Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu by
BIODATA DIRI
NAMA: CYLVIANA LENTA ANAK ELLMOND RIDLEY
ANGKA GILIRAN: 2024042310006
NO. KAD PENGENALAN: 060707080206
KUMPULAN : PPISMP BM SK1 AMBILAN OGOS 2024/2029
KOD DAN NAMA KURSUS: BMMB 1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SISTEM TULISAN PALLAVA
Pengenalan Sejarah
Tulisan Pallava ini berasal dari India.
Menurut Nik Safiah (2010), tulisan ini telah dibawa oleh orang Hindu pada masa dahulu semasa mereka tiba di kawasan-kawasan Melayu seperti Srivijaya dan Palembang.
Tulisan ini banyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit dimana pada ketika itu bahasa tersebut menjadi bahasa pentadiran dan pengantar  ilmu pengetahuan.
Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu hanya terhad kepada golongan istana sahaja kerana tiada kemudahan asas untuk mengajar orang biasa membaca dan menulis.
Terdiri daripada dua jenis Tulisan Pallava
Pallava awal: ditulis besar-besaran
pallava Kemudian : aksara yg sama tinggi
Bukti Penemuan Tulisan Pallava
Penemuan terawal tulisan tulisan Pallava adalah pada tiang batu persembahan  yang dikenali sebagai Yupa yang berada di daerah Muara Kaman, iaitu pertemuan di antara Sungai Mahakam dengan Kedang Kepala. Yupa telah dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879. Kini, Yupa disimpan di Muzium Nasional Jakarta.
Bukti Tulisan Pallava pada Batu Bersurat
Batu bersurat kedudukan bukit (683M) , Palembang
Batu bersurat Talang Tuwo (684M), Palembang
Batu Bersurat Karang Brahi (686M), Hulu Jambi
Ciri- Ciri Tulisan Pallava
Tulisan Pallava jauh lebih kompleks berbanding tulisan Rumi kerana adanya sistem simbol bagi gabungan bunyi. Contohnya -AU , -AI , PA, YA, KKA, NCA
Konsonan bukan hanya menandakan huruf semata-mata namun membawa bunyi sebutan yang berbeza
SISTEM TULISAN KAWI
Pengenalan Sejarah
Sistem tulisan ini diasaskan oleh orang Jawa maka sistem tulisan ini juga dikenali sebagai tulisan Jawa dan ketika itu juga orang Jawa menutur menggunakan bahasa Kawi.
Sistem tulisan yang terawal di Kepulauan Melayu sejak abad ke-8M.
Tulisan Kawi berasal daripada huruf Vangki(Wenggi) iaitu huruf masyarakat Pallava yang berasal dari Coromandel,India.
Sistem tulisan Kawi meminjam istilah bahasa Sanskrit dan elemen-elemen Hindu. Nama Kawi itu pula diambil daripada perkataan Sanskrit yang membawa maksud 'penyajak' atau 'penyair' yang menandakan gaya bahasa yang cantik.
Abjad-abjad Kawi digunakan oleh orang-orang Melayu Kuno menulis di atas kulit-kulit kayu,daun-daun lontar,kepingan-kepingan logam serta pada batu(batu bersurat).Di samping itu,aksara ini juga digunakan untuk menulis bahasa Sanskrit serta bentuk-bentuk kuno,bahasa-bahasa Jawa,Sunda dan Melayu.
Sistem penulisan ini lenyap pada tahun 1400M seiring dengan keruntuhan kuasa pemerintahan Majapahit yang lama-kelamaan ditawan Kesultanan Demak yang membawa aksara Jawa.
Tulisan kawi dikembangkan dari satu tulisan iaitu pallava dari selatan india dan digunakan untuk menulis bahasa sanskrit dan jawa kuno
Bukti Penemuan Tulisan Kawi
Sistem tulisan ini merupakan sistem yang terawal di Nusantara.Bukti penemuan artifak lama yang memaparkan tulisan Kawi,seperti batu bersurat di daerah Tapanuli,Sumatera atau dikenali juga sebagai batu bersurat Joreng(1179M) dan batu bersurat Padang Lawas (1213M).
Bukti Tulisan Kawi Pada Batu bersurat
Batu bersurat Joreng (1179M)
Batu bersurat Padang Lawas (1213M).
kedua-dua batu bersurat tersebut ditemui di daerah Tapanuli, Sumatera
Ciri-Ciri Tulisan Kawi
Aksara Kawi adalah sebuah abugida di mana setiap hurufnya mewakili atau melambangkan sebutan bunyi sebuah suku kata bervokal lalai /a/ yang dapat diubah dengan penggunaan tanda baca tertentu.
Ditulis tanpa jarak antara kata-kata lengkap. Aksara ini terdiri daripada sekitar 47 huruf, tetapi terdapat sejumlah huruf yang bentuk dan penggunaannya tidak dikenalpasti kerana sedikitnya contoh yang ditemukan dalam prasasti bertulis Kawi.
Sejumlah tanda baca mengubah vokal (seperti harakat pada abajad Arab) dan menambahkan konsonan akhir. Beberapa tanda baca dapat juga digunakan bersama-sama, tetapi tidak semua kombinasi diperbolehkan. Tanda baca termasuk koma, titik, serta tanda untuk memulai dan mengakhiri bahagian-bahagian teks.
Keunikan tulisan kawi ialah huruf yang ada cumalah a,ka,me, ti, sa, dan lain lain yang lebih kurang sama namun sebutannya berbeza
Suku kata /ka/ ditulis dengan satu huruf. Tanda baca mengubah, menambah, atau menghilangkan vokal suku kata tersebut. Huruf mempunyai bentuk subskrip untuk menulis tumpukan konsonan.
SISTEM TULISAN JAWI
Pengenalan Sejarah
Tulisan atau skrip Jawi berasal dari skrip Arab yang sampai ke kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama Islam.
Sekitar tahun 1300 Masihi di Kepulauan Melayu tulisan Jawi telah wujud.
Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan pedagang-pedagang Islam khususnya yang datang dari Parsi dan beberapa kawasan Timur Tengah  berkait dengan perkembangan Tulisan Jawi.
Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat dan digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadatdan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Perkembangan Penggunaan Tulisan Jawi Melalui Penyebaran Agama.
Tulisan Jawi dipandang tinggi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya, al-Qur'an.
Pada akhir abad ke 8 H muncul satu kuasa pemerintahan iaitu Melaka yang ditegakkan oleh seorang anak raja Palembang yang bernama Parameswara yang kemudiannya memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah pada 812 H. Seterusnya Melaka dan Pasai saling berhubungan.
Namun Islam dikatakan bertapak di Kelantan lebih awal kerana sekeping wang emas iaitu al - Julus Kelantan dengan tertulis satu mukanya bertarikh 577 H dan tulisan Jawi yang bermaksud 'menduduki Kelantan'.
Kedatangan Islam bukan sahaja berupaya mengubah agama dan kepercayaan masyarakat di kepulauan Melayu tetapi juga aspek yang lain seperti budaya yang lain turut berubah.
Terdapat pelbagai abjad Arab yang diperkenalkan,  diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik yang digunakan secara lisan mahupun tulisan.
Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu.
Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Ache dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka.
Bukti Tulisan Jawi pada Batu bersurat
Batu Bersurat Terengganu, yang dianggarkan berusia 697 tahun, merupakan ukiran yang paling tua dan tulisan jawi pertama yang dilihat di negara kita. Pada tahun 1903, batu ini ditemui separuh tenggelam di terbing Sungai Tersat di Kuala Berang, Terengganu.
Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Peringkat 1
Terdapat 4 tahap dalam sistem ejaan jawi :
Menggunakan tulisan dan sistem ejaan Arab sepenuhnya
Hilangkan tanda baris tapi kekalkan ejaan dan huruf sedia ada
Mewujudkan huruf-huruf saksi
Menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua
Perkembangan Sistem Ejaan Jawi Peringkat 2
Sistem ejaan Jawi mulai berkembang secara beransur pada zaman awal perkembangannya.
Perubahan yang dilakukan adalah berdasarkan kelaziman yang berlaku dan bukannya mengikut peraturan mahupun sebarang panduan.
Pada abad ke-20, perkembangan sistem ejaan Jawi dikembangkan kepada beberapa pedoman dan juga panduan yang dirangka dan diterbitkan oleh orang perseorangan mahupun pertubuhan yang tertentu misalnya: Hejaan P.Bm.P.B. Diraja, Ejaan Jawi Zaba Sistem Ejaan Dian dan juga Pedoman Ejaan Jawi yang Disepurnakan.
Keempat-empat pedoman dan panduan ini diserapkan ke dalam penggunaan sistem ejaan Jawi pada zaman tersebut.
Ciri-Ciri Tulisan Jawi
Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri dan ditokok tambah dengan enam huruf yang tiada dalam bahasa Arab iaitu ca, pa, nga, va dan nya.
Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam.
SISTEM EJAAN ZA'BA
Pengenalan Sejarah
Sistem Ejaan Za'ba merupakan sistem yang pertama dalam sistem ejaan rumi Bahasa Melayu yang disusun oleh orang berbangsa Melayu pada tahun 1933 iaitu sebelum Perang Dunia Kedua dan telah tersiar dalam Sistem Ejaan Melayu Jawi Rumi 1949
Sistem Ejaan ini telah diperkenalkan untuk memantapkan lagi sistem ejaan Rumi dalam bahasa Melayu kerana sistem ejaan Wilkinson yang dipakai sebelum ini terdapat beberapa kelemahan.
Sistem ejaan ini telah dihasilkan di SITC (Maktab Perguruan Sultan Idris) dan juga merupakan sistem ejaan rumi yang terkenal sebelum kewujudan Sistem Ejaan Baharu
Sistem ejaan in juga telah disusun dan diperkemas dalam jangka masa beberapa tahun dan termuat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti Ilmu Bahasa Melayu Penggal I (1926)
Sistem ejaan ini telah dijadikan sebagai sistem ejaan rasmi dalam kerajaan Malaysia, sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi sehingga tahun 50-an sebelum digantikan dengan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972
Dalam sistem ejaan ini dikatakan mempunyai pengaruh transliterasi huruf Arab ke huruf Rumi dan telah menyebabkan banyak kelemahan yang dapat dikesan serta tidak tetap atau konsisten yang menganggu pengguna Bahasa melayu.
Sistem ejaan Rumi Za'ba daripada satu segi memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam yang menyebabkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi.
Oleh itu, ini penggunaan sistem ejaan Rumi Za'Ba menjadi bertambah sukar.
Kesan daripada kelemahan sistem-sistem yang ada dan cara penggunaan yang beragam-ragam itu telah mendorong beberapa pihak tertentu menampilkan beberapa sistem baru ejaan Rumi dalam tempoh tahun 1940 hingga 1959.
Tiga percubaan yang mendapat perhatian ialah aturan ejaan Rumi yang dikenal sebagai Ejaan Rumi Fajar Asia (1943), Ejaan Kongres (1956) dan Ejaan Rumi PBMUM (1959).
Ini dapat kita lihat pada inisiatif yang diambilnya dalam tahun 1924 untuk menubuhkan sebuah badan yang satu daripada objektifnya ialah membantu usaha penyelarasan ejaan Jawi.
Ciri-Ciri Sistem Ejaan ZA'BA
Tidak menggunakan teori dan teknik linguistik kerana ia hanya melambangkan buny- bunyi bahasa Melayu melalui huruf-huruf rumi yang digunakan dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu.
tidak menggunakan tanda sirkumfleks atau aksen sebagai penanda panjang atau pendek bunyi bagi mana - mana grafem vokal dalam sistem ejaannya.
Terdapat kekurangan huruf jawi dan rumi untuk melambangkan bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
Pengenalan Sejarah
Ejaan Kongres adalah sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956.
Sistem Ejaan Kongres ialah pembaharuan ejaan daripada Tulisan Rumi Melayu diperkenalkan semasa Kongres Melayu ketiga diadakan di Johor Bahru dan Singapura pada tahun 1956.
Kongres ketiga KBPM berlangsung pada 16-21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura yang dihadiri oleh lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu dariseluruh Malaya pada waktu itu.
Ciri utama sistem adalah penggunaan simbol di Huruf Fonetik Antarabangsa, menggunakan diktom satu simbol untuk satu fonem, dan dalil baru dalam penulisan diphthongs
Inovasi ini pada awalnya bertujuan untuk menggantikan Ejaan Za'aba dan akhirnya menjadi ortografi standard di dunia berbahasa Melayu, tetapi tidak mendapat penerimaan secara umum. Itu dianggap tidak praktis untuk digunakan oleh masyarakat, dan grafik tertentu kerana tiada aksara pada  mesin taip umum pada waktu itu.
Sistem ejaan ini tidak jadi digunakan kerana terdapat penerapan lambang fonetik.
Dalam perbahasan ini, empat dasar pengejaan Bahasa Melayu dengan huruf rumi telah dirumuskan.
Prinsip Sistem Ejaan Kongres
Prinsip ejaan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem fonologi bukan fonetik, iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja.
Perbezaan telah ditetapkan semula dari segi keserasian vokal dalam suku kata awal dan suku akhir tertutup.
Tanda sempang dihapuskan penggunaannya (yang menyalahi sama sekali dengan sistem Za’ba yang banyak sekali menggunakan sempang), kecuali pada kes-kes tertentu sahaja.
Terdapat pembaharuan dari segi perbezaan mengeja beberapa perkataan tertentu disebabkan ejaan Kongres menetapkan supaya perkataan dieja berdasarkan sebutannya yang asal.
Terdapat perubahan dalam penggunaan kata-kata partikel, iaitu kata gelaran si, kata depan di, ke, dan penanda sama/satu se- dipisahkan ejaannya daripada perkataan yang mengikutinya tanpa penggunaan sempang.
PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi terkini yang disempurnakan atau dimantapkan daripada kaedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah EjaanJawi Za’ba sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi,1949).
Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang termuat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan dan diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986.
Hasil konvensyen tahun 1984 itu telah diselaraskan dan diperkemas dengan maklumat yang diperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 1991, dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun1993.
Semua maklumat tersebut disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994.
Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu yang termuat dalam buku ini merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang disusun berdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu, khususnya daripadaterbitan-terbitan yang berikut:
(i) Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka, CetakanPertama Edisi Ketiga, 1993.
(ii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.
PEJABAT KARANG-MENGARANG
PEJABAT KARANG MENGARANG
Sebuah badan penterjemahan yang ditubuhkan pada tahun 1923 di Maktab Perguruan Sultan Iris, Tanjung Malim.
Ditubuhkan oleh hasil cadangan Zainal Abidin bin Ahmad serta O. T Dussek.
Peranan pejabat ini lebih kurang sama dengan Balai Pustaka, Indonesia.
Pejabat ini telah menimbulkan minat dalam lapangan penulisan di kalangan guru serta pelatih di MPSI.
PERANAN
Menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta memperbanyakkan bahan rujukan kepada semua golongan masyarakat.
Membuka peluang kepada warga Akademik untuk menyebarkan kepakaran yang mereka ada dalam bidang masing-masing untuk meningkatkan budaya penulisan dalam kalangan masyarakat di universiti.
Menganjurkan bengkel-bengkel penulisan serta kursus penterjemahan kepada masyarakat.
Menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku, jurnal dan sebagainya.
PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA
Pengenalan
Sebuah badan pembinaan dan pengembangan bahasa melayu sebelum merdeka.
Ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor Bahru.
PBmPB tidak begitu lancar pada awalnya.
Dihidupkan semula kerana mendapat sokongan penuh daripada sultan dan kerajaan Johor.
Dikurniakan gelaran diraja oleh D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.
Ditukar nama kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor.
Penggerak Utama Aktiviti PBmPB:
Mejar Dato' Muhammad Said Sulaiman.
Dato' Abdullah Abdul Rahman
Dato' Awang Omar
Mejar Musa Yusof
Peranan:
Memelihara, memperlengkap dan memodenkan bahasa Melayu.
Memelihara tulisan jawi dan mencipta perkataan baru serta mengadakan perpustakaan.
Mengembangkan pengetahuan melalui ceramah & penyelidikan.
Mengembangkan pengetahuan melalui ceramah penyelidikan
Membawa satu perubahan baru dalam memperkasakan lagi peranan bahasa Melayu dan memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu
Mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu lebih mudah disebarkan kepada orang ramai.
Melahirkan golongan bijak pandai melalui perkembangan pendidikan yang membawa kepada masalah untuk pihak Inggeris.
Mengeluarkan peredar atau dikenali jurnal & bulan sekali dan menghasilkan buku.
ASAS 50
Pengenalan Asas 50
Telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1950
Diasaskan oleh Angkatan Penulis Muda yang terdiri daripada Tongkat Warrant, Keris Mas, A.Samad Said
Asas '50 mewakili suara dan inspirasi masyarakat Melayu dengan cara yang ideal melalui kesusasteraan dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.
Falsafah Asas '50, "Seni Untuk Masyarakat", yang membawa perkembangan dalam dunia kesusasteraan moden.
Peranan Asas 50
Memperluas dan mempertingkatkan martabat kesusasteraan dalam bahasa Melayu.
Memperkenalkan bidang karangan sastera seperti cerita, lakonan, rencana, pengetahuan, buku, peradaban melayu dan kebudayaan.
Melahirkan pembaharuan dalam bidang sastera.
Melindungi hak ahli anggota dan pengarang.
Mengadakan syarahan dan perdebatan tentang segala lapangan sastera menyatakan sebarang usaha karang-mengarang tentang bahasa dan sastera.
LAPORAN BARNES(1951)
Laporan Barnes 1950 penting dalam menentukan sistem pendidikan di Malaysia selepas kemerdekaan 1957.
Dipengerusikan oleh L.J Barnes
Tujuannya untuk menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu
Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengkaji dan memperbaiki pendidikan bagi orang melayu
Tetapi jawatankuasa ini gagal mencadangkan penambahbaikan kepada sekolah melayu tanpa merombak semula sistem pendidikan secara keseluruhan
Laporan Barnes telah memberikan satu cadangan radikal iaitu menghapuskan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar.
Cadangan laporan Barnes:
i. Menubuhkan sekolah dwibahasa di mana bahasa pengantar ialah Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris.
ii. Sekolah-sekolah Melayu, cina dan tamil ditukarkan secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan.
iii. Pengajaran agama menggantikan pengajaran jawi di sekolah. Ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke kelas agama pada waktu petang kerana pengajaran agama tidak diajar pada waktu persekolahan.
LAPORAN FENN-WU(1951)
Pengenalan Fenn-Wu
Jawatankuasa Fenn ditubuhkan di bawah pimpinan Dr Fenn dan Dr Wu.
Bertujuan untuk mengkaji kehendaki masyarakat cina yang menganggap Laporan Barnes berhasrat menghapuskan bahasa dan budaya orang cina.
Hasilnya, orang cina bersedia terima Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar tetapi ingin kekalkan bahasa ibunda mereka sebagai identiti budaya.
Cadangan Laporan Fenn-Wu:
Bahasa Melayu, Bahasa Cina, dan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah vernakular.
Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Sekolah Inggeris) dikekalkan.
Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu / Malaysi
Selepas Laporan Fenn-Wu 1952 dikemukakan, ia mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak.
Orang-orang Melayu telah menolak laporan Fenn-Wu kerana mereka rasa syor-syor dalam laporan tersebut tidak menguntungkan mereka. Tetapi, reaksi yang diterima ini telah membawa kepada satu pengkajian lain. Sebuah jawatankuasa khas, iaitu Jawatankuasa
Pusat Penasihat Pendidikan telah ditubuhkan untuk mengkaji laporan Fenn-Wu.
ORDINAN PELAJARAN(1952)
Pengenalan Ordinan Pelajaran (1952)
Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan ini terdiri daripada 20 orang ahli pelajaran, pegawai pemerintah dan ahli luar yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.
Dalam jawatankuasa ini, mereka telah ditugaskan mencari jalan tengah, bagaimana kerajaan dapat melaksanakan perakuan daripada Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
Akhirnya, pihak Inggeris kemudiannya telah menyatukan kedua-dua laporan itu dan dijadikan Ordinan Pelajaran 1952.
Matlamat Ordinan Pelajaran 1952
Membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang baik untuk tiap-tiap individu.
Menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
Membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri dari berbagai kaum.
Cadangan Ordinan .
Penubuhan dua jenis aliran persekolahan, iaitu iaitu satu sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu lagi sekolah menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar.
Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan diwajibkan kepada tiap-tiap warganegara yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun. Murid-murid yang tamat di peringkat sekolah rendah ini akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan vokasional menurut kemampuan dan kelayakan masing-masing.
Sekolah Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem pelajaran kebangsaan. Bahasa Inggeis akan menjadi pelajaran wajib bagi sekolah Melayu dan bahasa Melayu akan menjadi pelajaran wajib bagi sekolah Inggeris.
Bahasa Cina dan Tamil akan diajar sebagai bahasa ketiga jika terdapat permintaan daripada ibu bapa dengan syarat terdapat 15 orang dalam sebuah bilik darjah. Namun, usul-asal ini tidak terlaksana kerana kekurangan biaya, kekurangan guru terlatih dan bantahan masyarakat Cina dan Tamil.
PENYATA RAZAK (1956)
Pengenalan Penyata Razak(1956)
Penyata Razak 1956 ialah laporan oleh satu jawatankuasa bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu.
Jawatankuasa Razak ditubuhkan pada 30 September 1955 untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1952.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh oleh Dato Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.
Cadangan dalam Penyata Razak telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957.
Tujuan utama Penyata Razak 1956 adalah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah.
Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah diharapkan mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai rumpun bangsa di tanah melayu.
Berdasarkan Penyata Razak 1956, tujuan dasar pelajaran bermaksud hendak menyatukan murid-murid dari semua bangsa di dalam negara ini.
Cadangan-cadangan Penyata Razak:
i. Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah rendah dan menengah.
ii. Bahasa Inggeris, bahasa cina, dan bahasa tamil menjadi bahasa pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan.
iii. Dua jenis sekolah yang terbuka kepada semua etnik: sekolah-sekolah rendah yang menerima bantuan atau persendirian, dan sekolah-sekolah menengah yang menerima bantuan atau persendirian.iv. Sistem pendidikan sekolah menengah terdiri daripada Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas(SMA) dan Pra Universiti.
v. Sistem peperiksaan yang berpusat dan sama bagi semua.
vi. Guru-guru sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan
vii. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional
viii. Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan
PENDIDIKAN
Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara Malaysia telah dipertahankan dan diperkembangkan bermula daripada Laporan Razak.
Pada Oktober 2001, persidangan antarabangsa UNESCO ke-31 iaitu menyokong pengajaran dalam bahasa ibunda sebagai kaedah untuk meningkatkan kualiti pendidikan dengan membina pengetahuan pelajar dan pengajar.
CABARAN:
Pengajaran & pembelajaran Bahasa Melayu
Tidak semua guru yang mengajar BM mendapat latihan khusus dalam bidang bahasa.
Kemahiran lisan, bacaan & menulis diajar secara terpisah dan bukannya secara penggabung jalinan atau penyerapan
Pengetahuan asas murid yang berbeza-beza
Murid kurang minat terhadap mata pelajaran bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris
Penjenamaan Bahasa Melayu
Berlaku krisis identiti antara istilah bahasa Melayu dan bahasa Malaysia.
Proses penjenamaan semula kepada bahasa Malaysia telah mengikis kewibawaan dan mencabar kredibiliti bahasa itu sendiri
Bahasa Melayu dalam Akta Pendidikan Tinggi Swasta
Bahasa Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga iaitu apabila Akta Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar.
Pelbagai istilah  perkataan berdasarkan penemuan baharu pada masa kini kebanyakkan dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu
MASA DEPAN:
Bidang Pendidikan
1. Memperkasakan kurikulum bahasa Melayu
Strategi memperkasakan kurikulum bahasa Melayu dilaksanakan melalui langkah yang berikut:
Memperkasakan kurikulum bahasa Melayu standard di semua jenis sekolah dan aliran
Menambah baik dan menyemak kurikulum bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah dari semasa ke semasa
Menambah baik aspek seni bahasa dalam Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
2. Memperkasakan Pentaksiran Bahasa Melayu
Sistem pentaksiran yang berifat holistik dan seimbang iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor - pentaksiran sumatif dilaksanakan pada akhir unit pembelajaran, penggal atau tahun.
Melaksanakan Komponen Lisan Komunikatif di Tingkatan Enam
Memperkasakan Ujian Lisan Bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah
EKONOMI
Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang ekonomi masih lagi tidak meluas berikutan cabaran globalisasi dan landskap ekonomi menyebabkan kedudukan bahasa Inggeris di Malaysia semakin kuat dan sedikit sebanyak mempengaruhi kedudukan bahasa Melayu.
Hal ini kerana bahasa Melayu sering dikatakan tiada nilai ekonomi, tiada nilai komersial dan sukar digunakan dalam urusan perniagaan.
CABARAN:
1) Bahasa Melayu dalam Urusan perniagaan
Dokumen perniagaan syarikat swasta masih menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama & Bm sebagai bahasa kedua
Bahasa Inggeris mendominasi 100% industri perhotelan, syarikat jualan kereta, barangan elektrik & komputer
2)Bahasa Melayu dalam peluang kerjaya
Graduan boleh memilih kerjaya dalam bidang perguruan atau pendidikan sebagai guru BM dengan mengikuti kursus-kursu iktisas seperti PISMP, KPLI/DPLI, Bachelor Pendidikan dsb.
Graduan Bm boleh memilih bidang penulisan kreatif pengacaraan, editor & penterjemah
MASA DEPAN:
Peningkatan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak di dalam dan di luar negara.
Kerjasama strategik dengan pihak awam dan swasta serta pihak luar negara diperkukuh melalui perjanjian persefahaman.
Kerjasama dengan sukarelawan bahasa dan sastera digerakkan supaya program bahasa dan sastera dapat dilaksanakan dengan lebih mantap.
Kerjasama antarabangsa melalui MABBIM, MASTERA dan MABM ditingkatkan manakala kerjasama dengan pihak kedutaan Malaysia di luar negara akan dirintis bagi memastikan bahasa dan persuratan Melayu dapat disebarkan secara meluas ke peringkat antarabangsa.
PENTADBIRAN KERAJAAN
Menurut Awang Sariyan (dalam Sharifah Darmia Sharif Adam , 2014) menyatakan kekurangan istilah dalam pelbagai bidang dan istilah yang kerap kali berubah merupakan masalah yang sering dibangkitkan oleh guru, pelajar, penulis dan penerbit.
Alasan untuk menolak penggunaan bahasa kebangsaan dalam pentadbiran disebabkan kekurangan istilah dan perkataan adalah tidak wajar.
CABARAN:
a) Urusan Rasmi Dalam Negara
Surat Rasmi
Surat rasmi dalam negara oleh agensi kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan Jika terima surat selain daripada bahasa kebangsaan, hendaklah dibalas beserta dengan dokumen lampiran dalam bahasa kebangsaan
Urusan Mesyuarat Melibatkan Kehadiran Warganegara Malaysia
Urusan surat menyurat, minit mesyuarat, nota pembetangan dalam bahasa kebangsaan
Penganjuran Majlis Rasmi Melibatkan Kehadiran Warganegara Malaysia
Urusan surat menyurat minit mesyuarat, nota pembentangan dalam bahasa kebangsaan
b) Urusan Rasmi Antarabangsa
Surat Rasmi Antarabangsa
Surat rasmi antarabangsa oleh agensi kerajaan kepada pihak luar digalakkan menggunakan bahasa kebangsaan dan disertakan lampiran dalam bahasa Inggeris
Penganjuran Majlis Rasmi Melibatkan Kehadiran Bukan Warganegara Malaysia. Urusan surat menyurat, minit mesyuarat, nota pembentangan dalam bahasa kebangsaan atau Bahasa Inggeris
Dokumen Perjanjian Antarabangsa
Semua dokumen perjanjian antarabang oleh agensi kerjaan hendakah menggunakan Bahasa Inggeris Terjemahan dalam bahasa kebangsaan diperlukan bagi tujuan rekod dan semakan
Urusan Mesyuarat Melibatkan Kehadiran Bukan Warganegara Malaysia. Urusan surat menyurat, minit mesyuarat, nota pernbentangan dalam bahasa kebangsaan atau Bahasa Inggeris
MASA DEPAN:
Terdapat usaha dan penekanan kerajaan mengenai penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran kerajaan.
Bahasa Melayu telah dimaktubkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia sejak 1957 setelah dilumpuhkan secara sistematik semasa penjajahan Inggeris pada tahun 1785 hingga 1957.
Kerajaan berusaha mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaam dan bahasa rasmi negara ini.
Usaha kerajaan ketika itu jelas dapat dilihat dalam bidang pentadbiran dengan mengadakan matlamat selepas sepuluh tahun negara mencapai kemerdekaan, iaitu semua urusan rasmi melibatkan penulisan surat, perbicaraan dalam mesyuarat, penulisan minit mesyuarat, penyediaan laporan hendaklah dijalankan dalam bahasa Melayu.
Bermakna, dalam tempoh masa sepuluh tahun sebelum tarikh tersebut kerajaan perlu melengkapkan kakitangan awam dengan pengetahuan bahasa kebangsaan (Sharifah Darmia Sharif Adam: 2014).
PRAMERDEKA
Pada peringkat awal pemerintahan Inggeris, kedudukan bahasa Melayu tidak tergugat.
Bahasa Melayu tetap digunakan dalam urusan rasmi kerajaan British, maka lahirlah sarjana bahasa berbangsa barat seperti: R.O Winsted, R.J Wilkinson, C.C Brown, W.E Maxwell, W. Marsden, O.T Dusek, W.G Shellabear, J. Crawford, A.M Skinner
Kedudukan bahasa Melayu mula tergugat selepas Perang Dunia ke-2 apabila kerajaan Inggeris mula menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dan bahasa rasmi. Walau bagaimanapun terdapat pejuang bahasa Melayu yang memperjuangkan bahasa Melayu melalui karya mereka.
Terdapat pelbagai pertubuhan yang ditubuhkan bagi mempertabatkan bahasa melayu. Contohnya seperti pertubuhan :
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB)
Ditubuhkan pada tahun 1888 dan diasaskan oleh Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Datuk Muhammad Ibrahim Munsyi.
Matlamat utama PBmPB ditubuhkan untuk memelihara, memperlengkap dan mempermodenkan bahasa Melayu dari segi ejaan, mencipta perkataan baru dan memelihara ejaan jawi.
Sepanjang penubuhannya PBmPB telah menghasilkan 34 buah buku berkaitan dengan sejarah, kebudayaan, riwayat perjalanan dan maklumat PBmPB
Pejabat Karang Mengarang
Ditubuhkan pada tahun 1924 di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan pengasasnya ialah O.T Dussek dan Za'ba.
Matlamat penubuhannya untuk mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan bahasa Melayu di sekolah Melayu selain menggalakkan penulis menghasilkan karya dalam bahasa Melayu.
Di samping itu, PKM juga mengeluarkan bahan bacaan untuk masyarakat Melayu, menerbitkan jurnal bergambar dan mengadakan perpustakaan bergerak ke kampung-kampung.
PASCAMERDEKA
Para nasionalis yang menuntut kemerdekaan mahu menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Usul ini membawa kepada Suruhanjaya Reid dalam membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Setelah merdeka, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 (bahasa Kebangsaan) menyatakan "Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi negara merdeka".
Pada zaman ini telah tergubal akta- akta yang menyentuh hal kedudukan bahasa Melayu, malahan telah ditubuhkan institusi yang bertanggungjawab untuk mengembangkan bahasa kebangsaan. Antaranya akta:
Akta Bahasa Kebangsaan 1957
Menyatakan yang Bahasa Melayu digunakan dalam semua urusan rasmi negara.
Akta Pendidikan 1961
Membantu perkembangan sistem pelajaran yang bahasa penghantarnya ialah Bahasa Melayu.
Akta Bahasa Kebangsaan 1957
Pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dikuatkuasakan melalui
Akta Pendidikan 1961
Membantu perkembangan sistem pelajaran yang bahasa penghantarnya ialah bahasa kebangsaan.