KBAT 3 ITQAN ( 24/6/21) by AINA SYAKIRAH BINTI MOHAMMED Moe

SOALAN KBAT
1. Menurut hadis nabi, Penghulu segala hari adalah hari Jumaat. Berikan cadangan anda untuk memuliakan hari Jumaat. (4m)

2. Berubah daripada keburukan kepada kebaikan adalah satu contoh penghijrahan. Bagaimanakah anda berhijrah untuk memperbaiki diri dalam hidup? (4m)

3. Sejak PKP ini, masjid semakin sunyi daripada dikunjungi jemaah. Ramalkan apakah akan berlaku sekiranya masjid tidak diimarahkan lagi ? (4m)

4. Rumah Ahmad dilanda banjir lumpur. Walaupun rumahnya musnah tetapi dia dapat menyelamatkan dirinya ke tempat yang lebih tinggi. Ahmad hanya menggunakan plastik khemah sebagai tempat berteduh. Berikan pendapat anda tentang kewajipan solat Ahmad dalam keadaan sedemikian. (4 m)

5. Roslan ingin menunaikan solat zohor di surau sekolah. Setibanya di surau, beliau mendapati bahawa solat zohor sedang dilaksanakan secara berjamaah pada rakaat kedua.Bagaimanakah cara  sekiranya Roslan ingin menyertai jamaah tersebut?

Nur Qistina ( jawapan )
1. Cadangan saya untuk memuliakan hari Jumaat adalah dengan memperbanyakkan berzikir kepada Allah . Contohnya , kaum muslimin boleh berzikir selepas menunaikan solat jumaat manakala kaum muslimat boleh berzikir sebelum dan selepas menunaikan solat zohor . Hal ini bukan sahaja dapat memuliakan hari Jumaat , bahkan dapat menambahkan pahala untuk diri sendiri . Kesimpulannya , kita sebagai umat Islam wajar untuk memuliakan penghulu segala hari iaitu hari Jumaat .

2. Saya berhijrah untuk memperbaiki diri dalam hidup dengan memperbanyakkan membaca al-Quran . Saya membaca al-Quran supaya dapat lebih memahami tentang perjuangan Rasulullah SAW dalam menarik orang ramai memeluk Islam . Oleh hal itu , saya akan termotivasi untuk berhijrah kepada menjadi seorang muslim yang lebih baik . Kesimpulannya , kita juga sebagai umat Islam perlu sentiasa beristiqamah dalam sebarang bentuk hijrah supaya hijrah tersebut tidak dilakukan hanya separuh jalan .

3. Ramalan saya jika masjid tidak diimarahkan lagi adalah golongan manusia zaman ini mungkin kurang memuliakan masjid . Contohnya , mereka mungkin lupa adab di masjid atau cara memuliakannya kerana telah jarang pergi ke masjid . Oleh hal yang demikian , masjid mungkin tidak lagi menjadi rumah Allah yang mulia kerana kekurangan orang yang menziarahnya atau memuliakannya . Kesimpulannya , sebagai mukmin yang sejati , kita perlulah mencari cara untuk sentiasa memuliakan masjid walaupun di waktu pandemik Covid-19 ini .

4. Pada pendapat saya , Ahmad masih wajib menunaikan tuntutan solat . Hal ini kerana solat merupakan tiang agama Islam dan kewajipan seorang muslim . Ahmad harus dan dibolehkan menjama' solat fardhu zohor , asar , maghrib dan isyak untuk meringankan kerana mungkin ketiadaan sumber air bersih dan jika terlalu terdesak kerana ketiadaan air bersih , Ahmad masih dibenarkan menggunakan air banjir namun wajar dielakkan selagi mampu . Kesimpulannya , setiap muslim wajib menunaikan kewajipannya walau dalam apa keadaan sekalipun .

5. Roslan masih boleh mengambil wudhu' secepatnya dan bergegas menyertai imam lalu berniat menjadi makmum masbuq . Roslan hanya perlu solat mengikut imam seperti biasa dan selepas imam memberi salam tahiyat akhir , Roslan perlu bangun dan mengganti semula rakaat pertama yang sebelumnya . Kesimpulannya , setiap individu muslim disunatkan menunaikan solat secara berjemaah .

Aisyah Nabilah 🧸
1. Cadangan saya untuk memuliakan hari Jumaat adalan dengan membaca Surah al-Kahfi samada malam Jumaat ataupun pagi hari Jumaat. Sepertimana sabda Rasulullah SAW yang sesiapa membaca surah ini pada hari Jumaat, ganjaran sinaran cahaya di antara dua Jumaat akan diberikan kepadanya oleh Allah SWT. Dengan ini ia dapat meningkatkan tahap keimanan kita terhadap Allah SWT. Oleh itu, sentiasalah amalkan Surah al-Kahfi agar hidup diberkati serta dirahmati oleh Allah SWT.

2. Cara saya berhijrah untuk memperbaiki diri dalam hidup adalah dengan medengar ceramah daripada para ulama. Dengan cara ini, saya dapat menambahkan lagi ilmu akhirat seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Ini membolehkan saya berusaha keras lagi dalam menjadi hamba yang bertaqwa di sisi Allah SWT. Konklusinya, kita sebagai umat Islam  perlulah mencari solusi untuk kita kembali dekat kepada Allah SWT supaya hidup kita sentiasa berada di jalan yang benar.

3. Sekiranya masjid tidak diimarahkan lagi, kemungkinan hubungan silaturahim antara umat Islam kian lama kian regang. Ini kerana dulu masjid turut digunakan sebagai tempat pertemuan umat Islam dari merata-rata tetapi kini tidak lagi. Kesannya, istilah masyarakat hidup dalam suasana harmoni makin pudar. Oleh itu, jagalah diri kita dalam membendung penularan Covid-19 ini agar suasana meriah masjid yang kita rindui kembali seperti dahulu.

4. Pada pendapat saya, wajib ke atas Ahmad untuk melaksanakan solat fardhu walaupun dalam keadaan sedemikian. Berdasarkan situasi ini, Ahmad boleh mengambil wudhu menggunakan air mutlak iaitu air hujan. Jadinya, tiada alasan untuknya tidak menunaikan solat fardhu yang juga telah termaktub dalam Rukun Islam. Oleh itu, janganlah kita mengambil kesempatan terhadap situasi yang seperti demikian, kerana ibadah wajib masih akan kekal wajib dilaksanakan walau macam manapun.

5. Cara yang boleh Roslan gunakan adalah dengan terus menyertai sahaja jemaah tersebut. Dengan secara automatiknya ketika itu, Roslan telah menjadi makmum masbuk. Maka selepas tok imam memberi salam, dia perlu menggantikan semula lagi satu rakaat yang dia tinggal bagi mencukupkan bilangan rakaat solat tersebut. Kesimpulannya, ibadat soalan Roslan ialah sah dan diterima Allah.

Dania Afrina
1. Cadangan saya untuk memuliakan hari Jumaat adalah dengan melakukan perkara-perkara sunat. Sebagai contoh, memotong kuku, memakai wangian dan bersedekah. Perkara-perkara sunat bukan sahaja mendatangkan pahala malah kita dapat membersihkan diri kita dan membuat orang lain di sekeliling kita selesa. Tuntasnya, kita sebagai umat Islam wajarlah memuliakan penghulu segala hari iaitu hari Jumaat.

2. Saya berubah daripada melakukan keburukan kepada melakukan kebaikan dengan membaca banyak kisah-kisah Nabi . Kisah-kisah Nabi telah banyak menginspirasikan saya untuk menjadi muslim yang baik. Oleh itu, saya cuba untuk mengubah diri saya untuk menjadi sebaik yang saya mampu. Kesimpulannya, hijrah merupakan perkara yang perlu umat Islam amalkan.

3. Jika masjid tidak diimarahkan lagi, majlis-majlis ilmu akan kurang dilaksanakan di masjid. Umat Islam juga akan jarang mendengar tazkirah secara langsung. Apabila ini berlaku, kita tidak dapat merapatkan silaturrahim antara muslimin dan akan lalai jika tidak diingatkan. Oleh itu, kita sebagai umat Islam yang prihatin perlulah mematuhi arahan kerajaan bagi mengurangkan penularan covid-19 agar masjid dapat dikunjungi oleh semua orang seperti dahulu.

4. Pada pendapat saya, Ahmad perlu menunaikan solat seperti biasa. Ahmad perlu tahu bahawa banjir lumpur hanyalah ujian daripada Allah SWT untuk menguji keimanan hambaNya. Dia boleh menggunakan mana-mana air mutlak dan mencari tempat yang bersih untuk bersolat. Kesimpulannya, sebagai umat Islam, Ahmad perlulah menunaikan kewajipannya.

5. Roslan sewajarnya bergegas mengambil wudhu dan mengikut imam seperti biasa. Apabila imam selesai memberi salam, Roslan bolehlah bangun dan menambah rakaat yang tertinggal. Solat Roslan akan diterima sebagai solat berjemaah. Kesimpulannya, solat berjemaah adalah lebih baik daripada solat bersendirian.

Shasha Aaliyah
1. Berdasarkan soalan yang diberikan, cadangan saya untuk memuliakan hari Jumaat adalah dengan memperbanyakkan melakukan ibadah sunat sebagai contoh, mandi sunat, memotog kuku, serta memakai wangian. Dengan melakukan perkara-perkara yang telah disebut ini bukan sahaja dapat menambahkan pahala malah dapat menjaminkan kebersihan diri. Kesimpulannya, kita haruslah menjadi seorang hamba yang menjaga kebersihan dan berusaha untuk menambah pahala.

2. Pada pendapat saya, cara berhijrah untuk memperbaiki diri dalam hidup adalah dengan menyedarkan diri, mengenal pasti masalah dan perkara yang boleh diperbaiki tentang diri sendiri serta memperdekatkan diri dengan Allah dan menjadi seorang hamba yang tekun akan perintahNya. Dengan ini, bolehlah disimpulkan bahawa untuk memperbaiki diri, kita perlu berusaha untuk menjadi seorang yang kebih baik dan bukan sahaja dengan berniat.

3. Dari sudut pandangan saya, jikalau masjid tidak diimarahkan lagi, masjid itu diibaratkan tiada kegunaan kerana masjid merupakan sebuah tempat yang dijadikan tempat orang-orang Islam beribadah. Selain itu menjadi tempat mengadakan pendidikan Agama Islam dan pendidikan-pendidikan yang memberi faedah serta lain-lain lagi. Masjid haruslah sentiasa diguna kerana ia merupakan sebuah tempat yang penting bagi kita sebagai umat Islam. Tuntasnya, masjid serta kawasan-kawasan yang bersamaan dengannya haruslah dihormati dan diimarahkan agar ada kegunaannya.

4. Pada pendapat saya, Ahmad tetap perlu menunaikan solat fardhu kerana solat merupakan Rukun Islam yang kedua serta tiang agama dan perintah Allah yang wajib dilaksanakan. Jika Ahmad tidak mempunyai bekalan air bersih, beliau boleh menggunakan kaedah bertayammum untuk solat. Jika tiada tempat kering, Ahmad dibenakan menggunakan air banjir namun perkara itu adalah tidak digalakkan.Tuntasnya, kesemua umat Islam adalah diwajibkan untuk menunaikan solat fardhu, tidak kira apa jua keadaan kerana solat merupakan perkara yang penting dan tidak boleh ditinggalkan.

5. Roslan sepatutnya terus menyertai jamaah tersebut dan menjadi makmum muafik jika beliau sempat membaca Al-Fatihah. Namun jika beliau tidak sempat membaca surah Al-Fatihah, beliau merupakan makmum masbuk. Jika beliau sempat rukuk bersertakan tamakninah di dalam rukuknya bersama imam maka rakaat tersebut adalah sah dan beliau hanyalah perlu menggantikan rakaat yang tertinggal sebelum itu.

Nur Uzma
1.Cara untuk memuliakan hari jumaat adalah dengan berselawat ke atas nabi Muhammad SAW. Hal ini demikian kerana selawat yang dibaca kita akan dibentangkan di hadapan Nabi Muhammad SAW pada setiap hari jumaat. Dengan ini, hati Kita akan sentiasa tenang dan hidup aman harmoni. Kesimpulannya, kita hendaklah memuliakan hari jumaat sebagai bukti keimanan kepada Allah SWT.

2. Cara saya berhijrah untuk memperbaiki diri dalam hidup adalah dengan membaca al-quran. Hal ini bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya dalam Islam dan cuba untuk menjadi muslim sejati. Dengan ini, saya dapat memperbaiki diri secara perlahan-lahan dan mendekatkan diri kepada Allah kerana al-quran dapat dijadikan panduan hidup. Kesimpulannya, kita hendaklah berhijrah dengan mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhi larangannya.

3. Pada pendapat saya, sekiranya masjid sudah tidak diamarahkan lagi, hubungan orang Muslim akan mulai renggang. Hal ini kerana, mereka tidak dapat berkumpul bersama- sama seperti dahulu untuk mengimarahkan masjid oleh sebab virus covid-19 yang melanda negara. Dengan ini, kita tidak dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Muslim. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berdoa agar negara kita bebas dari ancaman virus dan dapat terus hidup dengan aman dan harmoni.

4.Pada pendapat saya, Ahmad masih wajib melaksanakan solat fardhu meskipun dalam keadaan sedemikian. Hal ini kerana Allah telah meringankan hukum bagi mereka yang kurang mampu untuk melaksanakan solat secara normal dan kita sebagai Muslim perlulah menjalankan tanggungjawab dalam apa jua keadaan. Dengan ini, kita dapat membuktikan keimanan kita sebagai muslim sejati kepada Allah SWT. Kesimpulannya, semua orang masih dapat melaksanakan ibadat kepada Allah SWT tidak kira apa jua keadaan kerana Allah itu maha Adil.

5.Roslan hendaklah berniat menjadi makmun masbuq untuk menyertai solat berjemaah tersebut. Dia hanya perlu mengikut pergerakan imam yang seterusnya seperti biasa. Setelah itu, barulah dia perlu bangun untuk mengganti rakaat yang tertinggal selepas imam memberi salam pada tahiyat akhir. Dengan ini, Roslan dapat melaksanakan solat secara berjemaah daripada solat secara bersendirian. Kesimpulannya, kita digalakkan untuk solat secara berjemaah mengikut imam kerana lebih baik.

AMEER MUIZ
1.Kita bolehlah memuliakan hari jumaat dengan memperbanyakkan membaca Al quran.Antara surah-surah yang boleh dibaca adalah surah Alkahfi.selain mendapat pahala,surah ini juga boleh membantu dalam mengelakkan fitnah dajjal.Kesannya,diri kita akan merasa tenang dan juga memperoleh pahala. Kesimpulannya,hari jumaat perlulah dimanfaatkan oleh umat islam untuk kebaikan di dunia mahupun diakhirat.

2.Saya berhijrah untuk memperbaiki diri saya dengan banyak bermuhasabah diri.Denan ini,saya memastikan saya tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kesannya,,saya dapat mengelakkan diri saya daripada melakukan dosa. Kesimpulannya,memperbaiki diri kita amatlah penting atas usaha untuk menghidarkan diri daripada azab neraka.

3.Sekiranya masjid tidak diimarahkan lagi,masyarakat kita akan menjadi semakain alapa untuk melakukan suruhan allah dan meninggalkan larangan-nya. Hal ini kerana dengan menghadirkan diri ke masjid,kita akan sentiasa ingat untuk tidak melakukan dosa  .Kesannya, kadar jenayah dalam kalangan masyarakat mungkin akan meningkat. Kesimpulannya, engan menghadirkan diri ke masid,banyak faedah dapat diperoleh kepad diri sendiri dan kepada masyarakat.

4.Ahmad masih wajib utuk menunaikan solat. Hal ini kerana menunaikan solat adalah wajib daripada mula akil baligh sehinnga kita meninggal dunia. Kesannya, Ahmad berasa yakin bahawa ALLAH akan sentiasa ada bersama hamba-hamba-nya. Kesimpulannya,solat itu adalah satu kewajipan untuk semua umat islam yang memenuhi syarat tak kira keadaan sekalipun.

5.Roslan perlu berniat masbuk dan secepatnya menyertai jemaah solat yang telah memulakan solat. Sekiranya Roslan menyertai jemaah solat sebelum imam berukuk,Roslan hanya perlu mengganti semula satu rakaat sahaja setelah imam selesai solat.Sekiranya Roslan menyartai jemaah setelah imam selesai rukuk, dia perlu mengganti semula dua rakaat solat setelah imam memberi salam.

Siti Darsah
1. Cadangan saya untuk memuliakan hari Jumaat ialah dengan memperbanyakkan bacaan selawat ke atas nabi . Selawat merupakan salah satu tanda kecintaan umat islam kepada Rasulullah. Kesannya , kita memperoleh pahala berlipat kali ganda. Kesimpulannya, kita hendaklah memanfaatkan hari Jumaat dengan sebaik-baiknya.

2. Saya berhijrah untuk memperbaiki diri dalam hidup dengan memperbanyakkan amalan sunnah dalam kehidupan.
Hal ini dapat memastikan saya akan lebih khusyuk dalam beribadah kepada-Nya. Saya juga akan mendaoat pahala atas amalan sunnah yang dilakukan. Kesimpulannya , kita hendaklah sentiasa memperbaiki diri dalam kehidupan kerana setiap manusia tidak sempurna.

3.Sekiranya  masjid tidak diamarahkan majlis ilmu akan kurang dilaksanakan .Hal ini kerana masjid merupakan medium penyebaran dakwah islamiyah. Kesannya akidah umat islam akan mudah terpesong akibat mempelajari ilmu melalui sumber yang tidak pasti kesahihannya. Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha untuk mengimarahkan masjid kerana masjid merupakan tempat yang mulia.

4. Ahmad masih diwajibkan untuk solat dengan mendirikan solat jamak. Hal ini kerana, kekurangan air bersih yang meyakinkan dan sukar untuk berwudhuk berulang kali. Jika kemudaratan berlaku akibat kekurangan air bersih ,maka air banjir boleh digunakkan.
Kesimpulannya, agama islam
itu mudah.

5. Roslan hendaklah bergegas mengambil wudhuk dan menyempurnakan solatnya dengan berniat menjadi makmum masbuk. Dia hendaklah menyempurnakan solat mengikut imam sehingga imam memberikan salam selepas tahiyat akhir dan mengganti semula rakaat yang tidak sempat disempurnakannya. Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha menyempurnakan solat fardhu secara berjemaah kerana pahala yanf diperoleh berlipat kali ganda

Muhammad Mu'iz Bin Zulidzam
1.       Kita bolehlah melakukan amalan-amalan kebaikan yang digalakkan pada hari Jumaat.

Hal ini kerana Allah S.W.T memakbulkan permintaan setiap hambanya sekiranya mereka meminta sesuatu daripada-Nya pada hari tersebut. Misalnya, kita haruslah memperbanyakkan berdoa kepada Allah dan membaca surah-surah seperti surah al-Kahfi kerana ianya dapat menjauhkan kita daripada fitnah Dajjal. Kesimpulannya, kita  hendaklah memperbanyakkan amal ibadat di hari Jumaat kerana ganjaran pahala yang diterima adalah besar dan juga kerana ianya merupakan hari yang mulia bagi umat Islam.

2.       Saya berhijrah dengan memperbanyakkan muhasabah diri untuk memperbaiki diri saya. Ini kerana setiap manusia di atas muka bumi ini pasti akan melakukan kesilapan. Oleh itu, saya dapat mempelajari daripada kesilapan saya yang lalu untuk dijadikan pengajaran agar saya berubah kepada seseorang yang lebih baik. Kesimpulannya, kita perlulah berhijrah bagi memperbaiki diri kita agar disukai masyarakat dan Allah S.W.T.

3.       Sekiranya masjid tidak diimarahkan lagi, umat Islam akan semakin terpesong dan jauh daripada Allah S.W.T. Hal ini kerana solat merupakan tiang agama yang dapat mencegah umat Islam daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Contohnya, solat dapat membantu sesuatu masyarakat itu membentuk ikatan perpaduan dan hubungan silaturahim yang baik dan kuat serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan teguh. Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita haruslah mengimarahkan masjid kerana ianya merupakan perbuatan yang mulia di sisi Allah S.W.T

4.       Pada pendapat saya, Ahmad tidak wajibkan untuk solat ketika situasi tersebut. Hal ini kerana situasi banjir mungkin menyebabkan pakaian yang dipakainya terkena lumpur dan kotoran-kotoran yang disebabkan oleh air banjir. Bekalan air juga mungkin mengalami masalah bekalan yang terhad. Sekiranya terdapat tempat yang bersih dari kotoran banjir, maka peluang itu hendaklah diambil bagi menunaikan solat tertenu. Kesimpulannya, sebagai umat Islam, kita mestilah berusaha untuk menunaikan solat walau apa pun situasi ataupun ujian yang dialami agar keimanan kita kepada Allah S.W.T bertambah kuat dan kukuh.

5.       Roslan hanya perlu menyertai saf dan mengangkat takbiratul ihram dan membaca al-Fatihah sekiranya imam masih belum ruku’. Sekiranya imam telah pun ruku’, Roslan hanya perlu mengangkat takbiratul ihram dan ruku’ Bersama-sama imam dan makmum yang lain. Setelah rakaat ke-empat di mana selepas imam memberi salam, dia dikehendaki terus bangun dari tahiyat awal dan meneruskan solat dengan dua lagi rakaat bersama satu salam dan tahiyat akhir.

Haikal Syabill
1.Cadangan saya ialah kita boleh melakukan perkara sunnah pada hari Jumaat.Misalnya,adalah seperti mandi sunat dan memotong kuku.Selain itu,kita juga digalakkan untukmembaca surah Al kahfi kerana surah ini dapat melindugi kita dari pada fitnah dajjal.Kesimpulannya,kita hendaklah memanfaatkan Hari Jumaat dengan aktiviti yg berfaedah agar hidup kita sentiasa diberkati Allah
2.Cara saya berhijrah adalah dengan memuhasabahkan diri.Melalui cara ini,saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa lalu.Selain itu,saya juga haruslah memperbanyakkan amalan ibadah supaya untuk menguatkan iman saya.Kesimpupannya,hijrah merupakan satu perubahan seseorang ke arah yang lebih baik.
3.Sekiranya masjid tidak diimarahkan lagi,umat islam akan makin terpesong .Hal ini kerana solat merupakan kewajipan dalam Islam.Selain itu solat juga mendatangkan banyak kebaikan antaranya seperti mengeratkan hubungan silaturahim.Kesimpulannya kita haruslah memperbanyakkan amalan kita semasa tempoh berkurung ini agar iman kita tidak terjejas
4.Ahmad tidak digalakkan untuk menunaikan solat.Hal ini kerana banjir itu telah membawa lumpur yang kotor yg mungkin telah terkena pada baju Ahmad.Ahmad boleh menqgantikan atau qada solat yang dia terlepas setelah keadaan sudah pulih.Kesimpulannya ,sebagai umat islam kita wajiblah solat kerana solat itu merupakan tiang agama.
5.Roslan akan menjadi makmum masbuq kerana dia terlepas satu rakaat.Dia boleh menyertai solat itu semasa ia sedang dijalankan.Namun,setelah salam dikumandangkan oleh imam,Roslan haruslah bangun dan menggantikan satu lagi rakaat yang dia terlepas sebelum ini.Akhir sekali,setelah dia selesai menggantikan rakaat tersebut dia hendaklah dudul tahiyat akhir serta memberi salam.

nurin batrisyia binti nor azlin 🐻‍❄️
1. Cadangan saya untuk memuliakan hari Jumaat adalah dengan memperbanyakkan doa dan selawat. Amalan-amalan ini juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Kesannya, kita juga bakal mendapat pahala yang tidak terhingga jika melakukan amalan-amalan tersebut. Tuntasnya, banyakkanlah amalan di hari Jumaat agar kita dapat bersama-sama masuk ke dalam syurga.

2. Saya memperbaiki diri dalam hidup saya dengan memuhasabah diri di setiap penghujung hari. Dengan ini, saya dapat mengenal pasti salah silap saya dan membetulkannya. Kesannya, saya dapat memperbaiki diri saya sedikit demi sedikit dan berubah ke arah kebaikan. Tuntasnya, kita perlu buang segala sikap yang negatif dalam hidup kita dan berubah agar kita disayangi Allah SWT tidak kira berapa lama ia akan mengambil masa.

3. Sekiranya masjid tidak lagi diimarahkan, hubungan silaturrahim antara umat Islam akan berkurang hari demi hari. Hal ini kerana, solat berjemaah dan aktiviti-aktiviti lain tidak dapat dijalankan di masjid. Kesannya, kita tidak akan dapat melihat fungsi sebenar masjid didirikan. Tuntasnya, kita mestilah berusaha sedaya upaya kita untuk mengimarahkan masjid kerana masjid merupakan rumah Allah dan tempat yang suci.

4. Pada pendapat saya, Ahmad tetap wajib untuk mendirikan solat fardhu lima waktu. Hal ini kerana segala yang dia sedang lalui itu merupakan ujian daripada Allah SWT. Ahmad perlulah mencari sumber air yang bersih iaitu air mutlak untuk berwudhuk lantas mengerjakan kewajipannya sebagai hamba Allah. Tuntasnya, kita masih perlu melaksanakan kewajipan kita kepada Allah walau susah mana sekalipun kita diuji.

5. Roslan boleh menyertai jemaah tersebut dengan masuk ke dalam saf lalu berniat sebagai makmum masbuk. Setelah imam usai memberi salam yang pertama, dia perlu bangun semula dan menggantikan satu rakaat yang dia terlepas. Kesannya, solat dia masih dikira sebagai solat berjemaah. Tuntasnya, kita digalakkan untuk mengikuti solat jemaah yang dijalankan kerana solat berjemaah adalah lebih bermanfaat berbanding solat secara bersendirian.

Nur Najihah Amanina
Pada pendapat saya, kita boleh memuliakan hari Jumaat dengan lebih banyak mengadakan ceramah atau kuliah pada hari tersebut. Contohnya, ceramah tentang perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat. Dengan ini, lebih ramai aku mengetahui kebaikan hari Jumaat dan memuliakannya. Kesimpulannya, kita mestilah berusaha sebaik-baikanya untuk memuliakan hari istimewa dalam Islam agar dirahmati dan disayangi Allah SWT.

Saya akan berhijrah dengan memperbanyakkan taubat kepada Allah SWT. Ini kerana saya mempunyai banyak dosa yang belum sudah tentu diampuni oleh-Nya. Hakikat itu, saya mestilah sedar diri dan insaf atas segala keburukan saya. Kesimpulannya, kita wajarlah ambil inisiatif untuk sentiasa memperbaiki diri agar diredhai Allah SWT.

Pada pendapat saya, masjid akan lebih kurang dikunjungi dan hanya dipenuhi pada tarikh-tarikh tertentu. Para ahli masyarakat akan semakin melupakan masjid sebagai pusat beribadah. Oleh itu, kita haruslah mencegah perkara ini secepat mungkin. Kesimpulannya, kita mestilah bertindak dengan segera agar tidak melupakan rumah Allah supaya tidak dimurkai oleh-Nya.

Walaupun keadaan sedemikian, Ahmad masih wajib melaksanakan solat fardhu. Namun begitu, dia mempunyai kelonggaran untuk menunaikan solat akibat kesulitan yang dialami. Contohnya, dia boleh menunaikan solat secara jamak. Kesimpulannya, kita wajiblah sentiasa melaksanakan kewajipan solat fardhu biarpun apa-apa kesulitan agar disayangi Allah SWT.

Roslan hendaklah berniat untuk menjadi makmum masbuq. Selepas itu dia masih boleh menyertai jemaah dan meneruskan solat seperti biasa. Namun begitu, dia hendaklah menggantikan satu lagi rakaat untuk menyempurnakan solatnya. Kesimpulannya, kita mestilah mengetahui cara-cara melaksanakan solat dalam apa jua situasi agar disayangi Allah SWT.

Siti Nurzureen Sabirah
1.Cadangan saya untuk memuliakan hari Jumaat adalah dengan melakukan perkara-perkara sunat. Contohnya, memotong kuku, memakai wangian dan bersedekah. Perkara-perkara sunat bukan sahaja mendatangkan pahala malah kita dapat membersihkan diri kita dan membuat orang lain di sekeliling kita selesa. Tuntasnya, kita sebagai umat Islam wajarlah memuliakan penghulu segala hari iaitu hari Jumaat.

2. Saya berubah daripada melakukan keburukan kepada melakukan kebaikan dengan membaca banyak kisah-kisah Nabi . Kisah-kisah Nabi telah banyak menginspirasikan saya untuk menjadi muslim yang baik. Oleh itu, saya cuba untuk mengubah diri saya untuk menjadi sebaik yang saya mampu. Kesimpulannya, hijrah merupakan perkara yang perlu umat Islam amalkan.

3. Jika masjid tidak diimarahkan lagi, majlis-majlis ilmu akan kurang dilaksanakan di masjid. Umat Islam juga akan jarang mendengar tazkirah secara langsung. Apabila ini berlaku, kita tidak dapat merapatkan silaturrahim antara muslimin dan akan lalai jika tidak diingatkan. Oleh itu, kita sebagai umat Islam yang prihatin perlulah mematuhi arahan kerajaan bagi mengurangkan penularan covid-19 agar masjid dapat dikunjungi oleh semua orang seperti dahulu.

4. Pada pendapat saya, Ahmad perlu menunaikan solat seperti biasa. Ahmad perlu tahu bahawa banjir lumpur hanyalah ujian daripada Allah SWT untuk menguji keimanan hambaNya. Dia boleh menggunakan mana-mana air mutlak dan mencari tempat yang bersih untuk bersolat. Kesimpulannya, sebagai umat Islam, Ahmad perlulah menunaikan kewajipannya.

5. Roslan sewajarnya bergegas mengambil wudhu dan mengikut imam seperti biasa. Apabila imam selesai memberi salam, Roslan bolehlah bangun dan menambah rakaat yang tertinggal. Solat Roslan akan diterima sebagai solat berjemaah. Kesimpulannya, solat berjemaah adalah lebih baik daripada solat bersendirian.

Adieb Iqbal Bin Azmi
1. Pada pendapat saya, kita bolehlah melakukan perkara-perkara sunat. Kita bolehlah memotong kuku kita dan rambut badan. Kesannya, kita dapat menghargai hari jumaat dan menjaga kebersihan diri. Kesimpulannya, kita haruslah menghargai hari jumaat.

2. Saya akan sentiasa memikirkan salah silap saya. Pada setiap penghujung hari saya akan mengambil masa untuk memikirkan apa yang saya telah buat pada hari itu. Kesannya, saya dapat mengelakkan membuat kesilapan yang sama. Kesimpulannya, kita perlulah memikirkan apa yang kita telah buat.

3. Pada pendapat saya, selepas pandemik ini jemaah yang akan datang ke masjid akan berkurang. Hal ini kerana mereka telah melahirkan sikap jarang ke masjid. Kesannya, masjid akan diabaikan dan tidak dijaga. Kesimpulannya, pihak masjid perlulah berusaha untuk membawa masuk jemaah selepas pandemik ini.

4. Pada pendapat saya, Ahmad wajib mendirikan solat fardhu. Hal ini kerana, Ahmad tidak ada kesusahan apa-apa untuk dia mendirikan solat. Kesannya, hubungan Ahmad bersama tuhan akan lebih erat. Kesimpulannya, kita haruslah mendirikan solat jika tidak ada kesusahan.

5 Roslan boleh solat bersama jemaah tersebut sebagai makmum masbuk. Hal ini kerana, Roslan hanya perlu menggantikan dua rakaat yg ditinggalkan apabila imam memberi salam. Kesannya, pahala yang Roslan terima akan bertambah. Kesimpulannya, kita haruslah menyertai solat berjemaah walaupun ia sudah bermula.

Note; maaf saya buat lambat ustazah