WALL STREET (1987) by Nurul Effa

CABANG FALSAFAH
Falsafah Ekonomi

PENGENALAN FALSAFAH EKONOMI
Falsafah ekonomi mengkaji prinsip dan nilai yang mendasari sistem ekonomi serta kesannya terhadap masyarakat. Ia merangkumi isu seperti keadilan, etika, dan peranan kerajaan dalam ekonomi. Pemikiran ini berkembang daripada tokoh seperti Adam Smith, Karl Marx, dan John Maynard Keynes, yang masing-masing memberikan pandangan berbeza mengenai kapitalisme, sosialisme, dan campur tangan kerajaan. Hari ini, falsafah ekonomi terus membahas ketidaksamaan kekayaan, keadilan sosial, dan kesan globalisasi. Ia bukan sekadar soal pengeluaran dan pengagihan kekayaan, tetapi juga bagaimana ekonomi dapat berfungsi secara adil dan lestari.

KAPITALISME DAN PASARAN BEBAS
Filem ini menunjukkan sistem kapitalisme yang berasaskan keuntungan maksimum. Watak utama, Gordon Gekko, melambangkan prinsip pasaran bebas yang tidak terkawal, di mana individu boleh memperoleh kekayaan tanpa batas melalui manipulasi pasaran saham.

Gekko terkenal dengan ungkapan “Greed is good”, yang mencerminkan pemikiran kapitalisme laissez-faire bahawa tamak (greed) boleh menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi.

ETIKA DAN EKONOMI MORAL
Filem ini mengkritik ketiadaan etika dalam dunia kewangan. Bud Fox, seorang peniaga saham muda, terjebak dalam aktiviti perdagangan maklumat dalaman (insider trading) demi mencapai kejayaan dengan cepat. Hal ini menimbulkan perdebatan antara keuntungan ekonomi dan nilai moral, sejauh mana seseorang boleh menggunakan maklumat sulit demi kepentingan peribadi.

MATERIALISME DAN KONSUMERISME
Filem ini memaparkan budaya materialisme yang berleluasa dalam kalangan masyarakat korporat. Watak-watak dalam filem lebih mementingkan gaya hidup mewah dan status berbanding prinsip moral. Ini selari dengan teori Marxisme, yang mengkritik bagaimana kapitalisme mencipta jurang sosial dan menindas kelas pekerja.

KETIDAKSAMAAN EKONOMI (ECONOMIC INEQUALITY)
Filem ini menunjukkan bagaimana segelintir individu di Wall Street menguasai kekayaan besar, manakala pekerja biasa seperti bapa Bud Fox menghadapi ketidakstabilan ekonomi. Hal ini menunjukan  isu jurang kekayaan dan bagaimana sistem kapitalisme boleh memperkukuh ketidakseimbangan sosial.

SINOPSIS,PLOT,WATAK

SINOPSIS
Filem Wall Street (1987) mengisahkan perjalanan seorang broker muda, Bud Fox (Charlie Sheen), yang berusaha keras untuk mencapai kejayaan di dunia kewangan yang penuh persaingan. Bud Fox berasal dari keluarga sederhana, manakala ayahnya, Carl Fox (Martin Sheen), adalah seorang mekanik pesawat dan anggota kesatuan pekerja. Bud Fox mempunyai cita-cita besar, dan bertekad untuk menembusi dunia elit Wall Street, walaupun ia memerlukan pengorbanan moral.

Namun, Bud Fox mengagumi Gordon Gekko (Michael Douglas), seorang pemodal kaya dan berkuasa yang terkenal dengan pendekatan keras dan tamaknya dalam perniagaan. Dengan tekad untuk berjaya, Bud Fox menghubungi Gekko dan menawarkan maklumat dalaman tentang syarikat penerbangan Bluestar Airlines, tempat ayahnya bekerja.

WATAK
WATAK UTAMA :

1) Gordon Gekko (Michael Douglas)

2) Bud Fox (Charlie Sheen)

3) Carl Fox (Martin Sheen)

4) Darien Taylor (Daryl Hannah)

5) Lou Mannheim (Hal Holbrook)

6) Sir Lawrence Wildman (Terence Stamp)

WATAK SAMPINGAN :

1) Bradley ( John C. McGinley)

2) Sandy Frink ( James Spader)

3) Keith ( Oliver Stone)

PLOT
Dalam filem Wall Street (1987), plotnya berkisar tentang seorang peniaga saham muda yang tertarik oleh kekayaan dan akhirnya menghadapi kesan buruk daripada pilihannya. Terdapat 5 peringkat plot di dalam filem Wall Street (1987) iaitu:

PLOT PERMULAAN
Filem Wall Street dimulakan dengan memperkenalkan Bud Fox (Charlie Sheen), seorang broker muda yang bercita-cita tinggi bekerja di firma pembrokeran saham kecil di Wall Street. Bud Fox berasal dari keluarga sederhana, dengan ayahnya Carl Fox(Martin Sheen), seorang mekanik pesawat yang berkerja keras dan jujur. Walaupun bekerja keras, Bud Fox merasakan dia perlu lebih untuk mencapai kejayaan besar. Dia mengidolakan Gordon Gekko (Michael Douglas), seorang pemodal kaya dan berkuasa, dan ingin berhubung dengan Gekko untuk mendapatkan peluang yang lebih baik. Namun begitu, Bud Fox akhirnya cuba menawarkan maklumat dalaman tentang syarikat Bluestar Airlines, yang sedang menghadapi masalah kewangan, untuk menarik perhatian Gekko. Bud Fox percaya bahawa syarikat Bluestar dapat dikembangkan dan dapat kemajuan secara komersial. Oleh itu, ia merayu Gekko untuk membeli Bluestar dan melakukan pembelian  dengan menggunakan dana simpanan pekerja.

PLOT PERKEMBANGAN
Gekko tertarik dengan kebolehan dan impian Bud, lalu mengambilnya sebagai anak didik. Gekko mengajarkan Bud cara-cara menggunakan maklumat dalaman dan taktik manipulasi pasaran untuk meraih keuntungan besar. Bud, yang kini menikmati gaya hidup mewah, mula merasai kuasa dan pengaruh dunia kewangan. Dia menjalin hubungan dengan Darien Taylor (Daryl Hannah), seorang pereka dalaman yang berhubung dengan dunia elit. Walau bagaimanapun, Bud mula melihat sisi gelap dunia yang dia ceburi, terutama apabila Gekko merancang untuk menguasai syarikat Bluestar Airlines dengan cara yang akan menyebabkan pemecatan ramai pekerja, termasuk ayahnya. Namun begitu, ia membuatkan fox rasa bersalah apabila mengetahui Gekko mencuranginya dan ingin menjual aset-aset bluestar. Hal ini dikatakan kerana, Fox mempunyai ramai pegawai Bluestar merupakan rakan lamanya. Oleh itu, Fox memutuskan untuk menghancurkan rencana Gekko.

PLOT KONFLIK
Antara konflik  utama yang berlaku di dalam filem Wall street (1987) apabila Bud terperangkap dalam dilema moral. Hal ini kerana, Bud Fox mula sedar bahawa tindakannya yang telah merugikan orang lain demi keuntungan peribadi adalah salah. Konflik ini semakin teruk apabila Gekko meneruskan rancangannya untuk meruntuhkan Bluestar Airlines, yang akan memberi kesan buruk kepada ayahnya sendiri iaitu Carl Fox serta pekerja lain.

Namun begitu, Bud Fox terus berjuang dengan ketamakan yang mendorongnya untuk mencapai kejayaan, sementara dia juga berusaha untuk menilai moralnya yang semakin rapuh. Ketika hubungan Bud Fox dan ayahnya semakin tegang, Bud Fox menyedari bahawa dunia yang dia masuki tidak dapat membenarkan impian tulusnya. Setelah menyedari kesalahannya, Bud bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjatuhkan Gekko. Namun demikian, di dalam proses tersebut, Bud sendiri telah terjerat di dalam kesalahan perdagangan maklumat dalaman (insider trading) yang dilakukannya sebelum ini, menyebabkan dia menghadapi tindakan undang-undang.

PLOT KLIMAKS
Klimaks berlaku apabila Bud, yang kini sedar akan akibat tindakannya, memutuskan untuk menentang Gekko dan menghentikan pengambil alihan Bluestar Airlines. Dia bekerjasama dengan pesaing Gekko, Sir Lawrence Wildman(Terence Stamp), untuk menggagalkan rancangannya dan menyelamatkan syarikat tersebut. Bud Fox juga membuat keputusan untuk melaporkan kegiatan haram Gekko kepada pihak berkuasa, membongkar manipulasi pasaran dan perdagangan orang dalam yang telah dilakukan oleh Gekko.

Hal ini, membuatkan Bud Fox berani untuk menentang Gekko apabila, mengetahui muslihat sebenar Gekko untuk menjatuhkan syarikat Bluestar Airlines yang merupakan tempat pekerjaan ayahnya. Hal ini kerana, Bud Fox percaya dengan kejayaan muslihat yang dilakukan oleh Gekko akan menyebabkan ramai pekerja menjadi penganggur dan hilang pekerjaan. Oleh sebab itu, Bud Fox menolak rancangan yang dilakukan oleh Gekko. Perubahan moral yang dilalui Bud Fox menjadi puncak perlawanan antara idealisme dan ketamakan, yang membawa kepada penangkapannya.

PLOT PELERAIAN
Di penghujung filem Wall Street, Bud Fox menghadapi akibat dari tindakannya. Dia ditangkap kerana terlibat dalam perdagangan orang dalam, dan semua yang dicapainya hilang begitu sahaja termasuk teman wanitanya iaitu Darien Taylor. Walaupun begitu, Bud Fox sedar akan pentingnya etika dan nilai moral dalam kehidupan seharian kita. Namun demikian, filem ini berakhir dengan Bud Fox menuju ke mahkamah bersama ayahnya untuk menghadapi hukuman, yang membawa satu pengajaran besar tentang akibat ketamakan dan harga yang perlu dibayar untuk mencapai kejayaan yang tidak beretika. Ayahnya, Carl, menunjukkan sokongan dan keyakinannya terhadap Bud Fox,  walaupun dia telah menghadapi kegagalan dalam hidup.

KAITAN FILEM DENGAN CABANG FALSAFAH EKONOMI
Filem Wall Street (1987) ini telah menceritakan dan menggambarkan pada dunia tentang kewangan yang telah dipacu dengan ketamakan, manipulasi, dan materialisme dalam kapitalis. Melalui filem ini, ia telah memberikan pandangan tentang bagaimana etika dalam ekonomi sering dikorbankan demi keuntungan peribadi serta kesan sosial yang timbul akibat amalan ekonomi yang tidak beretika.

PASARAN SECARA BEBAS DAN KETAMAKAN (KAPITALISME)
Filem Wall Street (1987) telah menunjukkan bagaimana kapitalisme berfungsi dalam dunia kewangan ataupun dalam sesebuah ekonomi dengan melakukan pasaran secara bebas untuk membolehkan seseorang itu mencapai kekayaan tanpa had. Gordon Gekko adalah merupakan individu yang melakukan kapitalisme yang sangat licik dan dia percaya bahawa "Greed is good" yang bermaksud ketamakan itu baik. Melalui filem ini, Gekko menggunakan pelbagai strategi untuk dia mengawal pasaran dan dapat keuntungan yang banyak walaupun dengan cara yang tidak beretika atau melanggar peraturan dalam penggunaan kewangan. Pasaran secara bebas yang telah digambarkan dalam filem ini, ia telah memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin berjaya tetapi ia juga membuka ruang kepada eksploitasi seperti mengambil sebarang bentuk kewangan,mencuri atau menjual harta mangsa tanpa kebenaran.

MANIPULASI DAN PENYALAHGUNAAN KUASA
Filem Wall Street telah menunjukkan tentang isu etika ekonomi terutamanya dalam aspek manipulasi pasaran dan perdagangan maklumat dalaman (insider trading). Gekko telah menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan maklumat rahsia syarikat dan dia memanipulasi harga saham demi keuntungannya sendiri. Dalam dunia kewangan, keuntungan adalah salah satu perkara yang sangat penting dan menjadi keutamaan dalam diri seseorang tetapi tindakan seperti ini boleh merosakkan kepercayaan masyarakat terhadapat sistem ekonomi.

KEINGINAN TERHADAP KEKAYAAN (MATERIALISME)
Pada zaman ini, kekayaan telah dianggap sebagai simbol kejayaan maka dalam filem ini materialisme adalah tema utama yang telah diceritakan. Bud Fox pada mulanya adalah seorang yang bersifat sederhana dan seorang pemuda yang bercita-cita tinggi tetapi selepas bergaul dengan Gekko, dia mula terpengaruh dengan gaya hidup mewah Gekko dan percaya dengan kata-kata Gekko tentang kemewahan seperti rumah mewah,kereta mahal dan sebagainya.

Namun, filem Wall Street ini juga menunjukkan sisi gelap materialisme di mana walaupun Bud Fox berjaya dalam mencapai kekayaan tetapi dia telah kehilangan nilai moral dan hubungan dengan orang tersayang termasuklah ayahnya sendiri. Akhirnya, Bud telah menyedari bahawa kekayaan yang diperolehi secara tidak beretika hanya membawa kehancuran dalam diri sendiri.

KESAN SOSIAL KAPITALISME TIDAK TERKAWAL
Wall Street juga memceritakan bagaimana kapitalisme tidak dikawal dengan terurus boleh memberi kesan yang buruk kepada masyarakat. Gekko membeli syarikat tersebut untuk menjual aset-aset syarikat demi keuntungannya sendiri. Tindakan yang dilakukan ini menyebabkan ramai pekerja kehilangan pekerjaan dan mencerminkan bagaimana sikap tamak boleh merosakkan kehidupan orang biasa. Di dalam dunia sebenar, perkara seperti ini selalu berlaku apabila syarikat besar hanya mementingkan keuntungan dengan memegang saham tanpa memikirkan kesejahteraan pekerja dan komuniti. Filem ini telah membuktikan bahawa ketidaksamaan sistem kapitalisme yang tidak seimbang boleh membawa kepada ketidaksamaan dalam sesebuah ekonomi.

PENYELESAIAN ATAU PERSOALAN KHUSUS

Ketamakan sebagai Dorongan Utama
Tema utama filem ini ialah "Greed is Good" (Ketamakan itu baik), yang menjadi pegangan Gekko. Filem ini membangkitkan persoalan tentang sejauh mana ketamakan boleh dianggap sebagai satu motivasi yang baik atau sebagai punca kehancuran dalam dunia kewangan.

Etika dalam Dunia Korporat
Bud Fox menghadapi dilema moral apabila terlibat dalam perdagangan maklumat dalaman (insider trading). Filem ini mengetengahkan persoalan mengenai sejauh mana seseorang sanggup mengorbankan nilai integriti dan etika demi mencapai kejayaan kewangan.

Manipulasi Pasaran Saham
Gekko menggunakan pelbagai taktik seperti pembelian syarikat secara agresif (corporate raiding) dan pemecahan aset syarikat untuk memperoleh keuntungan peribadi . Perbuatan ini menunjukkan bagaimana manipulasi kewangan boleh menghancurkan pekerja , syarikat dan ekonomi secara keseluruhan.

Kepentingan Integriti dan Keadilan
Bud akhirnya menyedari kesilapannya dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjatuhkan Gekko. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun dunia kewangan sering dikaitkan dengan penipuan dan ketamakan, keadilan tetap boleh ditegakkan.

JUSTIFIKASI FILEM TERHADAP ISU SEMASA

Skandal Kewangan dan Manipulasi Pasaran
Dalam dunia moden, banyak kes skandal kewangan yang menyerupai amalan yang dipaparkan dalam filem ini. Contohnya, skandal Enron (2001) dan Bernie Madoff (2008) menunjukkan bagaimana manipulasi perakaunan dan skim pelaburan tidak sah boleh membawa kepada kehancuran syarikat dan kerugian besar kepada pelabur. Sama seperti watak Gordon Gekko yang mengaut keuntungan melalui perdagangan maklumat dalaman, kes-kes ini memperlihatkan bagaimana individu dan syarikat boleh menyalahgunakan sistem untuk kepentingan peribadi.

Krisis Kewangan dan Ketidakseimbangan Ekonomi
Filem ini turut menggambarkan bagaimana golongan kaya mengawal pasaran dan memanipulasi keadaan ekonomi untuk kepentingan mereka sendiri. Hal ini dapat dikaitkan dengan Krisis Kewangan 2008, yang berpunca daripada spekulasi melampau dalam sektor hartanah dan pasaran saham. Bank dan institusi kewangan yang tamak mengambil risiko tinggi tanpa mempertimbangkan akibat kepada masyarakat umum, menyebabkan kemelesetan ekonomi global yang menjejaskan berjuta-juta orang.

Ketidakseimbangan Kuasa dalam Dunia Korporat
Seperti yang dipaparkan dalam filem, dunia kewangan sering dikuasai oleh golongan elit yang memiliki kuasa besar dalam menentukan hala tuju ekonomi. Isu ini masih berterusan dengan kewujudan syarikat gergasi teknologi seperti Amazon, Google, dan Facebook yang mendominasi pasaran dan sering dikritik kerana mengamalkan monopoli, eksploitasi pekerja, serta pengaruh politik yang berlebihan.

Isu Perdagangan Maklumat Dalaman dan Integriti Korporat
Dalam dunia moden, kes insider trading masih berlaku dan sering menjadi tajuk utama berita. Contohnya, pada tahun 2020, seorang bekas ahli Senat Amerika Syarikat dituduh menggunakan maklumat sulit mengenai pandemik COVID-19 untuk menjual saham sebelum kejatuhan pasaran. Ini mencerminkan bagaimana isu yang diketengahkan dalam Wall Street masih berulang dalam dunia nyata, membuktikan bahawa ketamakan dan penyalahgunaan kuasa dalam sektor kewangan tidak pernah pudar.