Teknik Teater Pembacaan by Lailatul Munirah

DSKP Tahun 5
Standard Kandungan :
2.3 Membaca dan mengapresiasi pelbagai
bahan sastera dan bahan bukan
sastera.

Standard Pembelajaran :
2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya sastera dan karya bukan sastera
dengan pelbagai bentuk penyampaian.

Teknik Teater Pembacaan
Teknik ini melibatkan sekumpulan pelajar yang menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan.

Namun, seorang pelajar akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita.

Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar atau penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.

Cara Mengaplikasikan Teknik Ini :
1. Guru menayangkan cerita "Pada Zaman Dahulu" .

2. Murid perlu menonton video dengan teliti dan perlu mengulas isi penting dalam video tersebut.

3. Guru membahagikan murid kepada 5 Kumpulan. Mereka akan dibahagikan watak masing-masing. Kemudiannya guru membekalkan topeng mengikut watak.

4. Setiap ahli akan mendapat 1 skrip teks cerita Kisah " Tiga Ekor Ayam ".

5. Mereka perlu bahagikan skrip tersebut dengan ahli kumpulan mereka.

6. Seterusnya, mereka diberi masa 5 minit untuk praktis teater "Kisah Tiga Ekor Ayam" tersebut.

7. Setiap kumpulan diminta untuk membuat persembahan.

8. Murid perlu melakonkan watak secara spontan berdasarkan skrip dengan membaca skrip menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

9. Guru membuat kesimpulan daripada persembahan murid.

Lampiran
Tajuk: Kisah Tiga Ekor Ayam

Watak: (1) Arif – Ayam 1

(2) Amira – Ayam 2

(3) Laila   - Ayam 3

| Di pinggir sebuah hutan, tinggal tiga ekor ayam. Satu daripadanya jantan dan dua yang lain betina. Tempat tinggal mereka berhampiran dengan kampung dan sawah. Oleh itu, tiada lah sebarang masalah bagi mereka untuk mencari makanan. Mereka boleh mencari makanan di pinggir hutan. Di samping itu, mereka juga boleh pergi mencari makanan di tepi kampung. Pada musim padi masak pula, mereka boleh pergi ke sawah untuk makan padi.

| Pendek kata, mereka hidup dalam keadaan aman dan bahagia. Ke mana-mana sahaja mereka pergi, mereka selalu bersama-sama bagai aur dengan tebing. Mereka tidak pernah mementingkan diri sendiri. Mereka sering tolong-menolong antara satu dengan lain. Mereka hidup bahagia bersama-sama. Berkongsi makanan bersama, bersusah payah bersama.

| Pada suatu ketika, berlakulah musim kemarau. Tumbuh-tumbuhan banyak yang mati. Pokok-pokok besar pula hanya tinggal ranting. Semua daun telah gugur. Malah, tanaman padi juga banyak yang tidak menjadi. Oleh hal yang demikian, payahlah ketiga-tiga ekor ayam itu hendak mencari makanan. Tambahan pula, cuaca panas sangat terik.

| Ayam pertama | "Apakah ikhtiar kita sekarang?"

| Ayam kedua | "Entahlah! Tidak tahu apa lagi yang harus kita lakukan sekarang. Makanan sudah semakin payah untuk dicari,"

| Ayam ketiga | "Kita harus berjimat-cermat. Tiap-tiap hari, kita mesti makan sedikit sahaja. Makanan yang lebih haruslah disimpan,"

| Setiap hari, mereka terpaksa pergi jauh untuk mencari makanan. Pagi-pagi lagi, mereka sudah keluar mencari makanan. Lewat petang, barulah mereka pulang. Itu pun kadang-kadang mereka pulang dengan perut yang lapar.

| Ada ketikanya, mereka tidak berjaya menemui sebarang makanan. Ada ketikanya, makanan yang ditemui oleh mereka hanya sedikit sahaja.

| Mereka terpaksa berkongsi makan makanan yang sedikit itu

| Ayam kedua | "Kalau musim kemarau ini berterusan, matilah kita sekali ini!"

| Ayam pertama | "Jangan mudah berputus asa! Kita harus tetap bersabar,"

| Pada suatu hari, ayam ketiga berlari pulang. Ketika itu, ayam pertama dan kedua belum keluar mencari makanan.

| Ayam ketiga | "Wahai kawan-kawanku! Wahai kawan-kawanku!"

| Ayam pertama dan kedua terkejut mendengar jeritan tersebut. Mereka segera pergi menemui ayam ketiga itu.

| Ayam pertama | "Mengapa? Apakah yang telah terjadi?" ayam pertama bertanya dengan perasaan cemas

| Ayam kedua | "Adakah engkau dikejar oleh ular sawa?"

| Ayam ketiga masih tercungap-cungap. Ayam ketiga sangat kepenatan kerana berkejar pulang.

| Ayam pertama | "Mengapa?"

| Ayam ketiga | "Aku terjumpa padi. Masih ada tiga biji padi pada tangkainya,"

| Gembiralah ayam pertama dan kedua mendengar berita itu. Tanpa berlengah lagi, mereka segera pergi ke tempat itu. Melelehlah air liur mereka melihat padi itu. Mereka sangat kempunan hendak makan padi. Sudah lama mereka tidak makan padi. Mereka lalu memetik padi itu.Tetapi sebelum sempat mereka makan padi itu, tiba-tiba ayam pertama bersuara.

| Ayam pertama | "Wahai kawan-kawanku, janganlah kita makan padi ini!" kata ayam pertama.

| Ayam kedua dan ketiga berasa sangat hairan mendengar kata-kata itu.

| Ayam kedua | "Mengapakah pula begitu?" tanya ayam kedua.

| Ayam pertama | "Lebih baiklah kita simpan padi ini. Besok-besok kita boleh tanam padi ini. Apabila berbuah, tangkainya mengeluarkan lebih banyak padi," ayam pertama memberikan cadangan. "Apabila masak bolehlah kita makan," kata ayam pertama lagi.

| Ayam kedua dan ayam ketiga bersetuju dengan cadangan itu. Melelehlah air liur mereka berdua kerana sangat teringin makan padi itu. Tetapi apa boleh buat? Mereka terpaksa patuh pada nasihat tersebut. Mereka lalu menyimpan tiga biji padi itu di bawah tempurung.

| Ayam pertama | "Sang Tikus tidak akan tahu kita menyembunyikan padi ini di sini," ujar ayam pertama.

| Mereka sangat gembira.

| Pada sebelah malamnya, ayam pertama berasa sangat lapar. Perutnya terasa sakit kerana tidak dapat menahan lapar. Mahu tidak mahu, terpaksalah ayam pertama mengambil keputusan untuk pergi mengambil padi itu.

| Ayam pertama | "Kalau aku hanya makan sebiji padi, masih ada dua biji lagi yang boleh ditanam," fikirnya dalam hati.

| Tanpa berlengah lagi, ayam pertama segera pergi makan sebiji padi itu. Alangkah gembira sekali hatinya ketika itu. Perutnya sudah terisi, pasti lena tidurnya nanti.

| Tidak lama kemudian, ayam kedua juga berasa lapar. Ayam kedua tidak dapat menahan rasa laparnya. Oleh yang demikian, ayam kedua terus pergi makan sebiji padi itu.

| Ayam kedua | "Aku hanya makan sebiji padi sahaja. Masih ada dua biji padi lagi untuk ditanam," ujarnya dalam hati.

| Tidak lama selepas itu, ayam ketiga pula berasa lapar. Lagipun, sejak siang tadi, ayam ketiga memang sangat terliur hendak makan padi.

| Ayam ketiga | "Tentulah tidak mengapa, kalau aku hanya makan sebiji padi sahaja. Masih ada dua biji padi lagi untuk ditanam, aku juga yang menjumpai padi ini terlebih dahulu. " fikirnya dalam hati.

| Tanpa bertangguh-tangguh lagi, ayam ketiga segera pergi makan sebiji padi itu. Keesokkan harinya, mereka merancang untuk menanam padi tersebut. Hakikatnya, padi yang disimpan itu telah dimakan oleh mereka. Masing-masing tidak mengetahui lagi perihal tersebut.

| Ayam pertama | "Marilah kita pergi menanam padi simpanan kita," kata ayam pertama bersemangat.

| Mereka lalu pergi ke tempat tempurung itu. Tetapi alangkah terkejutnya mereka kerana mendapati sudah tiada sebiji padi pun lagi.

| Ayam pertama | "Aku hanya makan sebiji padi sahaja. Tetapi bagaimanakah dua biji padi lagi itu boleh hilang?" kata ayam pertama.

| Ayam kedua dan ketiga turut menceritakan kisah sebenar.

| Ayam kedua | "Aku pun hanya makan sebiji padi sahaja," ujar ayam kedua.

| Ayam ketiga | "Aku juga hanya makan sebiji padi saja," jelas ayam ketiga pula.

| Ayam pertama | "Itulah sebabnya semua padi kita sudah tiada lagi," sampuk ayam pertama.

| Mereka berasa sangat malu atas perbuatan mereka itu. Mereka berasa sangat menyesal kerana mementingkan diri sendiri. Akibatnya, semua padi itu sudah tiada lagi. Oleh yang demikian, tiadalah dapat mereka menanam padi itu.

| Kemudiannya, mereka mula untuk memaafkan diri masing-masing kerana mereka terlalu lapar sehingga tidak tahan lagi. Pada tengahari itu, mereka terus berjalan ke pinggir hutan untuk mencari makanan supaya mereka dapat terus hidup. Ini kerana musim kemarau masih lagi berlanjutan. Jadi mereka mengambil keputusan untuk terus berusaha mencari makanan.

| Ayam pertama | “Aku berasa sangat haus”, keluh ayam pertama.

| Mereka terus berjalan, sehingga terlihatnya arus sungai yang agak deras di hujung hutan itu.

| Ayam ketiga | “Wahai rakan-rakanku, disitu terdapatnya sungai, kalian boleh hilangkan kehausan dengan air sungai yang enak itu”, kata ayam ketiga kepada ayam yang lain.

| Ayam kedua | “Ayuh, marilah minum air ini supaya kita dapat tenaga untuk terus mencari makanan simpanan untuk musim kemarau ini, sudah tidak terdaya dah ni” kata ayam kedua.

| Kemudian, mereka segera menuju ke situ dan menghilangkan kehausan dengan menikmati keenakan air sungai tersebut. Lalu, mereka kepenatan dan tertidur di sebuah pohon yang berdekatan dengan alur sungai itu. Sedang, mereka tidur. Ayam kedua pun bermimpi berjumpa dengan sebuah sawah yang amat besar dan terdiri daripada padi yang sangat berisi dan gebu. Padi yang sangat enak itu untuk dijadikan santapan. Tiba tiba, ayam kedua itu pun terjaga dari tidurnya. Dia tergesa-gesa menggerakkan kedua-dua ekor ayam untuk bangun.

| Ayam kedua | “Wahai rakan-rakanku , bangunlah aku ada bermimpi tidak jauh dari sini, terdapat sebuah sawah yang sangat besar dan luas. Dipenuhi dengan padi yang sangat berisi dan enak untuk kita makan. Jadi ayuhlah kita teruskan perjalanan kita ini”, kata ayam kedua kepada ayam pertama dan ayam ketiga itu.

| Ayam ketiga | “Benarkah wahai rakanku? Wah, aku tidak sabar untuk menikmati padi yang enak itu bersama-sama”.

| Melelehlah air liur mereka pada ketika itu.

| Ayam pertama | “Wah, benarkah mimpimu itu wahai rakanku? Entah-entah itu hanyalah mimpi semata-mata, tapi tidak mengapalah kita cuba berusaha bersama-sama untuk mencarinya bersama” kata ayam pertama dengan nada yang lembut

| Ini kerana, mereka sangat letih dan penat setelah seharian tidak mengisi perut.

| Mereka pun mula berjalan bersama-sama dengan penuh keyakinan bahawa akan adanya sebuah sawah yang luas terbentang. Setelah berjam-jam mereka berjalan. Tiba-tiba, mereka bertiga ternampak sebuah sawah padi yang diimpikan.

| Ayam kedua | “Adakah mimpiku tadi merupakan petunjuk dari Allah kepada kita? Aku sangat bersyukur dengan semua ini “ sambil menangis si ayam kedua itu mula bersuara.

| Ayam ketiga | Ya, mungkin ini petunjuk daripada Allah atas berkat kesabaran kita berusaha mencari dengan penuh sabar dan tidak berputus asa. Alhamdulillah, aku turut bersyukur.

| Ayam pertama | “Alhamdullilah, aku sangat bahagia dengan limpahan ini” ujar ayam pertama.

| Kemudian mereka berpelukan sesama sendiri selama beberapa minit. Namun, ayam pertama bertanya.

| Ayam pertama  |  “Milik siapakah sawah padi yang luas ini ?” kata ayam kedua.

| Ayam ketiga | “Mari kita cuba mencari tuannya” balas ayam ketiga.

| Lalu mereka pun berjalan hingga sampai ke hujung sawah dan terlihat sebuah pondok yang sangat cantik. Mereka ternampak seekor kura-kura yang sedang berehat di pondok itu.

| Kura-kura | “Hai ayam-ayam,  aku gembira sekali atas kedatangan kalian di sawahku ini, sungguh aku tidak menyangka akan ada yang menjenguk sawahku. Mengapa kelihatan seperti tidak cukup makan sahaja? Alangkah bertuahnya kamu semua kerana padi di sawahku ini baru sahaja masak.” kata kura-kura sambil tersenyum.

| Ayam kedua | “Kami sangat lapar wahai kura-kura, di kawasan kami jauh nun di sana mengalami musim kemarau yang amat dahsyat, jadi sebabkan itu kami berjalan sejauh ini untuk mencari makanan buat mengisi perut kami yang menyanyi minta diisi, bolehkah kami mahukan sedikit padimu untuk membuat santapan?” tanya si ayam kedua kepada kura-kura itu.

| Kura-kura | “Oh begitu, tidak mengapa ayam, kamu makanlah sepuas-puasnya padi ini . Aku harap dengan pemberian padiku ini kepada kamu, kamu dapat menjadi sahabatku dan tinggal disini menemani aku, wahai ayam-ayam”. kata kura-kura kepada ayam-ayam itu.

| Ayam pertama dan ketiga | “Sudah semestinya, kami boleh menjadi sahabatmu wahai kura-kura”, kata ayam pertama dan ayam ketiga secara serentak.

| Lalu mereka berpelukan bahagia. Ketiga-tiga ayam itu pun makan dengan bahagia sehingga tertidur akibat kekenyangan.

| Mereka bertiga serta si kura-kura mula hidup bersama dan menanam padi bersama-sama . Mereka mula hidup bahagia dan gembira selamanya.

________TAMAT _______

Objektif
1. Murid dapat membaca teks "Kisah Tiga Ekor Ayam" dengan penyampaian yang betul dan sebutan yang jelas.