BATU BERSURAT TERENGGANU by sukhraaj sidhu

Islam berkembang di Nusantara melalui kegiatan pelayaran. Hubungan di antara masyarakat Indonesia dengan para pedagang Muslim terjalin dan membawa pengaruh yang besar. Antara pedagang Muslim yang diterangkan adalah seperti Arab, Gujerat dan Persia.

Para pedagang ini bukan sahaja memainkan peranan penting dalam memperkenalkan Islam tetapi juga berperanan untuk menyebarkan Islam  ke seluruh negara. Pada awal abad ke-13, telah wujud perkampungan muslim di pesisir samudra, kurang dari 15km dari Ihoksemawe.

Penemuan Batu Nisan Sultan Malik al Saleh, yang meninggal pada 696 H 1297 masihi telah membuktikan bahawa pemerintahan bercorak Islam telah dilaksanakan.

Hubung Kait Batu Bersurat Terengganu dapat dilihat melalui bukti dalam batu batu bersurat iaitu pengisytiharan Islam yang telah dilakukan sebagai agama agama Islam yang disertakan dengan pelaksanaan Undang-undang Islam Mandulika bertarikh 22 Februari 1303M. Ada keterangan tentang Allah dan Rasul, serta bukti bahawa sistem perundangan Islam gabungan antara undang-undang adat darn Islam.
Ia membabitkan bidang yang pertama muamalat tentang hutang puitang, undang-undang keterangan,hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman dan yang kedua hukuman bagi kesalahan zina.

Tulisan pada batu ini menerangkan, Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu beserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.

Batu ini merupakan sebuah peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengistiharaan Agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-undang Islam.

Hubungan perdagangan dan politik yang dijalin oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja Cina, Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh sultan di Tanah Melayu. Laksamana Yin Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan dagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut, Parameswara (Sultan Iskandar Shah) merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi mengelakkan negeri Melaka dari serangan negeri-negeri yang berhampiran.

Sultan Melaka sendiri telah meminta Negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Baba Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.

Kerajaan Melayu Melaka, misalnya mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang syariah dan undang-undang adat iaitu Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah.