My distinguished wall by Nor Liyana Abd Shukor

Hubung kait dengan undang-undang syariah islam
Dalam BBT tercatat beberapa keterangan yang utama, merangkumi pengisytiharaan Islam sebagai agama rasmi yang disertakan dengan pelaksanaan undang-undang Islam oleh Mandulika bertarikh 22 februari 1303M. Bagi D.G.E Hall, perundangan islam telah bertapak lebih daripada seratus sebelumnya. Ada keterangan tentang Allah dan Rasul, disamping bukti bahawa sistem perundangan Islam berupa gabungan antara undang-undan adat dan Islam. Ia membabitkan 9 atau 10 hukum dalam bidang muamalat, tentang hutang piutang, undang-undang keterangan, hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman dan hukuman bagi kesalahan zina. Namun begitu, sebahagian besar keterangan ini kurang lengkap dan agak kabur keran kehilangan sebahagian besar serpihan batunya.  Keterangan BBT tentang hukum jenayah Islam bukan setakat menjadi bukti bahawa pelaksanaan hukum Islam memang telah dijalankan di Terengganu, bahkan lebih penting lagi ia membuktikan wujudnya pemahaman syariah yang bersifat holistic di dalam masyarakat. Hal ini ditegaskan mengikut worldview hukum Islam biasanya pemahaman tentang hukum bermula dengan fiqh ibadat, fiqh munakahat, muamalah dan jenayah. Apa yang jelasnya, pengamalan fiqh jenayah adalah menjadi kemuncak pengamalan syariah bagi menguatkuasakan elemen pencegahan agar kedamaian akan tercapai dan kerosakan dapat dielakkan.

Sejarah Perkembangan Islam di Nusantara
Terdapat dua pendapat tentang perkembangan Islam di Nusantara khususnya di Tanah Melayu. Yang pertama melalui Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu kerana penemuan batu nisan di Campa dan Brunei. Pendapat kedua ialah pengaruh yang datang melalui pantai barat iaitu dibawa oleh pedagangn dari India Selataniaitu Gijerat, Pasai diakatakan mempunyai hubungan perdagangan yang akrab dengan India Selatan.Bari Pasai, islam berkembang ke Nusantara(Fatimi, 1963)
Bukti arkeologi yang paling penting tentang perkembangan Islamdan khususnya skrip Jawi dan bahasa Melayu adalah penemuan batu bersurat Kuala Berang, Terengganu bertarikh 1303 Masehi(Syed Muhamad Naquib Al-Attas,1970)

Hubungan dan Jalinan Diplomatik dengan Negara Sekitar
Hubungan perdagangan dan diplomatik yang dijalinkan oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja China Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang Sultan di Tanah Melayu. Laksamana Ying Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan perdagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut Parameswara Sultan Iskandar Syah merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi menggelakkan negeri Melaka dari serangan negeri-negeri yang berhampiran. Sultan Melaka sendiri telah meminta negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka  aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Bapa Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.