ISMAIL MAT HUSSIN & ENG HWEE by KHAIRUL BIN BAHAR

BEYOND BORDER
Acrylic on Canvas

154cm x 224cm

2014

BIODATA ENG HWEE
Nama sebenar beliau Eng Hwee Cu dan Dilahirkan di Johor pada tahun 1967, Eng Hwee Chu lulus dari Institut Seni Malaysia pada tahun 1989, di mana dia kini mengajar. Hwee Chu adalah penerima banyak anugerah utama termasuk hadiah pertama dalam Philip Morris Asean Art Awards pada tahun 1994 dan Painting Painting, Salon Malaysia 3 di National Art Gallery pada tahun 1991. Hwee Chu juga telah mempamerkan pameran tempatan dan antarabangsa yang paling terkenal di Osaka Triennale di Osaka, Jepun pada tahun 2001 dan Triennale Asia Pasifik kedua di Brisbane, Australia pada tahun 1996, serta di Singapura, Hong Kong, Thailand dan Malaysia. Pada awal tahun 2013 Hwee Chu mengambil bahagian dalam "Women In Betweeen: Artis Wanita Asia 1984-2012" di Fukoka, Jepun dengan karyanya "Peranan Wanita". Salah seorang artis wanita kontemporari yang paling terkenal di Malaysia. Karya-karyanya adalah narasi visual tentang "perjuangan dalaman, budaya, tradisi dan perubahannya, perayaan cinta dan perkahwinannya dengan Tan Chin Kuan dan jalan keluar untuk memberontak dan membebaskan diri. Mereka juga merupakan alat untuk mencari kebenaran. " Hwee Chu bukan sahaja meneroka masalah peribadinya melalui karyanya tetapi juga isu-isu yang lebih luas mengenai pengalaman dan peranan wanita dalam masyarakat.

KRITIKAN KARYA PENULIS
Deskripsi
Karya ini dihasilkan oleh Eng Hwee  pada tahun 2014 bertajuk “Beyond Border”, mengunakan akrilik di atas sebuah kanvas. Tema dalam karya ini menunjukkan jurnal visual dalam hidupnya dan mempersoalkan kehidupan kanak- kanak, kebudayaan, sosial dan budaya.. Gaya catan karya ini juga telah menimbulkan keindahan kerana penggunaan warna yang sinonim dalam mengambarkan suasana kehidupan. Kuda goyang, figura berwana merah dan bayangan hitam yang terdapat pada karya merupakan subjek yang sering digunakan dan menjadi simbol dalam karya-karya beliau. Terdapat juga lapan figura perempuan berbaju putih seolah-olah tengah memperhatikan sesuatu serta seorang figura bayi seolah-olah melayang yang sedang memegang kaki figura hitam. Terdapat juga figura lain di dalam karya seperti tiga figura lelaki sedang berada di beranda, empat figura sedang memanjat tiang atau patung serta empat figura sedang bermain bola yang kelihatan jauh didalam karya. Karya ini juga dihiasi dengan sebuah tangga, 3 bingkai gambar serta berlatar belakang rumput hijau, kawasan tandus dan bangunan konkrit. Oleh itu jelas, karya ini banyak menggunakan subjek-subjek dan pelbagai figura bagi menimbulkan suasana kehidupan.

Analisis
Karya ini menggambarkan aspek kehidupan ataupun suasana dalam kehidupan kanak-kanak yang pernah dilalui oleh kebanyakkan orang. Melalui karya ini, gaya yang ditampilkan realisme dan menekankan aspek ketepatan Imej dilukis seperti objek asal atau menyamai objek asal. Ini boleh dilihat melalui figura perempuan yang sedang menaiki kuda goyang. Struktur tubuh ataupun bentuk badan yang dilukis persis seperti manusia biasa meskipun ia diwarna dengan merah dan subjek kuda tersebut juga kelihatan realistik.  Dalam karya ini terdapat unsur harmoni iaitu menggunakan beberapa jenis garisan. Contohnya dalam karya terdapat pada kain baju putih figura perempuan iaitu garisan yang bersifat licin dan lembut serta terdapat juga corak yang berulang contohnya pada bulu kuda goyang. Karya ini juga menonjolkan kuda goyang dan figura wanita berwarna merah dan bayangan hitam hitam iaitu subjek utama dengan keadaan yang agak kontra di sudut tengah dalam karya tersebut. Pengkarya menampilkan figura dalam pelbagai sudut menunjukkan imbangan yang tidak simetri ada pada karya yang telah dihasilkannya.Dalam karya ini juga terdapat unsur dominan. Dari segi penggunaan warna  oleh pengkarya  telah memberikan kesan mendalam dan lebih bebas dan tidak terikat.

Interpretsasi
Melalui pendekatan interpretasi terhadap karya tersebut iaitu mesej yang ingin disampaikan iaitu Hwee Chu menggunakan seninya (BEYOND BORDER) sebagai wahana dalam usaha mencari kebenaran, sebagai cara untuk menyelesaikan masalah peribadinya dan platform untuk membincangkan masalah. Hal ini jelas ditunjukkan Gambaran tentang kuda yang sangat cantik menunjukkan peranan dari ingatan masa kecil tentang seekor kuda mainan yang tidak dapat dimilikinya, kuda itu sebelumnya menandakan kehilangan, kerinduan dan semua yang tidak dapat dimilikinya. Pengkarya memperlihatkan dirinya dengan menunggang kuda melalui figura merah yang menjadi pusat masa lalunya bekerja sebagai representasi dari dirinya yang sebenarnya. Penaklukan kuda secara kiasan dapat disamakan sebagai perjuangan dengan semua pencapaian peribadi dan profesional yang diimpikannya. Manakal bagi figura hitam atau bayangan pada karya mewakili dalaman dirinya, iaitu perasaan dan cabaran yang dihadapi. Pada tangga terbengkalai, walaupun dicat dengan indah, dengan gaya seni bina Nyonya serta  dua penjaga batu Cina mengapit kedua-dua belah tangga melambangkan perpaduan budaya masyarakat Malaysia, penggunaan artifak tradisional mencerminkan tradisi masyarakat. Maksud tersirat daripda figura-figura wanita berbaju putih dengan ekspresi muka tegas berkumpul di sebelah kanan karya bagi adalah gambaran masyarakat umum yang sering mengata berkenaan perjalanan hidup seseorang untuk berjaya. Oleh itu jelas, karya ini banyak mengandungi mesej berkenaan kehidupan pengkarya.

Pertimbangan
Dari segi pertimbangan dalam karya “Beyond Border” (2014), pengkarya berusaha menyampaikan perjalanan hidup yang telah dihadapinya.  Ini dapat dilihat dalam karya ini berdasarkan konsep pengayaannya terhadap subjek seperti figura berwarna merah merujuk kepada diri pengkarya, bayang hitam menunjukkan cabaran dan perasaan, figura-figura berbaju putih sebagai orang yang sering memerhatikan kegiatannya.  . Hal ini jelas menunjukkan karya tersebut berjaya kerana pengkarya dapat menilai sendiri terhadap kekuatan karya yang dihasilkan melalui diskripsi, analisis dan interprestasi pada karya.  Hal benda yang terdapat dalam karya berjaya menjelaskan bahawa karya ini menunjukkan kehidupan bermasyarakat yang mana setiap figura mempunyai kegiatan masing-masing.  Dari segi aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan dalam karya seperti penggunaan warna yang berulang, susun letak subjek, penegasan pada figura berwarna merah, serta pengulangan dari sedi warna dan garisan sangat menimbulkan lagi mood kita apabila melihat karya ini.  Jelaslah, karya ini berjaya dalam menyampaikan mesej berkenaan  kehidupan yang telah dialami pengkarya dan kita sebagai orang yang melihat karya ini mampu memahami makna dan mood dalam  perjuagan hidup  pada karya dan mampu memancarkan harapan dan antisipasi untuk fasa seterusnya dalam hidupnya, dan meninggalkan rasa tidak sabar kepada peminatnya untuk apa yang dia lakukan akan datang.

BIODATA ISMAIL MAT HUSSIN
Ismail Mat Hussin merupakan seorang pelukis batik yang paling senior di Malaysia.Beliau dilahirkan di Pantai Sabak,Kota Bharu,Kelantan pada tahun 1938. Minatnya terhadap seni tercetus semasa dia menghadiri kelas seni lukis mingguan di bawah mentornya iaitu Nik Mahmood di Sekolah Melayu Padang Garong di Kota Bharu dari tahun 1954 hingga 1955. Beliau telah menjadi artis sepenuh masa pada tahun 1968 sehingga dia mula bekerja sebagai pereka grafik merangkap ilustrator dengan Syarikat Percetakan Dian di Khota Bharu dari tahun 1979 hingga 1991. Beliau juga merupakan anggota Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) dan Persatuan Senilukis Kelantan (PESENI).Pada 3 tahun kemudian, beliau mengambil risiko untuk mengambil bidang lukisan sepenuh masa.Beliau mempelajari lukisan batik dengar mentor nya,Khalil Ibrahim.

KARYA
Tumbuk Padi

Batik Painting

1990

99 x 107 cm

KRITIKAN KARYA PELUKIS
Deskripsi

Karya ini bertajuk “ Tumbuk Padi” dihasilkan oleh seorang pelukis bernama iaitu Ismail Mat Hussain.Karya ini dihasilkan pada tahun 1990  bersaiz 99 x 107 cm.Karya ini menggunakan teknik  batik painting. Karya ini menunjukkan suasana di kampung dimana terdapat lima orang figura wanita yang kelihatan sedang melakukan aktiviti. Aspek utama yang ditekankan dalam karya ini ialah dua orang figura wanita sedang melakukan aktiviti menumbuk padi bagi menggambarkan tentang tajuk karya ini sendiri iaitu “ Tumbuk padi”.Kelihatan juga tiga orang figura wanita di belakang yang sedang duduk di anjung tangga rumah. Timbulnya unsur kreatif pada karya ini apabila pakaian yang dipakai oleh figura wanita ini majoritinya ialah kain batik iaitu bagi mengambarkan pemakain wanita pada masa itu . Selain itu, bagi menguatkan lagi persekitaran kampung, pengkarya telah meletakkan unsur-unsur seperti rumah yang diperbuat daripada kayu  papan yang dapat dilihat dengan jelas material dan terdapat satu tangga kayu dihadapan rumah itu bagi mengambarkan rumah di kampung. Kelihatan juga satu sangkar burung yang tergantung di halaman rumah.Terdapat juga dua ekor ayam yang sedang memakan sisa-sisa padi yang telah ditumbuk.

Analisis
Dari segi analisis karya, pengkarya telah mengetengahkan kehidupan tradisional masyarakat melayu yang bertajuk “Tumbuk Padi” yang menekankan kesan mozek dan lukisan batik pada karya beliau.Dari segi penggunaan warna, pengkarya menggunakan campuran warna panas dan sejuk. Warna yang digunakan menimbulkan kesan yang harmoni yang dapat dilihat pada pakaian, figura dan alatan yang mewujudkan kesan dan suasana tradisional dalam karya ini  serta mempunyai kaitan dengan emosi atau psikologi. Penggunanaan warna gelap dan cerah menghasilkan kesan bentuk yang ketara pada objek-objek seperti lesung tangan,tangga dan rumah. Selain itu, unsur seni yang digunakan adalah garisan kasar dan lembut pada yang dapat dilihat pada figura wanita dan kedutan pakaian.Pengkarya juga telah mengetengahkan unsur ruang dalam seperti yang dapat dilihat kedudukan antara haiwan (ayam), figura wanita, alatan , rumah dan lain-lain. Ruang terhasil daripada komposisi susunan atau  kedudukan hal benda terdapat pada karya ini. . Nilai refleksi dari unsur kecerahan dan kegelapan yang dihasilkan oleh warna dan jalinan dapat dilihat pada pada bahagian bawah rumah yang kelihatan gelap berbanding bahagian lain kerana pantulan daripada cahaya matahari. Kepelbagaian pula wujud menerusi hal benda atau objek-objek seperti rumah, figura wanita, haiwan, alatan dan lain-lain. Hal ini menujukkan perbezaan kadar banding antara hal benda yang diketengahkan oleh pengkarya menghasilkan kepelbagaian yang tepat dan menarik. Kadar banding yang dihasilkan juga dapat membolehkan penonton membezakan saiz antara hal benda yang digunakan adalah berbeza dan dapat menghasilkan kesan yang harmoni pada karya ini.

Interprestasi

Bahagian ini menceritakan tentang hasrat yang tersurat mahupun tersirat dari apa yang pengkarya ingin sampaikan pada karyanya.Menurut karya Ismail Mat Hussin, beliau mengetengahkan cara hidup tradisional masyarakat melayu di perkampungan seperti aktiviti harian yang dilakukan oleh mereka. Terdapat beberapa figura wanita yang memakai pakaian tradisional iaitu baju kurung Kedah dan kain Sarong/batik dan sambil melakukan aktiviti harian di hadapan rumah mereka. Dua figura wanita sedang menumbuk padi dengan menggunakan alatan tradisonal iaitu lensung tangan. Tiga figura wanita yang sedang duduk di anjung tangga rumah sambil bersembang dan salah seorang daripada mereka sedang melipat pakaian. Hal ini menunjukkan kehidupan seharian yang dilakukan oleh penduduk kampung yang sederhana. Di samping itu, pengkarya menunjukkan kehidupan bermasyarakat di kawasan kampung dimana kedudukan antara rumah-rumah adalah berdekatan antara satu sama lain bagi menunjukkan sifat masyarakat yang hidup berjiran yang erat dan menjalinkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Terdapat dua ekor ayam yang sedang mematuk taburan padi di atas tanah dan sangkar burung yang digantung dihadapan rumah bagi mengambarkan penduduk kampong yang menternak binatang. Isi tersirat yang terdapat dalam karya ini ialah sikap tanggungjawab seorang ibu dan isteri dalam menjaga rumah tangga. Kebanyakan wanita di perkampungan merupakan suri rumah tangga sepenuh masa.Oleh itu, aktiviti seharian mereka banyak dilakukan untuk menguruskan rumah tangga seperti memasak, menjaga anak-anak, mengemas rumah dan lain-lain.Selain itu, ada juga yang mengambil upah atau membantu suami yang bekerja sebagai petani dengan membantu memproses padi yang telah masak untuk simpanan bekalan makanan keluarga atau sebaliknya.

Pertimbangan

Kesimpulannya, karya yang bertajuk “Tumbuk Padi” ini berjaya menampilkan tema kehidupan tradisi masyarakat melalui olahan imej yang mempunyai unsur reka bentuk tradisional pada reka bentuk rumah dan pakaian pada figura. Karya ini berjaya menghasilkan lukisan batik yang mempunyai kesan penyampaian maksud tersurat dan tersirat dalam konteks tradisional masyarakat kepada audiens. Pengkarya juga berjaya mewujudkan kesan sejarah dan kesan imbauan masa lalu berdasarkan imej utama, iaitu dua figura wanita yang sedang menumbuk padi menggunakan lesung tangan. Selain itu juga, karya ini dapat menyampaikan maksud tersurat yang mudah difahami oleh audiens berdasarkan imej hal benda yang digunakan seperti figura, alatan, dan suasana yang dapat menimbulkan kesan keharmonian dan dan kepelbagaian.