Hari Raya Aidilfitri by BM50620 Muhammad Hasyir Bin Zulkifli

Malam Raya
Malam sebelum menyambut 1 Syawal merupakan malam yang sangat meriah. Semua orang akan sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Nenek akan menyiapkan bahan untuk memasak rendang. Atok pula akan menyediakan bahan untuk membakar lemang. Masakan mereka sungguh sedap.

Pagi Raya
Pada pagi raya, semua orang akan bangun awal untuk bersiap dengan memakai pakaian baharu. Biasanya setiap keluarga akan memakai baju yang sedondon dengan ahli keluarga yang lain supaya nampak lebih menarik. Setelah selesai mandi dan memakai pakaian raya, kami sekeluarga pergi ke masjid. Kami menunaikan solat sunat hari raya. Selepas pulang dari masjid, kami menjamu selera dengan memakan masakan yang telah disediakan oleh Atok dan Nenek. Masakan mereka kami makan dengan penuh selera. Selepas itu kami akan bersalaman dengan setiap ahli keluarga untuk memohon kemaafan. Ibu dan ayah memberi duit raya. Saya berasa sungguh seronok kerana dapat menyambut hari raya bersama-sama saudara mara.

Petang Raya
Pada petang raya, kami akan pergi ke rumah jiran-jiran dan juga sanak saudara yang berada berdekatan dengan rumah. Kami akan mengunjungi setiap rumah yang berhampiran dan beramah mesra. Ada juga jiran tetangga yang mengadakan rumah terbuka dan menjemput kami ke rumah mereka. Suasana kampung sungguh meriah bila menyambut perayaan. Kami juga melawat kubur. Kami akan sedekahkan al-fatihah untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Setelah itu, kami akan pulang ke rumah. Biasanya akan ada tetamu yang datang ke rumah kami untuk beraya bersama. Ibu menyiapkan kuih raya kepada tetamu. Kuih raya ibu sungguh sedap. Selepas itu, kami akan berehat dan menolong ibu mengemas pinggan mangkuk yang digunakan.