TITAS TAMADUN ISLAM MINGGU 4 AKTIVITI 4.1 by Siti Salbiah

Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam.
Batu Bersurat Terengganu dianggarkan berusia 700 tahun dengan ukiran paling tua dan bertulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu Bukhori di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu.

Pada zaman kesultanan Melayu, undang-undang yang dilaksanakan oleh institusi keadilan ialah undang-undang Islam dalam segala aspek walaupun institusi keadilan tidak dinamakan sebagai mahkamah Syariah. Pelaksanaan undang-undang Islam dan kehakiman Syariah di negara ini telah dimulakan pada abad ke-14. Teori ini adalah berasaskan kepada penemuan Batu Bersurat Terengganu yang merupakan teks perundangan Islam pertama yang ditulis di negara ini pada tahun 1898. Penemuan Batu Bersurat itu adalah penting kepada sejarah perkembangan perundangan Syariah di negara ini kerana ia mengandungi catatan mengenai undang-undang Islam yang dilaksanakan di Terengganu ketika itu.

Kemuncak dan kegemilangan pelaksanaan perundangan Syariah di negara ini berlaku semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka berikutan pengislaman Parameswara dan penduduk Melaka pada awal abad ke-15. Pada peringkat awal pelaksanaannya, undang-undang Islam telah dibuat atas nasihat para fuqaha dan dikuatkuasakan menerusi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah. Terdapat dua teks undang-undang Islam utama semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Undang-Undang Melaka (Risalat Hukum Kanun) dan Undang-Undang Laut Melaka yang dipercayai digubal berdasarkan Adat Temenggung, mazhab Shafie dan pengaruh adat Melayu.

Pada zaman kegemilangan Melaka, perdagangan berlaku dengan pesat dan agama islam telah disebarkan melalui pedagang-pedagang dari Gujerat, Indonesia dan lain-lain dari setiap negara islam. Islam telah didedahkan melalui perkahwinan, perdagangan, dan kelas-kelas agama yang dijalankan di masjid atau madrasah pada masa itu.

Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Batu Bersurat Terengganu dianggarkan berusia 700 tahun dengan ukiran paling tua dan bertulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu Bukhori di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu.

Kebanyakan sejarawan berpendapat Islam mula bertapak di Nusantara sekitar abad ke-7 atau ke-8 M, dan disebarkan oleh para mubaligh ketika aktiviti perdagangan dijalankan. Islam tidak datang begitu sahaja kerana pengaruh persekitaran akan dibawa bersama oleh mubaligh ini misalnya dari China, akan membawa konsep seni dan budaya daripada China. Teori kedatangan Islam di Nusantara tidak boleh ditentukan oleh unsur dalaman sahaja kerana unsur luaran turut memainkan peranan penting dalam menentukan ketepatan teori awal kedatangan Islam di Nusantara.

Aspek dalaman merujuk kepada amalan yang diamalkan paling dominan dipengaruhi oleh unsur dari China, India atau Arab manakala unsur luaran seperti seni pertukangan, tulisan, jumpaan artifak, tapak arkeologi dan sebagainya.

Dengan penemuan Batu Bersurat di Terengganu, ini dapat dirumuskan bahawa Islam telah bertapak di Tanah Melayu sejak 1303 sebelum Masihi. Faktor utama yang menjadi pendorong kepada perkembangan Islam di Nusantara adalah faktor pelayaran. Ramai pelayar dari luar negeri telah belajar dan singgah di Tanah Melayu terutama di Terengganu kerana kedudukan geografi yang strategik dari angin monsun barat daya.

Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar
Parameswara telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan Kerajaan China sebagai langkah keselamatannegeri Melaka. Melaka memiliki hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara China.Kerajaan Ming di bawah pemerintahan Maharaja Yung Lo telah mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka.Hubungan ini menyebabkan kerajaan Siam dan Srivijaya tidak berani mengugat Melaka. Di bawah perlindungan Ming, Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat Semenanjung Melayu yang tidak dapat digugatkan oleh Majapahit dan Ayutthiya.

Hubungan diplomatik antara Melaka dan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng 🤬 pada tahun 1405 dan 1409.Parameswara memohon perlindungan dari China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka. Melaka juga menghantar utusan ke China.

Pada tahun 1414, Parameswara mangkat dan digantikan oleh Sultan Mahkota Iskandar Syah. Hubungan China-Melaka terus terjalin apabila Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po, anak maharaja China dan bermulalah kehadiran masyarakat imigran di Semenanjung Tanah Melayu.Persahabatan Melaka-China bertambah erat,tetapi pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah,Kerajaan Melaka bertambah kuat dan Melaka berjaya menewaskan serangan Siam di Muar dan di Batu Pahat tanpa bantuan dari Kerajaan China. Hubungan Melaka dan China terus renggang apabila Kerajaan China mengamalkan dasar tutup pintu pada abad ke 15.