KUMPULAN 1 BM B by SITI MAISARAH BINTI TAMSIR IPG-Pelajar

Ahli Panel 1 (Maisarah)
Baiklah terima kasih atas soalan yang diberikan oleh Syafiqah selaku moderator pada forum kali ini. Menurut saya, aksiologi berfokus kepada perbincangan nilai-nilai dan etika dan membahas pertanyaan tentang apa yang kita anggap benar, baik, atau penting dalam hidup. Sebagai contoh, kalau kita percaya bahawa kejujuran adalah nilai yang berharga, maka kita akan menjadi seorangang jujur dalam pelbagai situasi yang berlaku dalam kehidupan seharian.

Moderator Forum (Nur Syafiqah)
Alhamdulillah dan rasa syukur kehadrat ilahi kerana pada hari ini kita telah dipertemukan dalam sebuah diskusi ilmiah iaitu sebuah program pengisian ilmu yang bertajuk Pengaruh …….

Assalamualaikum dan salam sejahtera hadirin sekalian.

Sebelum kata bersulam bicara
Sebelum ilmu menusuk di dada
Kata orang tak kenal maka tak cinta

Oleh itu sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi, apa kata kita berkenalan dengan 3 orang ahli panel kita yang sudi meluangkan masa bersama kita pada hari ini.

(perkenalkan sarah, ena, farahin)

Secara umumnya, pandangan aksiologi dalam konteks falsafah  adalah berfokuskan kepada perbincangan tentang nilai-nilai dan etika serta membahas pertanyaan tentang apa yang dianggap baik atau buruk dan benar atau salah.

Untuk mengupas tentang topik pada hari ini dengan lebih lanjut, tanpa membuang masa saya ingin bertanya kepada ahli panel yang pertama.

Sarah, pada pandangan anda, bagaimanakan pandangan aksiologi dalam konteks falsafah kehidupan dapat mempengaruhi pandangan nilai dan etika kita ?

Ahli panel 1
Terima kasih moderator atas soalan yang diberikan. Bagi menjawab persoalan tersebut, antara contoh bagaimana aksiologi mempengaruhi kehidupan seharian ialah apabila seseorang memegang nilai kejujuran yang kuat, ia akan selalu berkata jujur. Misalnya, jika seseorang menjumpai beg dompet yang hilang, nilai kejujuran akan mendorongnya untuk mengembalikan dompet tersebut kepada pemiliknya atau menyerahkannya kepada pihak pihak yang bertanggungjawab.

Ahli Panel 2 (Aaina)
Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Maisarah tetapi saya ingin menambahkan sedikit bahawa aksiologi juga mempengaruhi bagaimana kita menilai keindahan dan seni. Misalnya,  dari sudut Nilai estetika. Kita mungkin akan lebih terbuka terhadap berbagai bentuk ekspresi artistik, atau bahkan mencari cara untuk mengekspresikan diri melalui seni Namun, Perkara ini akan berlaku jika kita menghargai seni.

Ahli Panel 2
Pada pendapat saya pula, aksiologi mempengaruhi kehidupan seharian apabila seseorang itu tahu betapa pentingnya tanggungjawab terhadap sesuatu tugas yang diamanahkan dan memastikan bahawa mereka menyelesaikan tugas-tugas mereka tepat pada waktu dan memenuhi janji yang telah dibuat begitu juga dalam konteks pekerjaan.

Ahli Panel 3 (Farahin)
Nilai utilitarianisme sangat berfokus pada manfaat dan hasil dari tindakan. Jika seseorang memegang nilai-nilai utilitarian, mereka mungkin akan selalu mempertimbangkan kesan tindakan mereka terhadap orang ramai. Ini bermakna seseorang akan memilih karier atau tindakan yang memberikan manfaat terbesar bagi jumlah orang seramai yang mungkin. Misalnya, seseorang akan memilih untuk bekerja di bidang kesihatan atau pendidikan karena merasakan diri mereka dapat memberikan kontribusi yang lebih besar bagi masyarakat.

Ahli Panel 3
Pada pendapat saya, seseorang yang memegang nilai-nilai seperti yang dibincangkan akan memilih kerjaya yang memberikan manfaat terbesar kepada orang sekeliling. Ini adalah satu daripada impak nilai ini dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contohnya, kerjaya seorang guru yang memberikan ilmu kepada anak murid atau doktor yang merawat orang ramai.

Moderator
Berdasarkan ketiga-tiga pandangan yang telah diutarakan oleh ketiga tiga ahli panel kita ini, kita dapat lihat bahawa aksiologi tidak hanya membatasi kita pada nilai moral, tetapi juga pada nilai estetika dan mungkin nilai-nilai positif yang lain.

Perbincangan ini akan diteruskan pula dengan persoalan yang kedua iaitu bolehkah para panel memberikan contoh-contoh bagaimana pemahaman nilai-nilai ini dapat membentuk tindakan sehari-hari ?

Moderator
Secara kesimpulannya, pandangan aksiologi yang merangkumi dua aspek nilai dan estetika sangat bergantung antara satu sama lain. Kedua-dua aspek ini sememangnya memainkan peranan yang penting dalam membentuk identiti seseorang ke arah yang lebih bermoral yang mampu menjadikan kehidupan sesebuah masyarakat lebih harmoni serta membangunkan hubungan yang lebih sihat antara satu sama lain.

Setakat ini sahaja perbincangan kita tentang topik pada hari ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk sesi perbincangan ini.