COCU 2: OFFICE FINANCE HANDLING by Rosel

PENGENALAN LAPORAN KEWANGAN PEJABAT
Laporan Kewangan (atau Penyata Kewangan) bermaksud memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan dalam jangka pendek dan jangka panjang bagi sesuatu perniagaan.

Penyediaan laporan kewangan Sektor Kerajaan akan disediakan setiap tahun oleh Akauntan Negara Malaysia mengikut kehendak Seksyen 16 (1) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61).

Sektor Swasta pula, pegawai yang dilantik dari setiap Unit Kewangan dalam setiap bahagian dalam organisasi tersebut adalah bertanggungjawab untuk menyediakan laporan kewangan tersebut.

Laporan Kewangan sektor biasanya disediakan oleh akauntan yang bertauliah dan berpengalaman agar laporan kewangan mengikut standard yang telah ditetapkan.

Pada fasa ini, usahawan boleh memilih untuk mengambil staff bahagian kewangan ataupun "outsource" pada pihak luar untuk sediakan.

Proses audit diuruskan oleh juruaudit. Mereka ini terdiri daripada akauntan bertauliah, berpengalaman dan berlesen dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Tujuan laporan kewangan disediakan adalah untuk memenuhi kehendak undang-undang dan memberikan maklumat mengenai kedudukan kewangan, prestasi kewangan dan perubahan dalam kedudukan kewangan.

Penyata kewangan digunakan oleh pemangku kepentingan yang berbeza termasuk pengurusan entiti, pemegang saham, pelabur, kakitangan, pelanggan utama, pembekal utama, pihak berkuasa kerajaan, bursa saham dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan.

JENIS-JENIS RINGKASAN LAPORAN KEWANGAN PEJABAT
Langkah pertama dalam kitaran perakaunan adalah mengumpulkan dokumentasi kewangan seperti penerimaan penjualan, invois, penyata bank dan dihantar ke jabatan perakaunan untuk diproses.

Dalam sektor Kerajaan, laporan kewangan merujuk kepada satu dokumen rekod yang formal berkenaan dengan dana dan perbelanjaan mengikut prinsip-prinsip perakaunan yang standard berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan (BBP).

Dalam sektor Swasta, laporan kewangan merujuk kepada satu bentuk rekod yang formal berkenaan dengan kegiatan-kegiatan dalam sesebuah perniagaan atau perbelanjaan.

EMPAT (4) JENIS RINGKASAN LAPORAN KEWANGAN
1) Penyata Pendapatan

Berkait dengan segala jenis hasil atau pendapatan dan perbelanjaan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan yang melibatkan urusniaga.

Hasil adalah segala perolehan daripada barang atau perkhidmatan dalam perniagaan. Hasil boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

Hasil Kendalikan Perniagaan - Jualan & Hasil Perkhidmatan.

Hasil Bukan Kendalian Perniagaan - Faedah Diterima & Sewa Diterima.

Belanja adalah segala kos atau pembayaran dalam memperoleh hasil tersebut. Belanja boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

Belanja Operasi - Belian barang untuk menghasilkan produk & utiliti.

Belanja bukan Operasi - Faedah atas overdraf, kerosakan aset perniagaan akibat banjir.

2) Penyata Ekuiti Pemilik

Penyata kewangan yang mengandungi perubahan modal pemegang saham (yang mencerminkan penambahan dan pengurangan ekuiti disebabkan oleh urusniaga perniagaan) entiti dalam jangka masa tertentu.

Apabila syarikat memperoleh keuntungan, ia akan meningkatkan ekuiti pemilik dan apabila syarikat membuat kerugian, ia akan menghilangkan ekuiti pemiliknya.

Untuk mengetahui jumlah ekuiti yang diperolehi ole sesebuah perniagaan, keuntungan membolehkan ekuiti pemilik bertambah dan sebaliknya berlaku jika terdapatnya kerugian dalam sesuatu tempoh perakaunan. Pengiraanya adalah seperti berikut:

Bagi pembukaan ekuiti pemilik:

+Pendapatan yang diperoleh dalam tempoh tersebut.
- Kerugian yang ditanggung dalam tempoh tersebut.
+ Sumbangan pemilik dalam tempoh tersebut.
- Pemilik membuat cabutan dalam tempoh tersebut.
= Menamatkan baki modal.

3) Kunci Kira-Kira

Satu bentuk penyata yang disediakan bagi menunjukkan keadaan kewangan perniagaan, iaitu baki-baki aset, modal dan liabiliti pada sesuatu tempoh perakaunan.

Ia terdiri daripada aset tetap, aset semasa, liabiliti jangka panjang, liabiliti semasa & ekuiti pemilik berdasarkan kepada persamaan perakaunan. Pengiraannya adalah:

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK
i. Aset tetap seperti kenderaan untuk perniagaan & bangunan pejabat.
ii. Aset semasa pula ianya adalah tunai di tangan & penghutang.
iii. Liabiliti terbahagi kepada dua iaitu:

-Liabiliti jangka panjang adalah pinjaman bank &  pinjaman bercagar.

-Liabiliti semasa adalah pemiutang & belanja terakru.
iv. Ekuiti pemilik adalah modal yang disumbang oleh setiap rakan kongsi perniagaan.

4) Penyata Aliran Tunai

Merupakan sebuah penyata berkenaan dengan segala jenis penerimaan dan pembayaran secara tunai yang berlaku dalam sesuatu tempoh perakaunan.

Ia juga melaporkan alliran tunai masuk bersih dan aliran tunai keluar bersih bagi setiap aktiviti perniagaan secara menyeluruh.

Membolehkan pihak pemilik untuk membuat dan menilai keputusan-keputusan yang sewajarnya, menentukan kemampuan untuk membayar dividen kepada pemegang saham, keupayaan untuk membayar faedah kepada para pembiaya.

Terdapat tiga (3) elemen penting dalam penyata aliran tunai iaitu:

Aktiviti operasi

Menunjukkan aliran tunai daripada urusniaga dalam sesuatu tempoh perakaunan yang memberi kesan kepada pendapatan bersih.

Aktiviti pelaburan

Menunjukkan aliran tunai daripada urusniaga dalam sesuatu tempoh perakaunan yang memberi kesan kepada aset semasa dan pelaburan.

Aktiviti pembiayaan

Menunjukkan aliran tunai daripada urusniaga dalam sesuatu tempoh perakaunan yang memberi kesan kepada ekuiti dan hutang perniagaan.

PROSEDUR PENYEDIAAN RINGKASAN LAPORAN KEWANGAN
Mengikut perundangan semasa setiap organisasi atau perusahaan (perniagaan) diwajibkan menyediakan laporan kewangan atau penyata kewangan yang memaparkan hasil aktiviti syarikat atau jabatan untuk setiap tahun.

Prosedur penyediaan ringkasan laporan kewangan adalah seperti berikut:

Mengenalpasti peristiwa bisnes dan mengumpulkan dokumen yang berkaitan transaksi bisnes.

Antara dokumen diperlukan adalah seperti penyata bank, invois jualan, invois belian, sebarang tuntutan samada dari staff atau pengarah, surat perjanjian seperti sewan bangunan dan lain-lain dokumen berkaitan bisnes.

Dokumen ini dikumpulkan, dikelaskan dan difailkan mengikut kaedah tertentu bersesuaian dengan jenis perniagaan dan mengikut tahun kewangan bisnes.

Merekod maklumat yang terdapat dari dokumen perniagaan berkenaan ke dalam sistem.

Sistem ini boleh terdiri daripada cara manual mahupun sistem yang automatik.

Setelah dimasukkan ke dalam sistem, penyedia perlu buat penyata penyesuaian bank agar semua maklumat yang dimasukkan "tally" dengan penyata bank dan dipastikan semua maklumat telah dimasukkan.

Ringkasan Proses Audit adalah seperti berikut:

Membuat lantikan juruaudit yang akan meneruskan proses audit ke atas laporan kewangan yang telah disediakan.

Dokumen lantikan ini akan disediakan oleh Setiausaha Syarikat yang dia di tandatangani oleh salah seorang dari pengarah syarikat.

Sekiranya proses audit ini adalah untuk kali kedua dan seterusnya dan bertukar juruaudit, perlu dapatkan pelepasan professional dari juruaudit lama.

Proses seterusnya adalah memeriksa laporan kewangan yang disediakan. Angka serta kaedah merekod mengikut piawaian yang ditetapkan. Pada fasa ini sampel dokumen diambil dan dibuat ujian.

Beberapa pengesahan dibuat antaranya bank, pengesahan tunai, stok, penghutang, pemiutang dan lain-lain. Setelah sempurna proses ini dijalankan baru penyediaan laporan kewangan audit dibuat. Draft pertama disediakan oleh juruaudit dan disembahkan kepada pelanggan untuk disemak dan mendapat persetujuan.

Setelah mendapat persetujuan, juruaudit akan menandatangani laporan kewangan beraudit yang disediakan. Tugas setiausaha syarikat akan menyerak simpan laporan kewangan beraudit berkenaan kepada pihak SSM dan pihak agen cukai akan membuat kiraan cukai pula untuk diserah simpan kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Prosedur bagi mewujudkan dan membuat pengiraan laporan kewangan adalah seperti berikut:

Kunci Kira-Kira

Mulakan dengan memaparkan aset dalam kunci kira-kira. Aset mewakili dana yang dipegang oleh perusahaan semasa tempoh pelaporan. Aset perusahaan dibahagikan kepada semasa dan tidak boleh dirunding. Aset semasa termasuk tunai dan aset lain yang bertujuan untuk dijual dan digunakan semasa kitaran operasi atau untuk tempoh satu (1) tahun dari tarikh kunci kira-kira.

Aset-aset seperti akaun belum terima, saham, nota janji hutang, pelaburan kewangan, wang tunai dan aset lain harus dimasukkan ke dalam bahagian aset semasa

Liabiliti

Isikan bahagian "Liabiliti" dalam lembaran imbangan.

Tanggungan yang wujud daripada transaksi pembelian secara kredit, mendapatkan perkhidmatan secara kredit, lebihan penerimaan atau pembiayaan/pinjaman kewangan.

Terdiri daripada orang perseorangan (pemiutang), atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit atau pinjaman.

Pemiutang yang muncul daripada urusan pembelian barangan dan perkhidmatan secara kredit atau sebab-sebab yang lain dalam operasi biasa entiti dikenali sebagai Akaun Belum Bayar (ABB).

Boleh dikelaskan kepada liabiliti semasa (jangka pendek) dan liabiliti bukan semasa (jangka panjang).

Ekuiti

Merupakan hutang pihak perniagaan kepada pemiliknya kerana meminjamkan wang sebagai modal permulaan. Sumber ekuiti pemilik juga bergantung kepada bentuk organisasi pekerjaan.

Pada fasa ini, adalah perlu untuk mengisi seksyen tersebut seperti:

Modal dibenarkan & modal saham

Modal tambahan dilaburkan

Modal tambahan lain

Modal rizab

Modal tidak dibayar

Modal ditarik balik

Keuntungan dan Kerugian

Menggambarkan perakaunan keuntungan dan kerugian sesebuah organisasi. Cara pengiraanya adalah, jumlahkan keuntungan kasar dan bersih organisasi.

Keuntungan kasar dikira sebagai perbezaan di antara jumlah jualan produk dan kosnya.

Keuntungan bersih boleh dikira dengan menentukan jumlah perbezaan antara kasar dan perbelanjaan aktiviti lain.

MENGHASILKAN RINGKASAN LAPORAN KEWANGAN
Laporan Kewangan (atau Penyata Kewangan) adalah satu set petunjuk perakaunan tertentu, yang dicerminkan dalam bentuk jadual yang menggambarkan pergerakan harta, liabiliti dan kedudukan kewangan syarikat semasa tempoh pelaporan.

Laporan ini merangkumi skim data mengenai keadaan kewangan organisasi, hasil aktiviti, serta perubahan kedudukan kewangannya.

Format dan langkah-langkah bagi menghasilkan laporan kewangan adalah seperti berikut:

Penyediaan Muka Hadapan Laporan

Logo, nama organisasi, tajuk dan tarikh.

Perakuan Laporan

Perakuan laporan mengikut akta yang ditandatangani oleh pengerusi, setiausaha dan bendahari.

Penyediaan Kunci Kira-Kira

Pengiraan Kunci Kira-Kira yang melibatkan Aset Tetap, Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

Penyediaan Akaun Pembahagian Keuntungan

Pengiraan akaun pembahagian keuntungan yang melibatkan keuntungan bersih tahun semasa dan keuntungan terkumpul pada akhir tahun.

Penyediaan Akaun Untung Rugi.

Pengiraan akaun untung rugi yang melibatkan pendapatan daripada aktiviti dan perbelanjaan daripada aktiviti (Aktiviti : kontrak bekalan / perkhidmatan kerja)

Penyediaan Kerja

Penyediaan Nota kepad akaun yang melibatkan dasar-dasar perakaunan, aset tetap, stok bekalan, perbelanjaan prabayar, sewaan, deposit, akaun simpanan tetap, wang di bank/tangan, penghutang/pemiutang kumpulan wang sumbangan dan pelbagai perbelanjaan.