik.

teori geosentrik menurut pandangan islam
Firman Allāh Ta’ala dalam Q.S. Yāsin ayat 38 :

َوَٱلشَّمْسُ تَجْرِى لِمُسْتَقَرٍّۢ لَّهَا ۚ

"Matahari beredar di garis orbitnya."(Abdul Aziz Abdul Rauf, 2017)

“Dan matahari berjalan” ayat ini dan seterusnya merupakan bagian dari ayat waāyatul lahum, atau merupakan ayat menyendiri, yakni tidak terikat oleh ayat sebelumnya, demikian pula ayat wal qamara, matahari tidak akan menyimpang dari garis edarnya. Demikian beredarnya matahari itu ketetapan dari Allāh Yang Mahaperkasa lagi Maha Mengetahui tentang makhluk-Nya.(Jalaluddin Al-Mahali dan Jalaluddi As-suyuṭi. (2020) Demikian penilaian Lajnah Daimah, sebagaimana diperjelas dalam fatwa no. 18647, 9247, dan 15255.

Lajnah Daimah bahkan mengharapkan siapa pun untuk meninggalkan hipotesis heliosentris. karena itu hanya hipotesis dan tidak sesuai dengan signifikansi teks Al-Qur'an.

Mengingat pendapat Shaikh Ibnu Bāz: “Telah menyebar di zaman ini di antara penulis dan pengajar bahwa bumi berputar sementara matahari tetap, dan penilaian ini diikuti oleh banyak orang, pertanyaan yang tak terhitung jumlahnya muncul. Mengenai masalah ini. Jadi Aku berkata: "Al-Qur'an dan as-Sunnah hanya sebagai pemahaman para peneliti dan drama TV saat ini tanpa naskah bahwa matahari berputar dalam lingkarannya seperti yang ditentukan oleh Allāh Ta'ala sementara bumi tidak bergerak, yang Allāh telah diatur sebagai tempat untuk tinggal dan Allāh mengatur dengan gunung-gunung sehingga mereka tidak akan bergerak bersamanya.”

Setelah itu Shaikh al-Uthaimin, “Mengenai pandangan kami tentang peredaran matahari mengelilingi bumi yang akan mengubah siang dan malam, kami berpegang pada ẓahir dari naṣ al-Kitab dan as-Sunnah bahwa matahari bergerak mengelilingi bumi yang terjadi pergeseran waktu, siang dengan malam. Jadi ada dalil qoth'I yang bisa dijadikan bukti bahwa ẓahir naṣ al-Kitab dan as-Sunnah, dan pendapat yang mana itu?"

Firman Allāh Azza wa Jalla Q.S. Al-Baqarah ayat 258 :

َفَإِنَّ ٱللَّهَ يَأْتِى بِٱلشَّمْسِ مِنَ ٱلْمَشْرِقِ فَأْتِ

"...Ibrahim berkata: Sesungguhnya Allāh menerbitkan matahari dari timur..."