AKTIVITI 4.1 : TAMADUN ISLAM by Siti Azeyana

Soalan 1 :Hubung kait dengan Undang-undang Syariah Islam.
Batu Bersurat Terengganu  ini mengandungi catatan-catana yang merangkumi pengisytiaran undang-undang Islam. Menurutu D.G.E Hal, perundangan Islam telah bertapak lebih daripadan seratus tahaun sebelumnya.  Terdapat keterangan tentang Allah dan Rasul, di samping bukti bahawa sisrem prundangan Islam berupa gabungan antara undang-undang adat dan islam. Ia membabitkan 9 atau 10 hukum dalam bidang (a) mu'amalat -tentang hutang piutang, undang-undang keterangan,hukuman kerana enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman dan (b) hukuman bagi kesalahan zina.Namun, begitu.sebahagian besar keterangan ini kurang lengkap dan agak kabur kerana kehilangan sebahagian besar serpihan
batu
sumber : http://repository.um.edu.my/635/1/06%20Batu%20Bersurat%20Terengganu.pdf

Soalan 2 : Sejarah perkembangan Islam di Nusantara
Nusantara ialah sepatah kata majmuk yang berasal daripada dua perkataan bahasa jawa kuno, iaitu nusa  (pulau) dan antara  (lain). Penggunaan kata ini sememangnya lebih tepat bagi negara kepulauan Melayu yang bertempat di antara dua lautan dan negara-negara lain. Dalam penggunaan bahasa moden, istilah "Nusantara" merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timur dan mungkin juga Taiwan, namun ia tidak melibatkan daerah Papua New Guinea.

Istilah padanan untuk "Nusantara" dalam bahasa Malaysia ialah Alam Melayu dan dalam bahasa Indonesia ialah "Nusantara" (kepulauan di antara), walaupun istilah ini kini juga digunakan secara meluas di Malaysia.

Proses Islamisasi masyarakat Nusantara boleh dibahagikan kepada empat fasa atau gelombang utama seperti berikut:
1. Gelombang Pertama :Abad 7-12 Masihi
2. Gelombang Kedua:Abad 13-17 Masihi
3.Gelombang Ketiga :Abad 18-19 Masihi
4.Gelombang Keempat: Abad 20-kini

Gelombang pertama merujuk kepada tempoh masa kedatangan awal di Nusantara dan fasa pengasasan dan penyebaran Islam di kawasan tertentu di Nusantara. Secara amanya, ramai daripada kalangan sarjana serantau mempercayai Islam telah tiba di Nusantara pada awal abad Islam lagi dan telah memainkan peranan yang besar dalam kehidupan masyarakat. Kedudukan Nusantara di tengah-tengah dari Timu dan Barat menjadikannya laluan perdaganga yang penting. Hubungan antara Nusantara dengan dunia luar telah wujud ribuan tahun lalu dalam aspek perdagangan. Contohnya, masyakarat Melayu telah membekalkan rempah-ratus dari Selatan China ke pasaran di Afrika dan Mediterracam.

Gelombang kedua memyaksikan perkembangan agama Islam lebih meluas dalam pengaruh pemerintahan dan kerajaan yang menerima Islam sebagai agama rasmi dana sebagai pusat penyebaran agama ini.
Sebagai  contoh, Kesultanan Samudera-Pasai. Rajanya, Meurah Silu yang juga dikenali sebagai Sultan Malik al-Salih, beserta rakyat telah memeluk agama Islam setelah mendapat serun dakwah daripada Syeikh Ismail dan rombonganya yang datang dari Mekah sekitar abad ketiga belas Mashi.

Gelombang ketiga melambangankan fasa pengukuhan pemahamana dan amalan Islam dalam kalangan masyarakat serantau. Menurut Naquib al-Attas(1969), tempoh masa mulai abad lapan belas Masihi sebagai fasa kesinambungan konversi fizikal dan penyempurnaan konversi jiwa atau intelektual berdasarkan pandangan hidup Islam. Ia juga melambangkan periode interaksi dengan pengaruh-pengaruh kebudayaan Barat di Nusantara. Dalam fasa ini juga, kebanyakan wilayah di Nusantara beada di bawah jajahan Barat. Mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan dasar kolonial.
Bahkan sewaktu kegemilangan Kesultanan Mataram yang di bawah pimpinan Sultan Agung(1613-1645 Masihi) telah melaksanakan hukum-hakam Islam termasuk qisas dan sebagaina dan telah berusaha untuk menawan Betawi yang menjadi pusat kepada Syarikat HIndia Timur Belanda(VOC). Walaupun tewas, Mataram menjadi simbol kekuatan Islam dan penduduk Jawa yang menentag hegemoni multak Belanda di pulau berkenaan.

Rujukan jurnal :http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/5366/1/Satu%20Milenium%20Islam%20di%20Nusantara%3B%20Tinjauan%20Sosio-Sejarah.pdf

Soalan 3:
Hubungan dan jalinan diplomatik dengan negara sekitar

Definisi diplomatik ialah hubungan yang terjalin antara dua atau lebih kerajaan yang mempunyai matlamat dan kepentingan bersama. Apabila misi dan visi kerajaan-kerajaan tersebut selari, maka hubungan diplomatik mudah terjalin.

Hubungan diplomatik telah lama wujud Nusantara terutamanya pada zaman pra-Islam.Menurut D.G.E(1966), menyatakan bahawa Empayar Funan merupakan kerajaan Melayu terbesar dan tertua di Semenanjung Indochina yang telah mengamalkan hubungan diplomatik.Pernyataan beliau telah dipersetujui oleh Mohd Jamil Mukmin (2011:71). Beliau berpendapat  bahawa kerajaan Melayu seperti Funan,Campa, Langkasuka dan Kedah Tua telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan beberapa kerajaan besar seperti China, Arab dan India. Faktor utama hubungan tersebut terjalin ialah untuk memperkembangkan lagi aktiviti perdagangan, mengukuhkan agama Hindu-Buddha dan meluaskan pengaruh politk.Kesannya, kerajaan Melaytu tersebut menjadikan antara kerajaan Melayu yang kukuh dari segi pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.

Rujukan jurnal:
file:///C:/Users/User/Downloads/764-Article%20Text-1718-1-10-20170817.pdf