LATIHAN TATABAHASA BAHAGIAN B by paeh razak

Latihan Tatabahasa Bahagian B
Jawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang gamastis.

I) Berdasarkan bahan 1, maksud segi material dan mental ialah aspek bahan dan minda
ii) berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, pemerhatian penulis terhadap punca murid-murid lemah dalam akademik ialah sebahagian besar daripada mereka tidak memberikan tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, ada juga yang tidak pernah membawa peralatan yang diperlukan untuk belajar seperti yang dirancang oleh guru. Tambahan pula, kedudukan secara berkumpulan dalam empat orang atau lebih, kebiasaannya akan mengundang masalah.

iii) Pada pendapat saya, langkah-langkah yang harus diambil oleh pihak untuk menangani masalah kelemahan murid dalam akademik ialah pihak guru boleh mewujudkan sistem ganjaran khas. Sistem ini mampu memberikan motivasi kepada murid lemah untuk bekerja keras bagi mendapat ganjaran tersebut. Seterusnya, pihak PIBG juga boleh mengumpulkan dana untuk mengadakan ceramah di sekolah. Penceramah tersebut boleh memberi tips atau teknik yang berguna bagi murid-murid yang lemah. Akhir sekali, guru-guru juga boleh mengadakan lebih aktiviti berkumpulan dalam kelas. Dengan ini murid-murid lemah boleh mendapat bimbingan dari murid yang lebih cemerlang.

iv) Aktiviti yang boleh diadakan bagi membantu murid yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran adalah penggunaan aplikasi atau permainan video yang berpendidikan. Murid-murid yang lemah pasti akan memberikan tumpuan mereka jika menggunakan aplikasi ini kerana kaedah ini lebih menyeronokkan daripada kelas yang biasa. Selanjutnya, aktiviti menggunakan kad imbasan juga boleh diadakan. Kad imbasan yang berwarna-warni membolehkan murid lemah mengingat nota penting dengan lebih senang.Akhir sekali, aktiviti kreatif seperti mencipta poster atau peta minda boleh diadakan. Dengan ini murid dapat mentafsirkan hubungan antara maklumat yang diberi dalam cara yang mereka sendiri akan faham.

SET 1
Soalan 6:
(i) Berdasarkan Bahan 1, maksud dari segi material dan mental adalah aspek bahan dan intelektual.

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, pemerhatian penulis terhadap punca-punca murid-murid lemah dalam akademik adalah kerana pelajar tidak memberikan tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, punca murid-murid lemah dalam akademik adalah kerana tidak mempunyai kesedaran tentang tujuan hadir ke sekolah. Akhir sekali, murid-murid lemah dalam akademik kerana sentiasa tidur sewaktu guru memberikan penerangan.

(iii)      Pada pendapat saya, langkah utama yang harus diambil oleh pihak guru di sekolah adalah dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang seronok bagi memikat perhatian murid-murid dan  menambahkan minat mereka untuk belajar.
Selanjutnya, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak mereka tentang kepentingan membelajar dengan tekun bagi memperoleh keputusan yang terbaik.
Tambahan pula, pihak kaunseling di sekolah harus mengambil inisiatif ini untuk mengadakan program khas untuk memberi kata-kata semangat kepada murid-murid lemah melalui aktiviti-aktiviti menarik.

(iv)       Aktiviti yang sesuai dilaksanakan untuk membantu rakan-rakan yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran adalah dengan mengadakan pembelajaran secara berkumpulan selepas waktu persekolahan. Tamsilnya, kumpulan saya akan menjemput rakan-rakan yang lemah ke sebuah kafe untuk belajar sambil berbual-bual.

Di samping itu, kumpulan saya akan berusaha untuk menggunakan teknik-teknik megajar yang unik dan bermanfaat, iaitu dengan melibatkan pengalaman yang sebenar atau aktiviti harian semasa memberi penerangan. Sebagai contoh, kami akan membandingkan sesuatu fakta sains dengan aktivit harian atau pengalaman sebenar murid yang lemah itu bagi meningkatkan kefahaman mereka dan minat mereka untuk mengetahui lebih tentang fakta-fakta sains.

Set 1
Soalan 7:
(i)    Berdasarkan Bahan 2, maksud memberikan nasihat adalah menyampaikan advis.
(ii)          Berdasarkan semua bahan, cara-cara  mengeratkan hubungan kekeluargaan ialah anak-anak harus menyambut kedatangan ibu bapa dengan penuh kasih sayang apabila mereka pulang ke rumah. Selanjutnya, ibu bapa boleh membelikan anak-anak mereka barangan seperti pakaian baharu, permainan atau makanan enak apabila pulang ke rumah bagi membahagiakan anak-anak.
Tambahan pula, cara mengeratkan hubungan kekeluargaan ialah ibu bapa perlulah memuji anak-anak untuk perbuatan dan sikap baik mereka. Akhir sekali, ibu bapa mestilah meluangkan masa mereka untuk mengajar dan memeriksa semua kerja anak-anak mereka pada setiap masa bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

(iii)         Pada pendapat saya, aktiviti yang wajar dilakukan bersama-sama ahli keluarga adalah dengan mengadakan makan malam bersama-sama untuk menceritakan hari masing-masing. Selain itu, aktiviti keluarga yang wajar dilakukan adalah menonton wayang di teater atau di rumah bersama-sama dengan ahli keluarga dan saudara-mara.

Di samping itu, ahli-ahli keluarga perlulah melakukan beberapa aktiviti untuk membelajar skil baru bersama-sama. Tamsilnya, aktiviti-aktiviti seperti membuat kek, pertukangan dan berkebun. Akhirnya, aktiviti yang wajar dilakukan bersama-sama ahli keluarga adalah untuk melawat ke tempat bersembahyang dan melakukan solat bersama-sama. Hal ini dikatakan demikian kerana solat merupakan satu tiang agama dan kebahagiaan sebuah keluarga.

(iv)       Sebagai seorang yang prihatin, pertama sekali, saya akan cuba menyenangkan remaja yang ketika itu bercelaru. Saya akan cuba memberi keyakinan  kepada remaja tersebut bahawa dia selamat dan saya akan membantu beliau.

Seterusnya, saya akan mula menanya tentang dirinya dan masalah sebenar yang telah berlaku di rumah. Kemudian, saya akan menelefon ibu bapa saya untuk meminta bantuan untuk membawanya pulang ke rumah.

Akhir sekali, saya akan berkomunikasi dengan ibu bapa remaja tersebut supaya tidak mengambil tindakan yang menyakiti anak mereka dengan memukul atau memarahinya.Oleh itu, saya akan memberitahu ibu bapa remaja tersebut untuk membincangkan masalah anak mereka dengan tenang sekali supaya dia lebih yakin dengan ibu bapanya untuk menceritakan segala kemelut yang dihadapi.

SET 1
Soalan 8:

(i)          Nasihat-nasihat yang disampaikan oleh doktor kepada Waheeda adalah untuk tidak  menganggap diri kita sentiasa baik kerana anggapan itu adalah sesuatu sifat ujub. Selain itu, doktor menasihatkan Waheeda untuk menyenangkan diri kita yang mempunyai kelemahan bagi membanteras sifat ujub itu.

(ii)        Novel yang telah saya pelajari di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Terdapat dua peristiwa yang menunjukkan nilai ketaatan dalan novel ini.

Persitiwa pertama yang menggambarkan nilai ketaatan adalah ketaatan umat Islam kepada suruhan Allah. Nilai ini boleh dicontohi oleh watak utama, Adnan yang sentiasa taat kepada agama dan bangsanya. Tamsilnya, Adnan menunaikan solat subuh di rumahnya terlebih dahulu sebelum ke sekolah.

Peristiwa kedua yang menunjukkan nilai ketaatan adalah apabila anak-anak taat kepada kedua-dua ibu bapa mereka. Nilai ini boleh diteladani oleh watak utama, Adnan dan adik-beradiknya ynag sentiasa taat kepada ibu bapa mereka, iaitu Pak Saidi dan Mak Milah. Misalnya, Adnan dan adik-beradiknya amat menghormati dan taat kepada pesanan ibu bapa mereka dengan bersetuju untuk belajar di sekolah Inggeris.

Soalan 7- smeetha
(I) Berdasarkan bahan 2, maksud memberikan nasihat ialah menyampaikan ajaran

(Ii) Berdasarkan semua bahan, cara-cara mengeratkan hubungan kekeluargaan ialah ibu bapa patutlah mengambil masa untuk mengajar anak mereka perkara penting. Selain tu, anak-anak harus menyambut kedatangan ibu bapa mereka dengan hati terbuka. Tambahan pula, keluarga haruslah menjamu selera di meja makan bersama-sama. Akhir sekali, ibu bapa juga patutlah memuji anak-anaknya apabila mereka bersikap baik atau mencapai sesuatu kejayaan.

(Iii) Pada pendapat saya, aktiviti yang wajar dilakukan bersama sama ahli keluarga ialah menjamu selera bersama-sama.Ahli keluarga boleh mengambil masa ini untuk berkomunikasi antara satu sama lain tentang pelbagai perkara. Selain itu, sebuah keluarga juga patutlah melakukan aktiviti beriadah bersama-sama. Aktiviti ini amat berfaedah kerana melalui aktiviti riadah setiap ahli keluarga dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan mental sambil meluangkan masa bersama-sama. Akhirnya, sebuah keluarga juga digalakkan  berlancong bersama-sama. Dengan ini, mereka boleh mencipta memori baharu dan mengalami pengalaman baharu bersama-sama.

(Iv) Sebagai seorang prihatin, saya akan mendengar masalahnya terlebih dahulu dan mengenali remaja tersebut. Kemudian saya akan memberi  nasihat dan kata-kata semangat supaya remaja tersebut berasa lebih tenang. Seterusnya, saya akan menerangkan mengapa keputusan untuk melarikan diri tidak betul dan terdapat lebih banyak cara untuk menangani masalah ini. Saya juga akan memanggil ibu bapanya untuk menjemput anaknya.

Soalan 8 - smeetha
(I) Nasihat-nasihat yang disampaikan oleh doktor kepada Waheeda adalah untuk tidak menganggap diri kita sentiasa baik kerana anggapan itu adalah sifat ujub dan untuk menyenangkan diri kita yang mempunyai kelemahan bagi membanteras sifat ujub itu.

(Ii) Novel yang telah saya pelajari di Tingkatan 4 ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Terdapat dua peristiwa yang menunjukan nilai ketaatan dalam novel ini.
Salah satu peristiwa yang menggambarkan nilai ketaatan adalah ketaatan umat islam kepada suruhan Allah. Hal ini bleh dibuktikan dengan sikap watak utama, Adnan yang sentiasa taat kepada agama dan bangsanya. Contohnya, Adnan sentiasa menunaikan solat subuh di rumahnya sebelum ke sekolah.

Selain itu, ketaatan anak-anak kepada ibu bapanya.Nilai ini boleh dilihat dalam watak utama, Adnan dan adik beradiknya yang sentiasa taat kepada ibu bapanya iaitu Pak Saidi dan Mak Milah dan menghormati keputusan mereka unutuk belajar di sekolah inggeris.