Kumpulan 7 E-Gallery Walk by PISMPBMSJ0922 Cindy Yap Juan

Refleksi daripada Cindy Yap Juan
Selepas melawat e-gallery walk rakan-rakan lain, saya dapat mengenali empat Pertubuhan Kesusasteraan Melayu iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Gabungan Persatuan Penulis Nasional ( GAPENA) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN). Dalam E-Gallery Walk yang disediakan oleh rakan-rakan lain, mereka telah membincangkan peranan keempat-empat Pertubuhan Kesusasteraan Melayu dalam memartabatkan Bahasa Melayu secara jelas dan mendalam. Sebagai contoh, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berperanan untuk memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan. Melalui penghasilan mereka, saya dapat menghuraikan sumbangan yang telah dikorbankan oleh pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Refleksi daripada Chearlyn
Setelah saya melawat ke e- gallery walk kumpulan lain, saya dapat mengenali  tentang DBP atau dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN ) secara lebih terperinci. Bukan itu sahaja, melalui e - gallery walk yang disediakan saya turut mengetahui tentang matlamat penubuhan,  latar belakang pertubuhan yang ditubuhkan, tujuan penubuhan,  objektif dan fungsi pertubuhan tersebut  dibangunkan dengan jelas. Kesimpulannya, e - gallery walk yang dihasilkan  bersama rakan - rakan lain amatlah dapat membantu saya untuk mudah mempelajari pertubuhan- pertubuhan yang ditubuhkan melalui nota yang dihasilkan melalui e- gallery  walk kerana ia sangat mudah difahami serta sangat jelas.

Refleksi daripada Helen Lau Sim Ee
Saya terpilih untuk melawat e galery Kumpulan 3. Berdasarkan e-galery yang telah disediakan oleh kumpulan 3, saya telah berjaya mengenali beberapa Jabatan kerajaan Malaysia yang tidak pernah saya betul-betul mengenali sebelum ini. Yang pertama, saya mendapati bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan sebuah Jabatan Kerajaan yang bertujuan untuk menggerakkan dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa. Selain itu, saya juga mendapati bahawa sejarah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) boleh dibahagikan kepada 4 tahap, iaitu dekad 60an, 70an, 80an dan akhir abad ke-20 serta awal abad ke-21. Seterusnya, saya dapat menghuraikan beberapa objektif Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), seperti menyatupadukan penulis-penulis tanah air yang menulis dalam bahasa kebangsaan dan mengusahakan peluang untuk penulis tanah air untuk memajukan bakat mereka. Antara kegiatan yang dijalankan dalam GAPENA Adalah menjalankan aktiviti ekonomi yang dapat membantu golongan penulis. Di samping itu, saya memahami bahawa Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) berperanan untuk merangka dasar pembangunan kebudayaan, merancang, menyelaras dan mengurus program kebudayaan. Akhir sekali, saya berasa amat bersyukur kerana maklumat yang disampaikan oleh kumpulan 3 terhadap Jabatan kerajaan tersebut cukup jelas untuk difahami. Melalui e-galery ini, saya telah mengetahui bahawa kepentingan jabatan kerajaan dan dapat menghuraikannya dengan jelas. Saya berharap agar semua pihak dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam apa jua yang dijalankan untuk memajukan negara Malaysia supaya negara bertambah maju.

Refleksi daripada Ling yee
Selepas saya melawat e-gallery walk yang disediakan oleh kumpulan 2 dan 6, beberapa jabatan telah saya mengetahui daripada aktiviti ini.  Jabatan yang pertama ialah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), jabatan ini merupakan agensi yang dibawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan yang terdapat di Malaysia. Antara peranannya termasuklah meningkatkan kefahaman dan kecintaan masyarakat terhadap kesenian negara, meningkatkan khalayak fizikal dan maya dalam bidang seni dan sebagainya. Seterusnya, Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu DBP juga dikenali melalui e-gallery walk. DBP adalah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Bukit Timbalan, Johor Bahru sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Matlamat bagi DBP ini adalah untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita yang merdeka dan berdaulat serta mempertahankan imej negara kita. Contoh peranan DBP ini seperti memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan. Selain daripadaJKKN dan DBP, saya juga telah mengenali PENA iaitu Persatuan Penulis Nasional Malaysia. PENA ditubuhkan pada 12 Februari 1961 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan peranannya adalah untuk menganjurkan aktiviti penterjemahan dalam pelbagai bahasa utama di seluruh dunia melalui penyebaran hasil Kesusasteraan Melayu. Akhirnya ialah Gapena iaitu sebuah gabungan persatuan penulis dan budayawan di Malaysia yang berteraskan bahasa Melayu yang ditubuhkan pada 23 Oktober 1970. Tujuannya termasuklah menyatupadukan penulis tanah air yang menulis dalam bahasa kebangsaan, mengusahakan peluang untuk penulis memajukan bakat mereka dan lain-lain. Kesimpulannya, keempat-empat jabatan serta persatuan telah saya fahami berdasarkan penyampaian kawan-kawan lain melalui e-gallery walk ini. Saya telah mempelajari daripada aspek pengenalan, tujuan ataupun matlamat pertubuhan dan aktiviti yang akan dijalankan oleh jabatan-jabatan tersebut.

Refleksi daripada Jovina
Selepas saya melawat E-gallery walk yang disediakan oleh kumpulan 5, saya mengetahui tentang maklumat-maklumat penting berkenaan keempat-empat  jabatan yag ditubuhkan di Malaysia termasukalh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN), Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beberapa info baharu yang dapat saya perolehi melalui lawatan E-gallery walk daripada rakan saya termasuklah latar belakang penubuhan, tujuan suatu penubuhan itu, peranan jabatan yang ditubuhkan serta memorandum yang dinyatakan dalam jabatan tersebut. Maka dapatlah dirumuskan bahawa penubuhan jabatan-jabatan ini bertujuan untuk memartabatkan serta memperluaskan karya sastera Malaysia agar wujudnya pengantarabangsaan sastera Malaysia yang perlu dilihat sebagai satu usaha pembaharuan peradaban sejagat dalam konteks dunia global yang kini mendepani abad ke-21.