KESAN KEJUTAN ELEKTRIK KEPADA AYAM YANG DISEMBELIH DARI ASPEK KEHALALAN by frsyh
PENGENALAN
- Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih
- Berasal daripada perkataan arab iaitu al-Zaba'ih yang mana ia merupakan kata jama' kepada al-zabihah yang beerti binatang yang disembelih. ia membawa maksud binatang halal yang sempurna penyembelihannya.
PENGGUNAAN ELEKTRIK DALAM PENYEMBELIHAN
- Penggunaan elektrik adalah untuk menenangkan binatang untuk disembelihkan.
- Perkara ini telah diamalkan oleh beberapa negara untuk menjadikan kerja penyembelihan lebih mudah.
FIRMAN ALLAH S.W.T. DALAM AYAT 3 SURAH AL-MAIDAH
Maksudnya: diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging khinzir (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; (dan diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah berputus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kelaparan (memakan benda-benda diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa  (maka bolehlah ia memakannya) kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
NAMA & NO MATRIK (KUMPULAN 2)
1. NURUL FARISYAH BINTI MOHAMAD AZMAN ( 33DCE19F1055 )
2. NUR IZZATI NADZIRAH BINTI ABDUL MUIZ (33DCE19F1066)
3. NOOR AFIFAH BINTI MOHD NIZAM (33DCE19F1058)
4.NURIN ADRIANA ZAHA BINTI ZAINAL ARIFIN (33DCE19F1092)
5.AMALIA NASUHA BT HALIZAN (33DCE19F1096)
TEKNOLOGI STUNNING DALAM PENYEMBELIHAN
Stunning elektrik adalah satu kaedah
yang menggunakan arus elektrik perlahan kepada haiwan sebelum
di sembelih. Kaedah ini akan menyebabkan haiwan yang terkena
kejutan elektrik ini menjadi lali dan pengsan seketika. Kadar arus
elektrik adalah sentiasa dalam kawalan dan peratusan yang telah di
tetapkan.
HUKUM STUNNING ELECTRIC
Pada 24 November 1988, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-22
bersidang untuk membincangkan mengenai isu lembu yang di
sembelih melalui proses penggunaan Electrical Stunning.
Keputusan daripada Muzakarah ini telah memutuskan hukuman
harus terhadap penggunaan Electrical Stunning dalam
Penyembelihan Lembu (e-Fatwa, 2015).
SYARAT SAH SEMBELIHAN STUNNING
Untuk memastikan proses stunning adalah menepati kehendak
syara’ ia hendaklah memenuhi syarat berikut:
(1) Bukanlah dikendali oleh orang bukan Islam. Ia mestilah
dikendali oleh petugas Muslim atau badan yang mendapat
pengesahan daripada Jabatan Agama Islam Malaysia
(JAKIM).
(2) Kadar elektrik yang dikenakan ke atas haiwan hanyalah
menyebabkan ia pengsan dan tidaklah menjadi penyebab ia
mati. Jika stunning ini telah menyebabkan haiwan tersebut
mati maka ia dikira haram untuk dimakan.
(3) Tajam dan suci merupakan syarat utama bagi peralatan
mekanikal yang digunakan. Setiap hari peralatan stunning
hendaklah dibersihkan bagi memastikan kesucian peralatan
tersebut.
(a) Jenis kejutan stunner yang digunakan adalah di kepala
sahaja (head only stunner);
(b) Volume arus elektrik hendaklah sentiasa dalam
kawalan, iaitu tidak boleh melebihi had antara 0.75
ampere untuk kambing, 2.0 ampere untuk lembu;
(c) Aliran elektrik hendaklah dilaksanakan dalam tempoh
masa antara tiga hingga enam saat; dan
(d) Proses kaedah kejutan elektrik ini hendaklah dikawal
selia oleh petugas Muslim yang bertauliah.
Pandangan Ulama’ dan Badan Islami mengenai Isu Penggunaan Stunning:-
Ketetapan Majma’ al-fiqh al-Islami (Islamic Fiqh Academy) Haiwan yang disembelih secara syarak selepas dikenakan kejutan adalah harus dimakan sekiranya haiwan itu masih hidup sebelum disembelih. Penggunaan stunning hendaklah mengikut syarat-syarat berikut iaitu
Kedua-dua elektrik perlu dikenakan di kedua-dua belah kepala di antara mata dan telinga atau di tengah-tengah dahi.
Voltage hendaklah antara 100-400 volt.
Kekuatan arus elektrik ialah antara 0.75 dan 1.0 bagi kambing, antara 2.0 dan 2.5 bagi lembu.
Arus elektrik hendaklah dialirkan dalam tempoh 3 hingga 6 saat. Penggunaan Penetrative Capative Bolt dan Pneumatic Captive Bolt Gun adalah tidak harus. Electrical stunning (waterbath) adalah tidak harus kerana kadar kematian sebelum sembelihan dilakukan adalah tinggi. Menggunakan kejutan gas karbon dioksida atau Mushroom Head Gun tidak haram kerana tidak membawa kematian sebelum disembelih.
Sains Akui Kelebihan Sembelihan Mengikut Cara Islam
1.  Pada awal 1927, seorang saintis Jerman Bongart dengan pasukannya melakukan kajian menyeluruh tentang ritual pemotongan anak lembu dan mencapai kesimpulan bahawa jika amalan sembelihan dilakukan dengan betul, maka tidak ada kekejaman yang dijumpai.
2.   Pada tahun 1964, Sarjana Eropah lain seperti Spoerri mempunyai keyakinan yang sama ketika dia membuat kajian
tentang sembelihan ritual sekitar 50 haiwan dalam makmal.Amalan sembelihan tidak menunjukkan rasa sakit seperti pembunuhan dengan menggunakan  elektrik atau gas.
3.  Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Jabatan Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.
Kajian Profesor Wilhelm Schulze dan Dr Hazim
.Kajian Profesor Schulze dan Dr Hazim itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing’.
-Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan kajian tersebut. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.
-Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).
-Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan secara Islam dan kaedah CBP dilaksanakan Barat.
A.  Hasil Kaedah Islam
Hasil ujian menurut kaedah sembelihan Islam mendapati:
1.Tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit.
2. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.
3. Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.
4. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.
Rumusan
1. Penggunaan elektrik adalah dibenarkan selagi mana ia memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
2. Syarat-syarat itu perlu diikuti disebabkan penggunaan pelbagai kaedah ini dibimbangi memberi kesan dan mungkin menjadi penyebab kepada kematian seekor binatang sembelihan itu.
3. Perkara ini harus dititikberatkan kerana dibimbangi status halal atau haram daging sembelihan itu.
Antara dalil dan hujah yang digunakan untuk menangani isu ini ialah :
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah ayat 3 :
Maksudnya : “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)” (Surah al-Maidah : 3)
Hadith:-
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya berbuat baik atas setiap sesuatu, maka apabila kamu membunuh, bunuhlah secara baik. Apabila kamu menyembelih haiwan, sembelihlah dengan cara yang baik, maka hendaklah kamu menajamkan pisaunya dan merehatkan sembelihannya (dengan mempercepatkan) sembelihan. – (Muslim)
Hadith:-
مَا أَنْهَرَ الدَّمَ وَذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ فَكُلْ لَيْسَ السِّنَّ وَالظُّفُرَ
Maksudnya: Sesuatu yang boleh menumpahkan darah dan disebut nama Allah padanya, maka makanlah, bukan menggunakan gigi/taring dan kuku. (HR. Muslim)
Pandangan Ulama’ dan Badan Islami mengenai Isu Penggunaan Stunning:-
Ketetapan Majma’ al-fiqh al-Islami (Islamic Fiqh Academy) Haiwan yang disembelih secara syarak selepas dikenakan kejutan adalah harus dimakan sekiranya haiwan itu masih hidup sebelum disembelih. Penggunaan stunning hendaklah mengikut syarat-syarat berikut iaitu
Kedua-dua elektrok perlu dikenakan di kedua-dua belah kepala di antara mata dan telinga atau di tengah-tengah dahi.
Voltage hendaklah antara 100-400 volt.
Kekuatan arus elektrik ialah antara 0.75 dan 1.0 bagi kambing, antara 2.0 dan 2.5 bagi lembu.
Arus elektrik hendaklah dialirkan dalam tempoh 3 hingga 6 saat. Penggunaan Penetrative Capative Bolt dan Pneumatic Captive Bolt Gun adalah tidak harus. Electrical stunning (waterbath) adalah tidak harus kerana kadar kematian sebelum sembelihan dilakukan adalah tinggi. Menggunakan kejutan gas karbon dioksida atau Mushroom Head Gun tidak haram kerana tidak membawa kematian sebelum disembelih.
RUJUKAN
Aichinger, C. A. (2003). Implementation of electrical stunning of cattle in an EU approved abattoir. Vet. med. Diss, 101.
Raj, A. B. M. (2003). A critical appraisal of electrical stunning in chickens. World's Poultry Science Journal, 59, 89–98.
Barkan R. 2014. Proses Penyembelihan Hewan dengan Metode Stunning dalam Perspektif Hukum Islam: 561–565