KUMPULAN 3 by nur hidayah

BIODATA DIRI
NAMA : NUR HIDAYAH BINTI MARDZUKY

KURSUS YANG DIAMBIL : FIQH AL-JINAYAT (IIP2003)

NO MATRIKS : 22005187

JABATAN : FIQH USUL (ASTRONOMI ISLAM)

TAHUN PENGAJIAN : TAHUN 2

MY LEARNING STYLE :

AUDITORY : 20%

VISUAL : 50%

TACTILE : 30%

MY LEARNING STYLE
Berdasarkan keputusan "My Learning Style", saya mendapati bahawa saya merupakan seorang yang visual learner. Keputusan tersebut tidak dapat dinafikan kerana visual learner merupakan pembelajaran melalui pembacaan dan juga melihat gambar. Setiap perkara yang dilihat dapat digambarkan di dalam minda dan perkara tersebut diaplikasikan dalam pembelajaran saya sehari-hari, saya menggunakan method tersebut supaya apa yang dipelajari atau telah saya pelajari dapat difahami dengan lebih mudah dan ia juga sangat membantu saya dalam mengulangkaji pelajaran.

INTRO ME
NAMA: FARAH ASYIKIN BINTI ASWADHY

KURSUS YANG DIAMBIL: FIQH AL- JINAYAT

NO MATRIKS: U2102398

JABATAN: SIASAH SYARI’YYAH

TAHUN PENGAJIAN :2

MY LEARNING STYLE:
AUDITORY: 40%
VISUAL : 30%
TACTILE :30%

MY LEARNING STYLE
Berdasarkan ujian di atas,terbukti teknik belajar yang berkesan terhadap saya merupakan auditori.Tidak dapat dinafikan,ujian tersebut menggambarkan kebiasaan saya dalam menuntut ilmu. Dengan merakam audio yang tidak lekang setiap kali kuliah sebanyak sedikit dapat membantu saya memahami isi penting yang diajar . Walaupun begitu, penilaian ujian ini penting kerana dapat membantu saya dalam mempertingkatkan cara belajar subjek.

HYE IT'S ME WAHIDAH
NAMA : NUR WAHIDAH BINTI CHE SALIM HARRIS

KURSUS YANG DIAMBIL : FIQH AL-JINAYAT (IIP2003)

NO MATRIKS : U2100320/2

JABATAN : SIASAH SYARI'YYAH

TAHUN PENGAJIAN : TAHUN 2

MY LEARNING STYLE :

AUDITORY : 40%

VISUAL : 40%

TACTILE : 20%

MY LEARNING STYLE
Berdasarkan ujian yang telah dibuat pada minggu kedua kuliah, saya merupakan auditory dan visual learner, tetapi saya yakin bahawa saya lebih cenderung kepada auditory learner kerana saya lebih gemar melakukan kerja atau mengulangkaji dengan mendengar semula rakaman-rakaman kelas agar saya lebih faham. hal ini membantu saya untuk mengenalpasti cara terbaik pada diri saya untuk belajar dengan menggunakan method auditory.

MY STUDY HABITS
Berdasarkan ujian ini, ia menggambarkan kebiasaan saya dalam belajar samada ia selalu dilakukan atau jarang dilakukan. Walaubagaimanapun, perkara ini penting supaya dapat mempertingkatkan lagi semangat saya dalam belajar ataupun semasa mengulangkaji pelajaran. Terdapat juga perkara yang perlu ditambah baik lagi dalam tabiat pembelajaran saya supaya apa yang dipelajari dan diulang kaji dapat membantu untuk pemahaman topik yang seterusnya dan ia dapat diingat sehingga peperiksaan dan setelah selesai belajar.

WHAT KIND OF STUDENT
Melalui ujian ini, dapat digambarkan bahawasanya saya merupakan seorang yang sangat mengambil berat mengenai pembelajaran saya. Saya juga menginginkan yang terbaik di setiap perkara yang saya lakukan dalam pembelajaran dan mesti faham apa yang saya baca dan belajar. Saya memastikan setiap tugasan yang diberikan pasti dibuat dan dihantar dengan baik. Nota bagi setiap kuliah juga saya lakukan supaya dapat dijadikan rujukan. Walaubagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang perlu saya atasi bagi menjadi sesorang dan pelajar yang lebih baik lagi pada masa akan datang.

Habit Study
Mempelajari sesuatu perkara baharu adalah perlu dalam kehidupan. Seperti yang digambarkan di rajah tersebut, saya dapat 12 point bagi ujian kebiasaan menuntut ilmu daripada markah 20 point . Jadi ujian ini membantu untuk saya muhasabah diri menjadi lebih bagus demi menghasilkan pencapaian yang bagus sepanjang menuntut ilmu di universiti. Sepertimana qoutes yang disarankan "Good Study Habits Good Grades Good Career Options Good Life!"

Refleksi minggu 10 - KESAN JAHIL DAN LUPA TERHADAP TANGGUNGJAWAB JENAYAH.
Mengikut kaedah asas syariah:

لا يؤاخذ/ لا يؤقد يعني هي ان الجاني لا يؤخذ على الفعل المحرم الا اذ كان عالما علما تاما بتحريمه.

Maksudnye, sesuatu perbuatan itu tidak dihukumkan atas perbuatan haram yang telah dilakukannya kecuali diamengetahui dengan benar benar tahu dengan sempurna. Dalam keadaan jika tiada petunjuk seperti tiada tv/berita/tiada pendakwah yang sampai kepada mereka. Sekiranya pula, ada امكان العلم boleh mengetahui ,tidak boleh alasan jahil tadi dijadikan keuzuran atau alasan untuk mebgelak dikenakan hukuman.

Sumber ilmu

Dalam perundangan islam, alasan tidak tahu tidak boleh pakai kerana adanya امكان العلم iaitu boleh mendatangkan ilmu/ ada jalan yg boleh seseorang itu tahu maka ia dianggap tahu.

Ia bukan benar2 tahu akan tapi ia boleh mendatangkan sesuatu tahu itu. Sebagai contoh dia tahu sikit/ dia tidak tahu walaupun ia diketahui oleh masyarakat umum dia masih dianggap tahu. Dan uqubah hendaklah dia tanggung.

Syarat dikenakan hukuman:

1.Baligh

2.sihat berakal

3. Ada cara untuk mengetahuinya.

( اما بروجوعه لنصوص ان يوجب التحريم او بسؤل اهل ذكر tanya orang yang lebih mengetahui )

Alasan tidak mengetahui hukum:

Ada dua

1. Haqiqi

2. Khoto' fi tafsir. Al jahlu fi makna annas.dalam hadis imam syartibi dalam kitab mufaqat yakni dalam salah mentafsir nas. Tergolong dalam tidak mengetahui hukum yg tidak diterima sebagai alasan di negara islam. Sebagai contoh , kisah qudamah yg dianggkat oleh saidina umar sebagai gabenor di bahrain

Surah al maidah ayat 93 tidak ada dosa bagi orang yang beriman dan beramal soleh.

Ibnu abbas mengatakan Surah almaidah ayat 93: ayat yg menerangkan kemaafan kepada orang mukmin makan dan minum arak sebelum penurunan ayat. Selepas pengharaman minum arak ia dianggap haram.

Maka qudamah dikenakan hukuman hudud kerana minum arak walaupun dia salah tafsir ayat.dan juga kaum muslimin yang salah tafsir dikenakan hukuman hudud keatas mereka.

KESAN LUPA TERHADAP TANGGUNGJAWAB JENAYAH.

Takrif:

عدم استحضار الشيء في وقت الحاجة.

Tidak hadir sesuatu apabila diperlukan dalam ingatan.

Dalil

Surah al baqarah ayat 286:

Yang bermaksud:

Umat2 terdahulu dihukum atas kesilapan perbuatan mereka tanpa pengecualian bahawa ia berlaku disebabkan kejahilan atau lupa,tidak diberi syafaat/ pengecualian bg mereka. Tapi diberi pengecualian terhadap umat nabi muhammad sebagai perkenan doa nabi yang diangkat, tanda rahmat allah terhadap kita ربنا لا ... Surah al ahzab.. dan tiada ada dosa yang ape kamu tersilap. Yg tidak dapat diperoleh umat terdahulu. Kerana telah diangkat. Oleh itu terdapat beberapa khilaf mazhab.

Pandangan pertama.

Kalau lupa dikecualikan tanggungjawab jenayah tetapi tidak dikecualikan tanggungjawab sivil. Kerana tanggungjawab sivil (madaniyah) tidak gugur kerana harta dan nyawa diperlihara. Kalau hukuman hudud /tazir dikecualikan

Disebabkan lupa. Ganti rugi termasuk diyat disebabkan lupa termasuk dalam jenayah sivil kerana harta dan nyawa perlu dipelihara kehormatan kedua2 tersebut.

Pandangan Kedua.

Kalau lupa tidak mengecualikan tanggungjawab jenayah berkaitan dengan hak Allah

Syarat yang boleh mengecualikan tanggungjawab jenayah.

1.Melibatkan haq Allah, hudud.

Sebahagian takzir ada haq allah dan haq manusia.kene tengok. Boleh dianggap keuzuran.

2. Desakan semula jadi untuk melakukan perbuatan tersebut (داع طبيعي)sebab kebiasaan . Cth tabiat semula jadi makan setiap hari, apabila datangnya bulan puasa, kamu TERmakan. Jadi ia dibolehkan/dianggap keuzuran.

Tetapi kalau ada orang ingtkan tapi masih dia buat. Maka tidak boleh.

- Hakikatnya dakwan lupa semata mata tidak dapat gugur tanggungjawab hukuman, sebelum dakwaan lupa perlu dibuktikan pelaku tanpa keraguan yang telah dia lakukan jenayah.

- hukuman asli (hudud) automatik bertukar kepada hukuman takzir/diyat jika dia berlaku lupa dalam jinayah, cth dia lupa beri brg kpd org dan die amik blik.

Pengalaman awal belajar dengan kaedah yang digunakan dalam subjek ini - kuliah, tutorial dan refleksi.
Berdasarkan pengalaman belajar daripada subjek ini, sesi kuliah yang diadakan adalah pada setiap hari isnin jam 2 hingga 4 petang. Kaedah yang digunakan oleh pensyarah di dalam kuliah adalah pembelajaran atau penerangan melalui slide dan juga rujukan kitab. Dr memberi pencerahan dalam bahasa Arab dan disertakan terjemahan dalam bahasa Melayu yang mana dapat difahami oleh pelajar dengan baik serta Dr juga memberi beberapa contoh kes jenayah yang berlaku di Malaysia bagi menjelaskan lagi sesebuah topik itu. Selain itu, pandangan serta contoh daripada pelajar juga turut diminta dan didengar oleh Dr bagi membuka peluang kepada pelajar dalam menguji kefahaman mereka adakah mereka faham akan sesebuah topik itu atau tidak. Melalui kaedah yang dijalankan dalam kuliah ini dapat menggerakkan daya fikir pelajar untuk memberikan contoh dan hukuman bagi sesuatu jenayah tersebut.

Melalui tutorial pula, kaedah yang digunakan adalah seperti pembentangan yang dilakukan oleh pelajar. Melalui pembentangan tersebut, pelajar dapat mengulang kaji sesebuah topik berdasarkan tajuk yang diperolehi. Dr juga akan menegur pelajar jika terdapat kesilapan atau maklumat yang tidak sahih mengenai topik yang disampaikan. Persoalan juga dibuka di hujung kelas tutorial supaya dapat dibincangkan lagi jika terdapat sebarang ketidakfahaman oleh pelajar.

MY STUDY HABITS
Selepas menjalani Study Habit test, saya dapat mengenal pasti kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri saya sekarang. Antara kunci kejayaan ialah mengulangkaji. Justeru saya akan mengubah sikap saya dan cuba untuk mengulangkaji pelajaran setiap hari secara konsisten agar lama-kelamaan diri akan terbiasa akan hal tersebut. Kemudian setiap kali mengulangkaji pelajaran saya akan matikan telefon agar saya tidak terganggu dengan sebarang gangguan seperti bermain tiktok, instagram, twitter dan lain-lain. Selain itu, saya juga ingin mengubah sikap saya yang suka ulangkaji pada lewat hari dengan ulangkaji lebih awal selepas ini. Seterusnya saya ingin membuat jadual atau sentiasa mengemaskini kerja saya di kalendar dan catit di buku supaya saya dapat melihat proses diri saya setiap hari.  Saya juga baru dapati yang saya perlu ada masa untuk menyendiri iaitu “me time” atau menghadiahkan diri sendiri apabila telah berjaya melakukan segala tugasan dan mengulangkaji pelajaran supaya dapat meningkatkan semangat saya untuk terus belajar dan mengelakkan daripada tertekan.

WHAT KIND OF STUDENT
Refleksi berkenaan what kind of student are you test yang dijalankan pada minggu ke12 dan keputusan seperti tertera di dalam gambar di atas iaitu saya mendapat 11 dari 20 markah. Berdasarkan panduan yang diberikan, jika mendapat markah antara 10-14, saya telah melakukan kerja yang agak baik dan teruskan mencari cara untuk melakukan yang lebih baik.

Saya kurang berpuas hati dengan markah saya kerana ia telah membuktikan saya masih mempunyai banyak kekurangan atau kelemahan dalam diri. Justeru perjalanan saya masih jauh dan perlu bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang pelajar yang baik. Terdapat banyak perkara yang perlu dibaiki dan ditambah baik dari pelbagai aspek dalam hal pembelajaran. Harapan untuk diri saya pada masa kini ialah untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain.

Refleksi minggu 1 & 2 - konsep jenayah dalam perundangan islam dan unsur-unsur penting jenayah
konsep jenayah dalam islam

DEFINISI JENAYAH

Makna Am

Melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kebenaran dan keadilan

Melakukan perbuatan jahat yang mendatangkan dosa

Merangkumi semua jenis perbuatan maksiat sama ada terdapat hukuman duniawi atau tiada

Makna Khas (di sisi ulama’)

Melakukan perbuatan maksiat yang mempunyai hukuman di dunia

PERBEZAAN ANTARA JENAYAH DAN DOSA

Jenayah itu khusus, manakala dosa itu umum.

“ setiap jenayah pasti dosa, tetapi tidak semua dosa itu ialah jenayah ”

JENIS JENAYAH

JENAYAH HUDUD

Dari segi bahasa bermaksud larangan manakala dari segi istilah pula bermaksud jenayah yang hukumannya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T

Ciri-ciri jenayah hudud

Menjejaskan hak Allah serta hak masyarakat

Hukumannya ditetapkan dalam nas al-quran

JENAYAH QISAS

Hukuman ditetapkan untuk menjaga hak individu

Ciri-ciri jenayah qisas

Menjejaskan hak individu seperti membunuh

Hukumannya ditetapkan dalam nas

Contoh jenayah qisas dan diyat

Membunuh

Memukul dan mencederakan

Pengguguran

JENAYAH TA’ZIR

Jenayah yang tidak ditetapkan hukumannya dalam undang-undang negara sebaliknya keputusan hukuman itu terletak pada tangan ketua hakim untuk menjaga kemaslahatan individu dan masyarakat

Ciri-ciri jenayah ta’zir

jenayah yang melibatkan hak individu dan hak masyarakat seperti memfitnah tanpa bukti

Hukumannya tidak ditetapkan dalam nas tetapi ketua hakim yang menetapkannya

Contoh jenayah ta’zir

Semua jenis jenayah selain jenayah hudud, qisas dan diyat.

pembelajaran kedua, rukun jenayah mempunya dua rukun.

Rukun Am

Rukun am sama pada semua jenayah

rukun yang perlu ada pada setiap jenayah dan mempunyai 3 rukun penting

Rukun syari’e

Rukun madi

Rukun adabi

Rukun Khas

Rukun khas berbeza pada bilangan dan jenisnya kerana lainnya setiap jenayah itu

Rukun yang perlu ada pada jenayah yang tertentu sahaja

RUKUN AM TERBAHAGI KEPADA RUKUN SYARI'E, RUKUN MADI DAN RUKUN ADABI

Rukun syari'e

Rukun ini berkaitan dengan dalil atau nas yang melarang ke atas perbuatan jenayah tersebut serta menerangkan balasan/hukuman yang akan dikenakan ke atas penjenayah

Rukun madi

Rukun ini adalah berkaitan dengan perbuatan jenayah itu sendiri. Pelbagai perbuatan yang boleh dikatakan sebagai jenayah seperti kata-kata dan perbuatan.

Rukun adabi

Tanggungjawab yang perlu ditanggung oleh penjenayah itu akan diambil kira dari sudut sedar atau kemahuan serta sengaja atau tidak sengaja.

PERBUATAN YANG BERKAIT DENGAN JENAYAH

Feel mubasyirah

Terjadinya sesuatu perbuatan jenayah itu dengan sendirinya dan secara langsung iaitu tanpa menggunakan apa-apa wasitah seperti jenayah membunuh

Feel tasabub

Terjadinya sesuatu perbuatan itu dengan sendirinya dan ia menggunakan wasitah dalam perbuatan jenayahnya itu di mana wasitah tersebut menjadi illah berlakunya jenayah tersebut contohnya jenayah membunuh menggunakan racun

Feel syarat (mesti melibatkan 3 pihak)

Perbuatannya itu bukan suatu jenayah dan tujuan perbuatannya itu bukan untuk melakukan jenayah. Tetapi disebabkan ia wujud maka terjadilah perbuatan lain di situ iaitu perbuatan jenayah. Contohnya perbuatan menggali perigi menyebabkan penjenayah menolak mangsanya ke dalam perigi dan mati.

TANGGUNGJAWAB MUBASYIR DAN MUTASABUB

Jenayah hudud

Mubasyir : hukuman hudud

Mutasabub : hukuman ta’zir

Jenayah qisas

Terdapat khilaf antara fuqaha’- di sisi hanafi, mubasyir n mutasabub dikenakan diyat jika sengaja membunuh dan mencederakan orang

Jenayah qisas

Kedua-duanya dikenakan hukuman ta’zir

BEKERJASAMA DALAM PERBUATAN JENAYAH

bekerjasama /penyertaan : melakukan sesuatu perbuatan jenayah itu dengan bilangan yang ramai sama ada masing-masing menyumbang atau turut serta dalam melaksanakannya atau menolong orang yg hendak melakukan jenayah itu (memberi idea)

2 jenis kerjasama : 1) kerjasama secara langsung

2) kerjasama tasabub

Kerjasama secara langsung - masing-masing menyumbang dalam pelaksanaan jenayah itu secara langsung

*jika mengarahkan seseorang itu melakukan jenayah tanpa persetujuannya maka hukumannya, setiap dari mereka perlu bertanggungjawab atas perbuatan masing-masing

*jika mengarahkan seseorang itu melakukan jenayah dan dipersetujuinya sebelum itu maka hukumannya ialah mereka perlu bertanggungjawab atas jenayah yang mereka buat

Pengalaman keseluruhan mengikuti kursus ini.
Menuntut ilmu fiqh jinayat agak berat bagi kami kerana terdapat segelintir daripada pelajar tidak menguasai bahasa arab. Walaupun begitu, pensyarah sering memberi penekanan dengan subtopik teori kes yang  berlaku pada dunia luar sekarang. Terdapat juga, minggu minggu dimana kami tidak dapat menghadiri kuliah secara bersemuka. Oleh itu, untuk mengejar silibus, kami perlu menghadiri kelas secara asyncronous dimana nota yang terdapat di spektrum mempunyai penerangan suara  Dr Shahidra dengan jelas.Menariknya, dengan bantuan nota tersebut membantu kami untuk mengulangkaji tajuk yang kritis dan membuka ruang pandangan kami terhadap isu semasa jenayah.

Refleksi minggu 9 - Niat jahat dan kepentingannya
Pada minggu ke 9 ini, kuliah dilakukan secara atas talian yang mana pelajar dikehendaki untuk mendengar rakaman audio beserta slide yang diberikan oleh pensyarah. Tajuk pada minggu tersebut adalah niat jahat dan kepentingannya pada bahagian yang kedua. Bahagian yang pertama dipelajari pada minggu sebelumnya. Namun, secara keseluruhannya menceritakan mengenai nita jahat dan kepentingannya.

Pada bahagian yang pertama tajuk ini, kami perlu membezakan antara maksiat dan tujuan maksiat.(العصيان وقصد الصيان)

العصيان -  merupakan perbuatan maksiat atau berlakunya perbuatan yang dilarang iaitu jarimah itu sendiri. Maksiat boleh terjadi samada tanpa niat atau dengan niat. Hukuman yang dikenakan adalah diat.

قصد العصيان - adalah pelaku yang melakukan perbuatan jarimah itu dengan mengetahui perbuatan tersebut dilarang dan haram dilakukan dan dia ingin melakukannya. Tujuan maksiat adalah perbuatan maksiat itu sendiri dengan niat. Hukuman yang dikenakan adalah qisas.

Kemudian perbezaan antara القصد والباعث

القصد -  sengaja melakukan perbuatan haram dengan tujuan maksiat.

والباعث - faktor-faktor yang menyebabkan pelaku melakukan jenayah.

Terdapat kesan niat dan kesan faktor pada jenayah tersebut.

أثر القصد -  memberi kesan terhadap pembentukan jarimah dan memberi kesan dalam hukuman yang ditetapkan seperti hudud, qisas dan diat.

أثر الباعث -  tidak memberi kesan ke atas berlakunya jenayah dan tidak memberi kesan ke atas hukuman yang ditetapkan seperti qisas dan diat tetapi memberi kesan ke atas hukuman ta'zir.

Kemuadian, Pembahagian jenayah dari segi niat/qasdu.

Niat terbahagi kepada empat yang mana ia adalah sengaja, separa sengaja, tidak sengaja dan seakan-akan tersilap serta terdapat perbincangan ulama fiqh dalam perkara tersebut.

Pada bahagian yang kedua, kami mempelajari:

Qasdu am dan Qasdu khas.

Qasdu am merupakan pelaku jenayah yang melakukan jarimah sedangkan dia mengetahui perbuatan tersebut adalah haram. Qasdu khas merupakan pelaku jenayah tersebut melakukan jarimah dalam keadaan dia tahu perkara tersebut adalah haram dan dia meniatkan kesan atau natijah daripada jarimah tersebut.

Qasdu mu’aiyyan dan Qasdu ghairu mu’aiyyan.

Qasdu mu’aiyyan adalah pelaku melakukan jarimah ke atas individu atau kumpulan tertentu. Qasdu ghairu mu’aiyyan pula adalah melakukan jarimah tanpa memperincikan kepada siapa dia ingin melakukan jarimah tersebut.

Hukum Qasdu mu’aiyyan dan Qasdu ghairu mu’aiyyan.

Menurut As-Shafi’e, jika niat adalah ghairu mu’aiyyan maka ia tidak dikira sebagai perbuatan yang sengaja tetapi dikira sebagai separa sengaja samada perbuatan itu secara langsung atau tidak langsung. Jika niat itu adalah mu’aiyyan maka ia dikira sebagai perbuatan sengaja.

Menurut Al-Maliki, jika niat tersebut adalah mu’aiyyan dan ghairu mu’aiyyan  dan perbuatan itu dilakukan secara langsung maka ia dikira sebagai perbuatan secara sengaja. Jika niat mu’aiyyan dan perbuatan tersebut dilakukan secara tasabbub maka ia dikira sebagai perbuatan secara sengaja. Begitu pula dengan niat ghairu mu’aiyyan dan perbuatan dilakukan secara tasabbub, ia dikira sebagai perbuatan yang tidak sengaja.

Qasdu mubasyir dan Qasdu ghairu mubasyir.

Qasdu mubasyir adalah pelaku jenayah yang melakukan perbuatan yang diharamkan sedangkan dia tahu hukum tersebut dan dia meniatkan kesan daripada perbuatan yang dilakukan.

Qasdu ghairu mubasyir pula merupakan pelaku jenayah yang melakukan perbuatan yang diharamkan dan dia tidak meniatkan kesan daripada perbuatan yang dilakukan tersebut.

Pelajar camna?
Melalui ujian ini terbukti bahawa, saya seorang pelajar yang cuba menjadi baik dalam menuntut ilmu. Memperolehi 12/20 bukan perkara yang patut dibanggakan kerana daripada ujian refleksi ini saya sedar akan kelemahan dan kekurangan saya dalam mencari kekuatan ataupun bahasa lain menguasai sesuatu ilmu.
“ إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ”
Sesebuah niat merupakan perkara yang amat penting kerana ia akan menentukan tujuan amalan tersebut. Berpaksikan daripada hadith tersebut jelas terbukti saya perlu tajdid niat. Oleh itu, jelas terbukti dengan melaksanakan ujian ini saya sedar akan kelemahan yang dihadapi dan perlu mencari cara terbaik untuk mengatasi masalah tersebut dengan segera.

Mind Map
Berdasarkan mind map yang telah dibuat, ia menggambarkan tentang apa yang telah dipelajari sepanjang kuliah IIP2003 pada semester 1 ini. Dalam subjek ini, terdapat dua pembahagian utama iaitu, jarimah dan uqubah. Namun, di dalam kuliah kami lebih membincangkan mengenai topik jarimah dan pembahagiannya dengan lebih mendalam.

Pengalaman melakukan penilaian kendiri di minggu 14 dan refleksi.
Pada minggu terakhir kuliah ini, kami perlu menyiapkan e-portfolio termasuk penilaian kendiri. Melalui penilaian tersebut, ia mendatangkan perkara yang baru dan juga perkara yang perlu saya ubah untuk menjadi pelajar yang cemerlang terhadap penguasaan subjek ini iaitu IIP2003. Sebagai contoh, mengemaskini e portfolio yang tertangguh dari minggu pertama sehingga minggu yang telah ditetapkan menyebabkan kehadiran penyakit stress berlaku. Selain itu, pelaksanaan refleksi  membantu melahirkan kerjasama antara saya dan juga ahli kumpulan saya dalam pembahagian tugas tugas ilmiah tersebut. Oleh itu, setelah membuat kajian terhadap penilaian kendiri, saya perlu akui bahawa terlalu banyak yang perlu saya pelajari dan juga memperbaiki dengan bijak. Disamping itu, penilaian kendiri ini juga mampu mengajar kami berlaku jujur kepada diri sendiri dan membangkitkan ruang semangat untuk berjihad semula. Secara lazimnya, penilaian kendiri ini banyak impak positif yang boleh kita gapai, melalui hasil penilaian semula hasil kerja yang telah dilakukan .