Karangan Ekspositori 10 by Sahibah Farha

Isi 1
Tanpa undang-undang di sekolah, keadaan di sekolah boleh menjadi huru-hara. Para pelajar, tidak kira peringkat rendah atau menengah , memerlukan peraturan yang dapat mengongkong perbuatan mereka kerana mereka masih belum cukup matang untuk mengetahui batasan  kepada perbuatan-perbuatan yang berbeza. Undang-undang bertindak sebagai sesuatu perkara yang patut dituntuti oleh para pelajar agar mereka tidak akan terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang salah. Sebagai contoh, para remaja pada zaman ini belum cukup memahami baik buruk perbuatan-perbuatan mereka di sekolah seperti berbual sewaktu guru sedang mengajar atau menghadir ke sekolah tepat pada waktunya. Oleh itu, undang-undang akan membantu pihak sekolah agar imej sekolah yang baik akan terjamin dan para pelajar akan dapat meraih nilai-nilai moral yang boleh membantu mereka menjadi ahli masyarakat yang berguna dan dihormati orang lain.

- Afiana

Isi 2- Shah
Selain itu , undang-undang di sekolah juga penting kerana keselamatan. Undang-undang bukanlah di reka kerana suka-suka. Di sekolah, terdapat undang-undang yang diutamakan kerana ia boleh membahayakan seseorang insan. Satu contoh ialah pelajar-pelajar harus keluar dari sekolah tepat pada jam enam setengah petang. Undang ini direka supaya pegawai keselamatan boleh memastikan tiada pelajar yang tertinggal di dalam perkarangan sekolah. Sebagai contoh, jika seseorang pelajar cuba tinngal di sekolah selepas waktu yang ditetap, dia tidak akan dapat diselamatkan jika sesuatu buruk berlaku kepadanya kerana tiada orang yang ada di dalam perkarangan sekolah kecuali pada keesokan hari apabila sekolah buka semula.

Isi 4
Undang-undang sekolah adalah musuh ramai pelajar kerana dengan peraturan datanglah hukuman yang boleh sekecil amaran lisan atau sebesar seperti dibuang sekolah.

Isi 3 - Amir
Sekolah bukan hak pelajar-pelajar sahaja, tetapi guru-guru dan ibu bapa juga. Pelajar-pelajar melalui pendidikan agar dapat menyediakan diri mereka untuk masa hadapan. Pihak sekolah melaksanakan undang-undang supaya mempersiapkan pelajar-pelajar