The PAGE !! by

Banjir, hanya menjadi satu masalah jikalau ia berlaku di kawasan penempatan manusia dan mengganggu kehidupan biasa manusia. Malangnya, masalah banjir ini tidak dapat diselesaikan sepenuhnya, iaitu tiada satu penyelesaian untuk mengatasi banjir di dunia ini sehingga kini. Bagaimana pun, masalah banjir dapat dikawal dan dikurangkan tahap seriusnya. Dalam laporan projek ini, kumpulan kami telah mengkaji punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir dan beberapa langkah kawalan banjir telah dicadangkan. Punca-punca yang didapati termasuklah kesan daripada pembangunan yang terlalu pesat dan pantas, masalah mendapan dalam sungai, masalah pembuangan sampah, sistem saliran dan perparitan yang sedia ada tidak berfungsi dengan baik, masalah aras tanah yang rendah di kawasan dilanda banjir, kekurangan kawasan hijau yang telap air dan sebagainya. Bagaimana pun, sesetengah punca yang sering dikatakan itu, seperti masalah pembuangan sampah, bukan merupakan punca utama. Akan tetapi, punca minor ini juga memberi kesan terhadap masalah banjir walaupun sedikit. Oleh itu, kajian terhadap punca minor ini juga tidak boleh dipandang ringan. Tambahan lagi, punca-punca berlakunya banjir yang telah dibincangkan sebenarnya adalah berkaitan rapat dan saling mempengaruhi. Oleh itu, kita tidak boleh membuat perbezaan yang jelas terhadap punca-punca itu. Beberapa langkah kawalan banjir telah dicadangkan tetapi banjir masih tidak dapat dikawal dengan baik seperti yang dijangkakan. Keadaan ini berlaku kerana wujudnya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak memberi kekerjasamaan, contohnya masyarakat yang membuang sampah ke dalam parit dan sungai, pihak pemaju yang tidak menghiraukan impak pembangunan terhadap alam sekitar, dan penghuni perumahan sementara yang enggan berpindah kerana cuba mengaut keuntungan besar daripada pampasan yang diberikan. Hal ini telah mengganggu langkah-langkah kawalan yang dicadangkan dan keberkesanannya terjejas. Banjir yang berlaku sebenarnya berasal daripada punca asalnya, iaitu air hujan yang berlebihan. Keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan keadaan semula jadi yang tidak dapat diubahsuai. Oleh itu, untuk mengawal masalah banjir yang mengganggu kehidupan biasa manusia, sikap manusia sendiri perlu diubah. Proses pembangunan perlu dikawal dan dirancang berdasarkan impaknya terhadap alam sekitar. Sikap manusia juga perlu berubah dan kita mesti bertanggungjawab terhadap alam sekitar yang dikongsi oleh semua manusia. Dalam laporan ini, kumpulan kami tidak dapat membuat kajian yang terperinci secara dalam kerana masalah mendapatkan maklumat. Halangan-halangan yang ditemui termasuklah keengganan pemberian maklumat oleh pihak yang tertentu, serta masalah kekurangan masa dan kos. Bagaimana pun, pengumpulan data, analisis data, keterangan dan huraian telah dibuat sejelas mungkin. Akhir kata, walaupun masalah banjir di Georgetown, Pulau Pinang, terutamanya kawasan kajian, iaitu kawasan di sekitar Jalan P. Ramlee tidak dapat diselesaikan dan susah untuk ditangani dan dikawal, tetapi kajian dan perancangan masih perlu dibuat dari semasa ke semasa, dan hal ini perlu diberi perhatian dan dititikberatkan oleh semua pihak.