S.A.L.T by Mazlima Omar

Johnnatan Jolius BA20110208
Secara peribadi, salah satu perkara yang saya suka mengenai Eco-Feminism adalah bagaimana kerosakkan sistem ekologi disamakan dengan penindasan ke atas wanita. Perkara ini sesuatu yang baharu dan pertama kali saya dengar. Dalam hal ini, saya melihat bahawa Eco-Feminism juga cuba mengetengahkan peranan dan penglibatan wanita dalam membendung kerosakkan ekologi. Misalnya, pada tahun 1973 di India, kaum wanita terlibat secara langsung dalam gerakan Chipko yang mana satu gerakan melindungi hutan daripada proses penebangan hutan. Melalui contoh ini, kita seharusnya dapat memahami bahawa dalam konteks isu alam sekitar, wanita juga ada peranan, suara wanita juga penting malah kuasa feminism itu sendiri membawa kepada titik kesedaran komuniti mengenai isu alam sekitar.

SALMANESER ASYERA LIANU BA20110075
Pada pandangan saya, apa yang menarik minat saya terhadap eco-feminism ini adalah sifat sistem ekologi yang mempunyai persamaan dengan sifat perempuan/Wanita. Saya tertarik dengan eco-feminism ini bukan sahaja perkataan ini adalah sesuatu yang baru bagi saya namun maksud yang tersirat dalam sistem ekologi yang dikaitan dengan kehidupan seseorang perempuan/Wanita. Eco atau lebih dikenali sebagai alam sekitar atau sistem ekologi  sering kali menghadapi cabaran daripada aktiviti manusia yang meneroka hutan sehingga memusnahkan alam sekitar tanpa berbalas kasih. Perkara ini mempunyai kesamaan dengan kehidupan seseorang Wanita/perempuan yang sering kali terjerumus dalam penindasan daripada kaum lelaki atas perbezaan jantina dan taraf hidup. Apa yang lebih menarik tentang Eco-Feminism ini adalah sifat kedua-dua yang hampir sama iaitu, menarik, menawan, cantik, menyenangkan, mengagumkan dan menceriakan. Malah, apabila kita menggunakan dan memperlakukan dengan baik serta menjaganya dengan baik. Kita akan mendapat sifat kasih sayang, ketenangan dan keuntungan. Seperti yang dikatakan oleh Vandana Shiva.

MOHD. SHAHHIDEL BIN MUSA BA20110267
Perkara yang menarik perhatian saya tentang Eco-Feminism. Daripada aliran pemikiran ini, wanita dianggap berkait rapat dengan alam. Golongan eco-feminist dikatakan mempercayai masalah alam berlaku disebabkan oleh golongan lelaki. Perkara ini semakin menarik apabila mereka mengatakan bahawa wanita adalah sumber kebaikan kepada alam. Hal ini disebabkan oleh sikap semula jadi yang ada pada wanita seperti lemah lembut dan nilai kecantikan. Perkara seperti ini pernah dikatakan oleh salah seorang tokoh golongan eco-feminis iaitu Vandana Shiva. Pada akhirnya, mereka mempercayai bahawa kaum wanita yang berhak memimpin dunia untuk kebaikan diri dan alam sekitar demi masa depan yang lebih baik. Oleh hal yang demikian menjadikan sesuatu perkara yang menarik perhatian saya tentang Eco-Feminism.

JOSHUA ANDREAS DOMINIC BA20110218
Secara jujurnya apa yang saya suka akan idea Eko-Feminisme adalah perkaitan dan hubungan yang sangat jelas akan bumi dan wanita. Hal ini demikian dalam konsep tersebut saya mempelajari dan sangat terpesona bahawa sememangnya Bumi ini sinonim akan karakteristik seorang wanita dimana sifat-sifat seperti, melindungi, memulihara, dan merawat amnya sangat dapat saya lihat. Disamping itu, konsep ini membuka mata saya bahawa bagaimana kita sebagai lelaki merawat ibu mahupun wanita yang kita cintai, begitulah juga sebagaimana kita merawat dan mencintai Bumi kita. Maka itu, inilah yang membuatkan saya suka akan idea Eko-Feminisme ini.

CYNTHIA CHONG TZE YIE (BA20110618)
Pada pandangan saya, apa yang menarik tentang eco-feminism ialah kemusnahan sistem ekologi boleh disamakan dengan penindasan ke atas kaum wanita. Eco-feminism telah wujud sejak era 1970 dan ia merupakan sebahagian daripada gerakan liberalisasi. Eco-feminism ini merupakan pendekatan feminism kepada etika alam semula jadi dimana tenaga wanita yang akan digunakan melalui feminism dapat memberi impak yang positif kepada alam semula jadi. Secara ringkasnya, eco-feminism menggunakan kuasa wanita untuk mendominasi kelestarian alam sekitar berbanding kaum lelaki yang menggunakan terma deep ecology kerana bagi eco-feminist, deep ecology lebih berorientasikan dominasi dan pendapat yang memihak kepada sistem patriaki. Oleh itu, apa yang lebih mengagumkan ialah menurut Vandana Shiva, "We are either going to have a future where women lead the way to make peace with the Earth or we are not going to have a human
future at all.” Beliau mengatakan bahawa kuasa wanita adalah penting untuk masa depan depan alam sekitar yang harmoni ataupun kita tidak akan mempunyai masa depan yang cerah yang berlandaskan alam sekitar. Kata-kata ini membuktikan bahawa kuasa wanita adalah penting untuk mentransformasikan alam sekitar untuk berubah menjadi lebih baik dengan adanya eco-feminism.

BERNADETTE ANAK RINGKAI BA20110009
Pada pandangan saya, perkara yang menarik tentang ideologi eco-feminism adalah menekankan dengan lebih mendalam berkaitan dengan kesaksamaan jantina (gender equality). Hal ini dikatakan sedemikian kerana eco-feminism melihat sistem ekologi sama seperti golongan wanita yang mana kemusnahan sistem ekologi juga dilihat sebagai penindasan ke atas golongan wanita. Berikutan dengan hal tersebut, ideologi ini dapat memastikan konsep patriarki dihapuskan agar setiap jantina diperlakukan secara adil dan saksama. Bukan hanya itu, eco-feminism memastikan setiap individu tanpa mengira jantina mempunyai akses yang sama rata kepada sumber alam semula jadi. Dalam hal tersebut ia adalah sangat jelas bahawa ideologi tersebut tidak berat sebelah dan ia sekaligus dapat mencetuskan perubahan positif bukan sahaja kepada sistem ekologi tetapi juga kepada setiap individu.Perkara yang menarik tentang ideologi eco-feminism adalah menekankan dengan lebih mendalam berkaitan dengan kesaksamaan jantina (gender equality). Hal ini dikatakan sedemikian kerana eco-feminism melihat sistem ekologi sama seperti golongan wanita yang mana kemusnahan sistem ekologi juga dilihat sebagai penindasan ke atas golongan wanita. Berikutan dengan hal tersebut, ideologi ini dapat memastikan konsep patriarki dihapuskan agar setiap jantina diperlakukan secara adil dan saksama. Bukan hanya itu, eco-feminism memastikan setiap individu tanpa mengira jantina mempunyai akses yang sama rata kepada sumber alam semula jadi. Dalam hal tersebut ia adalah sangat jelas bahawa ideologi tersebut adil dan tidak berat sebelah dan ia sekaligus dapat mencetuskan perubahan positif bukan sahaja kepada sistem ekologi tetapi juga kepada setiap individu.

NATALIA DELLAQUERA LULONG (BA20110644)
Pada pandangan saya, Eco-feminism telah menarik minat saya kerana Eco-feminism merupakan sebuah ideologi yang memiliki kaitan yang rapat antara wanita dan alam sekitar. Hal ini sedemikian kerana, apa jua kerosakan alam sekitar turut dianggap sebagai 'merosakkan' wanita. Begitu juga, peranan wanita dipandang serius dalam menjaga alam sekitar. Suara-suara dan usaha-usaha wanita juga tidak dipandang enteng dalam memelihara alam sekitar sekaligus menjaga kaum wanita. Misalnya, gerakan Love Canal pada tahun 1978. Gerakan Love Canal ini merupakan sebuah  protes yang dilakukan oleh para wanita untuk menegakkan keadilan kerana kawasan tempat tinggal mereka dibangunkan di sebuah kawasan tempat pembuangan racun bawah tanah. Perkara ini bukan sahaja menyebabkan pencemaran tanah tetapi malah mengakibatkan masalah reproduksi dalam kalangan wanita, kanak-kanak terdedah kepada racun dan bayi yang baru lahir turut mengalami kecacatan. Oleh itu, ideologi Eco-feminism ini merupakan perkara yang penting dalam memelihara alam sekitar kerana para wanita sinonim dengan sikap penyayang dan keibuan yang kita boleh percayai untuk turut serta dalam membuat keputusan dan memiliki hak dalam memelihara dan menjaga alam sekitar kita. Tuntasnya, Eco-feminism merupakan sesuatu yang harus diketahui ramai agar lebih ramai wanita mengetahui bahawa penglibatan mereka dalam menjaga alam sekitar adalah penglibatan yang penting.

Natasha Nichol Lee binti Boniface Buny BA20110293
Pada pendapat saya, perkara yang menarik berkenaan dengan eco-faminism ialah ianya dikaitkan dengan wanita. Ekofeminisme merupakan gabungan antara ekologi dan feminisme. Gabungan ini berdasarkan suatu renungan bahwa dominasi serta diskriminasi yang dialami baik dalam alam sekitar maupun perempuan yang pada asalnya bersumber dari masalah yang dinamakan sebagai budaya patriarki. Hal ini telah menyebabkan golongan akademik berpandangan bahawa eco-feminism ini adalah kemusnahan sistem ekologi yang disamakan dengan penindasan ke atas kaum wanita. Sebagai contoh yang boleh diketengahkan ialah, perempuan merupakan sasaran kepada korban dari suatu sistem yang  dan sering kali  dieksploitasi. Demikian juga yang terjadi pada alam, gerakan eco-faminism di dunia muncul sebagai reaksi menentang terhadap keadaan tersebut. Oleh hal yang demikian, bagi saya perkara yang menarik dalam membincangkan soal alam dan wanita ialah kedua-duanya sering ditindas dan memerlukan perjuangan yang tinggi untuk memastikan diskriminasi tidak berlaku maka gerakan eco-faminism ini sangat berguna dalam memastikan kelangsungan hidupan. Maka bagi eco-faminism masalah ini perlu terjalin melalui pandangan ekonomi, sosial, dan politik yang menyatakan diskriminasi, kompetisi, dan kekerasan. Oleh hal yang demikian eco-faminism ingin merombak semula sistem tersebut dengan tidak lagi ada hierarki antara manusia dan alam, ataupun kelas antara masyarakat.

Nathas Vari A/P Karoonamoothi BA20110338
Ecofeminism is a movement that sees a link between the exploitation and degradation of the natural world and the subordination and oppression of women. It emerged in the mid-1970s alongside second-wave feminism and the green movement. Ecofeminism combines elements of the feminist and green movements while also challenging both. It borrows from the green movement a concern about the impact of human activities on the non-human world and from feminism a view of humanity as gendered in ways that subordinate, exploit, and oppress women.

What I like about ecofeminism is that it believes that we cannot end environmental exploitation without also ending human oppression, and vice versa. To do both, they argue, we must expose the assumptions that underpin Patriarchy and decouple our understanding of masculinity from "power over" others and the rejection and denigration of the "feminine."

MUHD IZZAT AL-HAFIZ BIN MOHD MISRAN (BA20110725)
Pada pendapat saya, salah satu perkara yang saya suka mengenai Eco-Feminism ini adalah kerana berkait dengan gerakan yang timbul di kalangan wanita akibat ketidakadilan terhadap wanita yang sentiasa dikaitkan dengan kerosakkan alam sekitar. Mengikut pemahaman saya, seperti yang telah dinyatakan oleh Vandana Shiva, wanita luar bandar di India yang hidup dalam ekonomi sara diri telah menyaksikan kualiti hidup mereka berkurangan secara tragis. Jika dahulu mereka mempunyai kayu di sebelah kampung, kini mereka mesti berjalan jauh untuk mencarinya. Oleh yang demikian, saya percaya bahawa seluruh umat manusia mesti mempunyai akses kepada kehidupan yang baik, model pembangunan ini mesti berubah dan menjadi mampan. Sistem ekologi telah terbukti menjadi rakan seperjalanan yang sangat baik bagi Eco-Feminism dalam pembinaan model baharu ini yang bukan sahaja menangani keseimbangan alam sekitar tetapi memperkasakan wanita dalam kehidupan seharian mereka.