My delightful shelf by

Kandungan Batu Bersurat di Terengganu telah membuktikan bahawa terdapat sejarah perkembangan pemikiran Syariah Islam di zaman tersebut. Pada asasnya,  dapat dikatakan bahawa pencatat teks di Batu Bersurat ini memang terdiri daripada seorang yang berpengetahuan dalam bidang perundangan Islam. Ini kerana isi kandungan Batu Bersurat bukanlah perkara yang kosong tetapi berasaskan dua perkara. Pertama, wujudnya sebuah kerajaan Melayu-Islam di Terengganu. Pada masa Batu Bersurat ini digubal, sejarah telah melaporkan bagaimana tamadun kerajaan Melayu Islam telah bertapak secara kukuh di Terengganu. Di dalam tamadun ini, selain dari memiliki artifak kebendaan yang tinggi merangkumi bentuk kerajaan negara kota yang tersusun dengan bilangan penduduk yang agak ramai, kota ini juga berasaskan bandar pelabuhan bertaraf antarabangsa . Kedua, timbulnya latar belakang intelektual Islam dan sistem tulisan Jawi yang memungkinkan BBT dicatatkan. Kesemua perkara ini timbul disebabkan kerana kecanggihan metode dakwah yang diusahakan oleh para mubaligh Islam terawal di Terengganu. Mereka telah menerapkan kefahaman agama Islam melalui kaedah mendekati pemerintah Melayu secara berhemah, mengamalkan pendekatan mesra budaya, memperkasakan sistem kominikasi ilmu dan mekanisme pendidikan

Sejarah perkembagan ISLAM di Nusantara. Pertemuan Batu Bersurat di Terengganu dapat dikaitkan dengan perkembangan Islam di Nusantara. Sejarah masuknya Islam ke Nusantara ialah melalui kegiatan pelayaran. Hubungan masyarakat antara Indonesia dengan para pedagang muslim Gurajat ,Arap, Persia telah membawa pengaruh besar. Para pedagang tersebut selain memegang peranan penting dalam memperkenalkan Islam malah mereka juga berperanan untuk menyebarkan Islam ke seluruh negara. Pada awal abad ke 13, wujudlah perkampungan masyarakat muslim di pesisir samudra, kurang dari 15km dari Ihoksemawe. Penemuan batu nisan Sultan Malik Al Saleh , yang meninggal pada 696H/1297 masihi telah membuktikan bahawa pemerintahan bercorak Islam telah dilaksanakan.

Pada tahun 1902, Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sesampainya di Kuala Terengganu, batu ini telah dipersembahkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan di atas Bukit Puteri.Pada tahun 1922, Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar batu bersurat ini dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atasnya dan ditulis dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi bertarikh 702 Hijrah.Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu

Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang sultan di Tanah Melayu.

Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab memeteraikan persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan neger-negeri yang berhampiran.

Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan titik mula perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.

KANDUNGAN BATU BERSURAT
Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut ISLAM sebagai AGAMA RASMI dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum dipindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.

TARIKH TERTULISNYA BATU BERSURAT INI
Tarikh tepat bagi batu bersurat ini penuh perselisihan kerana terdapat dakwaan bahawa sisi kiri yang rendah, di mana tahun batu bersurat itu disebut pada baris ke-11, telah mengalami kerosakan. C. O. Blagden, orang pertama yang mentafsirkan batu bersurat ini, mempertikaikan ketepatan tarikh bulan Rejab 702 H atau 1303 M. Dalam sebuah rencana, beliau menyampaikan banyak kemungkinan tarikh antara bulan Februari – Mac 1303 M hingga Februari 1387 M dan menyimpulkan, berdasarkan alasan umum, beliau cenderung untuk bersandar kepada kemungkinan tarikh terkini.

Penarikhan orientalis lazim ini akhirnya ditolak oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas melalui pelbagai kepintaran hujah logik, matematik, linguistik, budaya, falsafah dan mistik dan dengan membina semula bahagian batu yang hilang itu. Dalam ucapannya yang disiarkan oleh Muzium Negara Malaysia, Naquib menyatakan bahawa tarikh betul bagi batu bersurat itu ialah hari Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan hari Jumaat, 22 Februari 1303 M. Kenyataanya berdasarkan penjelasan berikut.

Tahun 702 H bermula pada 26 Ogos 1303 M. Hari itu ketika mana kalendar Gregory bermula iaitu kalendar islam ialah hari Isnin(iaitu 1 Januari 1303 M ialah hari Isnin, dan 237 hari telah berlalu dalam tahun Gregory apabila tahun Islam bermula pada 1 Muharam(iaitu 26 Ogos 1302 M). Rejab merupakan bulan ketujuh dalam kalendar Islam dan lantaran tahun 702 H bermula pada bulan Ogos 1302 M, oleh itu ia berlaku pada bulan Februari 1303 M, yang mana tahun Gregory bermula pada hari Selasa. Mengingati bahawa tahun Gregory bermula pada hari Selasa, didapati bahawa hanya 4 Rejab, iaitu hari ke-181 dalam tahun Islam 702, mempersetujui pengiraan tarikh. Tambahan pula, tarikh 4 Rejab mengesahkan pengiraan kerana ia merupakan sebuah hari Jumaat Rejab, seperti mana yang disebut dalam batu bersurat itu.