REFLEKSI TENTANG CIKGU DANIEL (NEWTON 2022) by MOHD. DANIEL ESHSAQ BIN ABDULLAH KPM-Guru
ALVEY CARLSON ANAK AUGUSTINE HACKS (4 NEWTON 2)
Izinkan saya mulakan refleksi terhadap cikgu Daniel izinkan saya berpantun terlebih dahulu.
Si cenderawasih bulunya indah sekali,
Kekuningan dan juga merah padma,
Andaikan diberi peluang sebegini lagi,
Semoga kian berbukit memori.
Cikgu Daniel Eshaq merupakan ahli baharu sebagai pendidik di dalam dunia pendidikan, namun kebolehan beliau dalam mengajar dan memimpin amatlah teserlah dan boleh dijadikan tauladan kepada anak murid. Misalnya, beliau merupakan guru kelas 4 Newton 2 dan berjaya menarik minat anak muridnya dalam menyertai pelbagai pertandingan di peringkat negeri mahupun di peringkat kebangsaan. Tidak heran juga beliau merupakan guru bahasa Melayu yang amat berdedikasi dan beintergriti. Beliau amat cakna akan murid dan hal ini dapat dibuktikan dengan kesungguhan beliau dalam menyediakan bahan pembelajaran seperti nota dan juga latihan. Tambahan pula, beliau juga amat cakna dari segi kesihatan mental murid-murid. Buktinya, beliau sering menayakan khabar dan juga memberikan sokongan moral kepada pelajar dan impaknya amat tampak apabila semakian ramai muridnya berjaya meningkatkan gred dalam ujian bahasa Melayu. Beliau tidak pernah berhenti memberikan harapan kepada murid dan sentiasa bersikap positif. Akhir sekali, beliau juga berjaya meningkatkan keyakikan diri murid dan membuat murid tidak lagi takut untuk menyerlah dari pelbagai aspek. Perkara ini telah mengubah kehidupan murid ke arah yang lebih positif. Tuntasnya, beliau merupakan contoh yang amat bagus buat cikgu muda di dalam sektor pendidikan Malaysia pada zaman ini.
Cikgu Daniel
Dallian James
4N2
Selama setahun bersama Cikgu Daniel , Saya dapat tahu bahawa cikgu merupakan guru yang sangat mengambil berat bukan sahaja terhadap subjek yang diajar tetapi juga tentang keadaan murid-murid . Cikgu dapat menjelaskan apa yang diajar dengan lancar membuat murid-murid senang untuk faham . Cikgu juga dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid-murid membuatkan mereka mudah untuk mengenali dan mengatasi kesilapan mereka.
Cikgu Daniel
Kehadapan pendidik yang sudah mengajar ku sepanjang tingkatan 4 ini. Beliau juga menjadi guru tingkatan kami 4Newton2. Beliau sangat membantu saya dan rakan rakan dalam subjek bm. Beliau sangat memahami kehendak pelajar dan membuatkan suasana belajar yang selesa. Beliau mengajar saya banyak benda yang berasaskan mata pelajar itu sendiri mahupun yang berkait dengan kehidupan. Kehadiran cikgu di dalam hidup kami sangat memberi manfaat kepada kami. Saya sayang cikgu🤍🤍🤍
Catherine anak Mentri
4 Newton 2
Adam Hayden ak Perize(4 Newton 4)
Cikgu Daniel merupakan seorang guru yang gigih dalam sesi pengajarannya.Beliau selalu menarik minat pelajarnya untuk belajar dan meminati subjek yang diajar oleh beliau.Beliau juga merupakan seorang guru yang mampu mengubah suasana mahupun keadaan yang suram menjadi ceria di dalam kelas.Di sampling itu,beliau juga membawa aura yang sangat positif setiap kali beliau memasuki dalam kelas,kerana beliau selalu sedia untuk mendengar luahan-luahan masalah daripada para pelajarnya dan tidak pernah gagal untuk memotivasikan mereka dalam perjalanan mereka untuk menempuhi dunia yang nyata ini.Sebagai konklusi,cikgu Daniel merupakan seorang guru yang tekun dan amat berdedikasi kepada pelajarnya.
Mark Darren 4N4
Cikgu Daniel merupakan seorang guru yang sangat peramah.Tambahan pula,beliau juga merupakan seorang guru yang sangat memahami muridnya.Selain itu, beliau juga merupakan seorang guru yang selalu mengetahui isu isu semasa yang tular.Akhir kata,saya dapat menyimpulkan bahawa saya sangat seronok belajar dengan beliau.
Cikgu Daniel
Cikgu Daniel merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi dalam mendidik anak bangsa agar matlamat pendidikan negara yang mementingkan ABC iaitu Anak yang Baik dan Cerdik bukanlah sekadar angan-angan Mat Jenin. Beliau merupakan insan yang mampu memberikan pelajarnya keyakinan untuk mengutarakan pandangan yang terpahat di sanubari. Selain itu, ketegasan beliau yang sekali sekala menyelitkan kecindan dalam proses pembelajaran mampu menimbulkan suasana belajar yang menyeronokkan. Pemilihan bahasa yang beliau gunakan semasa menzahirkan nasihat kepada pelajar mampu menimbulkan keinsafan kepada kami. Kritikan beliau yang berasas semasa membetulkan kesalahan kami menyebabkan beliau menjadi seorang guru yang sangat disegani oleh para penuntut ilmu.
Wallace Aris Newton 2
Cikgu Daniel
-Beliau merupakan guru yang sangat berdedikasi dan sentiasa memahami anak didik nya . Beliau juga merupakan seorang guru yang sentiasa mengambil berat tentang saya dan rakan - rakan . Beliau juga merupakan seorang guru yang gigih dalam mendidik muridnya . Misalnya , beliau menyediakan pelbagai nota ringkas agar kami dapat memahami sesuatu yang dipelajari dengan mudah . Selain itu , beliau juga merupakan seorang guru yang mampu menarik kami untuk meminati subjek bahasa melayu dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa dan seronok . Beliau juga merupakan seorang guru kelas yang sentiasa bersedia untuk mendengar luahan hati para anak didik jagaan nya dan memberikan sokongan moral agar kami terus gigih mengejar kejayaan .
Sebelum saya mengakhiri refleksi ini , saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Daniel yg tidak pernah lelah mencurahkan ilmunya kepada kami .
Ellybeana Awa Anak Bugi
4N2
Zandra bt Rosno 4N4
Cikgu Daniel
Mia Adriana
4N2
Cikgu Daniel merupakan guru yang sangat cemerlang dalam mengajar. Cara beliau mengajar membolehkan pelajarnya menjadi lebih cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu. Pertuturan yang lancar dan penerangan yang jelas membuatkan perkara yang ingin diajarnya tidak seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tambahan pula, Cikgu Daniel merupakan guru kelas 4 Newton 2. Beliau merupakan seorang yang sangat mengambil berat tentang isu-isu yang tular di media sosial, membuatkan beliau menjadi lebih senang untuk berkomunikasi bersama pelajar. Pelajar juga akan berasa senang hati semasa berbual bersama Cikgu Daniel. Pertuturan cikgu yang lemah lembut menyebabkan pelajar berasa tenang dan fokus semasa di dalam kelas. Cikgu Daniel merupakan guru kelas yang terbaik dan saya berharap agar rezeki Cikgu Daniel sentiasa diperluas oleh Allah. Ucapan terima kasih saya kepada cikgu tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Terima kasih Cikgu Daniel. Kami sayang cikgu 🤍🤍
Aryf Khairulharriz (4 Newton 2)
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.
Kalau Alvey berpantun, saya pun ingin berpantun;
Pergi ke pekan membeli sagu,
Dibeli juga kain batik;
Cikgu Daniel nama guruku,
Guru yang hebat dan juga cerdik.
*maaf kalau pantun tidak gramatis
Tahun 2022 merupakan tahun yang amat istimewa kepada kami sebagai pelajar di SAKURA kerana kami telah menerima seorang guru yang sangat dedikasi serta cemerlang dalam usaha mendidik anak murid di sini.
Cikgu Daniel merupakan seorang yang berjiwa muda dan pandai memikat hati pelajar untuk terus berusaha menimba ilmu bersamanya. Beliau juga seorang yang peramah dan sangat memahami hati nurani seseorang pelajar. Hal ini menyebabkan beliau disayangi dan dihormati oleh para pelajar.
Seterusnya, beliau seorang yang amat komited dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang guru. Beliau tidak pernah jemu untuk mencetak serta mengedarkan modul-modul demi kejayaan anak-anak muridnya. Beliau juga tegas dalam menegur kesalahan tatabahasa yang digunakan oleh anak-anak muridnya.
Akhir sekali, Cikgu Daniel sentiasa mencuba sesuatu teknik yang baharu ketika mengajar supaya kami mudah untuk memahami dan mengaplikasikan apa yang telah diajar oleh beliau. Penggunaan Bahasa Melayu beliau ketika mengajar, amat baik serta jelas untuk difahami.
Ucapan saya kepada cikgu, terima kasih cikgu sebab dah gigih mengajar kami yang masih belajar ni. Saya tahu, banyak lagi yang saya perlu belajar. Terima Kasih sebab tak pernah jemu untuk membantu kami dalam mencapai kejayaan. Itu sahaja daripada saya!  Je vous aime cikguuuu
Cikgu Daniel^^
Eryana anak Rocky, 4N2 :
Cikgu Daniel adalah guru yang sangat baik dan penyayang terhadap anak-anak muridnya kerana sentiasa mengambil berat tentang kami. Beliau juga merupakan guru yang sangat berdedikasi dalam mengajar, tak kira dalam mata pelajaran bahasa Melayu mahupun berkongsi ilmu pengetahuan tambahan berkaitan subjek-subjek lain seperti subjek sains dan memberi nasihat tentang pembentukan keperibadian diri serta disiplin murid. Cikgu Daniel sentiasa memberikan yang terbaik kepada anak-anak muridnya supaya kami selalu memperbaik kelemahan diri ke arah kecemerlangan. Suasana kelas juga amat menyeronokkan dan bersemangat jitu untuk belajar disebabkan keberadaan cikgu Daniel sebagai guru mata pelajaran bahasa Melayu dan juga guru kelas 4 Newton 2. Segala usaha cikgu amat dihargai, terima kasih cikgu Daniel^^♡.
Kepada Cikgu Daniel✨
1 tahun cikgu mengajar saya mata pelajaran yang amat penting bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tulus ikhlas dari hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu. Segala jasa dan ilmu yang cikgu berikan kepada saya dan rakan sekelas, akan saya ingat sehinggalah saya menjadi seorang pelajar universiti.
Sejujurnya saya amat bersyukur kerana cara cikgu mengajar berjaya membuatkan saya faham dan dapat menjawab soalan. Cara cikgu mengajar telah membantu saya untuk lebih yakin dan ingat akan apa yang telah dipelajari. Cikgu selalu menjawab soalan yang kami tanya dan tidak lupa juga cikgu pasti akan memberikan penerangan yang lebih lanjut terhadap soalan tersebut. Walaupun kami sering lupa tentang sesuatu yang cikgu ajar, tapi cikgu tetap sabar dan menerangkan semula sehingga kami faham. Selain itu, cikgu juga selalu memberikan nota-nota dan latihan yang amat berkesan dan membantu saya untuk menjawab soalan.
Saya akhiri tingkatan 4 saya dengan cikgu dengan mendapat keputusan A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu dan saya berharap cikgu dapat ajar saya tingkatan 5 nanti.
Anak murid Newton 4 cikgu,
Seraphina Beata
WILCARDO ANAK WILLIAM MUYA 4 NEWTON 4
Bagi saya,cikgu seorang yang baik dan gigih dalam mengajar kami.
Meskipun kami selalu lupa akan perkara yang mudah tetapi cikgu tetap mengajar kami lagi.
Cikgu mengajar kami tanpa rasa lelah dan jemu walaupun kadang-kadang kami lupa dan leka dalam kelas.
Terima kasih cikgu !
Cikgu Daniel❤️.
Ryan Iverson
4N4:
Ke hadapan Cikgu Daniel yang saya kasihi,
Salam sejahtera saya ucapkan kepada cikgu Daniel.Sebelum saya memulakan bicara, terlebih dahulu saya ingin menyusun sepuluh jari tanda memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas segala silap dari segi tingkah laku saya sepanjang menjadi murid cikgu.
Pada kali pertama kelas Bahasa Melayu pada tahun 2022,di mana kali pertama saya melihat cikgu sehinggalah ke hari terakhir kelas Bahasa Melayu.Perspektif Dan ekspetasi saya terhadap kelas Bahasa Melayu Cikgu berubah 360 darjah,di mana pada awalnya saya tidak menyangka bahawa Cikgu sungguh prihatin dan sangat berdedikasi ketika mengajar kami.Sesungguhnya,cikgu telah mengajar kami apa itu erti "Belajar untuk salah,perbaiki kesalahan."Cikgu membuatkan saya berasa sangat selesa,tidak teragak-agak untuk menanyakan soalan,tidak takut untuk mencuba walaupun salah dan cikgu telah membuatkan saya belajar subjek Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh.Cikgu telah mengajar kami cara untuk menjawab ujian Bahasa Melayu dengan teknik yang betul.Pada setiap kelas jugalah,saya sentiasa terkesan dengan keprihatinan cikgu terhadap pelajar bukan sahaja dari aspek akademik,malahan kebajikan murid itu sendiri.Jika seribu helaian kertas diberi,masih belum cukup untuk saya huraikan segala isi hati saya terhadap cikgu.Walaupun secara jujurnya jauh did sudut hati,saya agak terkilan mendengar bahawa cikgu tidak lagi akan mengajar kami di Galileo kerana sejujurnya saya dari awal persekolahan lagi sentiasa berharap agar cikgu menjadi guru kami lagi di sesi yang akan datang.Namun,saya sentiasa mencuba sedaya upaya untuk membukukan perasan tersebut di dalam hati.Terima kasih cikgu kerana mengajar saya untuk menjadi sesorang dewasa.
Kita sudah tiba ke pengakhir bicara,saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu yang saya percaya kami semua sangat kasihi.Terima kasih cikgu kerana telah mengorbankan segalanya untuk memastikan kejayaan kami.Sekali lagi,saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana salah silap saya dalam menuntut ilmu selama belajar di dalam kelas cikgu.Sedikit pun tiada cacat cela di dalam diri cikgu sewaktu mengajar kami kerana semua yang baik itu datangnya dari Tuhan dan cikgu sendiri,manakala yang buruk itu saya akui datangnya dari diri saya sendiri.Terima kasih cikgu kerana telah mengajar saya yang nakal dan penuh kerenah ini dengan penuh kesabaran.Maaf cikgu kerana gagal untuk menjadi pelajar yang sempurna dan terima kasih cikgu untuk segala-galanya.Sebelum noktah mengakhiri bicara,izinkan hamba berseloka;
Asap api embun berderai,
Patah galah haluan perahu;
Niat hati tak mahu bercerai,
Niat Ilahi siapa yang tahu?
Daphne Ak Engki 4N2
Terima kasih cikgu sebab sudah mengajar saya dengan penuh kesabaran. Cikgu selalu beri kami yang terbaik dan menjadi cikgu yang terbaik buat kami. Bimbingan cikgu tidak akan saya lupa, sebab cikgu selalu cuba untuk betulkan kami dari aspek pembelajaran dan sikap. Terima kasih cikgu kerana memahami kami dan melayan kerenah kami....(4N2)...😂
Kelas bersama cikgu sangat bermakna untuk saya dan rakan - rakan yang lain. Suasana pembelajaran semasa cikgu mengajar adalah antara suasana pembelajaran yang terbaik saya tahun ni. Terima kasih cikgu😊
Seikhlas hatinya saya ingin berkongsi refleksi saya terhadap Cikgu Daniel yang mengajar saya mata pelajaran Bahasa Melayu.
Bagi saya cikgulah salah seorang yang dapat membantu saya untuk mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran BM. Walaupun saya ini lemah dalam bidang bahasa, cikgu sanggup gunakan segala tenaga dan korbankan segala masanya untuk membantu saya. Saya sangat bersyukur kerana dapat diajar oleh cikgu. Walaupun kerja yang dibagi oleh cikgu saya tidak siapkan, cikgu tetap bersabar dan bagi saya peluang untuk siapkan.
Saya rasa di sinilah akhirnya refleksi saya terhadap cikgu. Saya sangat berharap agar cikgu mengajar saya lagi pada sesi seterusya. Minta maaf jika salah gunakan bahasa dan terima kasih cikgu sbb telah mengajar saya selama satu tahun.
Daripada,
pelajar yang duduk si belakang skali
dri kelas 4N4
Andrian Sigath anak Arnold Driss(4 Newton 4)
Cara cikgu ajar bagi saya masuk.
Saya akan berasa selesa apabila cikgu mengajar.
Walaupun saya duduk belakang sekali saya masih boleh tangkap.
Bagi saya,keperibadian cikgu adalah sangat baik dan buat saya rasa sangat selesa semasa belajar. Selain itu,perangai cikgu macam kami juga tapi lebih matang. Itu buat saya rasa seronok semasa belajar.Cikgu pun jenis yang tak nak marah dan tak garang buat saya tak takut untuk belajar matapelajaran paling penting dalam negara kita yang tercinta iaitu,Malaysia
Kesimpulannya,cikgu dah bimbing kami sekelas dengan baik sekali.Dengan iti,saya rasa sangat terharu dan bersyukur dapat cikgu macam cikgu(ikhlas ni cikgu)
Cikgu Daniel
Tak kenal maka tak cinta,  dah kenal terlalu cinta. Cikgu Daniel - seorang yang sentiasa membimbing, memberi petunjuk dan seperti seorang abang. Terima kasih cikgu kerana selalu membetulkan kesalahan saya di dalam kelas mahupun di luar kelas. Saya sangat sayang cikgu. Cikgu tak pernah marah tapi semua dengar cakap cikgu. Saya Muhammad Nur Mikael dari kelas Newton 2 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu ❤️❤️
Nia Marsya bt Abdul Karim
4 Newton 2
Cikgu Daniel merupakan seorang yang sangat rajin dan pandai mengajar. Cikgu Daniel merupakan seorang guru yang baik dan ramah, membuatkan beliau disenangi oleh pelajar dan guru yang lain. Cikgu Daniel merupakan seorang cikgu yang sangat berdedikasi dalam bekerja dan mencintai kerjayanya. Cikgu Daniel juga merupakan seorang cikgu yang peka dalam mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak muridnya. Akhir sekali, Cikgu Daniel mampu membina hubungan yang baik dengan anak muridnya.
Terima kasih Cikgu Daniel atas semua usaha cikgu dalam membantu saya menguasai subjek BM. Semoga maju jaya, cikgu !!
Wilfred Eyzel (4N4)
Pada pandangan sepenuh hati dari atas aorta sehingga ke vena kava saya, cikgu merupakan cikgu yang amat berdedikasi dalam mengajar subjek Bahasa Melayu. Cikgu juga telah membuka mata saya untuk mengambil Bahasa Melayu ini sebagai perkara yang serius kerana sebelum ini, saya hanya memandang ringan terhadap subjek ini. Dari awal kelas sehingga ke akhir, kelas cikgu amat menarik perhatian saya dan pada tahun ini juga saya mempunyai perasaan ingin mencuba untuk menjawab soalan. Berbanding tahun-tahun sebelum ini, saya kurang aktif di dalam kelas dan tiada perasaan untuk mencuba menjawab soalan yang diberikan oleh guru.Selain itu, saya juga banyak belajar perkara baharu seperti perbezaan “baru” dan “baharu”. Begitu juga dengan ilmu pengetahuan mengenai alam sekitar yang mendalam yang cikgu kongsikan di dalam kelas semasa perbincangan. Cikgu telah banyak membantu saya dalam segi latihan dan sokongan emosi secara langsung dan secara tidak langsung. Saya berharap agar cikgu kekal menjadi guru yang berdedikasi dalam mengajar subjek Bahasa Melayu.
Untuk Cikgu Daniel 🌹
[ Reena Sharmeen Anak Patrick, 4N2 ]
Saya berasa selesa dan seronok semasa belajar dengan cikgu selama ini... sejujurnya cara cikgu mengajar sangat membantu saya untuk memahami, belajar bahasa melayu dan menjadikan bahasa melayu salah satu subjek kegemaran saya.
Walaupun saya selalu membuat kesilapan yang sama semasa membuat latihan atau kerja sekolah saya, cikgu akan memanggil saya dan membetulkan kesilapan saya serta menjelaskan mengapa jawapan saya tidak tepat atau betul... ini membuat saya lebih memahami konsep terhadap latihan tersebut.
Terima kasih kerana selalu bersabar terhadap perangai saya yang kadangkala menyakitkan hati cikgu... tanpa cikgu saya tidak dapat memperoleh keputusan yang baik dalam bahasa melayu...terima kasih cikgu 💕
Evy Lexthesia Newton 4
kepada cgu Daniel 💌 :
Cikgu merupakan seorang yang rajin, gigih dan baik hati. Terima kasih cgu kerana telah mengajar kami dengan penuh kesabaran. Walaupun kami sering lupa perkara yang diajar, tetapi cgu selalu mengulanginya semula sehingga kami faham.  Saya suka akan cara cgu memberi ajar dengan melakukan aktiviti pembelajaran secara kumpulan di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah. Perkara tersebut menyebabkan kami berminat untuk mempelajari sesuatu perkara yang akan kami lalui pada masa hadapan kelak. Cgu juga merupakan seorang yang periang dan ceria, cgu selalu senyum dan bergurau senda ketika di dalam kelas.
Saya gemar membaca nota-nota yang diberikan oleh cgu kerana memudahkan saya untuk memahami sesuatu konsep ayat tersebut. Sejujurnya, saya berharap agar cgu Daniel untuk mengajar saya pada semester akan datang. Akhir kata daripada saya, saya ingin memohon maaf daripada cgu. Semoga cgu dianugerahkan guru yang cemerlang pada tahun akan datang 💌
semoga maju jaya cgu 💌
Graclyn Tyslee, 4 Newton 4
Kepada Cikgu Daniel,
Cikgu merupakan seorang guru yang gigih dan mempunyai kesabaran yang tinggi walaupun kami telah melakukan pelbagai karenah. Cikgu juga tidak mengenal erti lelah semasa sedang mengajar kami. Selain itu, cikgu juga telah mengambil pelbagai inisiatif dengan menggunakan beberapa medium seperti media massa bagi meluaskan ilmu pengetahuan kami. Tambahan itu, cikgu telah menjadi teladan kepada kami dari segi sikap dan telah mengubah kami menjadi seorang pelajar yang bertatasusila dan berfikiran yang matang.
Bagi saya, apabila belajar bersama cikgu, kami tidak berasa takut dan malu untuk bertanya soalan. Cara cikgu mengajar membuatkan kami berasa selesa tanpa perlu menghadapi tekanan yang mampu mengganggu pemahaman kami. Cikgu juga tidak mudah marah dan mempunyai rasional yang tinggi apabila kami melakukan kesalahan-kesalahan yang kecil.
Terima kasih cikgu kerana telah mengajar kami dengan harapan kami dapat memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM matapelajaran Bahasa Melayu kelak. Setiap pembelajaran bersama cikgu amatlah bermakna bagi kami. Semoga cikgu terus menjadi seorang guru yang cemerlang dalam mengajar matapelajaran Bahasa Melayu.
Cikgu Daniel ^^
Kehadapan Cikgu Daniel yang amat saya hormati ,
Pertama sekali , saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu . Usaha dan kesabaran cikgu sepanjang satu tahun mengajar saya dan rakan-rakan ( 4N4 ) amat saya hargai . Sikap tidak jemu dan tidak mudah lelah cikgu mengajar benda yang sama berulang kali membuka mata dan minda saya untuk mengikut jejak langkah cikgu agar terus berusaha sehingga matlamat tercapai .
Cikgu ,
Baik budi bahasa dan amat sayang akan anak muridnya . Saya seronok semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas matapelajaran Bahasa Melayu kerana cikgu selalu membuat aktiviti yang menarik . Saya juga tidak takut untuk mencuba dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang cikgu jalankan kerana bagi saya tidak salah mencuba dan sekiranya gagal saya dapat belajar dari kesilapan .
Cikgu ,
Terima kasih atas semua nota yang telah cikgu berikan sepanjang tahun 2022 . Saya berjanji akan sentiasa ingat akan semua pesanan cikgu agar tidak memandang remeh terhadap matapelajaran Bahasa Melayu . Saya juga berjanji akan melakukan yang terbaik dalam peperiksaan yang akan datang terutamanya Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) . Demi cikgu , saya akan berusaha untuk memperoleh A+ dalam matapelajaran Bahasa Melayu .
Semoga cikgu sentiasa sihat ❤️ ! Halalkan semua ilmu yang telah cikgu ajar , doakan saya dan rakan-rakan juga cikgu hehe ^0^ .
Ikhlas ,
Illmy , N4
Cikgu Daniel Eshaaq
Definisi bagi guru yang cemerlang, teliti, prihatin, rajin, bekerja keras, lucu, bertoleransi, penyayang, comel, memahami dan bertanggungjawab ialah Cikgu Daniel itu sendiri.
Walaupun kurang genap setahun...tetapi keakraban cikgu Daniel dengan murid-muridnya amat rapat seperti ikatan elektrostatik antara atom. Cara cikgu Daniel bercakap memberi saya inspirasi untuk bertutur dalam bahasa melayu kerana intonasi yang beralun yang membuatkan otak turut berdansa, suara yang amat jelas seperti kejernihan "starfire glass" mengalahkan kejernihan berlian, suara yang lantang mengalahkan speaker surau Sakura.
Saya ingin menyusun 10 jari mahupun 10 jari lagi di kaki untuk meminta maaf atas segala kesalahan yang saya telah lakukan kepada cikgu Daniel secara langsung atau tidak langsung. Bahasa Melayu yang diajar cikgu amatlah mengikuti format,tepat dan terperinci. Tanpa cikgu,saya tidak akan kenal keseronokan mempelajari bahasa melayu. Saya berharap semangat cikgu yang datang dari hati tidak akan lenyap apabila menghadapi generasi-generasi pdpr yang akan datang, datang sebagai murid di Sakura.
Bulan mengambang bintang berkelipan,
Pungguk menangis rindukan teman,
Andai menyinggung tersilap perlakuan,
Ku pohon maaf dari mu tuan.
Terima kasih cikgu😊
Dari murid yang sama gempal dengan cikgu,
Archiles Timothy
Cikgu Daniel merupakan seorang guru yang amat berdedikasi dan amat menyayangi anak-anak muridnya. Beliau memberi tunjuk ajar dengan sangat bersemangat di samping bergurau senda dengan kami supaya sesi pembelajaran seronok dan berkesan.
Selain itu, Cikgu Daniel juga menyediakan pelbagai jenis cara pembelajaran contohnya aktiviti di luar kelas dan pembentangan. Bukan itu sahaja, cikgu turut menyediakan pelbagai bahan untuk kami seperti nota-nota dan tayangan video agar kami lebih memahami topik tersebut.
Sehingga ke hari terakhir saya menjadi pelajar kelas 4 Newton 2, saya masih belum mendengar Cikgu Daniel mengeluh kepenatan dan berputus asa mengajar kami. Cikgu Daniel ialah seorang insan yang amat baik dan amat memahami kami. Saya amatlah bersyukur kerana cikgu sudi menjadi guru kelas saya dan maafkan saya cikgu andai ada tersalah bicara dan membuat kesilapan yang melukakan hati cikgu. Salah satu harapan saya pada tahun 2023 adalah agar Cikgu Daniel mengajar saya Bahasa Melayu di tingkatan 5 nanti. Saya juga akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh A+ dalam Bahasa Melayu, Amen.
Bunga Mawar cantik dipandang mata,
Terima kasih Cikgu Daniel yang tercinta.
- Vannita Sheba Anak Jonner ♡ (4N2) -
Untuk cikgu daniel yang tercinta
Ashton Noel Anak Krismas
4 Newton 2
Cikgu Daniel adalah guru yang boleh mendalami perasaan semua murid. No words can describe how I love Cikgu Daniel. He's the best. Truly the best. Cikgu Daniel amat caring, baik, supportive, chill, and sanggup berkorban demi anak muridnya. Baru setahun/dua tahun berkhidmat di Sakura, dah mendatangkan impak yang amat besar untuk akademik dan kokurikulum sekolah. Semasa Cikgu Daniel mengajar, cara cikgumenerangkan sesuatu, amat mantap. Apa yang diajari Cikgu Daniel amat mudah diserap dan difahami otak saya. Walaupun penat, tetapi semasa subjek Bahasa Melayu, saya menjadi bertenaga. Cikgu Daniel membawa vibe yang amat baik kepada murid. Saya harap semester depan Cikgu Daniel akan mengajar saya. Bersama Cikgu Daniel, saya berasa seperti bapa saya sendiri. Maafkan saya untuk kes disiplin yang telah saya lakukan, terkasar bahasa dan perlakuan.
Truly the best teacher I've ever had. Hope we meet again, Cikgu.❤️
Daniel Denzel 4N4
Cikgu Daniel merupakan seorang cikgu yang peramah dan santai. Selain itu,cikgu Daniel juga merupakan cikgu yang sangat bersemangat semasa sesi mengajar. Beliau akan mencuba yang terbaik untuk memastikan pelajarnya memahami perkara-perkara yang dipelajari. Beliau juga akan sedia untuk membantu kami yang mempunyai masalah dalam matapelajaran Bahasa Melayu terutamanya pada bahagian karangan. Cikgu Daniel juga sering memberikan nota-nota kepada kami untuk memudahkan kami membuat ulang kaji. Akhir kata, kami sangat gembira dapat belajar matapelajaran Bahasa Melayu bersama cikgu Daniel.
Cikgu Daniel - Claudia 4N4
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Daniel. Cikgu Daniel telah banyak mengeluarkan inisiatif dan usaha dalam membimbing anak muridnya termasuklah saya. Sebelum ini , saya mempunyai banyak kesukaran dalam mempelajari subjek Bahasa Melayu sejak masuk ke alam sekolah menengah. Saya sedar bahawa penulisan saya amatlah lemah dan saya mempunyai kosa kata yang tidak luas. Setelah saya berpindah ke SAKURA dan dibimbing oleh Cikgu Daniel dalam subjek Bahasa Melayu , saya semakin bersemangat untuk belajar subjek tersebut. Cikgu Daniel sering memberi latihan tanpa menyentuh limit murid . Beliau juga sentiasa memastikan setiap muridnya faham akan apa yang dipelajari dengan menanyakan soalan kepada murid-murid . Cikgu Daniel juga seorang insan yang penyabar , beliau sentiasa bersedia menjawab ajukan soalan murid yang pelbagai karenah. Sampai di sini sahaja refleksi saya terhadap Cikgu Daniel , walaupun pendek namun ilmu yang diberi oleh Cikgu Daniel tidak terhitung tingginya.
Cikgu Daniel yang saya sayangi
Cikgu daniel merupakan seorang yang sangat memahami dan penyayang orangnya. Beliau membimbing kami bukan sahaja sebagai seorang guru malah sebagai seorang bapa bagai menatang minyak yang penuh. Cikgu Daniel sentiasa mencari alternatif yang paling sesuai, paling menarik dan paling berkesan untuk semua pelajar 4 Newton 2. Selama saya mengenali cikgu, beliau telah membimbing saya dan memberi dorongan kepada saya untuk terus berusaha bukan sahaja untuk matapelajaran Bahasa Melayu tetapi juga untuk pembelajaran saya secara amnya.  Beliau telah memberi banyak pengajaran dan peringatan kepada saya dengan tenang dan penuh kesabaran sepanjang sesi PdPc yang berlangsung pada tahun 2022/2023.
Georginna Unice Telen anak Gilbert
4 Newton 2
Cikgu Daniel - Faymelyn 4N4
Cikgu Daniel merupakan guru yang sangat menyeronokkan dan murah dengan senyuman. Beliau sangat memahami anak muridnya dan sering mewujudkan suasana kelas yang ceria dan meriah. Nota dan latihan yang diberikan amat membantu saya semasa peperiksaan dan beliau merupakan guru pertama yang membuatkan saya amat menyukai mata pelajaran bahasa Melayu. Segala usaha yang dicurahkan memudahkan saya dan rakan-rakan yang lain untuk memahami konsep dan cara menjawab yang betul. Maklumat yang disampaikan ringkas tapi padat dan tepat. Saya berharap agar cikgu dapat mengajar saya lagi kerana saya amat menyukai cara cikgu mengajar. :>
Refleksi Terhadap Cikgu Daniel♡
Joe Gerrard Anak Timothy
4 Newton 2
Kehadapan Cikgu Daniel yang dihormati dan dikasihi,
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Cikgu. Tidak banyak yang hendak saya sampaikan. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala ilmu yang telah cikgu curahkan kepada saya selama ini. Segala pertolongan, bimbingan dan usaha cikgu dalam mengajar akan saya ingat sampai bila-bila. Terima kasih juga saya ucapkan di atas semua nasihat dan teguran yang telah cikgu sampaikan kepada saya. Semua ini sedikit sebanyak telah membantu dan mengubah keputusan saya di dalam pelajaran terutamanya subjek Bahasa Melayu (BM). Hal ini juga mendorong kepada kejayaan saya.
Seterusnya, bagi saya, cikgu merupakan seorang guru yang gigih berusaha dan berdedikasi tinggi. Cikgu menunjukkan ketekunan dalam mengajar kami. Sekiranya saya masih tidak faham, cikgu akan terus memberi tunjuk ajar tanpa mengeluh. Cikgu sangat menyeronokkan ketika mengajar. Tidak lupa juga bahawa cikgu merupakan guru yang 'supporting' dan peramah. Cara cikgu mengajar sangat mantap kerana BERSESUAIAN dengan kami serta senang difahami. Sebagai contoh, teknik, formula dan nota yang diberikan amat lengkap dan mudah difahami oleh murid murid.
Cikgu merupakan guru yang paling terbaik yang pernah saya kenali.
Saya mendoakan yang terbaik buat Cikgu Daniel di dalam kerjaya cikgu sebagai seorang guru BM yang cemerlang. Amin.
Ikhlas daripada KR Terra 2022/2023
~Joe
Kepada cikgu Daniel Eshsaq,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terkira kepada cikgu kerana cikgu telah banyak membantu saya tidak kira dari segi akademik mahupun keperibadian diri saya. Ingatkah cikgu pada awal tahun dahulu, saya telah meluahkan ketakutan saya terhadap subjek Bahasa Melayu walaupun ramai rakan saya yang menganggap subjek itu sebagai subjek yang mudah untuk skor dan mendapatkan A namun yang sebaliknya bagi saya. Kini, tanpa saya sangka, saya berjaya memperoleh gred A+ bagi subjek tersebut bukan sahaja kerana usaha saya tetapi lebih disebabkan oleh ketekunan dan keprihatinan cikgu mengenai kefahaman kami setiap kali topik baharu diajar sewaktu PdPC. Selain itu, cikgu juga telah banyak menyediakan nota-nota dan latihan yang amat membantu untuk mengukuhkan lagi pemahaman kami sekali gus membuatkan kami untuk lebih mudah mengingati sesuatu topik yang sedang dipelajari. Kaedah-kaedah yang telah diperkenalkan oleh cikgu amat saya hargai kerana kaedah-kaedah itulah yang membuatkan saya berasa berani untuk menghadap subjek Bahasa Melayu sewaktu peperiksaan. Bak kata peribahasa, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, meskipun cikgu tidak akan mengajar saya lagi untuk Tingkatan 5, ingatlah bahawa saya akan sentiasa menyanjungi cikgu sebagai seorang guru yang membolehkan saya untuk mencapai kecermelangan dalam subjek Bahasa Melayu dan yang lebih penting lagi, membantu saya untuk mengatasi ketakutan terhadap subjek tersebut. Tanpa cikgu, siapalah saya. Tidak akan dilupakan juga kata-kata motivasi yang telah diberikan oleh cikgu ketika saya berada di titik terendah dalam kehidupan saya. Cikgu telah banyak mendorong saya dan menjadikan saya kepada siapa diri saya kini. Cikgu Daniel bukanlah sekadar seorang guru, malah beliau juga ialah pendidik, sahabat dan pembakar semangat saya. Dengan ini, saya berharap agar segala ilmu yang telah dikongsikan oleh cikgu, cikgu halalkan kepada kami semua tidak kira ilmu duniawi termasuk juga ilmu syurgawi. Terima kasih banyak-banyak cikgu. Semoga cikgu sentiasa mengekalkan semangat yang ceria dan menyeronokkan bagi setiap kelas yang cikgu akan ajar pada masa akan datang. Bak kata pepatah Bahasa Inggeris, "Don't cry because it's over, smile because it happened." Saya sayang cikgu❤️
Siapa lagi kalau bukan pelajar cikgu yang bernama Alan Batista Alexander.
Sekian.
Cikgu Daniel✨
Setelah setahun mengenali cikgu sebagai guru matapelajaran bahasa Melayu, saya telah belajar banyak daripada cikgu. Cikgu sentiasa mengajar kami dengan penuh sabar walaupun kami nakal dan selalu menghantar kerja lambat. Berkat cikgu, saya mendapat A dalam subjek matapelajaran bahasa Melayu dan semoga markah tersebut dapat dinaikkan lagi. Saya gembira menjadi anak murid cikgu sebab cikgu sentiasa menolong kami dan memahami diri kami. Terima kasih cikgu sebab telah mengajar dan mendidik saya sepanjang tingkatan 4 . Saya juga ingin memohon maaf jika ada membuat cikgu sedih dan marah. Semoga cikgu semakin berjaya kedepannya.
Anak murid 4N2,
Alia Sopiana
ditujukan kepada cikgu daniel
pertama sekali saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih tak terhingga sekali lagi kepada cikgu kerana telah banyak mengajar kami dan bersabar dengan karenah kami..walaupun cikgu hanya mengajar saya setahun tapi saya lebih banyak memahami dan mengingati kandungan pelajaran di dalam kelas jika dibandingkan dengan kelas cikgu bm saya yang lain sebelum-sebelum ini..kesimpulannya cikgulah cikgu bm tersolid yang pernah saya temui selama 10 tahun belajar bahasa melayu..
-tulus ikhlas dari hati seorang nas, 4n4(2022)
Cikgu Daniel
Cikgu Daniel merupakan seorang guru yang amat komited dalam melakukan tugasannya sebagai seorang guru. Cikgu Daniel mampu menjelaskan peraturan-peraturan bahasa Melayu yang sering diabaikan oleh murid-murid dengan sangat jelas dan teperinci. Gaya pertuturan cikgu Daniel yang amat jelas dan terperinci membolehkan para muridnya mampu memahami dan mengaplikasikan pekara tersebut semasa ujian dan juga semasa menjalani kehidupan seharian. Cikgu Daniel juga mampu menarik perhatian serta memupuk minat murid dalam menggunakan bahasa Melayu di sekolah. Beliau juga disenangi oleh ramai murid kerana personaliti dirinya yang amat mulia dan membuatkan murid berasa selesa apabila bersamanya.
- Suzette Simon, 4 Newton 2
Saya sangat berterima kasih kerana mendapat cikgu Daniel sebagai guru kami, cikgu adalah seorang guru yang sangat baik hati terhadap anak murid nya, Cikgu Daniel juga seorang guru kelas yang sangat prihatin, saya sangat bersyukur mendapat cikgu sebagai guru subjek Bahasa Melayu kerana tanpa cikgu saya mungkin tidak akan mendapat keputusan yang bagus, saya berharap cikgu dapat mengajar kami pada masa yang akan datang sebab ilmu cikgu sangat masuk, saya berharap juga saya dapat membalas jasa cikgu pada suatu hari nanti, semoga Tuhan memberkati cikgu selalu, Terima Kasih Cikgu✨
-Natalie Callista May 4N2-
Cikgu Daniel
Kepada cikgu termantap, cikgu merupakan seorang yang paling santai ketika mengajar dalam kelas. Kami sebagai murid-murid cikgu terasa sangat selamat apabila cikgu masuk ke kelas kami. Cikgu juga seorang yang baik hati kepada murid-muridnya. Cikgu sangat menitik beratkan akan kesihatan murid-muridnya. Cikgu juga seorang yang berdedikasi tinggi. Saya sangat berterima kasih kepada cikgu keran cikgu telah membantu dan membimbing saya untuk mendapat keputusan yang cermelang. Bukan saya sahaja sebenarnya, malah semua murid-murid tingkatan 4 cikgu telah mendapat keputusan yang cermelang. Saya mewakili saya sendiri ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu kerana telah sedaya upaya memberikan semangat juang untuk belajar yang tinggi. Saya juga sangat bersyukur kerana telah mendapat cikgu yang terbaik seperti Cikgu Daniel. Secara jujurnya, cikgu telah mengajar kami dengan terpaling mantap sekali. Akhir daripada saya Glenn, saya sayang guru kelas Newton 2. Cikgu terpaling boek.
Ikhlas dari,
Glenn Smicer Mentering Gaddafi
Cikgu Daniel
Cikgu Daniel merupakan seorang guru yang amat saya kagumi. Kerja pertama seorang guru adalah mengajar dan mendidik muridnya. Untuk menjadikan perkara yang rumit mudah difahami oleh pelajar adalah kerja teras guru. Itulah keajaiban yang dimiliki oleh Cikgu Daniel ada. Walaupun ilmu ini tidak datang secara percuma, beliau meletakkan semua usahanya untuk sentiasa mengingatkan muridnya tentang golongan kata, kesalahan bahasa, Bahasa Melayu Standard dan sebagainya. Beliau amat berdedikasi dalam menyediakan pelbagai nota dan latihan agar muridnya mahir dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Beliau juga seorang yang penyabar. Mengulangi dan rajin memberi tunjuk ajar setiap sesi kelas Bahasa Melayu seperti anai-anai makan kayu. Beliau juga menyediakan suasana pembelajaran yang sangat berkesan dan ceria sekali gus mewujudkan komunikasi dua hala dengan muridnya.
Saya akan membalas jasa beliau dengan terus membaca nota tambahannya agar mendapat skor yang cemerlang dalam Spm Bahasa Melayu kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Terima kasih Cikgu atas setiap tunjuk ajar sepangjang sesi 2022. Pengalaman saya sebagai murid ambilan baharu telah menjadikan lebih manis dan lebih slayyyyy kerana dedikasi dan motivasi yang diberikan oleh Cikgu kesayangan✨✨💕
-Ignatius Bagong, 4N2-
Cg. Daniel
Cikgu Daniel merupakan seorang guru yang amat berdidiksi dan bersungguh-sunggah dalam mengajar . Hal ini dikatakan demikian kerana Cikgu Daniel selalu bertanyakan soalan dan menerangkan semula perkara yang diajar jika ada pelajar tidak faham tentang apa yang dipelajari .
Cikgu Daniel juga merupakan guru kelas yang prihatin dan bertanggungjawab . Hal ini dikatakan demikian kerana beliau akan bertanya khabar dengan pelajarnya .
Farhana binti Jemat
4 Newton 2
Kehadapan cikgu Daniel,
Nur Iman Nadea
4 Newton 4