tutorial GKEB 1072 by SYAZWAN HAKIMI BIN HASHIM IPG-Pelajar

APA ITU MODEL PEMBELAJARAN PELAJAR (SLM)
Model Pembelajaran Murid (SLM) ialah satu pendekatan pendidikan yang memberi fokus kepada perkembangan menyeluruh murid sebagai individu yang unik, aktif dan berpotensi. SLM menekankan pembelajaran berpusatkan murid dengan mengambil kira keperluan, minat, gaya pembelajaran dan latar belakang mereka. Ia juga memberi penekanan kepada pembinaan nilai, kemahiran insaniah, dan pemikiran kritis serta kreatif melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, kontekstual dan bermakna.

Huraikan tiga elemen utama dalam SLM dan bagaimana setiap elemen menyumbang kepada pembelajaran pelajar
1. Agensi Murid

Murid diberi peluang membuat pilihan dan bertanggungjawab atas pembelajaran mereka.

→ Meningkatkan motivasi, keyakinan dan kemahiran kendiri.

2. Hubungan Bermakna

Wujudnya hubungan positif antara murid, guru dan rakan sebaya.

→ Mewujudkan persekitaran sokongan, rasa selamat dan kerjasama.

3. Kurikulum yang Bermakna

Isi pembelajaran yang relevan dengan kehidupan murid.

→ Menjadikan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan bermakna.

mengapakah kemahiran belajar dianggap penting dalam konteks pendidikan abad ke 21
Antara sebab utama kemahiran belajar penting ialah:

1.	Menyokong pembelajaran sepanjang hayat

Dalam dunia yang sentiasa berubah, murid perlu sentiasa belajar kemahiran baharu. Kemahiran belajar seperti mengurus masa, menyelesaikan masalah dan refleksi kendiri membantu mereka menjadi pembelajar sepanjang hayat.

2.	Menggalakkan pembelajaran kendiri dan tanggungjawab

Murid yang mahir belajar akan tahu cara menetapkan matlamat, merancang strategi pembelajaran dan menilai pencapaian sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru.

3.	Selaras dengan keperluan kemahiran abad ke-21

Pendidikan masa kini menekankan kemahiran 4K – komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan pemikiran kritikal. Semua ini hanya dapat dikuasai jika murid mempunyai kemahiran belajar yang kukuh.

4.	Memanfaatkan teknologi digital secara bijak

Dalam era digital, murid terdedah kepada pelbagai maklumat. Tanpa kemahiran belajar yang baik, mereka sukar membezakan antara maklumat yang sahih dan tidak sahih. Maka, kemahiran belajar membantu mereka mengurus maklumat secara kritikal.

5.	Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pembelajaran

Murid yang menguasai kemahiran belajar dapat mengurus emosi, motivasi dan strategi belajar dengan lebih sistematik, sekali gus meningkatkan pencapaian akademik.

Contoh elemen “Belajar Cara Belajar” diterapkan dalam bilik darjah
Dalam bilik darjah, guru boleh menerapkan elemen belajar cara belajar dengan beberapa cara yang praktikal. Contohnya, guru boleh meminta murid menulis jurnal refleksi selepas tamat sesi pembelajaran untuk mengenal pasti apa yang telah mereka pelajari, apa yang masih belum difahami, dan bagaimana mereka boleh memperbaiki cara belajar mereka sendiri.

Selain itu, guru juga boleh mengajar murid menggunakan peta pemikiran untuk merancang dan menyusun isi pelajaran supaya mereka lebih mudah mengingat dan memahami maklumat.

3. Senaraikan dan terangkan 3 elemen utama dalam kemahiran belajar
Antara elemen utama dalam kemahiran belajar ialah pengurusan masa. Hal ini kerana, Kemahiran mengurus masa ialah keupayaan pelajar merancang, menyusun jadual dan mengutamakan tugasan mengikut keperluan. Pelajar yang bijak mengurus masa dapat mengelakkan penangguhan kerja dan mencapai keseimbangan antara pelajaran dan aktiviti lain.

Contohnya, menyediakan jadual belajar harian, menetapkan waktu ulang kaji, serta mengelakkan pembaziran masa dengan menangguhkan tugasan.

Selain itu ialah Strategi Pembelajaran Berkesan. Perkara tersebut merujuk kepada kaedah atau teknik yang digunakan oleh pelajar untuk memahami, mengingati dan mengaplikasikan maklumat. Strategi ini membantu pelajar belajar dengan lebih cekap dan berkesan.Contohnya, menggunakan peta minda, nota ringkas, teknik mengulang kaji seperti SQ3R (Survey, Question, Read, Recite, Review) atau belajar secara kumpulan.

Seterusnya ialah Motivasi dan Kawalan Diri. Hal ini kerana motivasi dalaman mendorong pelajar untuk terus berusaha walaupun menghadapi cabaran. Kawalan diri pula merujuk kepada disiplin diri dalam mengekalkan fokus dan mengelakkan gangguan. Sebagai contoh pelajar menetapkan matlamat pembelajaran, memberi ganjaran kepada diri selepas mencapai sesuatu sasaran, serta menjauhkan diri daripada gangguan seperti telefon ketika belajar.

1.APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEMAHIRAN BELAJAR?
Kemahiran belajar merujuk kepada keupayaan dan kebolehan seseorang pelajar untuk merancang, mengurus, dan melaksanakan proses pembelajaran dengan berkesan bagi mencapai matlamat akademik dan perkembangan diri.

Ia merangkumi pelbagai aspek seperti kemahiran mengurus masa, membuat nota, membaca secara kritis, menyelesaikan masalah, berfikir secara kreatif dan analitis, serta menggunakan teknologi dan sumber maklumat dengan bijak.

a. Apakah yang dimaksudkan dengan kompetensi pembelajaran bermakna?
Kompetensi pembelajaran bermakna merujuk kepada keupayaan pelajar untuk memahami, mengaplikasikan, menganalisis, dan mengintegrasikan ilmu yang dipelajari ke dalam situasi sebenar kehidupan. Ia melibatkan pemahaman konsep secara mendalam dan keupayaan mengaitkan ilmu baharu dengan pengetahuan sedia ada, seterusnya menghasilkan pemikiran yang kritis, kreatif, dan reflektif.

Bagaimanakah aspirasi pelajar mempengaruhi motivasi dan pencapaian akademik mereka?
1. Meningkatkan motivasi dalaman

Aspirasi memberi pelajar tujuan dalam pembelajaran.

Contohnya: Pelajar yang bercita-cita untuk menjadi doktor akan berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam akademik.

2. Membentuk ketekunan dan daya tahan

Aspirasi membantu pelajar untuk kekap berusaha walaupun menghadapi cabaran.

Contoh: Walaupun gagal dalam ujian, pelajar dengan aspirasi tinggi akan bangkit kerana mereka percaya kegagalan adalah satu proses untuk mencapai kejayaan.

3. Meningkatkan keyakinan diri

Apabila aspirasi pelajar tercapai, mereka akan mula percaya terhadap kemampuan diri mereka.

Contoh: Apabila pelajar mendapat tempat petama dalam kelas, tentu dia akan lebih yakin untuk mencapai sesuatu yang lebih besar.

2)Model Pembelajaran Pelajar (SLM)
a) Model Pembelajaran Pelajar atau Student Learning Model (SLM) merupakan kerangka yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan proses pembelajaran berpusatkan murid dilaksanakan secara sistematik dan berkesan. Model ini memberi tumpuan kepada pembangunan potensi murid secara menyeluruh, merangkumi aspek kognitif, emosi, sosial dan fizikal.

b) huraikan 3 elemen utama dalam SLM dan bagaimana setiap elemen menyumbang kepada pembelajaran pelajar

1)Belajar Cara Belajar

Pelajar perlu memahami dan menentukan strategi pembelajaran mereka sendiri  contohnya cara mencatat, mengingat, memahami sesuatu topik.

Sumbangan elemen ini kepada Pembelajaran ialah Pelajar menjadi lebih berdisiplin dan berdikari dengan mengetahui strategi belajar yang berkesan untuk diri mereka.

2. Perhubungan

hubungan yang positif antara pelajar dan guru, Dalam SLm, hubungan ini memberi sokongan dan motivasi kepada pelajar.

Sumbangan elemen ini kepada Pembelajaran ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyokong. Pelajar juga rasa dihargai, lebih yakin bertanya dan berkongsi idea.

3. Agensi Pelajar

Pelajar mempunyai peluang untuk belajar secara lebih aktif dan berdikari. Mereka tidak hanya ikut arahan guru, tetapi turut terlibat dalam merancang dan membuat keputusan tentang pembelajaran.

Sumbangan elemen ini kepada Pembelajaran ialah

Pelajar menjadi lebih bermotivasi dan bertanggungjawab. Selain itu dapat mendorong pemikiran kritikal dan keyakinan membuat keputusan.

c) Contoh penerapan elemen "Belajar untuk Belajar" dalam bilik darjah ialah dalam subjek Bahasa Melayu. Contohnya apabila pelajar ingin menulis Karangan pendek. Melalui metakognitif murid boleh merancang cara belajar terbaik, contohnya menggunakan peta minda sebelum menulis karangan. Seterusnya, maklum balas iaitu murid menyemak karangan rakan dan beri cadangan penambahbaikan berdasarkan rubrik pemarkahan guru. Akhir sekali, agensi iaitu murid pilih sendiri tajuk karangan dan susun masa untuk siapkan draf dan semakan akhir.

d)

Aspirasi pelajar mendorong mereka untuk belajar dengan lebih tekun kerana mereka mempunyai matlamat yang ingin dicapai, seperti memperoleh keputusan cemerlang demi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, aspirasi yang jelas dan positif bukan sahaja meningkatkan motivasi pelajar, tetapi turut membantu mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam akademik.

Pembelajaran regulasi kendiri
a. Apakah itu pembelajaran regulasi kendiri (SRL)?

Pembelajaran Regulasi Kendiri (Self-Regulated Learning - SRL) ialah satu proses di mana pelajar secara aktif merancang, memantau, mengawal, dan menilai pembelajaran mereka sendiri. Ia melibatkan kesedaran kendiri, motivasi dalaman dan strategi pembelajaran yang sesuai bagi mencapai matlamat pembelajaran.

b. Senaraikan dan terangkan tiga komponen utama dalam SRL.

Tiga komponen utama dalam SRL ialah:

Perancangan (Forethought)

Pelajar menetapkan matlamat pembelajaran dan merancang strategi yang sesuai. Ini termasuk mengatur masa, menetapkan keutamaan, dan mengenal pasti sumber bantuan.

Pelaksanaan dan Pemantauan (Performance & Monitoring)

Pelajar melaksanakan pelan pembelajaran sambil memantau kefahaman dan kemajuan mereka. Mereka menilai sama ada strategi yang digunakan berkesan atau tidak.

Refleksi dan Penilaian (Self-reflection)

Pelajar menilai prestasi mereka selepas pembelajaran, mengenal pasti kelemahan dan kekuatan, serta membuat penyesuaian untuk penambahbaikan pada masa akan datang.

c. Bagaimanakah pelajar boleh mengembangkan kemahiran SRL dalam proses pembelajaran mereka?

Pelajar boleh mengembangkan kemahiran SRL dengan cara:

Menetapkan matlamat pembelajaran yang jelas dan realistik.

Menggunakan jurnal reflektif atau catatan pembelajaran untuk menilai prestasi mereka.

Mempraktikkan pengurusan masa dan teknik organisasi.

Menggunakan strategi pembelajaran aktif seperti pemetaan minda, soal jawab kendiri dan pembelajaran kolaboratif.

Menerima maklum balas dan membuat penyesuaian berterusan terhadap strategi pembelajaran.

d. Apakah cabaran yang mungkin dihadapi oleh pelajar dalam mengamalkan SRL dan bagaimana cabaran tersebut boleh diatasi?

Cabaran:

Kurangnya motivasi dalaman.

Tidak tahu cara merancang atau menetapkan matlamat.

Sukar untuk kekal fokus atau mengurus masa.

Kurang kefahaman tentang strategi pembelajaran yang berkesan.

Cara mengatasi:

Menerima bimbingan daripada guru atau mentor untuk membina kemahiran SRL.

Menggunakan alat bantu seperti jadual belajar, aplikasi pengurusan masa, atau penjejak kemajuan.

Berlatih disiplin diri dan tetapkan ganjaran untuk pencapaian kecil.

Mengikuti bengkel atau latihan kemahiran belajar

b. Bagaimanakah kompetensi ini berbeza daripada sekadar menghafal fakta?
Perbezaannya ialah:

Menghafal fakta hanya melibatkan proses mengingat maklumat tanpa pemahaman atau penerapan. Pelajar mungkin tahu jawapan tetapi tidak faham makna atau kaitan sebenar maklumat tersebut.

Pembelajaran bermakna pula memerlukan pelajar memahami konsep, menghubungkaitkan dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada, dan menggunakan ilmu tersebut dalam pelbagai konteks, termasuk situasi yang baru atau mencabar. Ia menggalakkan pembinaan pengetahuan yang berterusan.

1) Konsep Kemahiran Belajar
a) Kemahiran bermaksud keupayaan, kecekapan atau kebolehan seseorang dalam melakukan sesuatu perkara. Belajar pula bermaksud usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui perubahan tingkah laku. Kemahiran belajar pula merujuk kepada kecekapan,kebolehan dan kepandaian seseorang memperoleh ilmu pengetahuan dan perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman individu tersebut dalam berinteraksi dengan persekitarannya.

c. *Berikan contoh situasi di mana pelajar menunjukkan kompetensi pembelajaran bermakna.*

Contoh situasi:

Dalam kelas Sains, pelajar bukan sahaja menghafal formula hukum Newton, tetapi dapat mengaplikasikannya untuk menjelaskan pergerakan kereta di jalan yang licin.

Dalam kelas Sejarah, pelajar bukan sekadar menghafal tarikh peristiwa penting, tetapi mampu menganalisis kesan sesuatu peristiwa sejarah terhadap masyarakat masa kini.

Dalam kelas Bahasa, pelajar tidak sekadar menghafal peribahasa, tetapi menggunakan peribahasa yang sesuai dalam karangan untuk menyokong hujah.

b)Kepentingan Kemahiran Belajar dalam Konteks Pendidikan Abad ke-21

Dalam era globalisasi dan perkembangan pesat teknologi maklumat, pendidikan abad ke-21 menuntut pelajar memiliki lebih daripada sekadar pengetahuan asas. Mereka perlu dilengkapi dengan pelbagai kemahiran untuk berdepan dengan cabaran masa kini dan masa hadapan. Salah satu keperluan utama dalam pendidikan moden ialah kemahiran belajar, iaitu kebolehan seseorang pelajar untuk mengurus, memahami, dan menyesuaikan proses pembelajarannya dengan lebih berkesan.

Kemahiran belajar membantu membentuk pelajar sebagai pembelajar sepanjang hayat. Dalam dunia yang sentiasa berubah, pengetahuan yang dipelajari hari ini mungkin tidak lagi relevan esok. Oleh itu, pelajar perlu mampu belajar secara kendiri, mencari maklumat baharu, serta menyesuaikan diri dengan perubahan ilmu dan teknologi. Mereka perlu menguasai teknik seperti pengurusan masa, strategi ulang kaji, pencarian maklumat, dan teknik menyusun nota agar proses pembelajaran menjadi lebih terancang dan bermakna.

Selain itu, kemahiran belajar berkait rapat dengan penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, penyelesaian masalah, komunikasi dan kolaborasi. Pelajar yang tahu bagaimana untuk belajar akan lebih cekap dalam menganalisis maklumat, membuat keputusan secara bijak, serta bekerja dalam pasukan. Hal ini amat penting dalam dunia kerjaya yang semakin kompleks dan menuntut keupayaan pelbagai dimensi daripada setiap individu.

Kemahiran belajar juga penting kerana ia membolehkan pelajar mengakses dan menilai maklumat dengan bijak. Dalam era digital, pelajar terdedah kepada lambakan maklumat dari pelbagai sumber. Tanpa kemahiran menilai kredibiliti dan kesahihan maklumat, mereka mudah terpengaruh dengan berita palsu atau fakta yang tidak tepat. Justeru, kecekapan dalam pembelajaran digital merupakan satu aspek penting yang perlu diterapkan sejak awal.

Akhir sekali, kemahiran belajar dapat membantu meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik. Apabila pelajar memahami gaya pembelajaran mereka sendiri dan menggunakan strategi yang sesuai, mereka akan lebih yakin dan berminat untuk belajar. Ini seterusnya mendorong mereka untuk mencapai prestasi yang lebih baik dan menjadi individu yang berdikari dalam proses pembelajaran.

Kesimpulannya, kemahiran belajar memainkan peranan penting dalam pendidikan abad ke-21. Ia bukan sahaja membantu pelajar berjaya dalam peperiksaan, malah menyediakan mereka untuk menghadapi kehidupan sebenar yang mencabar. Oleh itu, kemahiran ini perlu diterapkan dan diasah secara berterusan dalam sistem pendidikan bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing, berdikari dan berpengetahuan luas.

2)Senaraikan dan terangkan tiga elemen utama dalam kemahiran belajar.
Antara tiga elemen utama kemahiran belajar ialah:

1. Pengurusan Masa

Kemampuan mengatur masa dengan baik membantu pelajar merancang jadual belajar, menyelesaikan tugasan tepat pada masanya, dan mengelakkan tekanan. Pelajar yang bijak mengurus masa dapat mengimbangi antara pelajaran, aktiviti kokurikulum dan rehat.

2. Kemahiran Membuat Nota

Membuat nota yang berkesan membantu pelajar memahami dan mengingati isi pelajaran dengan lebih baik. Nota yang ringkas, tersusun dan mudah difahami memudahkan ulang kaji serta meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu topik.

3. Strategi Mengingat dan Mengulang Kaji

Pelajar perlu tahu teknik mengingat seperti peta minda, akronim, atau teknik ulang kaji berjadual. Strategi ini membantu mengukuhkan daya ingatan dan mempersiapkan diri dengan lebih baik untuk menghadapi peperiksaan.