Batu Bersurat Terengganu by NUR SAKINAH BINTI MOHAMAD ARIFF

Terbentuk prinsip tauhid daripada Batu bersurat
Prinsip Tauhid di dalam batu bersurat mencatatkan tentang Allah dan Rasulullah, oleh itu kita dapat mengesan pemahaman konsep Tauhid Uluhiyya dan Rububiyyah. Tauhid merupakan asas terpenting ajaran Islam.Ia merangkumi beberapa intipati yang lain:

Perbezaan yang jelas antara tuhan dengan makhluk. Tuhan adalah tuhan dan ianya berbeza daripada makhluk dimana makhluk bukannya jelmaan daripada tuhan yang harus ditakuti.

Alam dan makhluk adalah ciptaan Allah yang maha berkuasa secara mutlak, di mana kedua-duanya hanya tunduk dan mentaati Allah semata-mata.

Rujukan
https://www.google.com/search?q=Hubungan+dan+jalinan+diplomatik+dengan+negara+sekitar&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwiC57LFj8feAhUP2o8KHdm2ARYQ_AUIDigB&biw=1366&bih=608#imgrc=_

https://www.google.com/search?q=batu+bersurat+terengganu&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjo5Lf5iMfeAhWBLo8KHZ9WDrgQ_AUIDigB&biw=1366&bih=657#imgrc=pibiEl0a2IPArM:

http://razakschool.utm.my/fathi/wp-content/uploads/sites/154/2017/05/buku-KEINDAHAN-UNDANG-UNDANG-ISLAM.pdf

http://www.jksm.gov.my/index.php/awam/undang-undang-syariah

http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=2286

https://www.goodreads.com/book/show/7054171-syariah-dan-undang-undang---suatu-perbandingan

http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/?p=682

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Teori Kedatangan Islam Secara Langsung dari Tanah Arab
pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam. Apabila mereka sampai di Perlak, mereka mengadap Raja Perlak, Acheh dan berjaya mengislamkan baginda.Baginda Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu denagan mubaligh Quraish itu tadi sementara mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa. Hasl perkahwinan mubaligh Quraish dengan puteri raja tersebut,Allah kurniakan mereka seorang putera lalu diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan Perlak.

Teori Kedatangan Islam Melalui India
.Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan Malabar sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat.

Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Malabar Coast dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Ada pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui daerah Malabar Coast yang terletak di Kerala, India. Fakta fakta ini telah pun di terbitkan di dalam buku Prof Dr Hamka.

Teori Kedatangan Islam Melalui China
Islam telah sampai ke Tanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman bin Affan lagi. Baginda telah menghantar bapa saudara Rasulullah SAW yang bernama Saad bin Abi Waqas ke sana untuk menyebarkan agama Islam di negara China yang luas itu.

Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyyah, Khalifah Al-Walid telah menghantar pasukan tenteranya ke sempadan Negeri China. Ketua pasukan tentera tersebut telah menghadap raja China dan berunding dengannya. Menurut catatan Cina, pada abad ke- ramai penduduk di sebelah selatan negara China khususnya Yunan,China telah memeluk Islam.

Pada suatu masa, berlaku huru hara di daerah Yunan tersebut, lalu ramai Muslim berhijrah ke Asia Tenggara. Antara mereka ada yang menetap di Champa,Kemboja dan ada juga yang menetap di Negeri Pantai Timur Tanah Melayu. Oleh sebab itulah, sesetengah seni bina masjid lama di Kelantan dan Demak,Indonesia mempunyai senibina Cina.

Hubung kait dengan undang-undang Syariah ISLAM
Undang-undang syariah ialah Undang-undang berdasarkan al-Quran dan sunah Nabi Muhammad s.a.w.

Kedatangan Islam di Tanah Melayu pada zaman dahulu dapat dilihat dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 sebelum Masihi.

Batu Bersurat Terengganu bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah dan menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang dan dijalankan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri.

Contohnya, mengendalikan kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka.

Kerajaan Melayu Melaka, misalnya, mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat iaitu Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Hubungan diplomatik dan perdagangan yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina iaitu Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan pertama dengan negara luar di Tanah Melayu. Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming telah mengutuskan Laksama Yin Ching untuk membuat persetujuan perdagangan dua hala.  Catatan sejarah tersebut, Parameswara meras perlu menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan negeri-negeri yang berhampiran.
Sultan Melaka juga memintah Negara China menjadi penaungnya, untuk menjaga keselamatan Melaka terutamanya dari serangan Siam. Baba dan Nyonya yang beragama Islam telah terlahir akibat perkahwinan campur Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po.