Batu Bersurat Terengganu by

Sejarah Perkembangan Islam di Nusantara
Pertemuan Batu Bersurat Terengganu dapat dikaitkan dengan perkembangan Islam di Nusantara. Antara cara kemasukan Islam ke Nusantara adalah melalui kegiatan pelayaran dan perdagangan. Pedagang-pedagang muslim dari Arab, Gujerat dan Parsi membawa pengaruh besar bukan sahaja datang berdagang ke negeri Nusantara seperti Acheh dan Tanah Melayu malah memperkenalkan dan menyebarkan Islam. Penemuan batu nisan pada awal abad ke-13 menunjukkan bahawa pemerintahan bercorak Islam telah dijalankan.

Hubung kait dengan undang-undang Syariah ISLAM.
Undang-undang syariah ialah Undang-undang berdasarkan al-Quran dan sunah Nabi Muhammad s.a.w.

Kedatangan Islam di Tanah Melayu pada zaman dahulu dapat dilihat dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 sebelum Masihi.

Batu Bersurat Terengganu bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah dan menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang dan dijalankan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri.

Contohnya, mengendalikan kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka.

Kerajaan Melayu Melaka, misalnya, mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat iaitu Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Bagi kedudukan geografi dan aktiviti ekonomi, kawasan wilayah timur laut ini

yang berada di kawasan Laut Cina Selatan yang menjadi jalan perdagangan terpenting yang menghubungkan dunia barat dan timur yang agak luas. Sebahagian besar tamadun kawasan ini mempunyai pelabuhan maritime yang menjadi pelabuhan core dan tempat persinggahan perdagangan antarabangsa. Masyarakat kawasan Timur Laut ini dikenali sebgai saudagar,pelaut dan pembuat kapal yang handal.
Sebagai contoh:
Pelauhan Terengganu bersifatkan kosmopolitan dengan pelbagai bangsa

seperti China, Arab, Parsi dan sebagainya. Urus niaga berjalan dengan baik kerana

pemerintahnya Sultan Mansur menyedari kepentingan menjalinkan hubungan

dagang dengan kuasa besar iaitu China, India dan Tanah Arab pada masa itu.