PENDIDIKAN MORAL T5 ALAMANDA by

Angellee 5S Alamanda
Antara nilai yang perlu diamalkan  oleh sesebuah negara ialah nilai kerjasama, nilai patriotisme dan nilai bertanggungjawab. Prinsip Rukun Negara sangat penting kepada sesebuah negara kerana sesebuah negara dapat hidup dengan keaadaan yang harmoni. Ini kerana Rukun Negara adalah bertujuan untuk menjaga keamanan  sesebuah negara. Selain itu, sesebuah negara juga dapat mencapai perpaduan yang lebih  erat. Hal ini kerana Rukun negara telah menyatukan masyarakat yang pelbagai kaum, bangsa dan agama untuk bersatu padu dalam membentuk sesebuah negara yang bersatupadu. Di samping itu, melahirkan sesebuah negara yang adil. Ini kerana semua masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kejayaan negara. Akhir sekali, sesebuah negara dapat membina satu negara yang progresif. Ini kerana sesebuah negara dapat mencapai kemaajuan dalam dalam bidaang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi dunia tanpa sempadan.

Sheryll Nevdrin 5S Alamanda
Antara nilai murni yang  perlu diamalkan oleh sesebuah negara ialah nilai patriotisme, nilai kerjasama dan nilai hormat. Antara sebab rukun negara penting kepada sesebuah negara kerana negara tersebut dapat mencapai perpaduan yang lebih erat. Hal ini kerana melalui perpaduan yang lebih erat keamanan sesebuah negara dapat dijamin. Contohnya, perpaduan setiap masyarakat di sesebuah negara dapat dikekalkan. Selain itu, dapat memelihara satu cara hidup demokratik. Hal ini demikian, cara hidup ini dapat  menjamin keselamatan sesebuah negara dan keharmonian penduduk di negara tersebut.Di samping itu,

Leslie (5Alamanda)
Sesebuah negara harus mengamalkan nilai patriotisme, nilai bertanggungjawab dan nilai kebebasan. Antara sebab Prinsip Rukun Negara sangat penting kepada sesebuah negara kerana ia merupakan panduan bagi rakyat memupuk semangat setia kawan dan kecemerlangan hidup bermasyarakat serta bernegara. Hal ini dikatakan demikian kerana Prinsip Rukun Negara boleh mengukuhkan ikatan semua bangsa. Malah,  ini juga mampu memantapkan institusi negara kerana rakyatnya mempunyai pegangan hidup. Selain itu, sebab Prinsip Rukun Negara sangat penting kepada sesebuah negara ialah prinsip-prinsip tersebut bermatlamat membentuk masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama-sama. Hal ini dikatakan demikian kerana prinsip "Kedaulatan undang-undang" memberi keadilan kepada setiap rakyat. Ini akan mewujudkan institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Seterusnya, sebab lain Prinsip Rukun Negara sangat penting adalah kerana ia mampu mewujudkan rakyat yang beradab dan sopan santun. Hal ini dikatakan demikian kerana prinsip "Kesopanan dan kesusilaan" memupuk sikap bersopan santun dalam kalangan rakyat. Sebagai contoh, rakyat Malaysia bertunduk apabila melimpasi orang tua. Akhir sekali, sebab Prinsip Rukun Negara sangat penting ialah ia mampu memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Ini akan mewujudkan rakyat yang taat setia kepada raja dan negara.

Joanna 5Alm

Antara nilai yang perlu diamalkan oleh sesebuah negara ialah nilai toleransi , nilai kebebasan dan nilai patriotisme . Prinsip rukun negara perlu diamalkan oleh sesebuah negara bagi membangunkan sebuah negara yang maju . Hal ini agar negara kita mampu bersaing atau selaras dengan negara negara maju yang lain . Contohnya , Amerika Syarikat , Korea dan China . Selain itu, prinsip rukun negara penting bagi sesebuah negara bagi melahirkan rakyat yang taat kepada negara . Melalui prinsip rukun negara yang kedua iaitu kesetiaan kepada raja dan negara yang membawa maksud kita hendaklah taat kepada negara dan raja . Misalnya, kita tidak seharusnya membocorkan rahsia negara kepada negara lain . Seterusnya, prinsip rukun negara amat penting bagi mencapai perpaduan yang lebih erat . Dengan adanya perpaduan yang erat , keamanan dan keharmonian negara lebih terjamin dan terjaga. Contohnya, rakyat dapat berkerjasama antara satu sama lain tanpa mengira bangsa atau agama . Disamping itu , prinsip rukun negara amat penting kerana ianya merupakan identiti negara . Hal ini kerana prinsip rukun negara merupakan keunikan negara kita . Buktinya, terdapat lima prinsip rukun negara yang harus kita amalkan . Akhir sekali ,  prinsip rukun negara amat penting bagi sesebuah negara bagi memelihara hak asasi rakyat. Hal ini kerana hak kebebasan rakyat untuk bersuara dijamin dalam prinsip rukun negara . Contohnya dengan ada pilihan raya , rakyat berhak menentukan pemimpin yang menurut mereka layak dan rakyat turut memiliki hak membuat bantahan atas tindakan yang tidak mereka setujui

karen 5s alamanda

Sesebuah negara harus mengamalkan nilai patriotisme, nilai bertanggungjawab dan nilai hormat . Prinsip rukun negara amatlah penting kepada sesebuah negara kerana ia melambangkan identiti dan kedaulatan negara. Hal ini kerana,  prinsip rukun negara memastikan kita menghormati negara dan taat setia kepada negara. Selain itu,  prinsip rukun negara juga penting kerana ia dapat memupuk perpaduan masyarakat majmuk terutamanya di negara berbilang bangsa. Hal ini kerana, dengan perpaduan antara masyarakat berbilang bangsa negara dapat maju seiring dengan negara luar pada persada dunia. Akhir sekali , prinsip rukun negara membolehkan rakyat mempunyai peribadi yg mulia dan sopan santun . Sekali gus dapat membolehkan negara dipandang tinggi kerana nilai moral dan kesantunan rakyatnya yg tinggi.

Eric ( 5alamanda)
Antara nilai yang perlu diamalkan oleh sesebuah negara ialah nilai bertanggungjawab, nilai patriotisme dan nilai  kerjasama. Prinsip Rukun Negara sangat penting kepada sesebuah negara kerana dapat mencipta sebuah negara yang adil. Hal ini kerana semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dapat dibahagikan adil dan saksama. Seterusnya, Prinsip Rukun negara dapat membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. Akhir sekali, dapat  mengingatkan rakyat supaya menghormati sensitiviti kaum agar keamanan dan keharmonian negara dapat terus dipelihara. Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,bermuhibah tanpa mengira kaum sertaa bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

Beverlly 5Alamanda
Antara nilai yang perlu diamalkan oleh sesebuah negara ialah nilai kerjasama, nilai patriotisme dan nilai bertanggungjawab. Prinsip rukun negara penting bagi sesebuah negara kerana dapat mencapai perpaduan yang lebih erat. Ini kerana rukun negara dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu. Contohnya, kaum Melayu dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan kaum Cina. Selain itu, prinsip rukun negara penting kerana dapat membina satu masyarakat yang adil. Ini kerana semua masyarakat dapat menikmati peluang yang sama rata. Contohnya, mendapat peluang pekerjaan yang sama. Akhir sekali, prinsip rukun negara penting kerana dapat membentuk masyarakat yang liberal. Ini kerana masyarakat bebas untuk mengamalkan adat resam serta budaya masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara.

Fiona Runen - 5 Alamanda
Sesebuah negara harus mengamalkan nilai bertanggungjawab, nilai patriotisme dan nilai kerjasama. Prinsip rukun negara penting kepada sesebuah negara kerana prinsip Rukun Negara merupakan identiti nasional negara. Hal ini kerana prinsip Rukun Negara merupakan ciri kedaulatan sesebuah negara. Seterusnya, prinsip Rukun Negara penting bagi negara kerana prinsip Rukun Negara merupakan panduan untuk membentuk perpaduan dan keharmonian negara. Jelaslah bahawa prinsip Rukun Negara dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan negara. Misalnya, prinsip Rukun Negara yang ketiga iaitu Keluhuran Perlembagaan menjadi panduan kepada negara untuk mewujudkan sistem pemerintahan yang adil dan stabil. Selain itu, prinsip Rukun Negara sangat penting kepada sesebuah negara kerana dapat memastikan negara membangun dan berdaya saing dengan negara lain.  Hal ini kerana penerapan prinsip Rukun Negara dapat mengelakkan negara bebas daripada campur tangan kuasa asing.

Endan anak Lunsa (5Alamanda)

Antara nilai yang harus diamalkan oleh sesebuah negara ialah nilai patriotisme, nilai rasional dan nilai kerjasama. Prinsip Rukun Negara penting kepada sesebuah negara kerana ia merupakan lambang identiti negara. Ini kerana, Rukun Negara merupakan keunikan yang terdapat pada sesebuah negara. Contohnya, negara Malaysia mempunyai lima prinsip Rukun Negara. Selain itu, prinsip Rukun Negara juga dapat membentuk sesebuah negara yang rakyatnya mempunyai semangat patriotisme . Hal ini kerana,melalui prinsip Rukun Negara, rakyat akan menumpahkan taat setia kepada raja dan negara . Contohnya, rakyat akan mematuhi undang-undang negara. Di samping itu, prinsip rukun Negara penting kepada sesebuah negara kerana ia dapat memelihara hak asasi rakyat di sesebuah negara. Hal ini kerana, dalam prinsip Rukun Negara, perlembagaan negara menjamin kebebasan hak bersuara . Misalnya, rakyat Malayisa berhak menentukan pemimpin negara melalui sistem demokrasi. Akhir sekali, prinsip Rukun Negara ini juga penting kerana ia dapat menjamin kedaulatan negara. Hal ini kerana, rakyat bebas mengamalkan agama dan adat resam masing-masing. Contohnya, di Malasyia terdapat pelbagai agama seperti agama Islam, agama Kristian dan sebagainya. Kesannya, tiada ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat dan rakyat tidak akan membuat rusuhan yang boleh mengancam kedaulatan negara.

Veronica (4 Alamanda)
Antara nilai yang harus diamalkan oleh sesebuah negara ialah nilai kerjasama, nilai patriotisme dan nilai hormat. Prinsip rukun negara sangat penting kepada sesebuah negara kerana ia merupakan identiti nasional sesebuah negara. Hal ini kerana prinsip rukun negara menjadi identiti yang dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia. Contoh, rukun negara mencerminkan identiti dan maruah sesebuah negara malah akan dipandang tinggi oleh negara luar. Selain itu, prinsip rukun juga penting sebagai panduan kehidupan seharian rakyat. Hal ini kerana rukun negara mengandungi maknanya tersendiri. Contoh,  kesetiaan kepada raja dan negara yang bermaksud rakyat yang hanya taat setia kepada pemimpin yang mentadbir sesebuah negara. Akhir sekali, prinsip rukun negara juga penting untuk mengukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia. Hal ini kerana, rukun negara dicipta bagi membentuk perpaduan yang kukuh serta mengekalkan keharmonian negra Malaysia. Contoh, keluhuran perlembagaan menekankan supaya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.

Airren 5 Alamanda
Antara nilai yang perlu diamalkan oleh sesebuah negara adalah nilai patriotisme, nilai bertanggungjawab dan nilai rasional. Antara kepentingan prinsip  Rukun Negara kepada sesebuah negara adalah untuk mengekalkan keamanan negara. Hal ini berlaku apabila wujudnya undang-undang sebagai salah satu prinsip Rukun Negara.  Dalam konteks ini, kecenderungan rakyat untuk melakukan jenayah dapat dikurangkan. Selain itu,  prinsip Rukun Negara juga dapat mewujudkan masyarakat yang progresif. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemajuan negara selaras dengan kemajuan sains dan tekologi  nagara lain. Dengan ini, negara kita dapat bersaing dengan blok-blok kapitalis yang lain. Contohnya, negara Jepun. Di samping itu, prinsip Rukun Negara juga dapat  mewujudkan sebuah masyarakat yang liberal. Hal ini berlaku kerana adanya prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan sebagai salah satu prinsip dalam Rukun Negara. Dalam konteks ini, masyarakat di negara kita bebas mengamalkan agama dan adat resam masing-masing selaras dengan matlamat perpaduan negara. Contohnya, masyarakat berbangsa Melayu memeluk agama Islam, masyarakat India memeluk agama Hindu dan masyarakat Cina memeluk agama Buddha. Lain daripada itu,  prinsip Rukun Negara juga memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana prinsip kesetiaan kepada raja dan negara mampu mengukuhkan semangat setia dan taat kepada raja dan negara. Sebagai contoh, rakyat Malaysia berdiri tegak dan menyenyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat. Akhir sekali, prinsip Rukun Negara dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum. Hal ini dikatakan demikian kerana prinsip Kesopanan dan Kesusilaan membantu mewujudkan rasa hormat dalam kalangan masyarakat. Misalnya, rakyat Malaysia hidup dengan selesa kerana masyarakat saling hormat-mengho

Ariel(5alamanda)
Terdapat pelbagai sebab mengapa prinsip Rukun Negara sangat penting kepada sesebuah negara.Antara nilai yang boleh diamalkan ialah nilai patriotisme,nilai bertanggungjawab dan nilai menghormati (SIAPA WATAK).Antara sebabnya ialah untuk mengingatkan kita tentang perjuangan penduduk zaman dahulu.Dengan ini, ia dapat menyedarkan masyarakat betapa pentingnya Rukun Negara kepada sesebuah negara.Selain itu,supaya rakyat mematuhi undang-undang negara.Di samping itu, sebab yang ketiga ialah supaya rakyat setia dan taat kepada Raja atau Pemimpin yang memimpin mereka.Seterusnya, sebab yang keempat ialah supaya kesopanan dan kesusilaan diamalkan oleh rakyat semasa melakukan pelbagai perkara atau aktiviti.Akhir sekali, sebab yang terakhir ialah supaya rakyat menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan agama.

Lynee 5 Alamanda
Nilai yang boleh  diamalkan oleh sesebuah negara ialah nilai patriotisme. Nilai bertanggungjawab. Nilai keberanian

Sthalycia (5Alamanda)
Prinsip Rukun Negara amat penting kepada sesebuah negara kerana melambangkan identiti negara. Hal ini kerana, Rukun Negara menjadi simbol keunikan sesebuah negara. Selain itu, prinsip Rukun Negara amat penting bagi sesebuah negara kerana dapat membentuk rakyat yang menghormati perlembagaan. Hal ini kerana, rakyat di sesebuah negara tersebut akan patuh dan mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian.

Damian Lim - 5 Alamanda
Sesebuah negara perlu mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan , nilai patriotisme dan nilai kerjasama. Prinsip rukun negara sangat penting kepada sesebuah negara kerana prinsip rukun negara ini dapat dijadikan panduan kepada sesebuah negara dalam apa jua urusan. Hal ini kerana, dalam 5 prinsip rukun negara tersenarai kedaulatan undang undang , jadi sesiapa sahaja memlakukan sesuatu perlu mengikut undang undang negara. Sebagai contoh , pemimpin negara dilarang melalukan rasuah kerana rasuah adalah salah disisi undang undang dan sekali gus pemimpin tersebut tidak mendaulatkan undang undang. Selain itu, prinsip rukun negara penting kepada sesebuah negara kerana prinsip rukun negara dapat meningkatkan semangat cinta akan negara(TU). Hal ini kerana , dalam prinsip rukun negara terkalung kesetiaan kepada raja dan negara dimana sesebuah negara perlu setia kepada raja dan negara supaya tidak berlakunya rasa tidak hormat dan hulu hara . Sebagai contoh , sesebuah negara perlu menjunjung perintah raja atau kepala negara.

Antara nilai yang dapat diamalkan oleh sesebuah negara ialah nilai patriotisme, nilai kerjasama dan nilai bertanggungjawab. Sesebuah negara memerlukan prinsip rukun negara kerana untuk dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan. Hal ini sedemikan kerana prinsip rukun negara merupakan asas bagi membentuk sesebuah negara yang makmur dan harmoni. Contohnya , rakyat hidup dalam keaadan yang bersatu padu dan aman sejahtera .

Lynee 5 Alamanda
Nilai yang boleh diamalkan oleh sesebuah negara ialah nilai patriotisme . Nilai bertanggungjawab . Nilai keberanian . Antara kepentingan Rukun Negara kepada sesebuah negara ialah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat . Hal ini kerana rakyat di negara kita terdiri daripada pelbagai kaum . Melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tampa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara. Seterusnya ialah untuk memelihara satu cara hidup demokratik . Hal ini kerana Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Akhir sekali ialah untuk memajukan negra kita .Hal ini kerana melalui rukun negara , kita mampu membina masyarakat yang progresif . Hal ini agar negara  kita mampu bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi dengan negara yang lain  .

Jerry 5 Alamanda
Antara nilai yang boleh diamalkan oleh sesebuah negara ialah, nilai patriotisme, nilai kerjasama dan nilai hormat. Prinsip rukun negara merupakan salah satu aset penting negara untuk memupuk sikap perpaduan dalam kalangan rakyat. Hal ini kerana melalui prinsip rukun negara, rakyat akan patuh dan ingat terhadap kandungan prinsip rukun negara dan dapat di aplikasikan dalam kehidupan seharian. Perkara ini akan membawa kebaikan kepada negara dan rakyat hidup aman dan damai.

EILEEN 5 ALM
Antara nilai yang perlu diamalkan oleh sebuah negara ialah nilai bertanggungjawab,nilai patriotisme,nilai kerjasama dan nilai hormat. Prinsip rukun negara penting kerana  dapat  membentuk perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat. Ini kerana rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu disebabkan masyarakat tidak mengirakan kaum,bangsa ,agama dan budaya.Contohnya ,sekolah kebangsaan masa ini menyatukan generasi muda yg pelbagai kaum dlm satu unit tanpa membezakan kaum.Seterusnya, prinsip rukun negara ini penting kerana dapat membentukkan sebuah negara yg aman dan teratur.Ini kerana masayarakat turut mematuhi prinsip rukun negara yg ditetapkan.Contohnya,mengikuti prinsip'Kedaulatan Undang-Undang' masyarakat akan sentiasa mematuhi undang-undang negara agar keamanan negara terjaga.Akhir sekali, prinsip rukun negara penting kepada negara kerana  dapat membentuk satu cara hidup demokratik dalam kalangan masyarakat.Ini kerana perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Contohnya, apabila hak asasi masyarakat dilindungi setiap individu mempunyai hak bersuara dan tidak dipandang rendah oleh yang lain.

Shakina (5alm)
Sebuah negara harus mengamalkan nilai patriotisme, nilai bertanggungjawab, nilai kerjasama dan nilai tolenrasi(salah eseja). Antara sebab prinsip Rukun Negara sangat penting kepada sesebuah negara ialah primsip Rukun Negara merupakan panduan bagi masyarakat untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmomi. Hal ini kerana, prinsip Rukun Negara merupakan medium penyatuan masyarakat di dalam sesebuah negara. Contohnya,  Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, prinsip Rukun Negara sangat penting kerana prinsip Rukun Negara merupakan identiti nasional sesebuah negara yang berdaulat. Hal ini kerana, penting bagi sesebuah negara mempunyai identiti agar negara tersebut bebas dan berupaya menguruskan hal ehwal negara tanpa campur tangan daripada mana-mana negara lain. Bukan itu sahaja , negara-negara lain turut akan memandang tinggi sesebuah negara yang rakyatnya menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara. Seterusnya, prinsip Rukun Negara sangat penting kerana prinsip Rukun Negara mampu membentuk generasi yang mempunyai nilai murni yang tinggi. Hal ini kerana, nilai ini turut beriringan dengan norma budaya negara yang memberi penekanan terhadap aspek kesopanan seseorang. Melaluinya, sesebuah negara tersebut dapat membentuk sebuah masyarakat yang berakhlak.