OBSERVATION BY HAZRIL AMRI HASSAN by hazril amri hassan

AKSES & EKUITI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
Ekuiti merupakan salah satu matlamat dalam sistem pendidikan Malaysia sejak kemerdekaan lagi. Masalah ketaksamarataan bukan hanya dihadapi oleh negara kita sahaja malah melibatkan negara-negara lain juga. Pelbagai faktor yang perlu dinilai dan diteliti untuk mengecilkan jurang keberhasilan. Antara faktor yang menjadi punca ketaksamarataan yang sering dikaji adalah antara negeri dan dalam negeri, antara sekolah bandar dengan sekolah luar bandar, mengikut latar belakang sosioekonomi murid, jenis sekolah, dan gender, serta antara sekolah awam dengan sekolah swasta. Berdasarkan laporan Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM, 2013), dari segi ekuiti dalam pendidikan, data terkumpul menunjukkan bahawa jurang masih wujud dalam setiap kategori ini, dengan jurang paling besar disebabkan perbezaan status sosioekonomi murid. Laporan ini dilihat mempunyai keputusan yang menyerupai hasil kajian yang dijalankan oleh Bose & Kantha (2014), Valero, Graven, Jurdak, Martin, Meaney & Penteado (2014) dan Wang, Li & Li (2014) dimana status sosioekonomi mempunyai peranan yang besar dalam mempengaruhi pencapaian pelajar. Ini menunjukkan bahawa dari segi ekuiti dalam pendidikan, status sosioekonomi masih menjadi faktor utama dalam keberhasilan murid.

Revolusi Industri 4.0 merupakan sesuatu yang agak baru di negara kita. Menurut Park (2017), bermula dengan Revolusi Industri Pertama 1760-1830, jentera-jentera digerakkan menggunakan kuasa wap untuk kerja-kerja yang tidak terdaya oleh kudrat manusia. Maka terciptalah enjin berkuasa stim yang membawa kepada perubahan besar dalam aktiviti industri. Diikuti pula dengan Revolusi Industri Kedua pada sekitar 1870-1914 dimana perkembangan teknologi melibatkan kuasa elektrik. Kuasa elektrik jelas membawa satu lagi lonjakan status hidup masyarakat melalui pengilangan besar-besaran sepertimana yang dialami sehingga kini. Revolusi Industri Ketiga yang juga dikenali sebagai Revolusi Digital pula menyusul berasaskan teknologi maklumat dan komputer sebagai tonggaknya. Dengan adanya kuasa eletrik, penggunaan komputer merebak dengan pesat dan membentuk satu lagi gaya hidup baru. Sekarang kita berhadapan dengan Revolusi Industri 4.0 yang menekankan pembinaan teknologi realiti maya tanpa banyak menggunakan tenaga manusia pasti memberikan kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan. Kemunculan Industri 4.0 ini membawa sinar positif bagi mereka yang tahu memanfaatkannya, namun begitu kita perlu mengambil perhatian kerana akses dan ekuiti di negara kita masih terhad. Jurang antara golongan yang berpendapatan tinggi yang mampu memiliki teknologi dan pihak yang tidak mampu (golongan miskin dan bawahan) menjadi semakin luas dan sukar untuk dirapatkan apabila kos dan kepesatan teknologi perkembangan begitu cepat. Antara langkah penyelesaian yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah dengan menyediakan 24-jam kemudahan internet pada kelajuan sekurang-kurangnya 2-10 Mbps dan sekurang-kurangnya 10 murid bagi setiap alat peranti ICT di semua sekolah (PPPM, 2013). Langkah ini diambil supaya semua pelajar dapat menikmati peluang pendidikan yang sama rata. Sebagai warga pendidik pula, kita perlu berada selari dengan kemajuan dan kecanggihan ilmu serta teknologi.  Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Jacinto & Carreira (2017), Praveen Shaadan & Leong Kwan Eu (2013) and Royati Abdul Saha, Ahmad Fauzi Mohd Ayub & Rohani Ahmad Tarmizi (2010), pelajar menunjukkan sikap yang positif apabila teknologi diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran matematik. Keputusan ini dilihat sejajar dengan Gelombang 2, PPPM (2013) dimana kementerian akan mula meneroka cara inovasi, khususnya tentang pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran terarah kendiri, dapat digunakan bagi memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengambil kira tahap kemahiran atau lokasi murid. Berdasarkan hasil kajian Noor Erma Abu & Leong Kwan Eu (2017), sikap pelajar mempunyai hubungan positif terhadap pencapaian pelajar. Maka, kemahiran guru dalam bidang teknologi adalah penting untuk membantu pelajar-pelajar menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat serta potensi pelajar dan seterusnya memberi kesan positif terhadap pencapaian mereka.

Pendekatan science, technology, engineering and mathematics (STEM) untuk peringkat sekolah semakin mendapat tempat di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (Muhammad Abd Hadi Bunyamin, 2015). Pendidikan STEM adalah antara agenda yang diberikan penekanan dalam (PPPM) 2013 – 2025. Sehubungan itu, pelbagai usaha telah dijalankan oleh KPM bagi memantapkan pendidikan STEM untuk menarik lebih ramai murid menceburi bidang STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum dengan sokongan daripada pelbagai pihak berkepentingan. STEM penting sebagai persediaan kepada murid untuk menghadapi cabaran dan berdaya saing di peringkat global. Selaras dengan itu, salah satu objektif dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan 3 (2017) adalah murid dapat menggunakan teknologi bagi membina konsep, menguasai kemahiran, menyiasat dan meneroka idea matematik dan menyelesaikan masalah. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang pendidik untuk menambahkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi yang secara tidak lansung meningkatkan literasi sains serta teknologi dalam kalangan murid. Penggunaan teknologi dalam pengajaran juga dapat membantu serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan. Kebanyakan negara maju menekankan STEM kerana ia meliputi setiap aspek kehidupan masyarakat dan penyumbang kepada kemajuan ekonomi masa hadapan. Modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran STEM diperlukan untuk negara kekal berdaya saing dan dinamik di peringkat global. Peningkatan enrolmen dan kecemerlangan murid STEM ke peringkat tertiari menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam ciptaan baharu dan inovasi serta dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

Dari segi akses, kita perlu memastikan bahawa setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. KPM berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020 (PPPM, 2013). Dari segi ekuiti pula, sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. KPM berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020 (PPPM, 2013). Pendidik memainkan peranan yang sangat besar bagi mereliasisasikan hasrat KPM ini. Kemudahan yang telah disediakan perlulah dimanfaatkan sepenuhnya serta kemahiran guru dalam bidang teknologi hendaklah sejajar dengan perkembangan semasa demi mendidik anak-anak Malaysia.