Our class gratitude board by ZAFRI AZMI

Refleksi Terhadap Projek eBook yang Dipertingkatkan oleh AI
Bagaimanakah anda menggunakan alatan AI semasa penciptaan eBook (cth., untuk penjanaan kandungan, reka bentuk atau multimedia)?

Apakah pengalaman keseluruhan anda menggunakan alatan AI dalam projek?

Adakah anda menghadapi sebarang isu atau cabaran semasa menggunakan alatan AI?

Bagaimanakah anda memilih media (teks, imej, audio, video) untuk eBook anda dan apakah faktor yang mempengaruhi pilihan anda?

Bagaimanakah anda mengesahkan dan meningkatkan kandungan yang dijana AI?

Apakah yang anda pelajari daripada menggunakan alatan AI dalam projek ini, dan bagaimana ia boleh mempengaruhi penggunaan AI pada masa hadapan anda dalam tetapan pendidikan?

MUHAMMAD ZAFRI AZMI (215933)
Saya dan rakan saya menggunakan Canva, Assemblr Studio, Nearpod dan Wordwall untuk mereka bentuk kandungan terhadap projek pengajaran Sajak Hikayat Sang Gembala Kuda (Hikayat SAGEDA). Kami menggunakan Canva untuk menghasilkan latar belakang terhadap eBook kami. Canva ini memiliki fitur-fitur yang menarik untuk mencipta latar belakang yang mantap. Selain itu, Assemblr Studio digunakan untuk menghasilkan bahan berasaskan Augmented Reality (AR) yang mana kami ingin murid merasai pengalaman yang terbaik dalam sesi PdPc. Contohnya, murid dapat melihat karakter maya pada dunia nyata dalam bentuk 3 dimensi. Bagi Nearpod dan Wordwall pula digunakan untuk menghasilkan soalan-soalan berkaitan dengan sajak yang diajar. Contohnya, persoalan berkaitan latar, tema, persoalan terhadap sajak tersebut. Nearpod dan Wordwall ini dihasilkan untuk menarik perhatian murid untuk menjawab soalan yang ditanya berdasarkan soalan kerana ia merupakan salah satu pembelajaran berasaskan permainan (game based learning.

Grafik AI seperti dalam Assemblr Studio  dan Canva memudahkan penghasilan visual yang menarik tanpa memerlukan kemahiran reka bentuk profesional. Alatan AI ini boleh mencadangkan sudut pandang atau pendekatan yang mungkin tidak terfikir sebelumnya, menambah elemen kreativiti dalam projek kami ini. Contohnya, Canva membantu dalam mencipta reka bentuk estetika untuk bahagian projek seperti muka depan dan halaman-halaman dalam eBook. Dengan alatan AI ini juga boleh menyelaraskan kerja antara rakan saya yang lain. Contohnya dengan membahagikan tugas masing-masing di samping kami membantu antara satu sama lain.

Ya, terdapat beberapa isu dan cabaran yang sering dihadapi semasa menggunakan alatan AI, terutamanya dalam projek seperti pembangunan eBook ini. Antaranya adalah kandungan yang dijana oleh AI mungkin kehilangan sentuhan peribadi atau keunikan kerana ia berdasarkan data umum. Ia sukar untuk memastikan projek mencerminkan idea atau personaliti individu jika terlalu bergantung kepada output AI. Jadi penggunaan saya dan rakan saya perlu menjadikan AI hanya sebagai alat bantuan, dan tambahkan elemen kreativiti manusia dalam hasil akhir. Kadangkala, alatan AI seperti Canva, Assemblr Studio, Nearpod dan Wordwall menghadapi had teknikal seperti kegagalan memahami arahan kompleks atau menghasilkan output yang tidak konsisten. Hal ini akan membazirkan masa apabila output AI tidak sesuai dan memerlukan permintaan semula atau penjelasan tambahan. Jadi, saya dan rakan saya perlu memastikan arahan yang diberikan kepada AI jelas, spesifik, dan terperinci.

Pemilihan media seperti Canva, Assemblr Studio, Nearpod dan Wordwall untuk eBook kami adalah bergantung kepada beberapa faktor utama seperti kesesuaian bahan terhadap kandungan, latar belakang murid, dan tujuan projek dilaksanakan. Teks yang digunakan dalam Canva sangat jelas dan menarik supaya penjelasan terhadap teks mudah difahami oleh murid dan imej yang menarik untuk meningkatkan visual dan menyampaikan mesej dengan cepat. Selain itu, audio digunakan untuk elemen interaktif seperti video untuk demonstrasi atau perbincangan terhadap topik iaitu Sajak Hikayat Sang Gembala Kuda. Faktor seperti kesesuaian bahan, kualiti dan hak cipta mempengaruhi keputusan ini. Selain itu, kemampuan platform penerbitan, pengalaman kami sendiri, serta keterbatasan sumber seperti masa dan kos turut diambil kira bagi memastikan media yang kami pilih dapat menjadikan eBook kami ini menarik, mudah difahami, dan berkesan supaya murid jelas akan mesej yang ingin disampaikan.

Untuk mengesahkan dan meningkatkan kandungan yang dijana AI, kami menyemak fakta terlebih dahulu dengan menggunakan sumber yang sah dan memastikan kandungan sesuai dengan murid melalui penyesuaian gaya dan konteks, serta tambahkan nilai kreatif seperti idea asli atau perspektif unik. Kami memerhati etika dan hak cipta untuk mengelakkan isu undang-undang dan plagiarisme serta kami lakukan ujian bacaan untuk memastikan kandungan mudah difahami. Kami menggunakan alat tambahan seperti pemeriksa tatabahasa seperti kamus dewan, plagiarisme, dan fakta untuk memperbaiki kualiti. Contohnya, kami penggunakan laman web PRPM untuk menyemak maksud sesuatu perkataan supaya kosa kata yang digunakan adalah tepat mengikut disiplin semantik yang telah ditetapkan. Akhir sekali, lakukan semakan berulang dan dapatkan maklum balas daripada rakan yang selain daripada ahli kumpulan bagi memastikan kandungan memenuhi standard yang diinginkan.

Penggunaan alatan AI dalam projek eBook ini memberikan pelbagai pelajaran yang dapat dimanfaatkan dalam pendidikan pada masa hadapan. Pertama, AI adalah alat yang sangat berkuasa untuk menjana kandungan, menjimatkan masa, dan membantu menjelaskan konsep dengan lebih jelas. Ia memperlihatkan potensi besar dalam mempersonalisasikan pembelajaran seperti menyediakan bahan yang disesuaikan dengan keperluan murid. Namun, AI juga mempunyai batasan, seperti risiko ketidaktepatan fakta dan kekurangan kreativiti yang memerlukan semakan dan penyuntingan manusia. Pengalaman ini juga menekankan kepentingan memahami etika dalam penggunaan AI, seperti mematuhi hak cipta dan memastikan hasilnya sesuai untuk audiens. Pada masa hadapan, AI boleh digunakan untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang lebih inovatif, seperti mencipta kandungan interaktif, memantau kemajuan pelajar, atau menyediakan maklum balas segera. Namun, pendidik perlu terus melibatkan pemikiran kritis dan kreativiti untuk memastikan AI digunakan sebagai alat bantu dan bukan pengganti guru dalam pendidikan.

NADZRUL HAZIQ BIN SHAHRUL NIZAM (215979)
- Bagaimanakah anda menggunakan alatan AI semasa penciptaan eBook (cth., untuk penjanaan kandungan, reka bentuk atau multimedia)?

Perkara pertama yang saya lakukan sebelum menggunakan alatan AI adalah menyenaraikan dahulu isi kandungan yang diperlukan dalam e-book. Apabila, kita menyenaraikan kandungan-kandungan itu, kita dapat mengenal pasti alatan AI mana yang bersesuaian untuk digunakan. Misalnya, tajuk e-book saya adalah tentang Sajak Sang Gembala Kuda. Maka, saya perlukan aplikasi canva untuk mereka bentuk muka hadapan yang sesuai untuk menarik perhatian pembaca. Daripada situlah, ia memudahkan saya untuk mereka bentuk bahan digital dalam bentuk yang diinginkan.

-Apakah pengalaman keseluruhan anda menggunakan alatan AI dalam projek?

Pengalaman saya menggunakan alatan AI dalam projek ini sedikit sebanyak telah membantu saya untuk memikirkan lebih banyak bahan inovasi yang menarik. Misalnya, penggunaan kod QR dan aplikasi assemblr yang membantu pelajar untuk merasai pengalaman sebenar dalam alam maya. Kesannya, pembelajaran dilihat lebih menarik dan berkesan.

- Adakah anda menghadapi sebarang isu atau cabaran semasa menggunakan alatan AI?

Sudah semestinya saya menghadapi cabaran semasa menggunakan alatan AI ini misalnya dalam penghasilan muka depan e-book di dalam canva memerlukan penerangan yang jelas supaya gambar yang dihasilkan itu sama seperti apa yang diinginkan. Saya memerlukan sekurang-kurangnya 20 kali percubaan ketika menggunakan dream lab dalam canva untuk mendapatkan imej yang saya mahukan. Di situ sahaja saya sudah menghabiskan masa selama 1 jam untuk mendapatkan gambar yang saya inginkan. Alhadmulillah, akhirnya saya berjaya juga menghasilkan muka depan e-book Sajak Sang Gembala Kuda.

- Bagaimanakah anda memilih media (teks, imej, audio, video) untuk eBook anda dan apakah faktor yang mempengaruhi pilihan anda?

Pertamanya, kita perlu tahu bahawasanya sasaran murid bagi e-book yang dihasilkan adalah tingkatan 4, maka unsur visual yang digunakan mestilah bersesuaian dengan murid. Sebagai cantoh, dalam e-book ini saya memilih visual kartun yang tidak terlalu kanak-kanak tetapi sesuai dengan peringkat umur mereka. Kemudian, dalam e-book ini juga terdapat sebuah kisah yang telah dihasilkan menggunakan elemen animasi yang berkisar tentang sang gembala kuda. Kisah- kisah ini dibina daripada maksud setiap rangkap dalam sajak untuk memberi kefahahaman kepada murid. Terdapat juga unsur audio dan bunyi untuk menarik perhatian murid.

-Bagaimanakah anda mengesahkan dan meningkatkan kandungan yang dijana AI?

Salah satu cara saya mengesahkan sesuatu aplikasi yang dijana AI adalah menerusi kelas amali teknologi pendidikan. Hal ini disebabkan menerusi kelas amali, saya memperolehi banyak alatan AI yang boleh digunakan dalam pengajaran. Misalnya, saya baru tahu dalam canva macam2 alatan AI yang boleh digunakan seperti dream lab yang berfungsi sebagai alat penghasilan imej mengikut cita rasa pengguna. Impaknya, pelbagai idea boleh dijana menerusi alatan ini.

-Apakah yang anda pelajari daripada menggunakan alatan AI dalam projek ini, dan bagaimana ia boleh mempengaruhi penggunaan AI pada masa hadapan anda dalam tetapan pendidikan.

Saya mempelajari banyak perkara semasa menggunakan alatan AI ini. Hal ini dikatakan demikian kerana AI bukan sahaja dikenali sebagai penjanaan imej malah sebagai penjanaan idea inovasi untuk pengajaran guru pada masa hadapan. Selain itu, AI ini juga dilihat sebagai sumber penarik guru kepada murid dalam pengajaran kerana elemen-elemen yang ada dalam AI membawa murid merasai pengalaman yang tidak pernah dirasai di alam realiti. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa AI dapat membawa perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

4) Untuk eBook kami, kami memilih media seperti Canva, Assemblr Studio, Nearpod dan Wordwall berdasarkan beberapa pertimbangan penting. Ini termasuk sama ada bahan sesuai dengan kandungan, latar belakang pelajar dan objektif projek. Teks yang digunakan dalam Canva sangat jelas dan menarik, menjadikannya mudah untuk pelajar memahami penjelasan teks. Selain itu, imej yang menarik digunakan untuk meningkatkan visual dan menyampaikan mesej dengan cepat. Audio juga digunakan untuk komponen interaktif, seperti video demonstrasi atau perbincangan tentang subjek, seperti Sajak Hikayat Sang Gembala Kuda. Keputusan ini dipengaruhi oleh perkara seperti hak cipta, kualiti dan kesesuaian bahan. Selain itu, untuk memastikan eBook kami ini menarik, mudah difahami, dan berkesan, kami mengambil kira keupayaan platform penerbitan, pengalaman kami sendiri, dan keterbatasan sumber seperti masa dan perbelanjaan.

5) Untuk mengesahkan dan meningkatkan kandungan yang dihasilkan oleh AI, kami menggunakan sumber yang sah untuk mengesahkan fakta. Kami juga memastikan kandungan itu sesuai dengan murid dengan mengubah suai gaya dan konteksnya, dan memasukkan nilai kreatif seperti idea asli atau perspektif unik. Kami menjalankan pemeriksaan etika dan hak cipta untuk mengelak daripada plagiarisme dan isu undang-undang. Selain itu, kami menjalankan ujian untuk memastikan kandungan mudah difahami. Untuk meningkatkan kualiti, kami menggunakan pemeriksa tatabahasa seperti fakta, kamus dewan, dan plagiarisme. Sebagai contoh, kami menggunakan laman web PRPM untuk mengetahui maksud perkataan tertentu. Ini memastikan bahawa kosa kata yang kami gunakan mematuhi disiplin semantik yang telah ditetapkan. Akhir sekali, lakukan semakan berulang dan dapatkan maklum balas daripada rakan bukan ahli untuk memastikan kandungan memenuhi piawaian.

6) Pelbagai pelajaran yang diberikan oleh alat AI yang digunakan dalam projek eBook ini boleh digunakan pada masa hadapan dalam pendidikan. Pertama sekali, kecerdasan buatan adalah alat yang sangat berkesan untuk menghasilkan kandungan, menjimatkan masa, dan memberikan penjelasan konsep yang lebih jelas. Ia menunjukkan potensi besar untuk mempersonalisasikan pembelajaran, seperti menyediakan bahan yang direka untuk memenuhi keperluan pelajar. Walau bagaimanapun, AI mempunyai beberapa kelemahan, termasuk kemungkinan fakta yang tidak tepat dan kekurangan kreativiti, yang memerlukan penyuntingan dan semakan manusia.Pengalaman ini menunjukkan betapa pentingnya untuk mengendalikan AI dengan cara yang betul, seperti menghormati hak cipta dan memastikan hasilnya sesuai dengan audiens. Pada masa hadapan, AI boleh digunakan untuk membantu pembelajaran dan pengajaran dengan cara yang lebih kreatif, seperti menyediakan maklum balas segera, memantau kemajuan pelajar, dan mencipta kandungan interaktif. Walau bagaimanapun, pendidik mesti mengekalkan penglibatan pemikiran kritis.