A157556 NOOR AZNIDA FARINA BINTI MD SAAD by

LMCR2342 ISU-ISU KEKELUARGAAN

KEBAIKAN PENGGUNAAN GAJET
1) Komunikasi tanpa batasan
Dengan perkembangan teknologi yang pesat kini, penggunaan gajet dilihat semakin meluas dan mampu melangkaui batas jarak yang jauh. Sebagai contoh, anak perantauan yang belajar atau bekerja jauh dari kampung halaman kini mampu berhubung dengan keluarga pada bila-bila masa sahaja. Walaupun terpisah beribu batu, komunikasi antara ahli keluarga serta rakan dapat dilakukan.

2) Sebagai alat untuk melayari internet
Penggunaan internet dilihat amat penting bagi memudahkan urusan. Dengan kemajuan teknologi dan kecanggihan gajet, semua golongan boleh melayari internet tanpa batasan sekaligus sesuatu maklumat dapat diketahui dan dicapai dalam masa yang singkat.

3) Sebagai alat hiburan untuk merehatkan minda

Gajet boleh dianggap sebagai salah satu alat hiburan untuk merehatkan minda. Pelbagai aplikasi boleh disimpan didalam telefon bimbit yang boleh dijadikan sebagai alat hiburan kepada pengguna setelah seharian penat melakukan rutin harian. Antara aplikasi yang memberi hiburan kepada pengguna gajet ialah Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube. Selain memberi hiburan, aplikasi ini juga dapat memberi maklumat dan berita terkini kepada pengguna sekaligus mereka memperoleh maklumat tentang isu-isu semasa.

CABARAN
Dapat dilihat kini bahawa penggunaan gajet dianggap sebagai satu gaya hidup semua lapisan masyarakat. Tidak dinafikan bahawa gajet atau telefon pintar ini telah  mempengaruhi cara masyarakat mengendalikan urusan seharian mereka dimana segalanya kini dapat diuruskan menerusi alam maya dan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Antara cabaran yang dihadapi sekiranya ketagihan penggunaan gajet ini tidak dibendung ialah anak-anak dilihat mengabaikan dan kurang mengulangkaji pelajaran. Mereka dilihat alpa dengan keseronokan yang diperoleh melalui gajet kerana pelbagai jenis keseronokan dapat diperoleh. Ketagihan ini menyebabkan anak-anak tidak dapat membahagikan masa dengan baik antara pelajaran dan keseronokan melayari alam maya. Selain itu, pengguna gajet merasakan semua urusan dapat dilakukan dengan adanya gajet. Dalam zaman yang serba moden ini, manusia ingin melakukan rutin harian mereka dengan pantas. Dengan adanya gajet, urusan harian dapat dilakukan dalam masa yang singkat sehingga menyebabkan mereka terlalu asyik dengan gajet dan lupa akan keperluan untuk berinteraksi secara berhadapan dengan ahli keluarga serta rakan.

KEBURUKAN PENGGUNAAN GAJET
1) Menjejaskan pelajaran
Penggunaan gajet secara kerap dan berterusan dilihat boleh menjejaskan pelajaran pelajar kerana masa yang diperuntukkan untuk mengulangkaji pelajaran telah diganti dengan masa melayan gajet. Ianya sekaligus telah melalaikan mereka kerana pelbagai aplikasi yang menarik dalam gajet lebih menarik minat mereka daripada menghadap buku pelajaran. Sekiranya pelajar membawa gajet ke dalam kelas, perkara lebih buruk akan berlaku dimana tumpuan kepada apa yang diajar oleh guru akan terjejas.

2) Interaksi antara ibu bapa dan anak berkurang
Kekerapan ibu bapa atau anak menggunakan gajet akan menjejaskan interaksi antara ahli keluarga. Kerana terlalu taksub dengan gajet masing-masing, mereka lupa bahawa komunikasi secara berhadapan adalah penting bagi memahami dengan lebih lagi akan masalah yang dihadapi. Ibu bapa seharusnya mengurangkan penggunaan gajet bagi memberi ruang kepada anak-anak untuk berkongsi rasa dan meluahkan masalah yang dihadapi. Dengan ini, ibu bapa dapat memberi perhatian dengan lebih dan dapat memantau aktiviti Bagi anak-anak pula, mereka seharusnya memberi perhatian ketika berinteraksi dengan ibu bapa untuk menunjukkan rasa hormat kepada mereka.

CARA MENGATASI
1) Mengenakan peraturan penggunaan gajet yang tegas
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak. Ibu bapa perlu lebih tegas dalam memantau aktiviti anak-anak dalam penggunaan gajet. Menghadkan masa penggunaan gajet anak-anak semasa dirumah dilihat mampu mengurangkan kebergantungan mereka terhadap gajet. Sebagai contoh, menghadkan masa penggunaan gajet kepada satu jam sahaja dan waktu selebihnya digunakan sebaiknya untuk mengulangkaji. Dengan ini anak-anak akan lebih fokus dengan pelajaran dan pada masa yang sama dapat merehatkan otak setelah bertungkus-lumus membuat ulangkaji.

2) Komunikasi yang berterusan
Ibu bapa perlu sentiasa berinteraksi dengan anak-anak bagi mengurangkan rasa kebergantungan mereka kepada gajet. Dengan komunikasi yang berterusan, anak-anak dapat meluahkan apa yang terpendam kepada ibu bapa dan berasa dihargai. Apabila berkomunikasi secara berhadapan, seseorang itu dapat difahami dengan lebih lagi. Selain itu, ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak bagi mengetahui perkembangan mereka dan memantau aktiviti harian mereka. Dengan adanya perhatian dari ibu bapa, anak-anak pastinya merasakan bahawa mereka mendapat perhatian dan disayangi sekaigus kebergantungan terhadap gajet dapat dikurangkan.

ISU-ISU GAJET
Berkenaan isu seperti yang dilampirkan, peruntukan masa yang mencukupi antara ahli keluarga dilihat amat penting dalam memperbaiki interaksi antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa seharusnya memberi tumpuan yang lebih serta memantau anak-anak yang semakin membesar ini kerana mereka telah mula terdedah dengan dunia luar dan mungkin mudah terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat. Dengan peruntukan masa yang secukupnya, anak-anak akan mendapat perhatian yang banyak dari ibu bapa dan kebergantungan kepada gajet dapat dikurangkan. Bagi mewujudkan masa yang berkualiti bersama ahli keluarga, ibu bapa boleh menetapkan dan menghadkan penggunaan gajet didalam rumah sekurang-kurangnya sejam. Dengan ini, ibu bapa dapat meluangkan lebih banyak waktu bersama anak-anak dengan menanyakan perkembangan mereka dan saling berkongsi masalah.