TUGASAN INDIVIDU by NUR AKHILA FARHANA BINTI RAZALI

TUGASAN INDIVIDU 2
Obejktif Pembelajaran : Memahami struktur dan fungsi sel haiwan dan sel tumbuhan.

Aktiviti yang akan gunakan adalah dengan menggunkan kaedah TPS (Think, Pair, Share)
1. Saya akan menerangkan secara ringkas dan tidak menyeluruh kepada semua pelajar di dalam kelas.
2. Saya kemudiannya memberikan satu tajuk struktur dan fungsi sel haiwan dan sel tumbuhan yang berbeza kepada setiap pelajar.
3. Saya akan memberi masa selama 10 minit untuk setiap pelajar membuat kajian secara mendalam mengenai tajuk masing-masing di perpustakaan sekolah.
4. Dalam masa yang sama, saya aka menyediakan balang yang berisi nombor yang sama supaya mereka dapat digandingkna dan berpasangan secara rawak.
5.  Setelah masa 10 minit yang diberikan telah pon tamat, saya akan membenarkan mereka mencari dengan masing-masing dan mebenarkan mereka berkongsi mengenai tajuk masing-masing secara lebih mendalam.
6.  Setelah sesi bersama pasingan gandingan masing-masing telah selesai untuk sesi yang pertama, mereka kemudiannya akan digandingkan dengan pasangan yang seterusnya dan berlainan sehingga pada akhirnya mereka semua telah bertemu antara satu sama lain.

TUGASAN INDIVIDU 4

TUGASAN INDIVIDU 3
Remaja merupakan sekelompok individu yang ditakrifkan sebagai individu yang berusia di antara 14 hingga 21 tahun. Individu ini adalah orang yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan kesinambungan manusia sejagat pada masa akan datang. Pada usia remaja, mereka dikatakan sangat naif terhadap perkara – perkara yang menyeronokkan dan selalu ingin mencuba sesuatu yang baharu tanpa memikirkan kesan dan akibatnya pada masa akan datang. Isu yang hangat diperkatakan pada masa kini adalah perlakuan seks bebas ataupun zina. Tidak lupa juga, isu ini adalah isu yang sangat dan harus dititikberatkan kerana ianya merupakan isu yang sering dan agak popular yang berlaku pada peringkat sekolah, university tidak kira jantina, lelaki mahupun perempuan.

Peranan saya sebagai seorang guru bimbngan dan kaunseling apabila berdepan dengan situasi seperti ini adalah dengan mengikuti panduan yang telah disediakan oleh pihak sekolah dan pihak kementerian. Langkah yang pertama, saya akan mendapatkan laporan daripada mangsa itu sendiri. Seterusnya, saya akan mengenal pasti jika mangsa atau pelajar tersebut mempunyai tanda – tanda awal yang tidak menyenangkan dari segi emosi dan fizikal. Tanda – tanda awal ini adalah termasuk perubahan tingkah laku mansa ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp), perubahan emosi yang luar biasa seperti kerap menangis atau murung dan tidak bercakap di dalam kelas, maklumat dari rakan – rakan karib mangsa atau rakan sekelas mangsa dan yang paling pentin adalah daripada guru kelas mangsa. Langkah yang ketiga yang saya akan lakukan adalah mengadakan sesi perjumpaan bersama mangsa secara bersemuka. Saya akan mendengar segala rintihan dan luahan mangsa secara teliti dan adil serta menctat kesemua informasi yang diberikan.

Langkah yang seterusnya adalah dengan memulakan siasatan. Saya akan menghubungi ibu bapa atau penjaga mangsa dan proses perjumpaan secara besemuka dan konsultasi bersama mereka akan dijalankan secepat mungkin. Dalam pada masa yang sama saya, jika mendapat persetujuan daripada pihak ibu bapa, proses pemeriksaan kesihatan secara rapi akan dijalankan di hospital yang berhampiran. Apabila keputusan kesihatan yang dikeluarkan oleh bahagian kesihatan hospital dan menunjukkan bukti bahawa mangsa mempunyai tanda -tanda yang tidak baik, laporan polis akan dibuat oleh ibu bapa dan urusan diserahkan kepada polis secara menyeluruh. Setelah tindakan undang – undang telah diambil kepada pelaku, mangsa akan terus mendapatkan sesi keaunseling agar kesihatan mental mangsa berada dalam keadaan yang baik. Semasa proses penyembuhan dilakukan, saya akan memastikan mangsa sentiasa selamat semasa berada di dalam kawasan sekolah dengan melantik beberapa orang daripada kawan – kawan mangsa agar selalu bersamanya tidak kira masa. Saya juga akan menasihati guru kelas mangsa agar memberi perhatian yang lebih kepada mangsa. Sesi kaunseling akan terus berlangsung sehingga mangsa betul – betul pulih daripada tragedy yang ngeri itu.