TUGASAN 3 EDUP3133: PENGHASILAN PRODUK by NURAYEESYA NATASYA BINTI MASLAN IPG-Pelajar

1.0 RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL/PENDIDIKAN KESENIAN
ENTRANCE SURVEY: https://forms.gle/RKDPYWnvtitrzepVA

EXIT SURVEY: https://forms.gle/uUnxEp5JSoiroXhJA

2.0 MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN ADDIE
Model ini diasaskan oleh Addie Rosset pada tahun 1987 yang merupakan antara model reka bentuk yang efektif dan sistematik yang terdiri daripada lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian yang pada akhirnya akan menghasilkan suatu modul pengajaran yang mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran (PdP) seiring dengan keperluan dan citarasa murid (Ummu et al, 2015).

Fasa analisis adalah proses pengenalpastian masalah dan cara penyelesaiannya. Guru menganalisis dari aspek ciri-ciri pelajar, tahap pendidikan, pengetahuan sedia ada, persekitaran pembelajaran, masalah dalam pembelajaran serta matlamat pengajaran. Bagi kelas 2 Daisy, masalah utama adalah masa yang terhad iaitu 30 minit sahaja dan kekurangan bahan dan peralatan seni yang disediakan oleh sekolah, tambahan pula sebahagian besar murid adalah dari keluarga yang sederhana maka alat dan bahan yang dapat disediakan hanyalah bahan asas seperti pensel, warna kayu dan kertas lukisan sahaja. Tambahan pula, ada murid yang masih tidak pandai memegang pensel warna dengan betul. Maka dengan itu, guru memutuskan untuk menjalankan aktiviti melukis menggunakan bahan asas iaitu pensel dan pensel warna dengan objektif murid dapat menghasilkan lukisan dalam masa yang diperuntukkan. Media pembelajaran yang digunakan adalah bahan maujud sayur lobak, salad dan brokoli, video klip lagu sayur dan gambar sayur.

Fasa reka bentuk adalah fasa guru menentukan dan mereka kaedah instruksional yang akan digunakan sebagai latar belakang PdP. Guru merancang dan menentukan kumpulan sasaran, pembentukan objektif yang khusus, pembinaan item-item ujian serta pemilihan sistem penyampaian iaitu strategi, pendekatan dan kaedah pengajaran. Oleh itu, bagi rancangan pengajaran ini, kumpulan sasaran adalah murid Tahun 2 dengan pelbagai tahap penguasaan iaitu lemah, sederhana dan cemerlang dalam sebuah kelas. Guru memilih objektif yang ingin dicapai pada akhir pengajaran iaitu semua murid dapat menyiapkan lukisan bertemakan sayur-sayuran iaitu lobak, salad dan brokoli menggunakan garisan selari, garisan melengkung dan garisan beralun. Guru merancang menggunakan strategi berpusatkan guru yang mana guru akan berperanan sebagai sumber pengetahuan dengan menerangkan mengenai garisan, memberikan contoh dan membimbing murid. Kemudian, turut menggunakan strategi berpusatkan tugasan / aktiviti iaitu aktiviti menghasilkan lukisan sayur menggunakan 3 jenis garisan berbeza juga sebagai penilaian terhadap murid. Kaedah pengajaran yang dipilih ada demonstrasi di mana guru akan menunjukkan cara menghasilkan 3 jenis garisan kepada murid dan kaedah kuiz menggunakan aplikasi Quizizz pada akhir pembelajaran.

Fasa pembangunan adalah fasa pembinaan sistem sebenar menggunaan elemen media dan teknologi yang sesuai berdasarkan fasa analisis dan reka bentuk. Kemudian, diuji agar berfungsi dengan baik dan efektif semasa fasa pelaksanaan. Guru akan menyediakan alat bantu mengajar yang ingin digunakan iaitu menyediakan set induksi video klip lagu kanak-kanak Didi & Friend bertajuk ‘Sayur’ dari Youtube. Bagi sesi penyampaian pembelajaran pula guru menyediakan slaid pembentangan Canva bagi mengajar murid mengenai lukisan dan 3 jenis garisan iaitu garisan lurus, garisan melengkung dan garisan beralun. Guru juga menyediakan contoh-contoh bergambar bagi setiap garisan tersebut. Bagi sesi aktiviti pula, guru menyediakan gambar lobak, salad dan brokoli untuk dilukis oleh murid nanti manakala bagi sesi penutup guru membangunkan kuiz digital gamifikasi menggunakan Quizizz bagi menguji kefahaman murid pada akhir pembelajaran.

Fasa pelaksanaan adalah penyampaian sebenar menggunakan semua input dari fasa analisis hingga pembangunan yang bertujuan untuk menyampaikan pengajaran yang efektif dan efisien. Pengujian terhadap keberkesanan dan masalah yang tidak disedari pada fasa analisis hingga pembangunan. Guru akan menggunakan rancangan pengajaran ini dalam pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru akan menilai sendiri keberkesanan rancangan pengajaran yang dibina bermula dari set induksi hinggalah ke penilaian dan penutup, pengawalan kelas dan pencapaian objektif pembelajaran sama ada murid mampu menyiapkan lukisan bertemakan sayur-sayuran iaitu lobak, salad dan brokoli menggunakan garisan selari, garisan melengkung dan garisan beralun mengikut masa yang ditetapkan.

Fasa akhir iaitu fasa penilaian adalah fasa menilai dan mendapatkan maklum balas pengguna modul secara keseluruhan, Meliputi penilaian formatif, sumatif, refleksi kendiri dan maklum balas pelajar. Berdasarkan rancangan pengajaran ini, guru melakukan penilaian maklum balas pelajar menggunakan aktiviti PAK-21 iaitu Gallery Tour bagi menuliskan maklum balas berbentuk sticky note kepada rakan yang dipilih. Selain itu, murid yang berjaya menyiapkan lukisan dalam masa yang ditetapkan akan dinilai mencapai objektif pembelajaran dan sebaliknya. Sebagai tambahan, guru menyediakan sesi kuiz mengenai 3 jenis garisan yang telah dipelajari pada penutup sebagai refleksi dan juga menelitian terhadap kefahaman murid berkaitan topik yang telah dipelajari.

3.0 RUMUSAN
Konklusinya, Model Reka Bentuk Pengajaran ADDIE sangat membantu guru dalam mereka sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna di mana kelima-lima peringkat diperincikan bagi memudahkan guru. Menurut Shamsina (2012), penggunaan Model ADDIE dapat memberikan maklumat yang berguna untuk fasa-fasa seterusnya dalam pembinaan rancangan pengajaran. Guru dapat menilai sendiri dan mempuat refleksi terhadap keberkesan perancangan yang dibuat pada fasa Pelaksanaan dan fasa Penilaian. Maka dengan itu, jelaslah bahawa penggunaan Model Reka Bentuk Pengajaran ADDIE mampu membantu guru membawa kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif semasa di dalam kelas.

RUJUKAN

LAMPIRAN