My fancy padlet by PDPPPAI1R0621 Nor Hanis Syuhada Binti Abdul Samad

Faktor-Faktor yang Perlu Dipertimbangkan dalam Proses Memotivasikan Murid
1) Faktor Minat
Motivasi ialah proses dalaman yang menimbulkan perubahan tingkah laku seseorang. Sekiranya perubahan tingkah laku itu ditimbulkan oleh motivasi berpusatkan pada sesuatu aktiviti, aktiviti itu dapat menghasilkan kepuasan, seseorang individu akan meneruskan aktiviti tersebut secara berulang-ulang.

Motivasi yang berpusatkan pada sesuatu aktiviti itu adalah disebut sebagai minatnya. Dengan perkataan lain, minat sebenarnya ialah motivasi. Yang berbezanya ialah minat yang menggerakkan arah aktiviti adalah lebih tertumpu, dan objek ditumpukan adalah lebih nyata. Sebagai contoh, seseorang murid suka melukis kerana mendapat kepuasan akan terus-menerus melukis hingga mengabaikan mata pelajaran lain adalah sebab minat khususnya.

2) Faktor Desakan dan Keperluan
Desakan ialah tindakan atau perubahan tingkah laku akibat satu-satu keperluan fisiologi yang tidak dipenuhi. Ia merupakan kecenderungan untuk mengekalkan kesimbangan sesuatu keadaan fisiologi seperti lapar dan dahaga.

Manakala keperluan ialah keinginan memenuhi kekurangan seseorang individu dari aspek fisiologi dan psikologi. Di bawah konteks psikologi, terdapat dua tafsiran tentang perkaiatan motivasi dengan desakan dan keperluan.

-Tafsiran pertama menggolongkan konsep motivasi, desakan, dan keperluan sebagai erti yang sama, iaitu desakan dan keperluan sebenarnya ialah motivasi.

-Tafsiran kedua menggangap, pada prinsipnya, desakan sebagai motivasi tetapi menggunakan desakan untuk mewakili motivasi adalah berupa lebih primitif.

Misalnya, motivasi primitif seperti kelaparan dan dahaga kadang kala disebut sebagai desakan kelaparan dan desakan dahaga masing-masing. Tentang pandangan terhadap perkaitan motivasi dengan keperluan pada umumnya, keperluan merupakan punca mewujudkan motivasi. Tingkah lalu yang ditimbulkan adalah berpunca daripada motivasi dan motivasi ditimbulkan kerana keperluan dan ransangan.

3) Faktor sikap, harapan dan inspirasi
Sikap, harapan (expectancy) dan aspirasi seseorang pula mempengaruhi motivasinya. Sikap terhadap sesuatu perkara adalah dibentuk daripada kefahaman, perasaan dan tindakan.

Seseorang murid yang mempunyai sikap positif terhadap sesuatu aktiviti, misalnya pembelajaran, akan memotivasi perasaan dan tindakannya kea rah menjalankan aktiviti pembelajaran secara aktif dan bermakna.

Harapan seseorang merujuk kepada ramalannya yang subjektif, iaitu sama ada berlaku atau tidak. Sekiranya ramalan tidak selaras dengan pengalaman kognitifnya, perasaannya akan mengalami keadaan ketidakseimbangan dan keadaan ini akan menimbulkan motivasi untuk mengubah tingkah lakunya.

Tahap aspirasi seseorang merujuk kepada penilaian yang subjektif, iaitu setakat mana objektif pencapaiannya ke atas sesuatu kerja atau tugas yang dilakukan.

Objektif pencapaian yang ditentukan mewakili harapan diri. Tahap perbezaan di antara harapan dengan pencapaian yang sebenar akan mempengaruhi motivasi selanjutnya.

Misalnya, seorang murid yang meramal diri akan memperolehi pencapaian baik dalam peperiksaan, tetapi akhirnya mendapat cemerlang di luar dugaannya akan meningkatkan motivasinya dalam pembelajaran selanjutnya dengan berusaha lebih giat lagi.