Islamofobia by AIN NAJIHAH BINTI AZHARY IPG-Pelajar

Definisi
-Merujuk kepada prasangka, diskriminasi benci, stereotaip dan prejudis terhadap Islam dan penganutnya.

-Pada tahun 1997, badan pemikir British Badan Amana Runnymede (Runnymede Trust) menghasilkan dokumen yang mendefinisikan Islamophobia sebagai "ketakutan dan kebencian terhadap Islam yang membawa kepada ketakutan dan kebencian terhadap umat Islam". Namun begitu, istilah ni digunakan seawal tahun 1980-an, dan digunakan lebih meluas oleh pelbagai pihak sejak serangan 11 September 2001 (JAKIM, 2019).

Kesan
-Orang bukan Islam salah faham tentang Islam sehingga membawa kepada jenayah kebencian, diskriminasi dan tingkah laku prejudis terhadap orang Islam. Ini diburukkan lagi dengan tindakan parti politik tertentu yang menyalahkan Islam atas keganasan yang dilakukan oleh individu dan kumpulan pelampau dan pengganas, walaupun kumpulan ini telah wujud merentasi agama, budaya dan masyarakat. Tindakan individu dan kelompok yang ekstrem ini disebabkan salah faham mereka terhadap agama dan nilai-nilai yang dibawa oleh agama.

-Gerakan anti Islam majoritinya dipelopori oleh Amerika Syarikat, contohnya mantan Presiden Donald Trump sangat lantang dan sering memberi kenyataan yang berbentuk prejudis tentang Islam. Media di Amerika Syarikat seperti CNN dan Fox News didapati berperanan menjadi agen Islamofobia dengan memberikan maklumat yang kurang tepat dan negatif terhadap Islam dan penganutnya. Malah agenda Islamofobia pantas disebarkan melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram bagi membentuk perasaan benci dan takut terhadap Islam (Safian et al, 2020).

ISU 1 - Kemasukan Hadis 40 dalam silibus pendidikan
-Majlis Perundingan Agama Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao bimbang jika pengajian hadis 40 perlu dipelajari oleh orang bukan islam

- mereka mengingatkan bahawa islam harus terbatas dlm majlis rasmi dan urusan peribadi shj

-mereka berkata pendidikan mesti berpandukan perlembagaan dan tidak membenarkan agama mempengaruhi dasar pendidikan

- menunjukkan nampaknya sangat jelas mahu mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan," katanya.

Islamofobia: Antara Persepsi dan Realiti
Islamofobia pada hakikatnya terbina melalui pembentukan persepsi berdasarkan kepada fakta yang tidak tepat atau kurang lengkap. Ditambah dengan propaganda dan gerakan memburukkan imej Islam termasuk sikap dan tindakan segelintir Muslim juga telah meningkatkan persepsi negatif terhadap Islam. Sekiranya dirujuk kepada kajian, laporan dan maklumat mengenai keganasan dan jenayah, persepsi umum mengatakan bahawa Muslim sinonim dengan ’terrorism’ adalah tidak tepat. Fakta membuktikan bahawa keganasan dilakukan juga oleh penganut agama lain. Sebagai bukti, Data ‘mass shooting’ di Amerika 1982-2019 oleh Mother Jones membuktikan bahawa penembak dan pembunuh didominasi pengganas kulit putih. Artikel ini juga merujuk kepada data dimiliki Federal Bureau Investigation, United States mengenai serangan pengganas di Amerika sepanjang 1980-2005.

Fakta oleh FBI ini mengesahkan bahawa serangan pengganas di Amerika didominasi oleh golongan ’Latino’ atau pengganas daripada Amerika Selatan seperti Mexico, Colombia dan lain-lain iaitu 42% diikuti oleh ’Extreme Left Wing Groups’ 24% dan lain-lain 16%. Bahkan pengganas yahudi mewakili 7% yang menunjukkan golongan yahudi adalah lebih ramai melakukan keganasan berbanding Muslim. Data ini secara jelas membuktikan bahawa diskriminasi dan fenomena Islamofobia yang berlaku di dunia ini hanyalah berdasarkan persepsi dan bukan realiti. Bahkan Muslim hanya mewakili kelompok kecil pengganas dan tidak signifikan berbanding dengan pengganas yang lain. Berdasarkan fakta ini juga membuktikan bahawa persepsi mengatakan bahawa Islam mempromosi keganasan dan sinonim dengan jenayah awam adalah tidak tepat serta sangat berlawanan dengan fakta dan realiti.

ISU 2 - Agama sebagai Terroris
Pandangan berkenaan sisi buruk agama ini disebut oleh Cavanaugh sebagai mitos kerana ia kekal sekadar dakwaan. Oleh itu, dakwaan agama sebagai pendorong keganasan merupakan sebahagian dari naratif ‘enlightenment’ barat yang telah berjaya mencipta suatu dikotomi antara agama dan sekularisme. Tanggapan dan tuduhan berkenaan keburukan agama digunakan sebagai justifikasi untuk agama dikesampingkan dalam perkembangan peradaban moden

Hujah ini digunakan sebagai justifikasi Barat untuk melaksanakan hasrat mereka seperti penubuhan negara-negara bangsa yang liberal (liberal nation-state) di Eropah dan kemudiannya ke seluruh dunia, digunakan untuk meminggirkan sesuatu kelompok atau aliran agama dan untuk menafikan hak pengamalan atau ritual keagamaan sesuatu ajaran.