Aktiviti 4.1 -Batu Bersurat Terengganu by Ku Hafidz

HUBUNG KAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Perlaksanaan Undang-Undang Islam dan Kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. Ini berasaskan sumber penemuan Batu Bersurat Terengganu yang mengandungi teks perundangan islam yang pertama ditulis di negara ini pada tahun 1898. Penemuan Batu Bersurat ini banyak mempengaruhi semasa zaman kesultanan melayu melaka selepas pengislaman Parameswara berikutan dengan penduduk melaka pada awal abad ke-15. Dari segi penggubalan undang-undang, semasa zaman kesultanan melayu melaka, terdapat dua jenis undang-undang iaitu Undang-Undang Melaka (Risalat Hukum Kanun) dan Undang-Undang Laut Melaka yang digubal berdasarkan Adat Temenggung, Mazhab Shafie dan pengaruh adat melayu. Penggubalan undang-undang ini dijadikan asas kepada Negeri-Negeri Melayu yang lain seperti Hukum Kanun Pahang (1595 M), Undang-Undang Kedah (1605 M), Undang-Undang Johor (1878 M) dan Undang-Undang 99 Perak (1878 M). Undang-Undang ini dilaksanakan sepenuhnya di Tanah Melayu sebelum kedatangan Inggeris.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Penemuan Batu Bersurat Terengganu dapat membuktikan kedatangan islam ke Nusantara melalui ulama yang datang berdagang di Nusantara untuk penyebaran islam. Pedagang Arab, India, Parsi mempunyai kegiatan perdagangan dengan Nusantara sejak abad ke 8 dan 9 lagi. Terdapat juga pendapat yang menyatakan islam masuk di Nusantara pada abad ke-13.  Perdagang islam yang datang berdagang selain untuk menyebarkan agama islam, oleh kerana mereka menunjukkan peribadi muslim yang baik, jujur,amanah dan boleh dipercayai, hal ini secara tidak langsung dapat menarik masyarakat Nusantara pada ketika itu untuk memeluk islam.

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Hubungan Melaka dengan China merupakan hubungan diplomatik yang penting kerana ianya banyak memberi kelebihan kepada kedua-dua pihak. Pada tahun 1406, sebagai bukti Melaka mendapat pengiktirafan rasmi dari China, Parameswara mendapat hadiah seperti cop mohor, sepasang pakaian sutera dan payung kuning. Hubungan itu seterusnya membawa kepada perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan campur yang melahirkan suku Baba dan Nyonya yang majoritinya beragama Islam.