Projek TITAS Sem 2 17/18 by Arina Bakeri

1- Perjumpaan Kali Pertama
Nama Ahli :
1.  Tee Jia Ying 194940
2. Samantha Teo Su Ting 193325
3. Nur Haleeda Elias 193326
4. Siti Nor Ain Ab Rahman 193139
5. Nur Arina Bakeri 192129

1- Perjumpaan Kali Kedua
Kami membincangkan tentang tugas-tugas yang diberikan dengan lebih lanjut bagi mengelakkan kekeliruan. Kami juga membincangkan tentang lokasi lawatan yang kami akan lawati bagi mempelajari tamadun melayu

2- Perjumpaan Kali Ketiga dan Pembahagian Tugas
Arina : Mengemas kini padlet dan membandingkan perbezaan antara tamadun-tamadun terdahulu dengan tamadun melayu
Tee : Mengkaji tentang sistem bahasa dan kesusasteraan dlam tamadun melayu
Ain : Mengkaji tentang sistem organisasi sosial dalam tamadun melayu
Sam : Mengumpul maklumat tentang sistem pendidikan
Haleeda: Mengenal pasti dan mengkaji tentang sistem peperiksaan tamadun melayu

3- Projek Padlet
Projek padlet ini membantu kami dalam penyusunan maklumat dengan lebih teratur dan memudahkan kami untuk berkongsi maklumat dengan ahli yang lain

5- Temu Bual Bersama Responden
Salah satu audio temubual bersama responden

4- Lawatan Ke Muzium Warisan Melayu

6- Dapatan dan Hasil Temu Bual Bersama Responden
1. Berdasarkan responden-responden kami, kami dapati bahawa masyarakat Melayu pada zaman kini lebih terbuka untuk mempelajari bahasa asing yang berbeza dengan bahasa ibunda mereka. Jika hendak dibandingkan zaman kini dan zaman dahulu, zaman dahulu menggunakan bahasa melayu sebagai lingua franca manakala bahasa inggeris digunakan untuk berinteraksi dengan peniaga asing. Namun begitu, pada zaman kini, terdapat lebih ramai ibubapa yang mula menghantar anak mereka ke sekolah cina sejak kecil untuk mempelajari bahasa mandarin.
2. Kami juga ada bertanyakan tentang adat perkahwinan masyarakat tamadun melayu zaman dahulu dan zaman sekarang, kedua-dua daripada responden memberikan jawapan yang sama iaitu adat sesuatu perkahwinan itu mestilah dimulai dengan merisik, meminang, bertunang dan akhirnya berkahwin. Namun begitu, pada zaman kini, adat perkahwinan semakiin lama semakin menghilang dan tidak dipraktikkan lagi.
3. Kedua-dua responden kami juga ada memberikan pandangan mereka terhadap perayaan yang masyarakat tamadun melayu raikan pada setiap tahun iaitu, Hari Raya Aidilfiltri dan juga Hari Raya Aidiladha. kedua-dua perayaan ini merupakan elemen yang hadir selepas kedatangan tamadun islam ke tanah melayu zaman dahulu.

7- Perbincangan Tengtang Padlet dan Hasil Kajian
Aplikasi Padlet ini membantu kami unutk menyusun atur segala hasil perbincangan kami dengan lebih mudah dan membuatkan kajian kami ini lebih efisyen dan sistematik.

8- Dapatan Kajian/Hasil Soal Selidik/Temu bual.
Antara hasil daripada kajian yang telah kami lakukan melalui temu bual yang dijalankan adalah kami dapat mengetahui bahasa  yang digunakan oleh masyarakat tamadun zaman kini mahupun pada zaman dahulu kala iaitu bahasa Melayu, bahasa mereka sendiri. Kami juga serba sedikit dapat mengetahui tentang adat yang selalu diamalkan oleh masyarakat tamadun melayu seperti menziarahi  sanak saudara dan jiran tetangga sewaktu musim perayaan. Melalui temu bual ini juga kami dapat mngetahui tentang sistem pendidikan yang diamalkan dalam tamadun melayu dahulu yang berbeza dengan zaman sekarang yang semakin maju dan membangun yang mengaplikasikan sistem pembelajran yang lebih efisen.

9- Sesi Pengaplikasian Pengetahuan Kepada Masyarakat.
Berdasarkan hasil temu bual bersama responden, mereka mengharapkan masyarakat melayu pada zaman kini tidak melupai adat istiadat dan kebudayaan yang terdapat dalam tamadun masyarakat melayu itu sendiri kerana elemen-elemen tersebut memberikan dan mencerminkan nilai tamadun melayu itu sendiri. Oleh itu, belia dan remaja masa kini haruslah menghargai kekayaan kebudayaan masyarakat melayu agar tidak ditelan zaman.

10(c)- Sistem Organisasi Sosial
SISTEM ORGANISASI SOSIAL DALAM TAMADUN MELAYU

Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah.

Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana.

Golongan diperintah ialah orang merdeka dan hamba.

Golongan Pemerintah :

Raja/sultan/Yang Dipertuan Besar :

·         Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri.

·         Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri.

·         Mentadbir negeri dengan bantuan kerabat dan para pembesar.

·         Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri.

·         Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata

·         Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi.

Keluarga Dan Kerabat Diraja :

·         Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja.

·         Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan.

·         Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada putera.

·         Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan raja.

Golongan Bangsawan Dan Pembesar :

Golongan Bangsawan :

·         Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabat

·         Sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir.

·         Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan.

·         Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu.

Pembesar Daerah :

·         Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor.

·         Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada pemerintah.

·         Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya.

·         Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi perantara sultan dengan rakyat.

·         Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta bebas menjalankan kegiatan ekonomi.

Golongan Ulama Dan Pendeta :

Golongan Ulama :

·         Berketurunan Arab Melayu dan merupakan cendikiawan dalam bidang agama.

·         Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi

·         Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.

Golongan Pendeta :

·         Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja.

·         Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana.

·         Merupakan penulis dan perawi diraja.

Golongan Diperintah :

Terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing yang merdeka.

Rakyat Biasa :

·         Terdiri daripada petani, nelayan, dagang dan tukang.

·         Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dal;am pentadbiran.

Golongan Hamba :

·         Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotong-royong.

·         Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.

·         Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.

10(d)- Bahasa dan Kesusasteraan
Sistem Bahasa dan kesusasteraan di Tamadun Melayu boleh dibahagikan kepada dua, iaitu sebelum kedatangan agama Islam dan selepasnya. Sebelum kedatangan agama Islam, wujudnya pusat-pusat Tamadun Melayu seperti Funan, Angkor, Srivijaya, dan sebagainya.

Daripada aspek Bahasa, kerajaan Srivijaya telah berjaya menyumbang kepada kegemilangan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai Bahasa pengantar dalam urusan harian. Bukan itu sahaja, Bahasa Melayu juga digunakan sebagai Bahasa pentadbiran dan komunikasi antara satu sama lain. Sebagai contoh, Bahasa Melayu kuno telah dijadikan Bahasa komunikasi oleh para pedagang yang berlainan bangsa pada waktu itu di mana Srivijaya termasyhur sebagai pusat kegiatan ekonomi. Batu bersurat Kedukan Bukit (683M), Batu bersurat Talang Tuwo (684M), Batu bersurat Kota Kapur (686M), dan Batu bersurat Karang Brahi (690M) telah membuktikan Bahasa Melayu telah digunakan sebagai Bahasa perantaraan dan pentadbiran dalam kerajaan Srivijaya. Hal ini telah menunjukkan Srivijaya telah memartabatkan Bahasa Melayu seterusnya memartabatkan tamadun Melayu supaya seiring dengan tamadun-tamadun lain.

Dalam aspek kesusasteraan pula, kesusasteraan pada zaman sebelum kedatangan Islam mempunyai ciri-cirinya. Menurut Shahnon Ahmad (1981), kesusasteraan Melayu pada zaman itu adalah sastera  tahyul, penuh dengan mitos dan dongeng, menganjurkan dunia utopia yang berciri ‘supernatural’ dan mempunyai keajaiban yang mendorong ke arah proses pemujaan manusia. Contohnya, Puteri Santubong yang merupakan cerita mitos, dan Mahsuri yang merupakan cerita lagenda.

Dalam kurun-kurun ke-12 dan ke-13M, kedatangan Islam telah menjadikan Melaka, Jambi, Acheh dan Patani sebagai pusat-pusat  Tamadun Melayu. Melaka telah menjadi pusat perkembangan Bahasa Melayu disebabkan aktiviti perdagangan dan penyebaran Islam. Bahasa Melayu telah menjadi ‘lingua franca’ ataupun Bahasa perantaraan dalam aktiviti perdagangan seperti Bahasa Melayu kuno yang digunakan dalam kerajaan Srivijaya. Pedagang asing seperti pedagang Eropah dan pedagang Arab juga bertutur dalam Bahasa Melayu dalam menjalankan urusan perdagangan dengan para pemerintah, rakyat jelata dan pedagang-pedagang lain. Raja-raja Melaka yang berminat kepada ilmu pengetahuan juga menyumbang kepada Melaka dalam perkembangan menjadi pusat pengetahuan dan kebudayaan Melayu.

Melaka juga melahirkan penulis-penulis kitab mengenai Islam dan kesusasteraan Melayu. Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhamad Ali Hanafiah telah diketahui dan dibaca oleh orang Melaka sejak abad ke-15 lagi. Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka juga membuktikan draf Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka merupakan hasil penulisan Bahasa Melayu bertulisan jawi. Oleh itu, jelaslah bahawa Bahasa Melayu telah mencapai kedudukan yang betapa tinggi pada zaman Kesultanan Melayu Melaka di mana Melaka telah menjadi pusat penyebaran Islam, pusat perdagangan dan pusat perkembangan Bahasa Melayu yang terulung pada zamannya.

Selepas kedatangan Islam, peranan sasterawan menjadi  semakin penting kerana karya mereka meliputi pelbagai bidang selain daripada karya yang bercorak fiksyen. Antara bidang anafiahf yang diliputi dalam karya termasuklah ilmu falak, agama Islam, undang-undang, perubatan, dan sebagainya. Karya sastera Melayu ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu prosa dan puisi. Prosa berbentuk esei dalam menjelaskan satu perkara manakala puisi adalah karya yang menunjukkan kemahiran Bahasa dan penggunaan kata yang indah melalui rima bunyi yang tertentu. Antara contoh sastera prosa ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Nabi Bercukur, dan Hikayat Bulan Berbelah yang bertemakan sirah Nabi Muhammad SAW. Pada peringkat itu, syair merupakan bentuk puisi yang terawal. Contohnya, Syair Rubai, Syair Ikan Tungkul, dan Syair Perahu yang bertemakan persoalan wahdat al-wujud hasil karya Hamzah Fansuri antara akhir abad ke-16 sehingga awal abad ke-17M.

Bahasa dan kesusasteraan Melayu ini juga mempunyai peranan dalam Tamadun Melayu. Bahasa Melayu berperanan untuk mempercepatkan proses kelahiran institusi pendidikan dan pengajian Islam sama ada secara formal ataupun tidak formal. Pada awal kurun ke-19, institusi pondok telah diwujudkan di Tanah Melayu dan kewujudannya merupakan manifestasi penubuhan institusi seumpama itu seperti dayah di Acheh, surau di Sumatera Barat, dan pengajian di Sulawesi Selatan. Penawaran kursus pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah, maktab-maktab perguruan, kolej dan universiti juga dapat dijalankan di Tanah Melayu dengan adanya Bahasa Melayu terutamanya pada era pasca-merdeka (Munif 1999).

Kesusasteraan pula berperanan untuk melahirkan semangat intelektualisme dan rasionalisme dalam pemikiran masyarakat Melayu terutamamnya kesusasteraan Islam. Satu revolusi pada pandangan semesta masyarat Melayu telah dibangkit daripada alam fantasi bertukar kepada pemikiran yang realistik dan berasaskan prinsip rasionalisme dan intelektualisme seperti yang ditekankan oleh ajaran Islam. Karya sastera telah menjadi wadah penyebaran nilai-nilai Islam dalam masyarakat.

Kesimpulannya, kedudukan dan peranan Bahasa dan kesusasteraan Melayu amat penting dalam perkembangan tamadun Melayu. Peranan Bahasa dan kesusasteraan Melayu tidak dapat diketepikan kerana Bahasa dan kesusasteraan Melayu adalah pembentuk jati diri dan pentakrif kepada kebudayaan kebangsaan.

10(b)- Sistem Pendidikan
Pendidikan adalah satu disiplin yang berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan persekitarannya. Ilmu merupakan sesautu yang menentukan kemajuan sesebuah masyarakat.

Pendidikan Tamadun Melayu dapat dilihat daripada dua sudut iaitu sebelum kedatangan Islam dan selepas kedatangan Islam. Sebelum kedatangan Islam, ia merujuk kepada pengaruh Hindu-Buddha. Pendidikan pada zaman tersebut bertujuan untuk mendewa-dewakan golongan pemerintahan dan bangsawan. Kesannya pendidikan lebih dimonopoli oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja. Rakyat biasa pula menerima pendidikan tidak formal dimana institusi keluarga memainkan peranan mendidik anak-anak mereka tentang nilai-nilai budaya, pantang larang, adat istiadat serta kemahiran pertukangan.

Pendidkan tidak formal di Tamadun Melayu juga dapat dilihat dengan pertubuhan sekolah pondok yang dikenali dengan pelbagai nama. Di Tanah Melayu dan Selatan Thai dikenali dengan pondok, di Acheh dipanggil “dayah”, di Minangkabau sebagai surau, di Jawa sebagai pesantran manakala di Sulawesi sebagai pengajian.

Selepas kedatangan Islam, pendididkan Tamadun Melayu lebih menekankan tentang agama iaitu Usuluddin, Fiqh, Tasawuf, Tafsir Al-Quran, Hadis, Bahasa Arab dan kanak-kanak juga diajar lagu Qasidah, sejenis puisi nyanyian bercorak agama. Pendidikan Islam diberi oleh guru-guru yang dibawa dari Arab,Parsi,Turki,dan India. Guru-Guru ini membaca kitab-kitab suci dan murid-muridnya duduk dalam bulatan. Pada peringkat Universiti pula selain bidang agama, pelajar diajar ilmu perubatan, matematik, kewangan, undang-undang dan ilmu perang.

Matlamat pendidikan adalah berbeza mengikut zaman iaitu sebelum kedatangan Islam dan selepas kedatangan Islam. Malah, institusi, pusat pendidikan dan kurikulum pendidikan juga adalah berbeza-beza. Ini menunjukkan pengaruh agama adalah penting dalam perkembangan pendidikan di Tamadun Melayu.

10(a)- Sistem Peperiksaan
Sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957, pelbagai perubahan telah dilaksanakan untuk memperbaiki sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Namun, kritik sosial melihat perubahan itu menjurus kepada penguncupan minda berbanding pemikiran yang lebih lateral. Pendidikan kita gagal kerana tidak kontemporari. Kerana tidak mahu berubah, sistem kita dicap tidak liberal. Sebagai contoh, proses penyemakan semula fail-fail lama, ia merujuk  kepada kelemahan sistem, kandungan dan format. Malah terdapat pandangan yang menyebut sistem pendidikan merupakan virus yang merosakkan keseluruhan sistem di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Selain itu, tahap pencapaian bahasa Inggeris yang sangat lemah. Perumpamaan yang diberikan oleh seorang ketua jabatan bahasa Inggeris di sebuah IPTA kepada Utusan Malaysia baru-baru ini ialah kalau sekarang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2003 mendapat A2, maka tarafnya kepada calon SPM 1985 mungkin hanya C4. Kritik itu bukan cerminan emotif media massa, tetapi ia datang dari segenap hierarki masyarakat, daripada orang biasa sehingga kepada anak raja, daripada seorang professor sehingga penarik beca. Apabila Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengkritik corak peperiksaan kita gagal melahirkan keaslian pemikiran, kekuatan analisis, daya imaginatif serta tidak inovatif, maka sistem pendidikan kita seolah-olah telah runtuh. Walau yang disinggung oleh Raja Nazrin hanya aspek teknikal format peperiksaan, namun ia memberi kesan kepada keseluruhan sistem. Buah fikiran anak raja yang memegang ijazah kedoktoran falsafah itu mempunyai wibawa dan kelayakan. Kita boleh berpegang dan berhujah atas landasan hujah beliau. Secara khususnya, beliau menujukan kritiknya kepada corak format peperiksaan. Maka kalau itu yang dikritiknya, yang paling layak terasa pedas paling kepalang ialah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Format peperiksaan adalah wacana teknikal. Di dalamnya terkandung aspek pedagogi, psikologi dan teknologi. Lebih dalam lagi, ia perlu distruktur supaya sesuai dengan konsep soalan beraras, mematuhi wajaran konstruk, cakupan konteks, masa menjawab, jenis soalan, serta pelbagai aspek teknikal lain. Pada masa yang sama, pihak yang bertanggungjawab juga cuba memperkenalkan soalan yang berkonsep Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dan Kemahiran berfikir, Strategi Berfikir (KBSB). Pelbagai teori pendidikan dari Barat dan tempatan diterapkan ketika menggubal peperiksaan. Bagi yang mengikuti aspek rencam ini, maka sebenarnya banyak perubahan yang telah berlaku dalam penggubalan format peperiksaan dan pentaksiran dalam sistem pendidikan ini. Lawan kepada objektiviti ialah kreativiti dan terbuka. Satu sistem dikatakan bercorak objektif apabila semua pelajar perlu menjawab mengikut satu skema sahaja. Jawapan mengikut skema tidak mengundang kepada kreativiti. Bagi yang berlatarbelakangkan pendidikan di negara maju, misalnya di Amerika Syarikat (AS), corak pendidikan di Malaysia memang aneh. Di sana, peperiksaan adalah `berasas sekolah', iaitu tiada peperiksaan bersifat kebangsaan. Setiap daerah ada sistemnya sendiri. Jadi, kebanyakan soalan bersifat respons terbuka kerana guru tidak perlu menyemak kertas yang banyak. Guru sanggup menerima pelbagai jawapan mengikut kreativiti pelajar. Penyeragaman menimbulkan banyak kekangan teknikal seperti memeriksa terlalu banyak kertas setiap kali peperiksaan kebangsaan. Oleh kerana keseragaman kurikulum di seluruh negara jugalah, maka soalan peperiksaan perlu berdasarkan konstruk sukatan pelajaran. Kalau hendak melaksanakan corak kreativiti, guru perlu dilatih secukupnya, dan pemahaman kognitif mereka perlu dicanai sematang-matangnya.

11- Perbandingan Tamadun Melayu dengan Tamadun Cina dan India
Dalam komuniti Melayu, ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan kekerabatan, tetapi juga hubungan sesama agama (ukhwah) dan hubungan sesama manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam.

Dalam agama Islam pula, hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut digariskan.

Asas hubungan individu dalam Islam:
a) ikatan kekerabatan
b) persamaan agama
c) ikatan kemanusiaan

Berdasarkan ajaran Islam, sistem kelas dalam masyarakat tidak diwujudkan. Konsep egalitarian yang bermaksud sama rata telah diaplikasikan dalam hubungan sesama anggota masyarakat. Kedudukan lelaki sama dengan wanita. Konsep sama rata wanita dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan di mana fungsi dan peranan wanita merangkumi bidang pekerjaan yang sesuai dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya.

Komuniti Tamadun China

Sistem kekeluargaan dalam masyarakat Cina telah menentukan bentuk komuniti Cina.

Antara cirinya termasuklah:
a)  kuasa lelaki dan bapa.
b) Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah.
c) Sistem kelas dalam komuniti ditentukan oleh tahap pendidikan dan kemahiran.

Komuniti Tamadun India

Komuniti India agak berbeza dengan komuniti lain dari pelbagai segi. Antara perbezaannya termasuklah:
a) komuniti dalam Tamadun India mempunyai peraturan yang ketat.
b) Sistem sosial dan komuniti berasaskan sistem kasta.
c) Penentuan kasta seseorang adalah secara ascribed iaitu diwarisi daripada nenek moyang.
d) Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaan yang boleh dilakukan dan layanan yang patut diberikan kepada individu tersebut.
e) Sistem kasta mempengaruhi semua aktiviti kehidupan dalam komuniti. Konsep dharma ditekankan dalam hubungan sesama anggota masyarakat.
f)  Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan yang apa harus dilakukan oleh setiap anggota.

12- Video (Destar)
Keunikan Tamadun Melayu Melalui Pemakaian Destar, Tengkolok dan Tanjak

13- Mengemas kini Website atau Blog

14- Refleksi Diri atau Kumpulan.
1. Melalui kajian yang telah kami lakukan, terdapat banyak maklumat baharu yang kami dapati sepnajnag kajian ini dijalankan.
2. Kami juga dapat mengetahui adat dan budaya masyarakat Tamadun Melayu dan mencuba untuk mempraktikkan semula agar adat dan budaya tersebut tidak ditinggal zaman.
3. Kami juga dapat menimba ilmu baharu tentang sejarah kewujudan Tamadun Melayu melalui bacaan daripada rujukan terpilih.