SGDA4014 Profesionalisme dan Etika Keguruan by fatin syahida

https://www.youtube.com/watch?v=-75NjMRidjg https://www.youtube.com/watch?time_continue=288&v=LIXP2sVqf20
Berdasarkan kedua-dua video yang saya pilih, kedua-duanya berkisar mengenai seorang guru. Apa yang boleh saya katakan mengenai video pertama dan video kedua ini adalah bagi saya video pertama ini berkisar mengenai seorang guru yang baik dan video kedua mengenai sikap seorang guru yang buruk.

Mengikut kepada video pertama, apa yang boleh saya huraikan adalah bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang guru apatah lagi tugasan guru itu bukan sahaja untuk membimbing bahkan tugasan lainnya juga adalah untuk mendidik. Guru yang baik adalah guru yang sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan pelajar-pelajarnya berada dalam keadaan yang baik. Seperti yang kita ketahui tugas mendidik adalah suatu tugas yang paling sukar. Dalam video yang pertama ini, pelajar-pelajarnya tergolong dalam pelajar-pelajar yang bermasalah tetapi guru ini tidak pernah berputus asa dalam mendidik para pelajarnya meskipun beliau telah dicederakan dan dipandang serong serta tidak dihormati sama sekali. Walaubagaimanapun juga, beliau tetap dengan matlamat diri beliau untuk mendidik anak bangsanya supaya menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

Seterusnya, mengikut kepada pemerhatian video yang kedua, saya dapati perwatakan yang dibawa oleh Cikgu Shaari merupakan watak seorang guru yang tidak baik. Hal ini kerana, beliau bersikap sambil lewa terhadap pelajar-pelajarnya apabila beliau masuk ke kelas. Beliau hanya menulis ayat dipapan hitam kemudian meminta pelajar untuk membaca dan mengulang ayat itu sahaja. Disini, saya dapati bahawa Cikgu Shaari tidak membuat persiapan yang baik sebelum beliau memulakan pengajaran dan pembelajaran. Bagi pendapat saya sendiri beliau telah melanggar etika sebagai seorang guru kerana beliau bersikap sambil lewa terhadap profesionnya sebagai guru. Didalam video ini juga, pengetua sekolah juga ada menyatakan kepada Cikgu Shaari bahawa “Ini adalah suatu pekerjaan yang salah disisi undang-undang, sebab kita menjadi kakitangan kerajaan tidak boleh berbuat demikian (membuat kerja sambilan di kelab malam), Cikgu begini sahajalah jika cikgu sayang akan pekerjaan cikgu sebagai penyanyi di kelab malam cikgu berhentilah daripada menjadi guru, tetapi jika cikgu sayang pekerjaan menjadi guru, itu pula maklum pada cikgu”. Tidak dinafikan lagi, guru-guru pada masa kini juga ada seperti Cikgu Shaari yang hanya memegang profesion guru hanyalah semata-mata untuk mendapat nama, gaji, dan cuti yang banyak tetapi sebenarnya bukanlah bekerja dari hati.

Bukan mudah untuk mengambil tugasan sebagai seorang guru bahkan pada zaman globalisasi kini, jadi untuk menjadi seorang guru, kita hendaklah mengambil tugasan sebagai guru perlulah datang keikhlasan dari hati dan bukan dengan keterpaksaan.