PATRIOTISME DALAM PENDIDIKAN SEBELUM KEMERDEKAAN DAN SELEPAS KEMERDEKAAN by Sparta Nurul Kook
1. DASAR PECAH DAN PERINTAH
Semasa pemerintahan Kerajaan British di
Tanah Melayu, Kerajaan british telah membawa masuk imigran dari cina dan india
untuk bekerja sebagai buruh di kawasan yang tertentu di tanah melayu. Kaum cina
akan bekerja di kawasan perlombongan bijih timah di kawasan bandar. Manakala,
kaum india akan bekerja di kawasan perladangan getah di kawasan pinggir bandar.
Kaum melayu pula mencari rezeki dengan menjadi nelayan dan petani di kawasan
luar bandar.
Dasar pecah dan perintah telah digagaskan
oleh Kerajaan British di Tanah Melayu menyebabkan perpecahan antara kaum
disebabkan oleh kepentingan British untuk menguasai bahan mentah di Tanah
Melayu. Masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu dikelaskan pekerjaan serta pendidikan
yang berbeza. Dengan itu, Masyarakat melayu,cina dan india pada ketika itu
merasa curiga dan tidak berkomunikasi antara satu sama lain akibat pelaksanaan
taktik kotor oleh Kerajaan British.
Konklusinya, dasar ini telah menyebabkan
hubungan antara tiga kaum majmuk di Tanah Melayu menjadi tidak bersatu padu.
Secara keseluruhannya, dasar ini ternyata berkesan dan efektif untuk menghalang
kumpulan kecil di Tanah Melayu untuk berinteraksi secara natural sesama kaum
semasa pemerintahan British yang menjadi dalang utama goyahnya perpaduan antara
kaum.
2. SISTEM PENDIDIKAN PADA ZAMAN PEMERINTAHAN BRITISH DI TANAH MELAYU
Pada awalnya, pendidikan Melayu tradisional
telah diadakan untuk anak-anak melayu di Tanah Melayu. Pendidikan Melayu
memberi penekanan dalam mempelajari Al Quran dan As-Sunnah serta ilmu
pengetahuan seperti menulis, membaca dan mengira di surau, masjid serta sekolah
pondok. Sekolah Melayu seperti di Singapura, Seberang Perai dan Kuala Kangsar
hanya dijalankan di peringkat rendah sahaja. Tujuan utama sekolah-sekolah
Melayu ditubuhkan adalah sekadar menjadi petani yang lebih baik daripada
bapanya.
Semasa pemerintahan British, sistem
pendidikan Vernakular telah diperkenalkan di Tanah Melayu. Pendidikan
Vernakular bermaksud menjadikan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Sekolah
Vernakular Melayu yang pertama di Teluk Belanga, Singapura. Pada Tahun 1922,
Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan bagi melatih guru-guru di
sekolah Melayu serta menambah jumlah bilangan guru-guru sekolah Melayu yang
berkelayakan. Pada tahun 1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar telah diasaskan bagi
golongan elit Melayu sahaja.
Sekolah-sekolah Tamil didirikan di
sekitar kawasan ladang-ladang getah di mana penduduk kaum india ditempatkan.
Sekolah-sekolah Tamil yang ditubuhkan di bandar telah disediakan oleh pihak
British manakala sekolah Tamil di kawasan ladang-ladang getah pula dibiayai
oleh pengusaha ladang. Pendidikan kaum India berorientasikan negara India
dimana sukatan pelajaran, buku-buku teks serta guru-guru dibawa masuk dari
negara India. Bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar di sekolah Tamil.
Sekolah-sekolah Cina telah dikendalikan
oleh masyarakat mereka sendiri tanpa bantuan daripada Inggeris dengan tradisi
mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa
masyarakat Cina. Pendidikan masyarakat Cina dibiayai oleh saudagar dari negara
China. Ia juga menggunakan sukatan, buku-buku teks serta guru yang dibawa dari
negara asal (China). Dialek mereka telah digunakan sebagai bahasa perantaraan.
Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan
British tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan. Oleh itu,
kerajaan British telah menggubal undang-undang iaitu Enakmen Pendaftaran
Sekolah. Tujuannya adalah untuk sekat komunis di Sekolah Cina serta mengawal
aktiviti sekolah itu.
Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di
Tanah Melayu apabila Penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816. Pada
pertengahan abad ke-19, mubaligh Kristian membantu menubuhkan beberapa buah
sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan-kawasan bandar
dengan bantuan Kerajaan British. Sekolah-sekolah Inggeris yang terletak di
bandar dianggap sebagai sekolah elit dan pelajarnya di kalangan orang atasan.
Kurikulumnya disusun mengikut sistem pendidikan di England. Pendidikan Inggeris
diadakan di peringkat rendah dan menengah. Pada tahun 1928, Raffles college
ditubuhkan dan menawarkan kursus-kursus dalam bidang sastera dan sains di
peringkat diploma.
Konklusinya,
dasar pemerintahan British terhadap perkembangan sekolah Vernakular di Tanah
Melayu menjadikan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India tidak bersatu
padu serta memiliki jurang pendidikan yang berbeza.
3. SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS KEMERDEKAAN
Pihak British mula membuat penilaian, kajian
dan perubahan dasar dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Antara laporan dan
perubahan dasar itu sehingga selepas merdeka ialah Laporan Barnes (1950),
Laporan Fenn-Wu (1951), Laporan Razak (1956) serta Laporan Rahman Talib (1960)
Laporan Barnes (1950)
Sistem
Vernakular yang berasingan hendaklah
dibubarkan dan digantikan dengan satu jenis sekolah yang sama untuk semua kaum
iaitu Sekolah Kebangsaan. Antara cadangan dalam Laporan ini adalah:
Pendidikan adalah
percuma untuk semua kanak-kanak di sekolah Kebangsaan
Sekolah Cina dan
Tamil dihapuskan dan digantikan dengan hanya satu sekolah sahaja iaitu sekolah
Kebangsaan
Sekolah Kebangsaan
hanya menggunakan satu bahasa pengantar sahaja sama ada bahasa Melayu atau
bahasa Inggeris
Sekolah Kebangsaan
ditadbir dan dibiayai oleh Penguasa Pelajaran Tempatan
Hanya bahasa
Inggeris sahaja yang akan menjadi bahasa pengantar untuk sekolah Menengah.
Laporan ini bertujuan mempertingkatkan
bahasa Inggeris serta mengukuhkan bahasa Melayu. Namun begitu, laporan ini
ditentang oleh orang bukan melayu terutama kaum Cina kerana mereka bimbang
pendidikan kaum Cina serta sekolah-sekolah akan terhapus.
Laporan Fenn-Wu (1951)
Laporan
ini diperkenalkan ekoran majoriti kaum Cina yang tidak berpuas hati dengan
beberapa cadangan yang dilaksanakan daripada Laporan Barnes sebelum ini. Di
samping mempertahankan kedudukan bahasa Cina, laporan ini juga ditugaskan untuk
memberi nasihat tentang penyediaan buku teks sekolah Cina yang berorientasikan
Tanah Melayu sebagai satu cara untuk mendekatkan masyarakat cina dengan situasi
kehidupan di Tanah Melayu. Antara cadangan yang dikemukan dalam Laporan ini
adalah:
Dasar pendidikan di
Tanah Melayu hendaklah bermatlamat ke arah pembentukan kewarganegaraan Malaya
Pemaksaan terhadap
rakyat untuk mempelajari satu atau dua bahasa akan menjejaskan perpaduan kaum
Orang Cina sedar dan
akan mempelajari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekiranya bahasa Cina
diberikan keutamaan dalam pendidikan
Sistem pendidikan
Cina mempunyai kelemahan akibat daripada kekurangan bilangan guru-guru serta
tidak mempunyai kelengkapan yang sesuai.
Penubuhan Kolej
Latihan Guru dan Latihan dalam Perkhidmatan untuk sekolah Cina perlu
dilaksanakan bagi memberi latihan kepada guru-guru serta mengatasi kekurangan
guru.
Pihak Inggeris
perlulah memberi dan menambah bantuan kewangan kepada pentadbiran Sekolah Cina
Pihak Inggeris kemudiannya menyatukan
kedua-dua laporan itu menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan ini telah
menetapkan:
Penubuhan dua jenis
aliran sekolah, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Bahasa Cina dan
Tamil akan diajar sebagai bahasa yang ketiga sekiranya mendapat permintaan
daripada ibu bapa dengan syarat terdapat 15 orang murid dalam bilik darjah
Sekolah Cina dan
Tamil tidak diterima sebagai sistem pelajaran kebangsaan.
Ordinan ini tidak dapat dijalankan kerana
menghadapi pelbagai masalah. Namun begitu, Jawatankuasa Khas telah dilantik
untuk menguruskan dasar yang tercatat dalam Ordinan 1952 melalui 3 objektif,
iaitu:
Penggunaan dua
bahasa secara beransur-ansur di sekolah Vernakular Melayu dan penggunaan tiga
bahasa di Sekolah Cina dan Tamil, supaya sekolah itu beransur-ansur dapat
diserapkan ke dalam sistem sekolah kebangsaan
Kadar kemasukan
murid ke sekolah Kebangsaan Inggeris dihadkan seperti sediakala
Penubuhan pendidikan
Menengah Vokasional
Namun begitu,sehingga tahun 1956, Ordinan
1952 tidak menghasilkan perubahan yang besar kepada dasar pendidikan yang
memberi kepuasan kepada semua pihak. Manakala, kaum Cina telah terus
menguruskan pendidikan mereka sendiri tanpa camput tangan kerajaan dan struktur
persekolahan Melayu tinggal seperti sediakala.
Laporan Razak (1956)
Objektif
Laporan Razak ini untuk melahirkan sekolah yang berjiwa Tanah Melayu dengan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Antara kandungan yang
termaktub dalam laporan ini adalah:
Persamaan sukatan
pelajaran bagi semua sekolah di Tanah Melayu
Bahasa Melayu akan
menjadi bahasa kebangsaan serta sebagai bahasa pengantar utama di sekolah
Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah
Penubuhan satu jenis
sekolah menengah kebangsaan yang terbuka kepada semua bangsa dan menggunakan
satu sukatan pelajaran yang sama
Sekolah rendah
ditukarkan menjadi sekolah kebangsaan
Penguasa Pelajaran
Tempatan ditubuhkan bagi mengelolakan sekolah di Tanah Melayu
Semua guru
diletakkan di bawah satu perkhidmatan professional dan Jemaah Nazir Persekutuan
ditubuhkan
Laporan Razak melambangkan Tanah Melayu telah melaksanakan dasar
perpaduan kaum, dasar demokrasi serta dasar bertolak ansur. Laporan ini
menunjukkan sistem pendidikan telah bertambah maju apabila bertambah bilangan
murid, guru dan sekolah. Sebagai asas untuk melaksanakan usul Laporan Razak,
suatu undang-undang diluluskan iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Razak telah
menjadi asas perkembangan pendidikan di Malaysia selanjutnya.
Laporan Rahman Talib (1960)
Pada
tahun 1960, Jawatankuasa Rahman Talib ditubuhkan untuk mengkaji semula Dasar
Pendidikan Kebangsaan (DPK). Laporan ini adalah kesinambungan daripada Laporan
Razak bagi mengkaji dan menyemak semula kedudukan mata pelajaran agama Islam.
Seterusnya, mengukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan dan memperluaskan peluang
mendapat pendidikan. Antara kandungan utama dalam laporan ini adalah:
Pelajaran rendah adalah
percuma untuk semua kanak-kanak
Semua sekolah rendah
bantuan kerajaan akan digantikan dengan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis
Kebangsaan
Umur berhenti
sekolah dinaikkan kepada 15 tahun
Murid akan dinaikkan
darjah secara automatik
Semua peperiksaan am
di Sekolah Menengah akan menggunakan satu bahasa rasmi sahaja
Pelajaran agama
Islam hendaklah disediakan di semua sekolah bantuan penuh yang mempunyai murid
Islam tidak kurang daripada 15 orang.
Sekolah Menengah
Teknik ditubuhkan
Cadangan yang dikemukakan dalam laporan
ini telah menunjukkan keazaman kerajaan membentuk satu sistem pendidikan
bersifat kebangsaan yang bertujuan memupuk semangat perpaduan antara kaum di
Malaysia. Laporan Jawatankuasa ini telah menjadi asas kepada penggubalan Akta
Pendidikan 1961.
4. ORDINAN 1961/ AKTA PENDIDIKAN
Akta pendidikan 1961 memaktubkan Dasar
Pendidikan Kebangsaan yang telah dilaksanakan sehingga sekarang. Dasar tersebut
diasaskan kepada peruntukan utama dalam Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman
Talib 1960 dan seterusnya melahirkan sistem pendidikan kebangsaan yang terdapat
pada hari ini.
Demi
mencapai perpaduan kaum, Akta ini telah menggariskan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan serta penggunaan
kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua murid. Akta ini menitikberatkan
penghasilan tenaga kerja yang dapat menjana pendapatan negara.
Sejak kemerdekaan, pelbagai usaha
telah dibuat ke arah pembentukan sistem pendidikan kebangsaan dengan tujuan
untuk memupuk perpaduan kaum serta memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan
5. CARA PENYATUAN KAUM MELALUI PENDIDIKAN
Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana
masyarakatnya yang terdiri daripada Kaum Melayu, Kaum Cina, Kaum India serta
rakyat pribumi yang lain. Mereka dapat hidup aman damai, menanam sifat
hormat-menghormati serta bekerjasama berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Sistem
pendidikan yang dilaksanakan sehingga kini adalah sebagai salah satu usaha
kerajaan untuk merealisasikan wawasan negara bagi mewujudkan integrasi nasional
dalam kalangan masyarakat serta meningkatkan perpaduan kaum di negara ini.
Pendidikan juga memainkan peranan penting dalam peningkatan ekonomi negara
serta menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.
Bahasa
Melayu adalah elemen paling penting dalam menyatupadukan masyarakat yang
berbilang kaum di Malaysia. Dengan menggunakan bahasa Melayu ini, perhubungan
erat sesama kaum dapat dijalinkan serta tidak berlaku persefahaman antara satu
kaum dengan kaum yang lain. Mata pelajaran Bahasa Melayu adalah wajib digunakan
di semua sekolah kebangsaan. Manakala, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC)  dan Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil (SJKT) yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing wajib mempelajari
bahasa Melayu
Rancangan Kerajaan untuk menyeragamkan
kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu
sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan
peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar lebih terancang dan teratur.
Kelulusan kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia adalah
menjadi satu keperluan untuk memohon jawatan di Jabatan-Jabatan Kerajaan,
Government Linked Companies (GLC) serta di syarikat-syarikat bumiputera.
Kelulusan Bahasa Melayu juga menjadi syarat untuk menyambung pelajaran pada
peringkat diploma di Universiti.
Sekolah Wawasan adalah tempat yang
terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolah Wawasan
menyediakan ruang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung
kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan serta kemudahan-kemudahan
sekolah yang lain. Mereka berpeluang untuk saling mengenali, hormat
–menghormati serta mengenali budaya dan agama kaum lain. Pada masa ini,
terdapat 6 buah kompleks Sekolah Wawasan yang telah berjaya ditubuhkan iaitu:
Kompleks Sekolah
Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
Kompleks Sekolah
Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Perak
Kompleks Sekolah
Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
Kompleks Sekolah
Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
Kompleks Sekolah
Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan
yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan seperti kemahiran,
nilai-nilai murni, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang harus diterapkan
dalam kehidupan seharian. Peranan kurikulum dalam pendidikan  adalah untuk membina perkembangan pelajar
yang lengkap dari segi jasmani, rohani akal serta emosi. Ia dilaksanakan
melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) mulai pada tahun 1983.
Mata pelajaran pendidikan Islam,
Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan
Moral yang diperkenalkan bagi mengukuhkan pengangan Agama, menanam sifat-sifat
mulia seperti bekerjasama, tolong-menolong dan berfikiran terbuka serta
membentuk tingkah laku yang baik. Maka, semangat perpaduan perlu diterapkan
melalui kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi serta modal para
pelajar.
Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah
elemen yang penting dan harus diberi perhatian kepada pemupukan masyarakat yang
berbilang kaum. Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada keharmonian dan
kesejahteraan negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, negara memerlukan rakyat
yang berpendidikan, berilmu dan semangat patriotisme yang tinggi dan komited
untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam memimpin negara
ke arah mencapai Wawasan 2020.
6. RUJUKAN
1. http://penacikguzura.blogspot.com/2012/04/perkembangan-sistem-pendidikan-di.html
2.  http://bukitserabut.blogspot.com/2011/04/dasar-pendidikan-di-malaysia-pra.html
3. http://www.1malaysia.com.my/en/affiliates/mencapai-perpaduan-melalui-sistem-pendidikan-cemerlang-0
4.  http://sejnotaringkas.blogspot.com/2012/12/bab-10-ting-4.html
7. DIBUAT OLEH:
NURUL SHAHIRAH BT ABD MANAN
(09DHK14F2009)
KELAS: DHK 1A