SYASYA WANNIEY BINTI NORMAN by SYASYA WANNIEY BINTI NORMAN IPG-Pelajar
MAKLUMAT PELAJAR
Nama:Syasya Wanniey binti Norman
Angka giliran:2024042310097
No. kad pengenalan:051011-13-1250
Kumpulan:PPISMP BMSK4 2024/2029
Kod dan nama kursus:BMMB1074(Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu)
Nama pensyarah: Christina anak Aking
Tugasan 2(e-Portfolio)50%
Anda dikehendaki mengiterpretasikan sejarah perkembangan tulisan dan bahasa Melayu semasa era pramerdeka sehingga pascamerdeka serta cabaran masa depan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu.
Anda hendaklah menginterpretasikan  dalam bentuk e-Portfolio secara individu.
e-Portfolio anda hendaklah merangkumi perkara-perkara berikut:
i. Sejarah perkembangan sistem tulisan dalam bahasa Melayu
ii. Pejabat Karang-Mengarang, Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa Melayu dan ASAS 50.
iii. Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
iv. Bahasa Melayu Moden
v. Cabaran dan masa depan bahasa Melayu dalam
pendidikan, pentadbiran kerajaan dan kerancuan di media sosial.
ISI KANDUNGAN
i. Sejarah perkembangan sistem tulisan bahasa Melayu
ii. Pejabat Karang-Mengarang, Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa Melayu dan ASAS 50
iii. Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
iv. Bahasa Melayu Moden
v. Cabaran dan masa depan bahasa Melayu dalam pendidikan, pentadbiran kerajaan dan kerancunan media sosial.
Sejarah Perkembangan sistem tulisan dalam bahasa Melayu
tulisan Palava merupakan tulisan yang digunakan semasa    zaman melayu kuno sekitar abad ke-7 hingga ke-13 masihi.
tulisan palava ialah sejenis tulisan yang berasal dari India Selatan yang digunakan untuk menulis kitab-kitab dalam bahasa Sanskrit yang bertujuan untuk menyebarkan agama Hindu.
bukti penggunaan tulisan palava semasa zaman melayu kuno adalah pada batu-batu bersurat atau prasasti yang ditemukan.
menurut Asmah Haji Omar(2001), tulisan palava amat penting dalam perkembangan sistem penulisan di Nusantara, terutamanya dalam konteks penulisan Jawi dan aksara-aksara lain yang muncul selepasnya.
tulisan palava banyak menerima pengaruh daripada bahasa Sanskrit kerana semasa zaman Melayu Kuno, bahasa Sanskrit dijadikan sebagai bahasa undang-undang, bahasa permerintahan dan bahasa kebangsaan bagi kerajaan Sriwijaya.
tulisan Palava mempunyai dua jenis iaitu Palava Awal dan Palava Kemudian. Aksara Palava Awal ditulis secara besar-besar manakala Palava Kemudian menggunakan aksara yang sama tinggi, seolah-olah ditulis di antara dua garis lurus. Selain itu, aksara Palava Kemudian tidak lagi menonjolkan penulisan "ekor" yang terjulur di bawah garis lurus.
perkataan "Kawi" berasal daripada perkataan Sanskrit "kavi" yang membawa maksud "penyair". Pada mulanya, tulisan Kawi ini ditulis pada daun lontar, kemudiannya diubah suai dan diukir pada batu-batu.
tulisan Kawi telah digunakan oleh orang Melayu sejak abad ke-8 hingga abad ke-16
tulisan kawi berkembang dari tulisan Brahmi dan dikembangkan melalui pelbagai bentuk skrip di Asia Tenggara.
terdapat beberapa bukti penemuan penggunaan tulisan Kawi pada batu-batu bersurat iaitu pada batu bersurat di Joreng dan di Padang Lawas. Kedua-dua batu bersurat ini terletak di Tapanuli, Sumatera Utara.
reka bentuk tulisan Kawi ini ditulis secara melengkung dan mempunyai pelbagai ornamentasi.
tulisan Kawi banyak digunakan untuk menulis teks-teks agama, kesusasteraan dan dokumen rasmi.
tulisan Jawi muncul pada zaman Melayu Klasik iaitu sekitar abad ke-14 hingga ke-18 Masihi setelah zaman Melayu Kuno.
pada zaman Melayu Klasik, bahasa Melayu banyak menerima pengaruh daripada bahasa Arab. Kedatangan orang Arab ke kepulauan Melayu mengakibatkan banyak kosa kata sanskrit bercampur-aduk dengan kosa kata arab.
Bahasa Melayu Klasik mempunyai sistem tulisan yang tersendiri, iaitu tulisan Jawi. Tulisan Jawi menggunakan aksara Arab yang disesuaikan dengan bunyi bahasa Melayu.
tulisan Jawi mempunyai 29 aksara Jawi yang diambil daripada bahasa Arab.
perkataan jawi berasal daripada "Jawa" iaitu iaitu, Pulau Jawa.
terdapat dua pengaruh dalam perkembangan tulisan Jawi, iaitu pengaruh Arab dan pengaruh Melayu. Dari segi pengaruh Arab, tulisan Jawi mempunyai dua tahap perkembangan. Pada tahap pertama, tanda baris atau diakritik digunakan  manakala ejaannya pula tidak menggunakan huruf vokal. Pada tahap ini juga banyak menggunakan tanda baris yang menyebabkan masa yang diambil untuk menulis sesuatu perkataan atau ayat agak lama. Pada tahap kedua pula, tanda baris pada tulisan Jawi digugurkan. Ejaannya masih tidak menggunakan huruf vokal. Tulisan ini dikenali sebagai tulisan Arab gondol. Pengguguran baris pada tulisan Jawi tahap kedua menimbulkan masalah bagi perkataan berhemograf kerana ejaan yang sama boleh disebut dengan cara yang berbeza sehingga menimbulkan perbezaan makna.
Pengguguran baris telah menyebabkan berlakunya banyak kekeliruan dalam masyarakat Melayu pada ketika itu. Oleh itu, sistem ejaan Jawi dengan pengaruh Melayu diperkenalkan.
sistem ejaan Jawi pengaruh Melayu juga mengalami dua tahap perkembangan. Pada tahap perkembangan yang pertama, huruf vokal/saksi" ا,و,ي" diperkenalkan.  Huruf-huruf vokal ini diletakkan pada suku kata pertama sahaja.
penggunaan huruf vokal pada suku kata pertama sahaja telah menimbulkan  masalah bagi perkataan berhomograf kerana terdapat perkataan yang berlainan ditulis dengan ejaan yang sama. Masalah tersebut diselesaikan melalui perkembangan tulisan Jawi tajap kedua. Beberapa aspek telah diperkenalkan pada tahap kedua iaitu, huruf vokal/saksi diletakkan pada kedua-dua suku kata.
antara sistem ejaan Jawi yang pernah digunakan di Malaysia ialah:
Rahsia Tulisan Jawi(1931)
Panduan Bagi Hejaan PBmPB DiRaja Johor(1937)
Daftar Ejaan Melayu:Jawi-Rumi(1949)
Sistem Ejaan Za'ba merupakan sistem pertama dalam ejaan rumi bahasa Melayu yang dihasilkan oleh orang Melayu sekitar tahun 1933.
Sebelum ini, negara kita menggunakan Sistem Ejaan Wilkinson. Namun, terdapat beberapa kelemahan dalam penggunaannya. Jadi, Sistem Ejaan Za'ba telah diperkenalkan untuk melicinkan dan memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu dari aspek sistem ejaan dalam kalangan penutur bahasa Melayu.
Sistem Ejaan Za'ba telah dihasilkan di  SITC(Maktab Perguruan Sultan Idris).
Tokoh yang terlibat dalam penghasilan Sistem Ejaan Za'ba ialah  Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad.
Sistem Ejaan Za'ba telah melalui beberapa pengemaskinian dalam jangka masa beberapa tahun dan telah termuat dalam beberapa buah pedoman bahasa yang diterbitkan oleh Pejabat Karang-Mengarang .
Antara buku yang telah diterbitkan termasuklah:
Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1(1926)
Pelita Bahasa Melayu Penggal 1(1941)
Daftar Ejaan Melayu(Jawi-Rumi)(1949)
Sistem Ejaan Za'ba telah dijadikan sebagai sistem ejaan rasmi dalam kerajaan Malaysia dan digunakan di sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi sehingga 50-an sebelum sistem ejaan tersebut digantikan dengan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972.
CIRI-CIRI SISTEM TULISAN ZA'BA
Tidak menggunakan teori dan teknik linguistik kerana ia hanya melambangkan bunyi-bunyi bahasa Melayu melalui huruf-huruf rumi yang digunakan dalam Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu.
Sistem Ejaan Za'ba tidak menggunakan tanda sirkumfleks atau aksen sebagai penanda panjang atau pendek bunyi bagi mana-mana grafem vokal dalam sistem ejaannya.
Sistem ejaan rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972.
Sistem ini merupakan cetusan daripada perjanjian penyatuan ejaan Rumi bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang dasarnya dipersetujui pada tahun 1967.
Sistem ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu ialah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia.
Badan yang ditugaskan untuk menyusun pedoman ejaan Rumi di Malaysia ialah diletakkan di bawah pengurusan Dewan Bahasa dan Pustaka.
PELAKSANAAN SISTEM EJAAN RUMI
Penggunaan abjad:
a.Abjad: Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada 26 huruf
b. Huruf vokal: Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada lima huruf iaitu a, e, i, o dan u. Huruf e melambangkan dua bunyi iaitu e taling dan e pepet.
c. Huruf diftong: Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang hadir secara berturutan yang dilafazkan secara bunyi luncuran. Terdapat tiga jenis huruf vokal iaitu au, ai dan oi.
d. Huruf konsonan: Huruf konsonan yang terdapat dalam bahasa Melayu terdiri daripada huruf b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w,x,y dan z.
Penulisan huruf
a.Huruf besar: Huruf besar digunakan pada huruf pertama kata awal ayat, petikan langsung, ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Allah, gelaran kehormatan, keturunan dan keagamaan yang diikuti dengan nama orang dan unsur nama orang.
b.Huruf condong: Huruf condong digunakan untuk menulis nama buku, majalah dan surat khabar yang ditulis dalam karangan,menulis perkataan nama ilmiah atau ungkapan asing kecuali yang telah disesuaikan ejaannya dan untuk menegaskan atau mengkhususkan huruf, bahagian perkataan atau kelompok perkataan.
Penulisan kata
a. Kata dasar: Kata yang berupa kata dasar masing-masing ditulis secara satu persatu.
b.Kata turutan: Imbuhan awalan,akhiran,apitan dan sisipan ditulis serangkai dengan kata dasarnya.
c. Bentuk gandaan: Bentuk gandaan ditulis secara lengkap dengan menggunakan tanda sempang(-).
d.Gabungan kata: Bagi gabungan kata yang lazim disebut rangkai kata, termasuklah istilah khusus, bahagian-bahagiannya ditulis terpisah.
e.Partikel: Partikel lah, kah dan tah ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya
Tanda baca
a. Tanda titik: tanda titik digunakan pada akhir ayat yang bukan pertanyaan atau seruan, akhir singkatan nama orang, digunakan untuk memisahkan angka jam, minit dan saat yang menunjukkan waktu.
b.Tanda koma: Tanda koma digunakan di antara unsur-unsur dalam suatu pemerincian atau pembilangan, memisahkan anak ayat daripada ayat induk apabila anak ayat tersebut mendahului ayat induknya
c Tanda koma bertitik: Tanda kpma bertitik digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara dan memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata hubung.
d. Tanda seru: Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan, perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat.
PEJABAT KARANG-MENGARANG
Pejabat Karang-Mengarang ditubuhkan oleh O.T,Dussek, Pengetua Pejabat Karang ketika itu dan Za'ba sebagai penterjemah.
Antara tujuan penubuhan Pejabat Karang-Mengarang dalam jangka pendek adalah untuk:
Menerbitkan buku-buku untuk sekolah Melayu
Menerbitkan bahan-bahan bacaan untuk masyarakat Melayu amnya.
Dalam jangka panjang pula, organisasi ini diharapkan dapat:
Menerbitkan jurnal bergambar
Mengadakan perkhidmatan perpustakaan bergerak ke kampung-kampung.
Pada peringkat awal penubuhannya, Pejabat Karang-Mengarang menumpukan perhatian kepada kerja-kerja
Menulis, menterjemah dan menyunting buku-buku pelajaran dan novel-novel moden serta menyelenggarakan percetakannya
Menterjemah perkara yang diperlukan oleh jabatan kerajaan
Melatih penterjemah yang baharu
Penterjemah dipilih daripada lulusan seberang laut, manakala penulis Melayu dipilih daripada individu yang telah lulus latihan selama tiga tahun di Maktab Perguruan Sultan Idris.
Pejabat Karang-Mengarang telah mengadakan dua siri penerbitan bukum iaitu:
The Malay School Series dan The Malay Home Library Series
Antara penulis dan penterjemah Pejabat Karang-Mengarang ialah:
Abdul Hadi Haji Hassan
Ibrahim Dato Muda(Linggi)
Yeop Abdul Rahman
Zainal Abidin Ahmad
O.T.Dussek
Antara buku terbitan Pejabat Karang-Mengarang dalam siri The Malay School Series, termasuklah:
Ilmu Mengarang Melayu
Pelita Bahasa Melayu
Chanai Bacaan
Pedoman Guru
Sejarah Alam Melayu
Ilmu Alam Rendah Tanah Melayu
Antara buku dalam siri The Malay Home Library Series termasuklah
Hikayat Taman Ajaib
Hikayat Taman Peri
Aladin dengan Lampu Ajaib
Chendera Lela
Cerita Dongeng Grimm dan Anderson
Pada tahun 1956, satu pemerhatian yang penting telah dilakukan terhadap sistem ejaan di Tanah Melayu.
Satu kongres telah ditubuhkan iaitu Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu.
Sistem ejaan rumi kongres tersebut merupakan hasil dalam salah satu persidangan di bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16-21 September 1956.
Sidang tersebut telah membentangkan tiga kertas kerja yang berkaitan dengan ejaan dan bunyi bahasa Melayu.
Tiga kertas kerja tersebut ialah:
16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu
Dua ketetapan tentang bunyi bahasa
Satu ketetapan tentang tulisan Jawi
Empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf rumi ialah:
Ejaan di Malaysia dan Indonesia hendaklah diseragamkan
Peraturan ejaan hendaklah mudah dengan cara sistem fonologi
Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang sama dan seragam.
Kata-kata yang dipinjam daripada bahasa asing hendaklah dieja mengikut hukum dan sistem fonologi Melayu
PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA MELAYU
Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) ditubuhkan pada tahun 1888
Pengasasnya ialah Dato' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi.
PBMPB merupakan suatu perhimpunan belajar-mengajar dan siasat-menyiasat tentang pengetahuan dan peraturan bahasa Melayu.
Sultan Johor telah menganugerahkan gelaran "Diraja" kepada Pakatan ini pada 14 April 1935 dan pertubuhan ini menggunakan nama baharunya iaitu Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor tetapi mengekalkan singkatan PBMPB.
Antara perancangan Pakatan ini adalah seperti yang berikut:
Pemilihan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu
Penstandardan dan penyeragaman ejaan Jawi
Menyusun buku Jalan Bahasa Melayu atau tatabahasa bahasa Melayu
Menyusun dan mengatur penokok dan penambah atau imbuhan dalam bahasa Melayu
Menyusun Buku Katan dan kamus Melayu
Mengumpul gugus katan dan kosa kata asing-Melayu
Mengatur sebutan bahasa Melayu yang lazim
Menyusun buku Perianbasa iaitu kumpulan ungkapan dalam bahasa Melayu, seperti simpulan bahasa, kiasan, peribahasa, bidalan, perumpamaan dan kata-kata pujangga
Hasil penulisannya diterbitkan dalam jurnal Peredar yang diterbitkan enam bulan sekali.
Tokoh utama PBMPB ialah Major Dato' haji Muhammad Said Sulaiman telah menghasilkan beberapa buah buku penting, antaranya Buku Katan (1936), Jalan Bahasa Melayu (1937) dan Penokok dan Penambah (1939).
ASAS 50
ASAS 50 ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura.
Matlamat penubuhannya adalah untuk:
Memperluas dan mempertingkatkan status kesusasteraan dan kebudayaan Melayu yang menjadi tunjang kepada pembentukan masyarakat majmuk di negara ini
Melindungi hak-hak ahli pengarangnya:ASAS 50 juga akan menjaga dan melindungi anggotanya dari segi undang-undang dan peraturan negara, termasuklah dari segi menentukan bayaran mengikut karya yang dihasilkan
Melakukan pembaharuan dalam sastera tanpa menghilangkan yang lama. ASAS 50 melakukan dan menerima pembaharuan dalam bidang sastera dan bahasa selari dengan peredaran zaman tetapi pada masa yang sama turut mengekalkan khazanah sastera lama yang telah diwarisi. Pembaharuan yang dimaksudkan meliputi usaha mengubah, mencipta dan membina perkataan-perkataan baharu untuk memperkaya bahasa dan sastera.
Tokoh ASAS 50 terdiri daripada Usman Awang, Abdul Samad Ismail, Keris Mas, Jimy Asmara, Masuri SN, Mas dan Asraf
ASAS 50 dengan konsep perjuangannya "Seni untuk Masyarakat" atau "Seni untuk Rakyat" bercita-cita untuk memajukan bahasa dan sastera Melayu sebagai alat untuk menuju kemerdekaan, keadilan sosial dan kemajuan fikiran selari dengan konsep perjuangannya.
Penulis ASAS 50 yang bergiat dalam penulisan sajak ialah Usman Awang(Tongkat Warrant) dan Masuri SN.
Sajak ASAS 50 kebanyakannya membawa persoalan tentang perjuangan kemerdekaan, nasib kaum buruh dan kemiskinan petani iaitu selari dengan slogannya "Seni untuk Masyarakat".
Penulis ASAS 50 yang bergiat dalam bidang penulisan cerpen terdiri daripada Keris Mas, Awan il-Sarkam dan A. Samad Said.
Penulis ASAS 50 yang menceburi bidang penulisan novel terdiri daripada Rosmera Wijaya Mala.
Di samping itu, Asraf merupakan tokoh ASAS 50 yang menceburi bidang penulisan bahasa untuk memperkembangkan dan mendaulatkan bahasa Melayu di sekitar tahun 50-an.
Beliau telah berhasil memperjuangkan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi tanpa mengetepikan tulisan Jawi.
BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
Laporan Barnes 1951 penting dalam menentukan sistem pendidikan di Malaysia selepas kemerdekaan 1957.
Laporan Barnes diketuai oleh L.J.Barnes yang bertujuan untuk menyiasat dan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
Barnes iaitu seorang Pengarah Fakulti Kemasyarakatan di Universiti Oxford telah memperbaiki Laporan Cheeseman dengan menghasilkan Laporan Barnes 1949.
Antara isi kandungan yang terdapat dalam laporan ini termasuklah:
Menyatukan semua sekolah vernakular dan perpaduan
Menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Bahasa Cina dan bahasa Tamil masih boleh digunakan namun ia cuba dihapuskan kerana ia akan melambatkan proses asimilasi
Mewujudkan sekolah vokasional moden
Menubuhkan maktab perguruan berasrama penuh untuk lulusa Senior Cambridge
Penubuhan jemaah nazir
Mewujudkan jemaah penguasa pelajaran tempatan serta tumpuan kurikulum kepada sains dan seni perusahaan.
Ringkasan Cadangan Barnes
Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhhkan
Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah Melayu
Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil ditukarkan kepada bahasa Kebangsaan. Sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu
BAHASA MELAYU MODEN
DBP pada awalnya dikenali sebagai Balai Pustaka, ditubuhkan di Johor Baharu pada 22 Jun 1956.
Pada peringkat awal, DBP berperanan sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kebahasaan.
DBP telah dinaikkan statusnya sebagai badan berkanun sebaik sahaja Ordinan Dewan Bahasa diluluskan pada tahun 1959
Pengarah DBP yang pertama ialah Ungku Abdul Aziz bin Abd. Hamid
Matlamat penubuhan DBP adalah untuk:
Memajukan dan memperkaya bahasa kebangsaan
Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha pencetakan atau menerbitkan buku-buku, risalah-risalah dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain
Memajukan bakat kesusasteraan terutamanya dalam bahasa kebangsaan
Menyeragamkan ejaan dan bunyi sebutan serta menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan
Menyusun dan menerbitkan sebuah kamus bahasa kebangsaan
CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN, PENTADBIRAN KERAJAAN DAN KERANCUNAN DI MEDIA SOSIAL
Cabaran:
Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar selepas akta pendidikan dan IPTS 1996 diluluskan
Pada tahun 2003, penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek STEM telah dikuatkuasakan
Penjenamaan bahasa Melayu
-Istiliah tentang penggunaan bahasa Malaysia dan bahasa Melayu sering menjadi kekeliruan dalam kalangan masyarakat pada masa kini
Masa depan:
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum perlu mengamalkan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka.
Bahasa Melayu adalah bahasa yang difahami oleh penduduk Malaysia untuk berinteraksi serta berdiskusi dalam memupuk perpaduan hidup sejagat
Bahasa Melayu yang selalu dipinggirkan dalam pendidikan amat bertentangan dengan perlembagaan Malaysia
RUMUSAN
Dapat dirumuskan bahawa bahasa Melayu telah melalui beberapa tahap perkembangan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang menarik dan berbeza berbanding dengan bahasa-bahasa yang lain. Oleh itu, sebagai seorang rakyat Malaysia perlu sentiasa beruasaha untuk mengekalkan martabat bahasa Melayu agar tidak lupuk ditelan zaman
RUJUKAN
Ahmad, A. (2009). Sejarah dan kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar. (2001). The Malay Language: A Linguistic Overview. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail, A. (2015). Tulisan dan bahasa di Nusantara: Dari zaman kuno hingga modern. Petaling Jaya: Penerbit Universiti.
Kamus Dewan. (2020). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainuddin, A. (2018). Mengenali tulisan kuno: Palava dan perkembangannya. Melaka: Penerbit Universiti Melaka
Masyarakat Cina dan India yang telah dibawa oleh British juga telah membawa sama sistem pendidikan dari negara asal mereka telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Laporan Barnes. Kedatangan Dr. W.P.Fenn dan Dr. Wu The You pada tahun 1951 bertujuan mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah Melayu telah menghasilkan Laporan Fenn Wuu 1951.
Jawatankuasa Fenn-Wuu 1951 ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina
Antara cadangan yang terkandung dalam laporan ini termasuklah:
Mempertahankan kewujudan sekolah Cina
Mempelajari tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Cina
Matlamat pendidikan beridentiti kebangsaan
Membina maktab perguruan perguruan Cina
Menambah bantuan kewangan
Ringkasan Cadangan Fenn-Wu
Sekolah vernakular iaitu sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina dan Tamil
Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan ( Sekolah Inggeris) dikekalkan
Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara Persekutuan Tanah Melayu
Selepas Laporan Fenn-Wu 1952 dikemukakan, ia mendapat pelbagai reaksi daripada  banyak pihak.
Orang-orang Melayu telah menolak laporan Fenn-Wu kerana mereka berasa laporan tersebut tidak menguntungkan mereka.
Reaksi yang diterima ini telah membawa kepada satu pengkajian lain iaitu sebuah jawatankuasa khas, iaitu Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan telah ditubuhkan untuk mengkaji laporan Fenn-Wu
Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan ini terdiri daripada 20 orang ahli pelajaran, pegawai pemerintah dan ahli luar yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India
Dalam jawatankuasa ini, mereka telah ditugaskan mencari jalan tengah, mengenai kerajaan dapat melaksanakan perakuan daripada Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
Akhirnya, pihak Inggeris kemudiannya telah menyatukan kedua-dua laporan itu sehingga terhasillah Ordinan Pelajaran 1952
Matlamat Ordinan Pelajaran 1952 adalah untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan individu, menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang bangsa di negara di negara Malaysia dan juga bermatlamat untuk membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri daripada berbilang kaum.
Ringkasan cadangan Ordinan Pelajaran 1952
Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan sementara sekolah vernakular iaitu sekolah Cina dan sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan
Bahasa Cina dan Tamil cuma diajar sebagai bahasa ketiga
E.W.Woodhead, Ketua Pegawai Pelajaran dari Britian diundang untuk meninjau perkembangan pendidikan dan seterusnya membuat cadangan tentang pendidikan di Sabah dan Sarawak
Antara cadangan Laporan Woodhead termasuklah:
Memperkasakan pendidikan peringkat rendah dan menengah
Menitikberatkan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang teratur
Pendidikan Kebangsaan di Sarawak.
Mewujudkan sekolah menengah berbilang kaum dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Menyeragamkan sukatan pelajaran dan peperiksaan
Memperkenalkan buku teks yang berlatarbelakangkan unsur tempatan
Memastikan pendidikan sivik diajar secara formal di sekolah
Pendidikan Kebangsaan di Sabah
Mempertingkatkan pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah Cina
Memastikan bahasa Inggeris diajar di sekolah Melayu dan bahasa Melayu diajar di sekolah Inggeris
Menetapkan peperiksaan di sekolah menengah dikendalikan dalam bahasa Inggeris
Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Dato' Abdul Razak Hussein selaku Mneteri Pelajaran, ditubuhkan bagi mengkaji semula sistem pendidikan sedia ada.
Jawatankuasa ini mencadangkan satu sistem pelajaran kebangsaan yang baharu
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 mengemukakan teras pembentukan sistem pendidikan kebangsaan dengan hasrat memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, iaitu melalui:
Sistem persekolahan yang sama bagi kanak-kanak daripada semua bangsa
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
Kandungan kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan.
Penyata jawatankuasa ini juga mencadangkan:
Sekolah Umum(rendah) menggunakan bahasa Melayu
Sekolah Jenis Umum(rendah) menggunakan sama ada bahasa Inggeris, bahasa Cina atau bahasa Tamil
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan sebagai mata pelajaran wajib di sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa "Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis  dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen".
Penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disertai dengan syarat-syarat berikut:
Tiada siapa pun yang boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud lain daripada maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain, dan
Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara atau meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam persekutuan.
Perkataan yang digunakan dalam Perkara 152 Perlembagaan seperti yang tertera di atas ialah 'bahasa kebangsaan' bukan 'bahasa rasmi'.
Cabaran:
Perpaduan agak sukar dicapai kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan perbezaan budaya, bahasa serta kepercayaan
Perlembagaan telah membuat peruntukkan untuk menyamaratakan kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam tempoh masa hampir 10 tahun
Situasi ini akan mengakibatkan kesukaran terhadap usaha memperluas penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara
Masa depan
Kerajaan telah mengeluarkan :
Surat Pekeliling Am Bilangan 1
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9(2011) berkaitan dengan panduan penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam.
Bahasa Melayu dalam dasar-dasar kerajaan:
Gagasan 1 Malaysia
Dasar Model Ekonomi Baru
-Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia
MBMMBI
-menggunakan bahasa Melayu dalam matapelajaran Sains dan Matematik
Program Trasnformasi Kerajaan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan rancau bermaksud tidak teratur, campur aduk dan kacau
Kerancauan bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturan sama ada dari segi sintaksis morfologi, kosa kata, maksud dan lain-lain.
Cabaran:
Penggunaan kata singkatan berleluasa menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rancu.
Guru menggunakan dialek daerah semasa proses pengajaran dan pembelajaran sewaktu di dalam kelas
Perkembangan dan ledakan era digital mengakibatkan kebanyakan medium bahasa bercampur aduk dan didominasi oleh bahasa Inggeris.