GROUP 2 : PENGANTIN IBLIS (2025) by AINUL MARDHIAH BINTI MD EZAM (KL)

CABANG FALSAFAH
PENGANTIN IBLIS (2025)

AINUL MARDHIAH BINTI MD. EZAM

AM2412017812

NUR ISMA MELISSA BINTI MUZAILIISMADI

AM2412017816

KU ALIFAH ILYANA BINTI KU MUHAMAD AZLAN

AM2412017813

FALSAFAH RUKUN NEGARA

1) Kepercayaan Kepada Tuhan
Di dalam filem Pengantin Iblis ini, terdapat unsur mistik dan kuasa hitam yang ditonjolkan melalui perjanjian manusia dengan iblis untuk memperolehi kesihatan dan kuasa perlindungan. Hal ini bercanggah dengan prinsip kepercayaan kepada Tuhan kerana agama mana sekalipun amatlah menolak amalan syrik, pemujaan jin dan syaitan serta amalan ilmu hitam. Oleh demikian, filem ini memberi peringatan bahawa manusia yang tidak berpegang teguh pada ajaran agama akan mudah terjerumus dalam tipu daya iblis. Dari sudut falsafah ini, penekanan diberikan kepada keperluan akidah yang teguh agar tidak terpesong daripada nilai ketuhanan yang sebenar.

FALSAFAH SEJAHTERA

2) Keluruhan Perlembagaan
Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara amat menolak sebarang bentuk jenayah, penindasan atau perbuatan yang membahayakan masyarakat. Dalam filem ini, watak utama yang bernama Ranti telah membuat perjanjian dengan iblis demi memulihkan semula kesihatan anaknya yang telah patah kaki akibat kemalangan dan sering melanggar norma masyarakat serta undang-undang. Antaranya seperti, menzalimi orang lain, menyebabkan kematian, dan menyebarkan rasa takut. Dari sudut analisis falsafah keluhuran perlembagaan, filem ini telah menggambarkan betapa pentingnya kedaulatan undang-undang untuk melindungi masyarakat daripada kejahatan dan ketidakadilan. Tanpa memegang teguh kepada perlembagaan dan undang-undang, kehidupan akan menjadi porak peranda seperti yang digambarkan di dalam filem ini.

1. Hubungan Harmoni
Dalam filem Pengantin Iblis ini, konsep sejahtera dapat digambarkan melalui aspek dari segi hubungan harmoni, filem ini memperlihatkan bagaimana ikatan kekeluargaan dan masyarakat menjadi huru hara apabila watak utama terjerumus dalam amalan syirik. Kehidupan rumah tangga menjadi porak-peranda dan hubungan sesama jiran renggang kerana wujud rasa takut serta curiga akibat gangguan makhluk halus. Hal ini menunjukkan bahawa keharmonian hanya dapat dicapai sekiranya manusia berpegang kepada kasih sayang, kejujuran, dan keimanan.

3) Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ini menekankan adab, moral dan budi pekerti yang baik. Dalam filem "Pengantin Iblis" ini terdapat watak yang hilang nilai kesusilaan kerana sanggup menggadaikan maruah diri demi kepentingan peribadi. Watak utama iaitu "Ranti" memilih jalan yang singkat untuk menyembuhkan anaknya dengan cara berkahwin dan membuat perjanjian dengan iblis tanpa mempedulikan kesan terhadap masyarakat dan keluarganya sendiri. Namun, mesej filem ini juga telah menunjukkan akibat yang buruk dan malang apabila kesopanan dan kesusilaan diabaikan dimana manusia akan menjadi rakus, hilang pertimbangan, dan akhirnya menerima balasan yang teruk. Oleh itu, ianya memberi pengajaran untuk mengutamakan akhlak mulia, menjaga maruah diri dan menghormati nilai kemanusiaan.

2. Kesejahteraan Diri dan Masyarakat
Dari aspek segi kesejahteraan diri dan masyarakat ini pula, watak yang mengikat perjanjian dengan iblis akhirnya kehilangan ketenangan hidup. Dirinya, dihantui rasa bersalah, tubuh diseksa oleh kuasa jahat, dan jiwanya tidak pernah tenteram. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan dirinya, malah turut menggugat kesejahteraan masyarakat yang hidup dalam ketakutan serta hilang keyakinan antara satu sama lain. Ini membuktikan bahawa kesejahteraan individu amat penting kerana ia memberi kesan langsung kepada kesejahteraan masyarakat.

3. Ketuhanan
Dari aspek ketuhanan pula, dalam filem ini menekankan bahawa manusia yang berpaling daripada Tuhan mudah dipengaruhi oleh iblis. Watak yang tamak kepada kecantikan dan kuasa memilih jalan syirik, namun akhirnya menerima balasan yang tragis. Sebaliknya, apabila watak kembali kepada doa, bacaan ayat suci al-quran dan kebergantungan kepada Allah, barulah kensengsaraan dapat dihentikan. Hal ini menggambarkan bahawa hanya dengan pegangan agama dan keimanan, manusia mampu mencapai sejahtera yang hakiki.

4. Kebahagiaan Holistik
Filem ini turut menonjolkan konsep kebahagiaan holistik. Kebahagiaan palsu digambarkan melalui watak yang sementara memperoleh kuasa dan kecantikan, namun hakikatnya hidup dalam penderitaan. Sementara itu, kebahagiaan sebenar terpancar dalam kehidupan masyarakat yang saling membantu, hidup dalam kasih sayang, dan berpegang teguh pada nilai agama. Ini membuktikan bahawa kebahagiaan sejati hanya wujud apabila manusia seimbang dari aspek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1. ASPEK ROHANI DAN MORAL
Keputusan Ranti untuk membuat perjanjian dan meminta pertolongan makhluk halus untuk menyembuhkan kaki anaknya akibat kemalangan. Babak ini menujukkan konflik di antara seorang ibu yang berusaha untuk melakukan yang terbaik demi kesembuhan anaknya tanpa mengira hukum halal dan haram apabila bertindak untuk berkahwin dan bersatu dengan iblis tersebut. Hal ini amat bertentangan dengan prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan kepercayaan kepada tuhan iaitu Allah Yang Maha Berkuasa.

2. ASPEK EMOSI DAN SOSIAL
Filem ini menunjukkan tekanan emosi yang amat ketara yang dihadapi oleh Ranti dalam mengendalikan urusan rumah keluarga mertuanya dan mencari sumber kewangan demi kelangsungan mereka sekelurga sewaktunya suaminya pergi berlayar. Pada masa yang sama, Ranti juga menghadapi masalah sosial iaitu kekurangan kefahaman diantara dirinya dan ahli keluarga suaminya dalam setiap aspek kehidupan hariannya. Ranti mengalami tekanan yang lebih teruk apabila anaknya terlibat dengan satu kemalangan yang agak teruk sehingga mengakibatkan kakinya tidak berfungsi. Namun, Falsafah Pendidikan Kebangsaan amat menekankan kesejahteraan emosi dam sokongan sosial terutamanya orang sekeliling demi pembangunan individu yang sihat.

3. KESEDARAN MASYARAKAT
Kisah ini boleh dijadikan bahan refleksi dalam pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya sokongan komuniti dan membuat keputusan berdasarkan nilai moral yang kukuh. Sebagai contoh, watak nenek tua yang terjumpa Ranti di hospital sepatutnya memberi sokongan yang positif kepadanya tanpa mencadangkannya untuk membuat perkara khurafat seperti yang dilakukan iaitu perjanjian serta perkahwinan dengan iblis meskipun dia terdesak untuk menyembuhkan anaknya.

CABANG CABANG ILMU FALSAFAH

METAFIZIK
Kewujudan & realiti ghaib

Filem ini bermain dengan konsep makhluk halus, roh, dan dunia yang tak dapat dilihat yang membangkitkan persoalan tentang kewujudan alam lain selain realiti fizikal contohnya kehidupan antara ranti dan suami ghaibnya iaitu iblis tersebut.

ETIKA
Moral Vs Kehendak Peribadi

Ranti membuat pilihan salah demi rasa cinta akan anak tunggalnya, Nina, contohnya membuat perjanjian dengan iblis untuk menyelamatkan anaknya yang sakit tenat.

PSIKOLOGI
Kesan trauma & tekanan emosi

Watak utama iaitu Ranti mengalami tekanan jiwa akibat gangguan yang membangkitkan persoalan bagaimana minda dan emosi manusia berfungsi ketika berdepan ketakutan luar biasa seperti menghadapi pertukaran dirinya yang normal dan ketika jin tersebut mengawal dirinya sehingga menyakiti keluarganya yang tercinta.

EKONOMI
Pengorbanan demi kesenangan atau kekayaan

Terdapat unsur perjanjian dengan iblis untuk kemewahan dan ia membuka perbincangan etika tentang harga yang dibayar manusia demi kekayaan iaitu kesembuhan kaki anaknya dengan berkahwin bersama jin tersebut.

LOGIK
Pertentangan antara kepercayaan & rasional

Filem ini mencabar logik apabila watak perlu mempercayai benda ghaib yang tak dapat dibuktikan secara saintifik, membangkitkan konflik antara akal dan kepercayaan kerana Ranti yang beragama Islam ini tidak sepatutnya menyekutukan Allah dengan mempercayai bantuan jin yang ditawarkan oleh seorang nenek tua semasa menunggu anaknya di hospital.

AHLI KUMPULAN 2 :

MAKLUMAT ANALISIS FILEM

SINOPSIS
Filem ini mengisahkan seorang ibu bernama Ranti yang sangat menyayangi anak perempuannya, Nina yang terlibat dengan kemalangan ngeri hingga menyebabkan kecacatan pada kakinya dan memerlukan rawatan segera. Tanpa berfikir panjang, Ranti menerima sebuah tawaran misteri yang menjanjikan kesembuhan untuk Nina dengan satu syarat yang mengerikan iaitu bersetuju menjadi “pengantin iblis”. Selepas perjanjian itu dipersetujui, Nina mula pulih dengan cara luar biasa. Namun kebahagiaan itu tidak bertahan lama apabila Ranti sedar bahawa setiap keberhasilan membawa harga yang tinggi namun setiap nikmat yang diperoleh ada korban yang tersembunyi. Akhirnya beliau dihadapkan dengan dilema besar iaitu beliau sanggup mengorbankan orang yang disayang demi anaknya atau adakah beliau berupaya untuk melawan perjanjian yang telah dibuat.

PLOT

WATAK & PERWATAKAN

PERMULAAN
Cerita bermula dengan Ranti, seorang ibu muda yang tinggal di sebuah kampung kecil bersama anak perempuannya, Nina yang dilahirkan dengan kecacatan fizikal. Walaupun suaminya Bowo bekerja jauh di laut dan jarang pulang, Ranti tetap berusaha membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang.

PERTEMUAN
Satu hari, kemalangan tragik menimpa Nina yang menyebabkan terjatuh dan mengalami kecederaan serius hingga nyawanya di ambang bahaya. Di hospital, doktor memberitahu Ranti bahawa Nina memerlukan rawatan khas yang sangat mahal. Dalam keputusasaan, Ranti didatangi oleh seorang wanita tua misteri bernama Diane, yang menawarkan “pertolongan” luar biasa

KONFLIK
Selepas upacara dilakukan, keajaiban berlaku iaitu Nina sembuh sepenuhnya, seolah-olah tiada apa yang pernah terjadi. Ranti merasa bersyukur, namun mulai perasan tanda-tanda aneh seperti suara bisikan di waktu malam, bayangan gelap yang muncul di cermin, haiwan peliharaan mati tanpa sebab, nina mula berubah kadang-kadang bercakap sendiri atau menyebut nama-nama aneh.

KLIMAKS
Ketika keadaan semakin teruk, entiti gelap (iblis) mula menuntut “haknya” sepenuhnya Ranti mesti menyerahkan anaknya sendiri sebagai korban terakhir agar perjanjian itu kekal. Dalam adegan penuh tegang dan emosional, Ranti cuba melawan antara cinta seorang ibu dan ketakutan kepada kuasa gelap.

PENYELESAIAN
Selepas kejadian itu, suasana kembali tenang. Nina hidup tetapi sering melihat bayangan ibunya seolah-olah roh Ranti masih melindunginya. Penduduk kampung menganggap apa yang berlaku hanyalah “tragedi biasa”, tetapi tanda-tanda mistik masih wujud di sekitar rumah mereka.

1. KEPERCAYAAN TAHYUL DAN AMALAN SYIRIK MASIH MENULAR
- masih ramai masyarakat mempercayai jalan pintas seperti sihir, perbomohan untuk menyelesaikan masalah walaupun sudah hidup dalam zaman moden.

KAITAN DENGAN FILEM :

- Ranti memilih untuk berkahwin dengan iblis demi menyelamatkan anaknya, dia tidak pergi ke hospital atau meminta bantuan pihak berwajib.

2. KEMISKINAN DAN KETIDAKSTABILAN EKONOMI
- Ramai keluarga miskin di Indonesia dan Malaysia yang mengalami kesukaran mendapatkan rawatan perubatan atau menyara keluarga.

KAITAN DENGAN FILEM :

- Ranti digambarkan sebagai ibu yang berjuang sendiri, tidak mampu menanggung kos rawatan anak. Dia membuat keputusan mencari jalan mistik.

3. TEKANAN EMOSI DAN MENTAL IBU TUNGGAL
- Kesihatan mental dan tekanan psikologi wanita terutama ibu tunggal sering diabaikan. Mereka memikul beban besar tanpa sokongan sosial.

KAITAN DENGAN FILEM :

- Ranti digambarkan seorang ibu yang berkoban sepenuhnya untuk anaknya. Dia sanggup menyerahkan dirinya kepada kuasa jahat.

CADANGAN PENYELESAIAN

ISU SEMASA

1. MEMBERI INSPIRASI DAN NILAI POSITIF
- Filem ini berunsurkan perjuangan, keberanian atau kasih sayang mampu memberi inspirasi kepada penonton untuk menjadi lebih baik. Ia menanam nilai seperti semangat, kejujuran dan tanggungjawab dalam diri masyarakat. Contohnya, filem yang menonjolkan semangat wira negara boleh membangkitkan rasa cinta kepada tanah air.

KESAN FILEM

1. Memperkukuh Pendidikan Agama dan Kesedaran Akidah
Bagi mengatasi masalah kepercayaan tahyul dan amalan syirik, masyarakat perlu didedahkan dengan pendidikan agama yang kukuh sejak di bangku sekolah lagi. Program dakwah, ceramah dan kempen kesedaran tentang bahaya syirik perlu diperkasakan melalui media massa dan platform digital. Dengan ilmu agama yang betul, masyarakat tidak akan mudah terpengaruh dengan jalan pintas seperti sihir atau perbomohan, malah akan lebih bergantung kepada doa, usaha dan tawakal.

2. Menambah Akses Bantuan Ekonomi dan Kesihatan untuk Golongan Miskin
Kerajaan serta badan kebajikan perlu memperluas skim bantuan kewangan, subsidi rawatan kesihatan, dan peluang pekerjaan kepada keluarga berpendapatan rendah. Langkah ini dapat membantu mereka yang terdesak, seperti watak Ranti, agar tidak mencari jalan mistik atau berputus asa. Dengan adanya bantuan ekonomi dan kemudahan rawatan yang mampu milik, tekanan hidup dapat dikurangkan dan kesejahteraan keluarga lebih terjamin.

3. Meningkatkan Sokongan Emosi dan Psikologi untuk Ibu Tunggal
Pihak berkuasa dan organisasi sosial perlu menyediakan pusat kaunseling, kumpulan sokongan, serta aktiviti komuniti yang memberi ruang kepada ibu tunggal untuk berkongsi masalah dan mendapatkan nasihat profesional. Sokongan emosi yang kukuh dapat membantu mereka mengurus tekanan mental dan mengelakkan tindakan terburu-buru akibat keputusasaan. Langkah ini penting agar wanita seperti Ranti tidak memilih jalan yang salah ketika berdepan ujian hidup.

2. Kesan Kesedaran Tentang Bahaya Keputusasaan dan Amalan Syirik
Filem “Pengantin Iblis” memberikan kesan kesedaran kepada penonton tentang akibat buruk apabila manusia terlalu berputus asa hingga sanggup melakukan perjanjian dengan makhluk halus. Melalui watak Ranti, penonton dapat melihat bagaimana tindakan yang bertentangan dengan akidah hanya membawa penderitaan dan penyesalan. Hal ini secara tidak langsung menyedarkan masyarakat agar lebih berhati-hati dalam mencari jalan penyelesaian terhadap masalah hidup, serta mengingatkan bahawa kebergantungan hanya patut diletakkan kepada Tuhan, bukan kepada kuasa ghaib atau iblis.

RANTI
Ranti ialah seorang ibu yang sangat penyayang dan berkorban untuk anak perempuannya. Namun apabila dia menerima tawaran luar biasa demi anaknya, dia mula terjerumus dalam dilema moral yang mendalam antara menjaga anak dan membayar harga yang tidak terduga dengan perjanjian iblisnya.

NINA
Nina ialah anak perempuan Ranti yang sejak lahir menghadapi kecacatan fizikal. Kemalangan yang melibatkannya menjadi titik perubahan utama dalam cerita sebab itulah keputusan drastik dibuat oleh Ranti. Nina pada mulanya mangsa, tetapi kesannya terhadap keluarga dan konflik utama sangat besar.

GITA
Gita ialah adik ipar kepada Ranti yang sangat rajin membantu keluarganya dan mempunyai sifat penyayang kepada anak saudaranya, Nina. Dia juga merupakan salah seorang yang hanya memerhati perubahan perkara misteri kepada keluarganya. Tetapi, dia juga melindungi Nina ketika keadaan kakak iparnya semakin memburuk.

3. Menyedarkan tentang kasih dan pengorbanan ibu
Watak Ranti menjadi cerminan realiti banyak ibu tunggal di dunia sebenar yang terdesak, miskin dan sanggup menanggung risiko besar demi kebahagiaan anak dan memberi kesan kepada penonton untuk membangkitkan rasa simpati, empati, dan kesedaran tentang nilai pengorbanan ibu yang sering diabaikan.

TRAILER FILEM

KESIMPULAN
Cerita ini bukan sekadar menakutkan, tetapi juga menyentuh hati dan memberikan mesej mendalam tentang pengorbanan, keimanan, dan akibat daripada membuat keputusan tanpa berfikir panjang.

MOHON MAAF ADA KEKURANGAN, SESUNGGUHNYA YANG SEMPURNA ITU DARI ALLAH DAN YANG SALAH ITU DARI SYAITAN.