My stellar wall by Fadhila Nadia

TERAS STRATEGIK PIPP
• PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam
teras iaitu :-
1. Membina negara bangsa
2. Membangunkan modal insan
3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
4. Merapatkan jurang pendidikan
5. Memartabatkan profesion keguruan
6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Membina Negara Bangsa
 Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut
perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi
melahirkan warganegara “glokal” yang bertindak bijak
menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi
mengikut acuan local atau tempatan.
 Fokus utama dalam membina negara bangsa
mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan
bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi
nasional dan bahasa ilmu. Fokus lain ialah memupuk
kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa
serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap
pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk
pemikiran kehidupan.
 Antara strategi untuk membina negara bangsa ialah :
* Menggerakkan gelombang baru gerakan
memperkasakan bahasa kebangsaan.

Membangunkan Modal Insan
 Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak
bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta
kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam
pelbagai jenis pekerjaan.
 Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi
kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan
menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT)
dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis
serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi
serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam
keluarga dan masyarakat.
 Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, fokus
pembangunan modal insan terdapat dalam tempoh
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) iaitu :
* Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk
menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran.
* Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan
keterampilan

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan
(SK) dan sekolah mene. Hal ini kerana SK
berperanan penting sebagai tapak untuk
menyemai serta memupuk perpaduan di antara
kaum dari peringkat awal persekolahan.
Ciri-ciri SK perkasa ialah :
* Infrastruktur lengkap dan berkualiti.
* Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan
berkualiti, semua pelajar menguasai
3M.
* Beraspirasi nasional.
* Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.
* Pencapaian akademik cemerlang.
* Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.
* Iklim dan budaya sekolah yang sihat.
* Penawaran dan pelaksanaan kurikulum
berasaskan pelanggan.
* Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum

Merapatkan Jurang Pendidikan
PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara
lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan
kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh
negara. Selain itu, ia turut memfokuskan
peningkatan kadar penyertaan dan
mengurangkan risiko keciciran pelajar. Tumpuan
akan diberi kepada sekolah-sekolah di
pedalaman Sabah dan Sarawak. KPM turut
memfokuskan untuk mengurangkan jurang
pencapaian akademik dengan menambah
bilangan komputer, TV Pendidikan, makmal

Memartabatkan profesion perguruan
Guru-guru yang baru menamatkan pengajian
perguruan dari maktab atau institusi pengajian
tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan
pedalaman dahulu tanpa sebarang
pengecualian. KPM akan menambah baik insentif
dan mewujudkan skim insurans khusus kepada
guru yang berkhidmat di pedalaman selain
menyediakan rumah guru dan kemudahan asas
yang sempurna.
Guru tugas-tugas khas akan menikmati elaun
baru apabila PIPP 2006-2010 dilaksanakan
sepenuhnya.

Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi
pendidikan dalam sistem pendidikan negara, dasar
KPM adalah untuk mengadakan
pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih
tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan
kluster institusi pendidikan yang ada iaitu mengikut
bidang khusus masing-masing.
Hal ini kerana pada masa ini terdapat pelbagai jenis
sekolah dalam sistem pendidikan negara serta untuk
menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan
Pendidikan.
Bagi sekolah-sekolah yang dipilih, fokus akan
diberikan kepada perkara-perkara berikut:-
• Memastikan kepimpinan teguh dan berkesan
• Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan
berkemahiran tinggi