KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN by Nur Ayuni Shazwani Binti Salleh

Cadangan aplikasi ketika pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.
Tiktok adalah sebuah aplikasi yang semakin menjadi trend semasa di seluruh dunia tanpa mengira umur dan jantina. Tiktok adalah sebuah aplikasi yang boleh membuat video dalam 3 durasi minit iaitu 15 saat, 60 saat dan 3 minit. Dalam aplikasi ini, seorang pengguna boleh membuat sebuah video dalam pelbagai tema iaitu tema komedi, cerita, nasihat, berita dan sebagainya yang membolehkan pengguna lain mendapat info berkenaan isu semasa dan maklumat tambahan. Bukan itu sahaja, Tiktok juga mempunyai sudut yang menarik di mana ianya mempunyai efek-efek yang menarik termasuklah penggunaan muzik, transition, timer, beautify, filter, speed, flip dan sebagainya yang dapat menghasilkan sebuah video yang menarik. Bahkan melalui aplikasi Tiktok ini, pengguna bukan sahaja boleh membuat video tetapi pengguna juga dapat membuat video secara langsung dalam aplikasi ini. Oleh itu, sebenarnya banyak kelebihan yang ada dalam aplikasi ini yang boleh digunakan oleh guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran atas talian lebih menarik dan bermakna kerana pengajaran atas talian bukan sahaja perlu dalam keadaan secara langsung tetapi ianya juga boleh melalui video rakaman.

Anatara kelebihan yang ada dalam aplikasi ini terhadap pengajaran dan pembelajaran guru adalah guru dapat menghasilkan video pengajaran yang menarik di mana dengan penggunaan Tiktok guru dapat menghasilkan video yang mempunyai efek-efek yang menarik dalam menarik perhatian murid untuk lebih fokus mengenai topik yang diajarkan. Dalam pada itu, walaupun durasi video paling lama adalah 3 minit sahaja, guru boleh membuat 1 video 1 subtopik kecil yang berlainan di setiap video kerana dalam aplikasi ini tidak terdapat limit penghasilan video yang ditetapkan. Justeru, apabila setiap video hanya mempunyai durasi minit yang singkat, ianya dapat bermain dengan psikologi pelajar bahawa pembelajaran bagi subjek itu hanya sedikit walaupun mempunyai video yang banyak kerana setiap video mempunyai durasi minit yang sedikit. Bukan itu sahaja, apabila guru membuat video dan meletakkan video tersebut dalam aplikasi Tiktok ini, ianya dapat menjadi bahan rujukan kepada pelajar apabila mereka melakukan semula ulang kaji pelajaran. Dalam masa yang sama, guru juga dapat menjimatkan masa dalam menerangkan semula pembelajaran yang diajarkan kepada pelajar kerana guru hanya perlu menunjukkan video tersebut atau meminta pelajar untuk pergi ke halaman Tiktoknya untuk mendapatkan video tersebut. Bukan itu sahaja, dengan menggunakan aplikasi Tiktok ini, guru dapat membuat video pengajaran di mana sahaja guru berada tanpa kekangan jarak atau waktu bahkan pelajar juga dapat melihat video tersebut di mana sahaja mereka berada sekali pun untuk membuat ulang kaji pelajaran.

Seterusnya, aplikasi Tiktok ini juga mempunyai fungsi yang hampir sama dalam aplikasi Google meet, Webex, Zoom dan sebagainya di mana Tiktok juga boleh membuat video secara langsung kepada pengikutnya. Oleh itu, pelajar boleh mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru melalui secara langsung walau di mana mereka berada. Dalam aktiviti secara langsung, pelajar boleh memberi respon melalui ruangan komen yang disediakan agar pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku secara dua hala. Bukan itu sahaja, melalui aplikasi Tiktok ini, guru bukan sahaja dapat menghasilkan video dan membuat video secara langsung tetapi guru juga boleh melibatkan pelajar secara aktif dalam penggunaan Tiktok untuk aktiviti pembelajaran mereka. Hal ini di mana, guru tidak perlu lagi menyediakan lembaran kerja yang banyak untuk meminta pelajar menjawab semua soalan yang diberikan bagi mengukuhkan kefahaman mereka tetapi guru boleh meminta pelajar untuk membuat video Tiktok mereka sendiri mengenai apa yang  mereka fahami dalam pengajaran dan pembelajaran yang guru lakukan. Bahkan, guru juga boleh meminta mereka untuk menjawab soalan yang guru berikan melalui video Tiktok. Justeru, perkara ini bukan sahaja dapat menjimatkan kos guru dan sekolah dalam mengeluarkan bajet modul untuk pelajar menjawab di rumah serta kos minyak guru dan pelajar ke sekolah untuk memberikan modul dan mengambil modul tetapi ianya juga dapat melatih pelajar celik dalam teknologi terkini dari bangku sekolah lagi.

Namun begitu, aplikasi Tiktok ini sememangnya tidak mempunyai masalah daripada jurang umur tetapi ianya menjadi masalah kepada kesesuaian terhadap pelajar di mana terdapat pelajar yang tidak mempunyai telefon pintar atau pelajar yang mempunyai telefon pintar tetapi tidak dapat memuat turun aplikasi tersebut disebabkan oleh kurang kemampuan dari segi telefon pintar itu sendiri untuk memuat turun aplikasi Tiktok tersebut. Oleh itu, kaedah menggunakan aplikasi Tiktok dalam pengajaran dan pembelajaran ini boleh digunakan langsung oleh guru kepada pelajarnya jika kesemua mereka mempunyai telefon pintar dan boleh memuat turun aplikasi tersebut. Namun jika terdapat pelajar yang masih tidak mempunyai telefon pintar atau mempunyai telefon pintar tetapi lemah dari segi memuat turun aplikasi terkini, guru sebolehnya memilih kaedah lain yang lebih berkesan kepada pelajar daripada golongan ini. Justeru, guru dan pihak sekolah seharusnya memainkan peranan yang baik di mana dengan membuat kutipan data pelajar yang mempunyai masalah memiliki telefon pintar untuk dimohonkan permohonan telefon pintar secara percuma kepada golongan B40 ini agar kaedah pengajaran yang lebih maju dapat diketengahkan bagi kebaikan bersama.

Bentuk Icon Aplikasi Tiktok.

Video cara penggunaan aplikasi Tiktok.
Video cara penggunaan aplikasi Tiktok dalam link di bawah :

https://www.youtube.com/watch?v=QvLNp3Mq-TA

Contoh hasil video Tiktok : 1

Contoh hasil video Tiktok : 2

Berita akhbar : Sinar Harian
Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Lailatul Shahreen, Kangar, Perlis iaitu Cikgu Norlida Muhd Pisol, 37 tahun, memilih menggunakan TikTok sebagai salah satu daripada medium untuk mengajar mata pelajaran Sejarah bermula sejak sesi pengajaran dan pembelajaran atas talian lagi.

Beliau menggunakan kaedah tersebut adalah untuk mengelakkan pelajar merasa mudah jemu dan angkat kaki apabila mengikuti sesi pembelajaran PdPR menerusi aplikasi seperti Telegram Google Meet dan Zoom Meeting yang memerlukan pelajar hanya duduk, mendengar dan sekali sekala menyampuk apabila tidak memahami sesuatu yang diajar.

Pautan akhbar : https://www.sinarharian.com.my/article/120553/BERITA/Nasional/PdPR-Guru-guna-TikTok-dan-YouTube-tarik-minat-pelajar

Berita akhbar : Utusan Online
Dalam kenyataan Dr. Muhammad Majid & Dr. Mohamad Faizal Ramli, Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Johor :

Pengguna TikTok kebanyakan dalam lingkungan kumpulan umur 12 hingga 30 tahun yang meluangkan masa sekitar sejam sehari melayari aplikasi berkenaan. Ini menjadikan aplikasi itu berpotensi untuk digunakan sebagai platform tambahan bagi pendidikan.

Kebanyakan pelajar mempunyai akaun TikTok. Ini memudahkan para pendidik untuk memanfaatkannya sekali gus membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran kreatif, dengan penggunaan video interaktif.

Video TikTok pendek dan berdurasi dalam 15 saat sahaja, justeru ia memerlukan kreativiti dan usaha bersungguh-sungguh bagi memastikan mesej yang disampaikan bermakna dan disukai pengguna terutamanya pelajar.

Ada pendidik menggunakan medium TikTok secara berinovatif, misalnya untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Sebagai contoh, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Cik Syifaa (@ticerfaa). Dia mempunyai 62,700 pengikut dan lebih dari 351,900 tanda suka. Video yang dihasilnya sangat ringkas dan padat tetapi mempunyai maklumat lengkap dan amat mudah difahami.

Pembelajaran dalam talian telah meningkatkan lagi penggunaan video. Jangan terkejut jika pada masa hadapan akan muncul Kelab TikTok di sekolah-sekolah di Malaysia sama seperti di Amerika Syarikat.

Perubahan medium pendidikan selaras dengan pembangunan teknologi semasa adalah perlu bagi menarik minat generasi muda untuk mendalami ilmu pengetahuan.

Pautan akhbar : https://www.utusan.com.my/rencana/2020/10/tiktok-sebagai-medium-pendidikan/

Berita akhbar : Astro Awani
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam kenyataan memberitahu, dalam menjadikan guru tempatan lebih kreatif dan peka terhadap teknologi digital pihaknya membuat persiapan awal untuk membantu golongan itu.

Katanya, melalui program #CikguJuaraDigital, MDEC mencari guru yang boleh menjadi penanda aras berkaitan dengan teknologi pendidikan di Malaysia.

Salah seorang peserta, Norhailmi Abdul Mutalib, 40, berkata, selepas program itu, beliau menyertai pula bengkel TikTok anjuran MDEC dan mendapati penggunaan aplikasi itu berpotensi besar untuk membantu dalam proses pembelajaran. “Selepas itu, saya mula menghasilkan akaun TikTok pada Oktober lalu dengan memuat naik kandungan video tentang nota subjek Sains.

"Ada ketikanya, saya turut merakamkan eksperimen ringkas untuk memudahkan pelajar memahami topik yang sedang dibincangkan,” katanya baru-baru ini.

Guru Sains Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Jerlun, Kedah itu berkata, kaedah berkenaan sangat membantu kerana kandungan video berdurasi lebih pendek.

“Ini sekaligus menjimatkan kuota internet para pelajar berbanding mengikut tele-pembelajaran yang mengambil masa lebih lama dan menyebabkan penggunaan data yang lebih tinggi.

"Bukan semua pelajar saya melanggan pelan internet secara bulanan kerana ada yang membeli data berdasarkan pakej harian,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi guru, Ahmad Adham Berhaumidin turut berkongsi pengalaman menggunakan aplikasi media sosial dalam PdPR untuk memudahkan para pelajarnya.

Guru Matematik Tambahan di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang Selangor berkata, menerusi pengintegrasian maklumat yang dikongsi MDEC, telah membuka ruang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam kalangan guru.

Pautan akhbar : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/guru-juara-digital-mdec-guna-tiktok-dalam-pdpr-282369

Bagaimanakah peranan yang boleh anda lakukan dalam membantu menguruskan permasalahan pelajar diliwat ini?
Jika saya sebagai seorang guru kelas dan didatangi oleh seorang murid yang saya kenali dan memaklumkan kepada saya bahawa dia sudah diliwat oleh pelajar lain, sudah pasti saya akan mengambil tindakan dengan menasihatinya untuk melakukan beberapa perkara agar si pelaku dapat di kenakan hukuman yang setimpal, antaranya adalah seperti berikut :

1.    Meminta pelajar bertenang.

·         Saya akan meminta pelajar untuk bertenang dan cuba menceritakan satu persatu perkara yang berlaku dan bagaimana ianya boleh berlaku serta siapakah pelakunya.

·         Setelah itu, saya akan bertanya kepada pelajar tersebut sama ada si pelaku ada mencederakan pelajar tersebut selain daripada liwat.

·         Selepas itu, saya akan bertanya kepada pelajar tersebut bahawa dia sudah membuat laporang kepada mana-mana guru biasa atau guru kaunseling.

·         Setelah saya mendapat segala informasi tersebut, saya meminta izin kepada pelajar tersebut untuk saya berbincang dengan guru kaunseling dan pengetua sekolah bagi tindakan lanjut terhadap kes. Hal ini kerana, saya tidak boleh bertindak bersendirian kerana kes ini dan pelajar ini di bawah tanggungjawab sekolah dan setiap pengurusan perlu melalui sekolah. Dalam pada itu juga, saya memberi kata-kata yakin kepadanya bahawa perkara ini akan menjadi satu rahsia antara saya, guru kaunseling dan pengetua sekolah sahaja.

2.    Meminta semua pihak terlibat iaitu saya sebagai guru kelas, pelajar yang menjadi mangsa dan si pelaku, guru kaunseling dan pengetua untuk berada di ruang kaunseling secara tertutup.

·         Saya akan memaklumkan kisah tersebut kepada pengetua dan guru kaunseling agar mereka dapat mengetahui masalah yang berlaku.

·         Setelah itu, saya akan meminta si pelaku untuk menjelaskan sama ada dia melakukannya atau pun tidak. Jika pelajar tersebut tidak mahu mengaku atau menidakkan perkara tersebut, saya akan membawa pelajar yang menjadi mangsa tersebut membuat pemeriksaan di hospital berdekatan untuk pengesahan.

·         Selepas pengesahan daripada pihak hospital menunjukkan bahawa sememangnya pelajar tersebut telah diliwat, maka saya akan berbincang dengan guru kaunseling dan pengetua diruang kaunseling semula untuk memutuskan tindakan.

·         Justeru, dalam perbincangan tersebut, saya akan mencadangkan untuk memaklumkan terlebih dahulu kepada ibu bapa pelajar yang menjadi mangsa tersebut agar mereka tahu masalah yang dihadapi oleh anaknya dan tidak menyalahkan anaknya sendiri.

3.    Membuat laporan polis.

·         Setelah itu, saya sendiri yang akan membawa pelajar tersebut untuk membuat laporan polis sama ada ibu bapanya benarkan atau pun tidak kerana pelajar ini masih di bawah umur dan ibu bapa tiada hak untuk menghalang keadilan undang-undang terhadap kanak-kanak dibawah umur. Bahkan, ibu bapa yang menutupi kesalahan jenayah terhadap kanak-kanak dibawah umur boleh dikenakan tindakan undang-undang.

·         Selepas itu, barulah saya akan meminta guru kaunseling untuk menghubungi ibu bapa si pelaku untuk memaklumkan perkara tersebut.

·         Saya akan memastikan pelajar tersebut berada di tempat yang selamat iaitu berada dalam bilik kaunseling agar dia tidak berjumpa dengan si pelaku sebelum si pelaku di tangkap oleh pihak polis.

·         Setelah itu, saya akan memastikan bahawa tidak ada rayuan daripada ibu bapa si pelaku atau si pelaku sendiri terhadap pelajar yang menjadi mangsa kerana saya yakin dan percaya bahawa kemaafan boleh diberikan tetapi hukuman tidak boleh dilepaskan kerana ianya adalah sebuah pengajaran kepada si pelaku. Bukan itu sahaja, ianya juga akan memberikan motivasi positif terhadap pelajar yang menjadi mangsa tersebut dalam membina semula keyakinan diri dan kelegaan bahawa dia selamat serta diadili secara adil.

4.    Merujuk pakar psikologi kanak-kanak.

·         Setelah itu, saya akan memastikan bahawa pelajar yang menjadi mangsa tersebut mendapatkan ujian psikologi daripada pakar untuk memastikan bahawa pelajar tersebut tidak terganggu dari segi mentalnya seperti trauma, anxiety dan sebagainya disebabkan daripada kes tersebut.

·         Bukan itu sahaja, saya akan memastikan bahawa pelajar yang menjadi mangsa tersebut memperolehi kaunseling dan bimbingan mengenai kes yang terjadi agar pelajar tersebut tidak terjerumus dalam perkara yang sama dan melakukan perkara tersebut kepada orang lain. Hal ini kerana, terdapat beberapa kes yang melibatkan mangsa jenayah melakukan jenayah yang sama kepada orang lain.

·         Dalam tempoh rawatan psikologi pelajar tersebut, saya akan cuba untuk memberikan lebih perhatian agar pelajar tersebut merasakan bahawa dia boleh keluar daripada masalah ini dan orang disekelilingnya sentiasa sokong apa yang dia lakukan.

Berita akhbar : Harian Metro.
HARAPAN seorang ibu ingin melihat anak lelakinya berjaya dalam ilmu pengajian Islam dan al-Quran musnah selepas anaknya menjadi mangsa liwat beberapa pelajar di sebuah pusat tahfiz di Beserah, dekat Kuantan, sejak beberapa bulan lalu.

Kejadian diketahui ibu mangsa selepas menyedari kelakuan anaknya yang berusia 11 tahun mula berubah. Anaknya kemudian menceritakan kejadian itu selepas dipaksa oleh ibunya untuk berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, berdasarkan keterangan mangsa, dia mengaku pernah diliwat beberapa kali oleh rakan sebiliknya.

“Mangsa memaklumkan mula diliwat sejak April lalu dan kejadian berlaku pada awal pagi. Mangsa juga dikatakan takut dengan beberapa rakannya hingga menyebabkan dia tidak menceritakan kejadian itu kepada warden dan ibu bapanya.

“Bagaimanapun selepas mangsa berhenti belajar di sekolah itu pada bulan lalu kejadian itu terbongkar sebelum ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Beserah pada Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad Noor berkata, hasil maklumat, pihaknya menahan tiga remaja lelaki berusia antara 15 hingga 17 tahun di sekitar daerah Kuantan, pada hari sama ibu mangsa membuat laporan.

Beliau berkata, semua mereka direman bagi membantu siasatan berhubung laporan yang diterima pihaknya.

Katanya, mangsa juga akan menjalani pemeriksaan perubatan dan keterangannya akan diambil bagi melengkapkan siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Pautan akhbar :
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/497541/pelajar-tahfiz-diliwat

Berita akhbar : Berita harian
BUTTERWORTH: Lagi kes liwat dilaporkan berlaku di Pulau Pinang dan kali ini membabitkan seorang remaja berusia 16 tahun yang menjadi mangsa dalam kejadian di sebuah tandas sebuah pusat sukan dekat Mak Mandin, di sini, Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa hadir ke balai jam 9.44 malam tadi untuk membuat laporan berhubung kejadian yang menimpanya selepas video insiden itu viral di laman sosial.

Katanya, mangsa yang sudah tidak bersekolah sejak berusia 12 tahun itu memberitahu dirinya diliwat seorang remaja lelaki hingga mengakibatkan suspek digantung sekolah.

“Mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar.

“Polis juga sudah menahan suspek berusia 14 tahun dan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan,” katanya.

Semalam, dua kanak-kanak masing-masing berusia 11 dan 13 tahun membuat laporan polis mendakwa diliwat pengetua lelaki berusia 55 tahun di sebuah sekolah menengah di Permatang Tok Jaya.

Mangsa mendakwa diliwat pengetua berkenaan ketika mereka menyertai satu program pendidikan di sekolah terbabit baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), Mohd Jamil Mohamed, berkata pihaknya memandang serius berhubung salah laku seksual dalam kalangan warga pendidik.

Menurutnya, pihak jabatan sama sekali tidak akan bertolak ansur terhadap kes yang berlaku.

“Kita sudah ‘pool’ (diletakkan secara pentadbiran) pegawai ini di Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai sehingga kes ini selesai,” katanya.

Pautan akhbar :
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/10/489861/remaja-16-tahun-diliwat-pelajar-tingkatan-dua

Berita akhbar : Astro Awani
Polis menahan seorang lelaki berumur 41 tahun yang didakwa meliwat enam pelajar sebuah pusat tahfiz di sini, sejak awal Disember tahun lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, suspek merupakan sukarelawan di situ dan aktif memberi sumbangan barangan keperluan harian dan pakaian di pusat itu sejak 2015.

Katanya, mangsa berusia dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun dan perbuatan terkutuk suspek terbongkar pada Isnin lepas menyebabkan tenaga pengajar di pusat berkenaan membuat laporan polis.

"Laporan mendakwa mangsa mula diliwat pada awal Disember lepas di sekitar kawasan asrama dan kediaman suspek di sebuah taman perumahan di sini.

"Siasatan mendapati suspek yang bekerja sendiri melakukan kesalahan itu sebanyak antara satu hingga lima kali terhadap setiap mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kama Azural menambah suspek ditangkap pada hari sama laporan dibuat dan telah direman bermula semalam sehingga 19 Mac.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pautan akhbar :
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/enam-pelajar-tahfiz-diliwat-penderma-170462

Hukuman kes liwat.
Mengikut Seksyen 377A dan 377C Akta 574 Kanun Keseksaan, liwat ialah:

377A : Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabie, iaitu sebagai mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang yang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang yang lain itu dikatakan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabie.

377C : Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabie ke atas seseorang yang lain tanpa kerelaannya, atau bertentangan dengan kemahuannya atau dengan meletakkan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

Kawasan Persampelan | Bukti Forensik
1. Swab pada bahagian luar bibir.
- Pengesanan cecair badan di bibir dan kulit di sekeliling mulut contohnya air mani atau kesan darah yang bukan daripada mangsa.

2. Swab pada mulut.
- Pengesanan air mani jika berlaku seks oral dalam tempoh 72 jam. Swab diambil sekiranya terdapat makluman sejarah daripada mangsa walaupun mangsa telah menggosok gigi atau makan dalam tempoh tersebut.

3. Swab pada kulit badan.
- Pengesanan cecair badan pada permukaan kulit seperti air mani, air liur atau kesan darah yang bukan daripada mangsa ketika mencium, menjilat atau kawasan digigit. Swab diambil dalam tempoh 72 jam.

4. Rambut di kepala dan bulu kemaluan.
- Teknik “Hair combing” Pengesanan air maniPengesanan gentian fiber, benda asing, bulu asing.
- Teknik “Hair Plucking / Cutting” dibuat dengan mencabut rambut di kepala dan mencabut bulu kemaluan untuk dijadikan sebagai sampel kawalan untuk perbandingan mikroskopik rambut dan bulu.

5. Seluar dalam.
- Pengesanan air mani pada  seluar dalam yang dipakai selepas kejadian sekiranya mangsa masih memakai seluar dalam yang sama.

6. Swab pada bahagian dalam kemaluan/dubur.
- Diambil pada bahagian endocervical untuk pengesanan cecair badan jika persetubuhan melalui faraj atau dubur dalam masa 72 jam.

7. Swab pada bahagian luar genitalia.
- Diambil pada kawasan mons pubis hanya jika tiada bulu kemaluan dijumpai. Seterusnya pada perineum untuk pengesanan cecair badan seperti air mani, air liur atau darah yang mungkin bukan daripada mangsa dalam 72 jam.

8. Swab pada zakar
- Pengesanan cecair badan jika persetubuhan berlaku dalam tempoh 72 jam.

9. Swab pada perianal dan dubur
- Pengesanan cecair badan jika persetubuhan melalui faraj atau dubur dalam tempoh 72 jam.

10. “Nail Scrapping”.
- Dilakukan sekiranya mangsa memaklumkan bahawa mangsa mencakar penyerang atau terdapat kesan darah pada kuku.
- Mendapatkan bukti surih contohnya cecair badan, fiber, darah atau benda asing.

11. Darah.
- Analisa DNA menggunakan kad FTA dan menggunakan (Blood EDTA) sekiranya ketiadaan kad FTA.Pengesanan alkohol dan penyalahgunaan dadah. Hanya jika diambil dalam tempoh 72 jam selepas kejadian.Analisa serologi untuk ujian HIV dan jangkitan kelamin (sexually transmitted infection).

12. Air kencing.
- Pengesanan alkohol dan penyalahgunaan dadah sekiranya terdapat sejarah mangsa diberi minum atau makan sebelum kejadian. Hanya jika diambil dalam 120 jam selepas kejadian.

Video harapan sebagai guru dan harapan terhadap sistem pendidikan di Malaysia.
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=ZsCn78mgW8chttps://www.youtube.com/watch?v=ZsCn78mgW8c

SOALAN 1 :
Saya paling suka ketika Dr menerangkan mengenai masalah kesihatan mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya. Hal ini kerana ianya sangat dekat dengan situasi sekarang yang mana dengan ramai pihak yang memiliki tekanan dalam hidup dan yang paling ketara adalah para pelajar. Hal ini di mana, perubahan sistem pembelajaran yang memberikan impak kepada pelajar lebih-lebih lagi pelajar yang memiliki masalah ekonomi. Tekanan dan tekanan yang diberikan mengapa mereka tidak mempunyai alat peranti menyebabkan mereka tidak mahu meneruskan pembelajaran. Dalam pada itu, walaupun sesi persekolahan secara bersemuka dilaksanakan namun dari segi kerja rumah atau pencarian bahan masih ada yang diberikan secara atas talian. Oleh itu saya cukip tertarik dengan tajuk ini kerana ianya sangat dekat dengan situasi atau keadaan sekarang untuk saya lebih memahami orang lain.

SOALAN 2 :

Saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai punca dan cara menangani masalah pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku. Hal ini kerana, sebagai seorang bakal guru saya perlu mengetahuinya dengan lebih mendalam agar nanti saya tidak cepat menghukum dan boleh mengambil tindakan yang sewajarnya bagi salah laku tersebut. Hal ini kerana saya yakin semua murid memiliki sifat yang baik namun mungkin  terdapat sisi yang telah mengubah personaliti mereka sehingga menjadi seperti itu. Oleh itu, pengalaman dan teori perlu saya pelajari dan hadapi agar saya dapat membantu murid-murid ini.