RIMAU for TITAS by Farah Najwa

BATU BERSURAT TERENGGANU
Batu Bersurat Terengganu dianggarkan berusia 700 tahun dengan ukiran paling tua dan bertulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia membuktikan Islam telah tiba di Terengganu pada 1303 Sebelum Masihi. Penemuan oleh Sayid Husin  bin Ghulam al-Bokhari di tebing Sungai Tersat (SUngai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam telah lama bertapak dan menjadi anutan masyarakat serta pemerintah di Terengganu

TAMADUN ISLAM
Tamadun Islam bersumberkan wahyu iaitu al-Quran dan al-Hadis (al- Sunnah) dan tamadun ini didirikan oleh masyarakat yang digelar dan menggelarkan diri mereka sebagai Muslim. Tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa, budaya atau bersifat kebangsaan semata-mata. Tamadun Islam didirikan dan didukung sama ada oleh bangsa Arab, Turki, Parsi, India, Sepanyol, Melayu dan sebagainya yang dianggap saling melengkapi atau dikenali sebagai kesatuan ummah dan berpegang kepada unsur penyatuan iaitu konsep tauhid (meng-Esakan Allah s.w.t.).

1. Hubungkait dengan Undang-Undang Syariah Islam
Dalam Batu Bersurat Terengganu tercatat beberapa keterangan yang utama, merangkumi pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi yang disertakan dengan pelaksanaan undang-undang Islam oleh Mandulika bertarikh 22 Februari 1303M. Bagi D.G.E. Hall, perundangan Islam telah bertapak lebih daripada seratus sebelumnya. Ada keterangan tentang Allah dan Rasul, disamping bukti bahawa sistem perundangan Islam berupa gabungan antara undang-undang adat dan Islam. Ia membabitkan 9 atau 10 hukum dalam bidang mu’amalat – tentang hutang puitang, undang-undang keterangan, hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman dan hukuman bagi kesalahan zina. Namun begitu, sebahagian besar keterangan ini kurang lengkap dan agak kabur kerana kehilangan sebahagian besar serpihan batunya.

2. Hubungkait dengan Sejarah Perkembangan Islam di Nusantara
Tidak ada jawapan yang tepat bagi memastikan siapakah yang pertama sekali menyebarkan Islam di Nusantara kerana tiada bukti sahih yang ditemui bagi memastikan bilakah tarikh kedatangan mereka dan golongan manakah yang terlebih dahulu menyebarkan Islam.

Walaubagaimanapun, dengan berpandukan beberapa penemuan batu bersurat dan catatan sejarah yang dibaca, ahli-ahli sejarawan tempatan telah membuat pelbagai teori kedatangan Islam ke Nusantara . Berikut adalah teori yang dikatakan ahli sejarawan tempatan.

3. Hubungkait dengan Hubungan dan Jalinan Diplomatik Negara Luar
Sarjana tempatan dan barat turut bersetuju dengan teori kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah dari negara China. Ini kerana terdapatnya bukti yang menyokong pendapat tersebut. Antara bukti yang menyokong pendapat mereka adalah penemuan Batu Bersurat di Terengganu. Memandangkan Terengganu terletak di panati timur Tanah Melayu, maka dengan terjumpanya batu tersebut di situ menunjukkan bahawa Islam telah sampai dari arah Timur, dan sarjana setuju menyatakan ianya datang dari China, Hainan atau Champa. Walaupun pada batu bersurat itu tertera tulisan jawi, pendapat yang mengatakan bahawa ia datang dari Tanah Arab tidak dapat menyaingi pendapat yanag mengatakan ianya datang dari China. Ini kerana negara China telah pun menerima Islam lebih awal dari negara lain di Timur kerana pada zaman Kerajaan Islam, utusan telah pun dihantar ke China melalui jalan sutera bagi mengembangkan agama Islam.

Hubungan perdagangan antara orang Arab dengan China dikatakan telah berlaku sejak sebelum kelahiran Agama Islam lagi. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti bau-bauan, mutiara, dan batu-batu yang berharga di samping membeli mutiara dan tembikar dari China. Perdagangan antara Arab dan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan antara orang Arab dan China dengan Kepulauan Melayu.