Artikel EKKA by ekk alumni

Kepimpinan Dari Perspektif Islam
Setiap daripada kitani adalah salah seorang dari kelompok masyarakat di sesebuah tempat, baik di rumah, di kampung, di tempat kerja ataupun di tempat awam. Dalam kebanyakan kelompok itu sudah pasti akan ada yang kitani ikuti atau patuhi arahannya, iaitu pemimpin. Seorang pemimpin akan membawa orang yang dipimpinnya untuk merealisasikan apa sahaja agenda yang ingin dicapai sama ada tujuannya murni ataupun sebaliknya.

Sering kali kitani kaitkan pemimpin hanya kepada orang-orang yang memegang sebuah jawatan tinggi seperti pegawai, pengarah dan sebagainya. Namun perlu kitani fahami bahawa jawatan ini hanyalah sebagai alat untuk memimpin ramai lagi manusia.  Hakikatnya, kitani semua adalah pemimpin!

Secara mudah kitani fahami; pemimpin ialah seseorang yang dapat mempengaruhi manusia untuk mengikuti prinsip yang dibawa. Apabila ramai orang yang dipimpinnya, maka ia boleh membawa kepada impak atau perubahan yang besar kepada masyarakat, negara mahupun dunia.

Untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa bukanlah semudah memberi sesuatu arahan dan mengatur manusia dengan harapan segala yang ingin dicapai terlaksana. Bahkan ianya lebih daripada itu. Dia perlu mempunyai prinsip yang jelas dan kukuh agar orang yang dipimpin itu jelas ke mana tujuannya. Bukan itu sahaja, bahkan seorang pemimpin juga harus mempunyai jiwa yang besar untuk menghadapi segala bentuk kekecewaan, hambatan dan juga rintangan.

Pemimpin dari perspektif islam mengajarkan bahawa setiap daripada kitani adalah pemimpin baik dalam diri kitani sendiri, dalam sebuah keluarga, dalam pejabat atau dalam organisasi. Apa yang pasti, tujuannya adalah untuk membawa manusia ke arah kebaikan dan melarang daripada berlaku kemungkaran.

Sabda Rasulullah SAW

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْأَمِيرُ رَاعٍ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW bersabda: "Setiap kita adalah pemimpin. Setiap kita akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang ketua adalah pemimpin. Seorang suami juga pemimpin atas keluarganya. Seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya." (HR Bukhari No: 4801) Status: Hadis Sahih

Jadi hakikatnya diri kitani akan ditanya nanti tentang kepimpinan sekecil-kecil apapun. Dunia pada masa kini amat memerlukan seorang pemimpin islam yang membawa identiti islam yang sebenar. Sudah pasti, teladan yang patut menjadi role model kitani adalah Nabi Muhammad SAW.

Apabila kitani menelusuri sejarah Nabi Muhammad SAW, banyak sekali pengajaran yang kitani boleh perolehi melalui Baginda yang mulia. Contohnya sahaja, apabila di dalam Perang Khandak umat Islam menghadapi musuh dan tekanan yang luar  biasa sehingga bekalan makanan menjadi sedikit dan sangat-sangat terhad. Pada ketika itu, Baginda SAW dan para sahabat menggali parit sebagai strategi peperangan. Sahabat Jabir merasa kasihan dengan keadaan Rasulullah SAW yang sangat keletihan dan kelaparan lalu mempelawa Baginda seorang ke rumahnya kerana isterinya sudah menyiapkan hidangan makanan untuk Baginda. Mengetahui hal ini, Rasulullah SAW sebaliknya membawa sahabat Ansar dan Muhajirin, membuatkan Jabir terkejut dan panik. Namun dengan izin Allah, hidangan yang pada awalnya hanya untuk Baginda seorang sahaja mencukupi buat para sahabat yang lain. Apa yang menarik ialah Baginda terlebih dahulu menghidangkan makanan kepada para sahabat seorang demi seorang, sehingga Bagindalah yang terakhir untuk makan. Melalui cerita ini, kitani pelajari bahawa sebagai seorang pemimpin, Baginda tetap mendahulukan sahabat-sahabatnya sebelum dirinya, memberikan khidmat kepada orang bawahannya dan menyantuni mereka.

Kesimpulannya, siapa pun diri kitani, pimpinlah diri kita untuk menjadi hamba kepada Allah SWT. Hiasilah akhlak kitani dengan keperibadian yang mulia dengan mempelajari dan mendalami kisah kepimpinan Rasulullah SAW dan juga para sahabat. Semoga dengan usaha kitani untuk memimpin masyarakat kembali kepada Allah menjadi saham di akhirat nanti.

"Andai Cinta, Apa Buktinya?"
Alhamdulillah rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam tidak terlepas bagi memeriahkan Maulud Nabi  ﷺ ﷴ. Sudah pasti inilah salah satu manifestasi cinta orang-orang kitani terhadap junjungan besar kitani, Nabi ﷺ ﷴ. Dengan laungan selawat di jalan-jalan semasa perarakan mengelilingi Bandar Seri Begawan bersempena Sambutan Maulud Nabi ﷺ ﷴ , disambut pula dengan manusia-manusia pelbagai peringkat umur yang baik hati menyediakan dan memberikan sedekah berupa minuman dan makanan menjadikan suasana lebih menyenangkan lagi. Ada juga organisasi-organisasi dan sukarelawan yang beratur di siring-siring jalan sambil menghulurkan botol minuman kepada orang ramai dengan senyuman. Tidak kalah juga dari restoran-restoran yang dikenali turut mengambil peluang untuk bersedekah. Juga, disaksikan oleh pelancong-pelancong dari luar negara sambil menangkap gambar sebagai ristaan mereka.

Melihat keadaan ini teringat kembali cerita tentang hijrah Nabi ﷴ ﷺ  dari Mekah ke Madinah. Apabila mendengar khabar hijrahnya Rasulullah ﷺ ke Madinah, umat islam di Madinah sangat excited  menunggu kedatangan Baginda ﷺ, hampir setiap hari pagi mereka berkumpul menunggu kehadiran sosok yang agung ini. Hinggalah suatu hari itu, Rasulullah ﷺ bersama dengan sahabat-sahabatnya رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَ tiba dari jauh, lalu bergemalah laungan takbir dengan penuh kegembiraan. Semua sekali ingin tahu dan mahu melihat wajah Baginda ﷺ.

Begitulah suasana kegembiraan yang tercatat dalam sejarah islam.

Tidak hanya itu, orang-orang Ansar di Madinah sejak itu bercita-cita agar Rasulullah ﷺ singgah di rumah mereka, walaupun mereka bukanlah dari golongan yang kaya raya, namun bertungkus lumus agar rumah mereka dikunjungi sebagai pengormatan daripada mereka.

Begitulah manifestasi kecintaan mereka kepada Rasulullah ﷺ pada ketika itu.

Untuk kita menyatakan cinta kepada Baginda ﷺ perlulah dengan bukti, dan bukti itu pasti akan tampak dari keperibadian kita.

Seorang ibu yang cinta kepada anaknya akan tampak pada perilakunya iaitu dengan memberinya makan, melindungi dari bahaya walau dari seekor nyamuk pun, akan merasa gundah jika anaknya tidak sihat sehingga sanggup berjaga malam.

Begitulah hakikatnya kitani, andai benar kitani cinta kepada Baginda SAW, apa buktinya? Di mana diri kitani bila melihat kemungkaran? Apa perasaan kitani jika Nabi dihina?

Cinta tidak cukup hanya sekadar kata-kata, bahkan ia menuntut kitani untuk bertindak terhadapnya. Seseorang yang cinta kepada Nabi ﷺ ﷴ pasti akan sentiasa berusaha menyelusuri perjalanan Baginda ﷺ dan mengikuti sunnah Baginda ﷺ semampu mungkin. Bukan sahaja itu, dia juga akan merasai bahawa risalah islam yang dibawa oleh Baginda menjadi aplikasi di dalam kehidupan seharianya.

عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ الْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ

Daripada Abu Wa`il dari Abdullah dari Nabi ﷺ bahawa Baginda bersabda: "Seseorang akan bersama dengan orang yang dicintainya." (HR Bukhari No: 5702) Status: Hadis Sahih

Persoalannya, mahukah kita bersama dengan Rasulullah SAW di syurga nanti?

Jom bersempena dengan hari yang mulia ini, kita semaikan lagi cinta kitani dengan menanamkan di dalam diri untuk lebih mengenali dan mengamalkan sunnah Baginda ﷺ.

Salam Maulidur Rasul 1446H semua!

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

والله أعلمُ بالـصـواب