TUGASAN INDIVIDU KPP 3014 by Muhammad Aiman Bin Mohd Faizul @ Shamsuri

MOOC

Ulasan Ilmiah

Refleksi
1.Sepanjang mengikuti kursus KPP3014, apakah kandungan pembelajaran yang paling menarik minat anda? Kenapa?

Sepanjang saya mengikuti kursus KPP3014 kandungan pembelajaran yang paling menarik adalah pada topik yang pertama sekali dipelajari iaitu Pembelajaran dan Perkembagan Pelajar. Melalui topik ini saya telah didedahkan dengan Teori Psikososial Erik Erikson yang jelaskan tahap-tahap perkembangan manusia daripada kecil sehinggalah tua dimana mempunyai 8 tahap kesemuanya. Selain itu , melalui topik ini juga saya diperkenalkan dengan dua konsep iaitu pembelajaran iaitu proses untuk memperolehi sesuatu kefahaman dan perkembangan yang merujuk kepada pola perubahan yang dilalui oleh seseorang.

Maka perkara ini dapat membantu saya memahami perkembangan pelajar-pelajar di masa hadapan kerana melalui teori-teori seperti ini kita akan dapat menghubungkait teori-teori ini dengan perkembangan tingkah laku dalam menghadapi masalah tingkah laku pelajar. Saya mampu menganalisis kehendak dan kecenderungan pelajar dan kenapa mereka bertindak seperti itu sebagai contoh, dalam teori Psikososial Erik Erikson  iatu pada Tahap 5 : Identiti Vs Kekeliruan Identiti yang dimana mereka yang mengalami krisis pada umur 12 hingga 18 tahun dimana para remaja ini atau pelajar sekolah ini akan mencari identiti diri mereka iaitu siapa yang akan mereka jadi apabila dewasa kelak. Pada tahap ini pelajar yang mendapat galakan dan diberikan pilihan akan mampu membuat keputusan yang tepat dan akan wujudkan sebilangan pelajar yang akan menghadapi krisis tiada kesedaran tentang komitmen dan tidak mengambil berat tentang alternatif dalam kehidupan mereka dan tidak berusaha menentukan identiti mereka menyebabkan mereka cenderung membuat keputusan yang salah.

Selain itu, melalui topik Pembelajaran dan Perkembagan Pelajar ini juga dapat membantu saya dalam memilih kaedah atau pendekatan yang sesuai digunakan oleh saya untuk membentuk para pelajar menjadi insan yang berguna dimasa hadapan kerana topik ini juga menjelaskan faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan pelajar. Sebagai contoh, perkembangan sosioemosi yang dipengaruhi oleh lima perkara iaitu bentuk keluarga, status sosioekonomi, budaya dan bangsa, konteks sejarah dan tempoh kritikal. Perkara ini semua perlu dinilai oleh seorang guru yang baik dalam mengambil tindakan dan pendekatan kepada pelajar. Situasi yang kita dapat lihat adalah ketika pandemik covid-19 dimana wujud sesetangah pelajar yang langsung tidak memasuki kelas secara online maka tindakan yang salah apabila guru mengenakan tindakan kepada pelajar tanpa usul periksa seperti memberikan surat amaran dan sebagainya. Namun pendekatan yang terbaik yang boleh dibuat adalah memeriksa status sosioekonomi pelajar terbabit dan memberikan bantuan yang boleh disalurkan. Maka inilah bagaimana topik ini dapat membantu saya di masa akan datang.

Kesimpulnya, itulah sebab kenapa saya sangat meminati topik ini dan terus menarik minat saya untuk mempelajari topik-topik yang akan datang. Saya juga yakin melalui topik ini rakan-rakan saya turut mengalami perkara yang sama dan akan berguna kepada kami dimasa hadapan kelak.

2. Apakah yang anda ingin ketahui dengan lebih lanjut berkenaan kandungan dalam kursus ini? Adakah terdapat sebarang cadangan untuk penambahbaikan?

Bagi saya perkara yang ingin ketahui dengan lebih lanjut berkenaan kandungan dalam kursus ini adalah jenis-jenis Murid Berkeperluan Khas (Mbk) sebab apabila saya mempelajari topik-topik didalam khusus ini yang banyak menceritakan berkaitan perkembangan isu-isu remaja dalam bilik darjah yang berkaitan dengan kecelaruan bahasa,emosi dan tingkah laku yang ada sampai boleh dikategorikan sebagai Murid Berkeperluan Khas (Mbk) . Maka jika boleh diperincikan dengan lebih lanjut maka saya merasakan akan menjadi nilai tambah kepada mahasiswa yang mengambil subjek ini kerana akan berguna kepada mereka bahkan pelajar-pelajar mereka di masa hadapan nanti. Boleh dikatakan pada hari ini murid Murid Berkeperluan Khas (Mbk) ini bukan sahaja boleh berada di sekolah sahaja bahkan mungkin berada di seseliling mahasiswa sendiri seperti ahli keluarga atau orang terdekat. Maka inilah sebab saya saya merasakan keperluan untuk ketahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan perkara ini.

Cadangan untuk penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah mungkin dapatan-dapatan yang diperolehi daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh mahasiswa yang mengambil subjek ini boleh diletakan didalam website-website seperi melalui blogspot supaya dapat dijadikan rujukan pada orang lain dan dapat menjadi rujukan kepada masyarakat juga . Perkara ini penting supaya dapat mendedahkan kepada masyarakat dengan kajian yang dilakukan oleh pelajar supaya masyarakat cakna dengan isu-isu yang dihadapi oleh pelajar pada masa kini.

Konflik Remaja
Konflik yang pernah berlaku terhadap diri saya adalah bersama kasih sayang diantara kedua orang ibu bapa saya. Saya merupakan seorang anak tunggal yang selalu ditinggal bersendirian di rumah jika ibu dan ayah saya keluar bekerja. Oleh sebab itu samasa saya masih kecil saya sangat bergelut dalam menentukan hala tuju dalam hidup apabila saya dewasa kelak. Namun, saya tidak pernah menyalahkan mereka apabila telah meningkat umur saya memahami ibu dan bapa saya adalah orang yang dibesarkan di luar bandar namun akibat ingin hidup lebih baik mereka telah berhijrah ke bandar iaitu pulau pinang dan menetap di sini. Oleh sebab baru bertapak di Pulau Mutiara ini memerlukan banyak kewangan dan komitmen menyebabkan ibu bapa saya telah mengambil tindakan itu untuk kehidupan yang lebih baik.

Walaupun begitu saya tak boleh menafikan kesan negatif yang saya terima sewaktu saya masih kecil. Misalnya, saya sewaktu darjah 1 sehingga darjah 3 tidak seperti kawan-kawan yang lain sangat cepat untuk menguasai kemahiran 3M iaitu menulis, mengira dan membaca. Saya telah terdorong untuk memilih rakan yang seperti saya yang sudah semestinya sedikit bermasalah dan disebabkan kekurangan saya ini telah dimasukkan dalam kelas pemulihan khas yang telah dilaksanakan oleh kementerian pendidikan ketika itu. Antara sebab saya mengalami masalah pembelajaran adalah saya tidak mempunyai sokongan yang cukup daripada orang yang berada dekat di sekeliling saya dan rakan-rakan saya yang tidak suka akan pembelajaran. Namun bagaimana saya berusaha keluar daripada situasi ini adalah timbol sifat ingin tahu yang sangat kuat didalam diri saya untuk tahu apa yang dibaca oleh rakan-rakan saya yang lain terutama cerita-cerita dongeng dan kartun yang selalu dibaca oleh mereka. Bertitik tolak daripada inilah saya mula mengeja, saya akan selalu melakukan latihan dan memaksa ibu saya untuk menyemak kembali apa yang telah saya tulis atau saya baca pada ketika itu walaupun ibu saya dalam keadaan yang sibuk . Dorongan guru juga antara sebab saya berjaya keluar daripada situasi itu sebab masih ada rakan-rakan sewaktu kecil sehingga sekerang masih gagal menguasai 3M dengan baik.

Apabila saya berganjak ke darjah 4 sehingga 6 iaitu semasa mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) saya lebih cenderong untuk mengikut rakan-rakan apabila selalu tidak hadir ke kelas-kelas tambahan yang dibuat atau aktiviti rumah sukan yang dibuat di sekolah. Saya merasakan kesunyian dan tidak mendapatkan perhatian yang cukup menyebabkan mencari perhatian dengan cara yang salah. Merasakan dengan melakukan perkara seperti itu dapat dapat menarik perhatian ibu bapa saya. Namun perkara ini salah apabila saya pernah di tegur oleh guru yang pernah mengajar saya sewaktu saya masih di pemulihan khas menyebabkan saya sedar walaupun apa pun keadaan ibu dan bapa saya sentiasa sibuk mereka akan sedaya upaya untuk bergilir-gilir hadir program yang penting melibatkan ibubapa yang dijalakan di pihak sekolah. Perkara ini membuatkan saya mengambil langkah untuk mula menolak ajakan rakan-rakan melakukan sesuatu perkara yang salah dan lebih bergaul dengan orang yang tepat . Perkara ini menyebabkan kepribadian sata turut berubah sedikit demi sedikit dan diwaktu ini juga saya sudah mula bercita-cita untuk menjadi seorang guru di masa hadapan.

Kesimpulnya, ini adalah konfik yang berlaku semasa saya masih muda iaitu semasa kanak-kanak kerana sangat penting dalam pembesaran seorang kanak-kanak mendapatkan perhatian dan kasih sayang yang cukup kerana seorang kanak-kanak akan cuba segala macam cara untuk menarik perhatian daripada orang-orang yang mereka sayang.