AKTIVITI 4.1 APLIKASI PADLET (KONSEP, SUMBER DAN SUMBANGAN) by Nur Liana Nawawi

HUBUNGAN DAN JALINAN DIPLOMATIK DENGAN NEGARA SEKITAR
Hubungan perdagangan dan diplomatik yang dijalinkan oleh Sultan Melaka, Parameswara dengan Maharaja China Yung Lo pada 28 Oktober 1403 merupakan perhubungan dengan negara luar pertama pernah dibuat oleh seorang Sultan di Tanah Melayu. Laksamana Ying Ching yang diutuskan oleh Maharaja Yung Lo dari Dinasti Ming menjadi pengutus yang bertanggungjawab membuat persetujuan perdagangan dua hala itu. Catatan sejarah menyebut Parameswara Sultan Iskandar Syah merasa perlu menjalinkan persahabatan dengan negeri China yang terkenal dengan kuasa besarnya bagi menggelakkan negeri Melaka dari serangan negeri-negeri yang berhampiran. Sultan Melaka sendiri telah meminta negeri China menjadi penaungnya. Oleh itu, Melaka aman dari sebarang ancaman, terutama Siam. Perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Hang Li Po merupakan perkahwinan campur di negeri Melaka. Ia telah melahirkan suku kaum yang ada pada hari ini dikenali sebagai Bapa Melaka yang kebanyakannya beragama Islam.

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA
Pertemuan Batu Bersurat di Terengganu dapat dikaitkan dengan perkembangan islam di Nusantara.Sejarah masuknya Islam ialah melalui kegiatan pelayaran.Hubungan antara Indonesia dengan para pedagang muslim Gujarat,Arap,Persia telah membawa pengaruh besar.Para pedagang tersebut selain memegang peranan penting dalam memperkenalkan islam malah mereka juga berperanan untuk menyebarkan islam ke seluruh negara.Pada awal abad ke-13, wujudlah perkampungan masyarakat muslim d persisir samudra,kurang dari 15 km dari Ihoksemawe.Penemuan batu nisan Sultan Malik Al-Saleh , yang meninggal 696H/1297 Masihi telah membuktikan bahawa pemerintahan bercorak  islam telah dilaksanakan.

HUBUNG KAIT DENGAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM
Undang-undang syariah ialah undang-undang berdasarkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Kedatangan Islam di Tanah Melayu pada zaman dahulu dapat dilihat dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang membuktikan Islam telah tiba ke Terengganu pada 1303 sebelum Masihi. Batu Bersurat Terengganu bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah dan menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang dan dijalankan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri. Contohnya, mengendalikan kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan, urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka. Kerajaan Melayu Melaka misalnya, mempunyai undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-undang syariah dan undang-undang adat iaitu Hukum Kanun Melaka yang digubal oleh Sultan Alaudin Riayat Syah.

SEJARAH PENEMUAN BATU BERSURAT
Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi yang pertama ditemui di Malaysia. Penemuan ini telah membuktikan bahawa agama Islam tiba ke Terengganu sebelum 1326 atau1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887.

Fakta penemuan Batu Bersurat Terengganu bermula apabila saudagar Arab yang bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara idak sengaja menjumpai sebuti batu bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu selepas berlakunya banjir. Batu bersurat ini dijumpai di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas untuk membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu ini menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat serta pemerintah di Terengganu sejak sekian lamanya. Pada masa yang sama, agama rasmi di Terengganu adalah agama Islam.

Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sesampainya di Kuala Terengganu, batu ini telah dipersembahkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan di atas Bukit Puteri.

Pada tahun 1922, Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun mengambil gambar batu bersurat ini dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah atasnya dan ditulis dalam Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi bertarikh 702 Hijrah.

Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium  Negara di Kuala Lumpur  siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

GAMBAR BATU BERSURAT (SUMBER DARIPADA PIHAK MUZIUM NEGERI TERENGGANU)