TITAS by NUR AISYAH BINTI MANSOR

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam
Penemuan Batu Bersurat Terengganu adalah penting kerana ia merupakan teks perundangan Islam yang pertama. Menurut catatan Batu Bersurat ini, Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi manakala pelaksanaan undang-undang Islam oleh Malika berlaku pada 22 Februari 1303M.  Pada batu bersurat tersebut, terdapat penerangan mengenai Allah dan Rasul, serta bukti bahawa sistem perundangan Islam adalah gabungan antara undang-undang adat Melayu dan Islam. Antar undang-undang Islam yang dinyatakan adalah yang membabitkan (1) mu'amalat- mengenai undang-undang keterangan, hutang, hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman dan (2) hukuman untuk pesalah zina. Batu bersurat ini menjadi monumen penting yang membawa kepada perkembangan Undang-undang Syariah di Malaysia kini.

Sejarah Perkembangan Islam di Nusantara
Pada akhir abad ke-15, Islam telah berkembang di Tanah Melayu, Brunei, Sumatera, Utara Borneo dan bahagian utara Pulau Jawa. Agama Islam turut disebarkan di Maluku dan Sulu. Terdapat pelbagai teori mengenai kedatangan dan penyebaran agama Islam di Nusantara dan teori-teori tersebut mengaitkan penyebaran Islam dengan kedatangan para pedagang dari kawasan yang berbeza. Namun, bukti awal yang menunjukkan kedatangan dan penyebaran agama Islam di Nusantara hanya bergantung kepada penemuan batu nisan serta bukti-bukti lain yang berada di rantau ini. Sebagai contoh ialah batu nisan yang ditemui di Champa pada awal abad ke-11M, Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 M dan batu nisan di Gresik, Jawa bertarikh pada akhir abad ke-11M. Contoh lain ialah rekod penempatan orang Islam di Majapahit, pengislaman raja Pasai pada tahun 1282 dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu.

Hubungan dan Jalinan Diplomatik dengan Negara Sekitar
Hubungan diplomatik dengan negara sekitar dapat dikesan dalam sejarah penemuan Batu Bersurat Terengganu iaitu pada tahun 1922, H.S. Peterson (Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu) telah menggunakan khidmat seorang jurufoto berbangsa Jepun, N. Suzuki untuk mengambil gambar batu bersurat tersebut dan kemudiannya dihantar kepada C.O. Blegden untuk pembacaan. Seterusnya, pada tahun 1923, Muzium Singapura meminjam batu bersurat ini sementara menunggu Muzium Negara di Kuala Lumpur untuk siap dibina. Batu bersurat ini kemudiannya dikembalikan setelah Muzium Negara siap dibina. Interaksi sebegini telah menunjukkan bahawa berlakunya hubungan dan jalinan diplomatik antara negara-negara Asia Tenggara.