Aktiviti 4.1 - APLIKASI PADLET by Azua Ilyana

HUBUNG KAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
1.    Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang Islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah Syariah. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. Teori ini adalah berasaskan kepada penemuan Batu Bersurat Terengganu yang merupakan teks perundangan Islam pertama yang ditulis di negara ini pada tahun 1898. Penemuan Batu Bersurat itu adalah penting kepada sejarah perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu.

2.    Kemuncak dan kegemilangan pelaksanaan perundangan Syariah di negara ini berlaku semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka berikutan pengislaman Parameswara dan penduduk Melaka pada awal abad ke-15. Pada peringkat awal pelaksanaannya, undang-undang Islam telah dibuat atas nasihat para fuqaha dan dikuatkuasakan menerusi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah. Terdapat dua teks undang-undang Islam utama semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Undang-Undang Melaka (Risalat Hukum Kanun) dan Undang-Undang Laut Melaka yang dipercayai digubal berdasarkan Adat Temenggung, mazhab Shafie dan pengaruh adat Melayu.

Artikel dibawah merupakan suatu usaha untuk mentafsirkan kandungan Syariah Islam di dalam Batu Bersurat di Terengganu (BBT), suatu prasasti dan artifak tertua di Malaysia. Tafsiran ini kemudiannya akan  cuba  dikaitkan  dengan  sejarah  perkembangan  pemikiran Syariah Islam di zaman terkemudian. Sebagai premis asas, dapat dikatakan  bahawa  pencatat  BBT  ini  memang  terdiri  daripada seorang  yang  berpengetahuan  dalam  bidang  perundangan  Islam. Hal  ini  akan  cuba  dibuktikan  dengan  meneliti  segala  butiran hukum  Islam  yang  terkandung  di  dalam  BBT.
Rujukan:-
Rahim, R. A. A., Ismail, P., Majid, M. K. A., & Dahlal, N. H. M. (2010). Batu Bersurat Terengganu: Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan Syariah Islam. Jurnal Fiqh, 7, 107-148.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Pertemuan Batu Bersurat di Terengganu dapat dikaitkan dengan perkembangan Islam di Nusantara. Sejarah masuknya Islam ke Nusantara ialah melalui kegiatan pelayaran. Hubungan masyarakat antara Indonesia dengan para pedagang muslim Gurajat, Arap, Persia telah membawa pengaruh besar. Para pedagang tersebut selain memegang peranan penting dalam memperkenalkan Islam malah mereka juga berperanan untuk menyebarkan Islam ke seluruh negara. Pada awal abad ke 13, wujudlah perkampungan masyarakat muslim di pesisir samudra, kurang dari 15km dari Ihoksemawe. Penemuan batu nisan Sultan Malik Al Saleh , yang meninggal pada 696H/1297 masihi telah membuktikan bahawa pemerintahan bercorak Islam telah dilaksanakan. Hubung kait dengan undang-undang Syariah ISLAM. Kedatangan Islam di Tanah Melayu pada zaman dahulu dapat dilihat dengan penemuan Batu Bersurat,Terengganu yang dianggarkan berusia 700 tahun dengan ukiran paling tua dan bertulisan Jawi ditemui buat kali pertama di Malaysia membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 sebelum Masihi. Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang Islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah syariah . Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariaah di negara ini telah dimulakan pada abad ke 14.

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu. Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran. Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.

BATU BERSURAT TERENGGANU
Pada tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai Tara, di Kampong Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian pada tahun 1902, Batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan, di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang di jadikan alas membasuh kaki untuk naik ketangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atasnya.

Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, Batu ini dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian Batu itu diletakkan atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris Di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang Jurufoto berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil gambar dan dihantarkan kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan.

Batu ini bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah. Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.

Pada tahun 1923, Batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman di antara Kerajaan Persekutuan yang di wakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementrian Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan Encil Ismail bin Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada Y.A.B. Dato’ Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu.

Batu ini merupakan sebuah Peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharaan agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-Undang Islam.

SUMBER DARIPADA PIHAK MUZIUM NEGERI TERENGGANU