Bookmarks by AMANIE BINTI MOHD NASIR Moe

Soalan: Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan dasar luar negara secara aktif. Penentuan dasar luar negara ini tidak hanya bergantung kepada faktor persekitaran geostrategik semata-mata. Bincangkan.
1. Faktor persekitaran geostrategik
Malaysia – kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan negara spt Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.

Perairan Malaysia menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia.

Keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan negara

2. Faktor demografi
Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam (majoriti penduduk beragama Islam).

Tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel kerana dasar pencerobohan dan penindasan peribumi Palestin.

Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan.

Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehingga undang-undang aparteid dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan.

3. Faktor politik
Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depan berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.

Dasar luar negara – menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain.

Malaysia menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat

Berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam PBB bagi memelihara keamanan dunia.

Malaysia tegas dengan pendirian menyokong semua resolusi yang diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

4.  Faktor ekonomi
Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing digalakkan dari negara-negara Timur (Jepun dan Korea).

Pada masa yang sama Malaysia juga menjalin hubungan dengan negara-negara sedang membangun dan negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia dan mengadakan pelaburan di negara tersebut.

5. Faktor keselamatan negara
Kedudukan Malaysia yang strategik perlu diawasi daripada dicerobohi oleh anasir-anasir luar seperti lanun dan pengganas.
Oleh itu MAS perlu adakan hubungan baik dengan negara luar supaya dapat bersama-sama menentang pengganas.
Krisis dengan negara jiran : Konfrontasi, Singapura keluar Malaysia(1965), terputus hubungan Malaysia dengan Filipina.

Usaha dibuat untuk memelihara hubungan dengan negara jiran melalui perjanjian:-

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara(ASA)-1961 bersama-sama dengan Thailand dan Filipina

MAPHILINDO-1962 (Malaysia, Filipina,Indonesia)

ASEAN -1967(Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura)