Ajaran Sesat by PI1 Wan Nor 'Izzumi Nazhifah Binti Wan Jusoh

Percaya kepada perkara-perkara ghaib
Percaya kepada perkara-perkara ghaib adalah salah satu factor tersebarnya ajaran sesat. Ini disebabkan perkara ghaib itu adalah sesuatu yang sememangnya diasaskan oleh Al-Quran dan Al-hadith, kerana akidah, syarak dan akhlak Islam itu sendiri adalah perkara ghaib yang hanya dapat diketahui melalui Al-Quran dan Al-hadith

Keghairahan untuk mencari kelebihan ilmu-ilmu Islam
Keghairahan yang sedemikian rupa boleh menyebabkan sesorang mudah percaya dan tertipu dengan ajaran-ajaran yang menarik yang dikeluarkan oleh tok guru. Mereka selalu ditipu dengan alasan bahawa ajaran yang disampaikan adalah ilmu yang dimiliki oleh Rasul-Rasul dan Wali-Wali yang dirahsiakan oleh Rasul-Rasul dan Wali-Wali tersebut kepada orang ramai

Kecetekan guru-guru yang mengajar ilmu pengetahuan Islam
Kini terlalu ramai mereka yang tidak mahir dengan ilmu Islam lantas mendabik dada bahawa ia telah pandai dan bertaraf ulama dan mula mengumpulkan murid-murid. Di sinilah letaknya kepentingan peraturan Jabatan Agama Islam negeri-negeri di Malaysia mengeluarkan tauliah kepada guru-guru yang ingin mengajar agama. Ini adalah satu cara perbendungan ajaran sesat yang baik dan berkesan

Murid-murid ajaran sesat juga biasanya terlalu cetek ilmu pengetahuan Islamnya, ditambah dengan kekurangan iman. Mereka merupakan pak turut. Kedudukan mereka boleh diibaratkan seperti kerbau mengikut gembalanya. Seandainya pengembala masuk ke dalam sungai, kerbau-kerbaunya juga akan turut masuk ke dalam sungai. Cuma segelintir dari mereka yang cerdik berpatah balik ke pangkal jalan.

Guru-guru ajaran sesat juga merupakan manusia biasa yang memerlukan keperluan asas untuk hidup bahagia di dunia ini. Sebagai sifat semula jadi terdapat orang yang kurang rajin untuk mencari rezeki yang halal. Jalan singkat yang mudah diperolehi untuk mencari wang ialah dengan mengekploitasikan murid-murid yang setia dengan mengeluarkan ajaran pengabdian diri kepada guru dan penyerahan segala yang ada pada guru sebagai pasport dan visa untuk masuk ke syurga

Untuk menghasilkan pendapatan yang banyak bagi mendapatkan pasport dan visa ke syurga seperti mana yang disarankan oleh guru-guru ajaran sesat, pengikut-pengikutnya terpaksa membanting tulang dan bekerja keras. Akibatnya terkumpul sejumlah hasil yang memuaskan dari aktiviti-aktiviti perekonomian yang dijalankan.

Biasanya berlaku konflik persaingan yang hebat di antara guru-guru agama di dalam mencari murid dan meluaskan pengaruh masing-masing di dalam sesuatu masyarakat. Sudah menjadi lumrah alam, ada di antara guru-guru yang bersaing itu mengatasi yang lain, yang lain itu pula tidak berputus asa.

Pengikut-pengikut ajaran sesat juga percaya bahawa mereka mempunyai status yang tersendiri. Keyakinan dan kepercayaan yang kuat, bahawa merekalah orang-orang Islam yang sebenarnya begitu mendalam tersemat dihati sanubari mereka sedangkan orang-orang lain adalah kafir, belum Islam, Islam kulit dan sebagainya. Wujudnya superioriti konfleks menyebabkan mereka terus berkekalan dalam kesesatan dan sanggup berjihad demi mempertahankan kesesatan mereka.

Guru-guru ajaran sesat, biasanya terdiri daripada orang-orang yang terlalu pandai bercakap, bernas fikiran dan mempunyai sejenis Charismatic Leadership atau kebolehan luar biasa didalam menyelesaikan permasaalahan masyarakat. Kepelikan pemikiran mereka ini biasanya bertambah dari masa ke semasa hingga lahir sesuatu yang luar biasa dari pemikirannya. Tetapi mereka masih lagi berkemampuan untuk bersosial seperti manusia biasa, walaupun fikirannya sudah tidak “normal”.

Mental guru ajaran sesat biasanya kurang sihat, kurang sihat dalam erti kata akalnya terganggu. Diganggu oleh faktor yang sukar ditentukan seperti terlalu banyak amal ibadat, kurang makan, kurang minum, kurang tidur dan sebagainya yang menyebabkan jasmaninya tidak berdaya untuk memberi tenaga yang cukup untuk berfikir secara waras. Kelemahan ini dipenuhi pula oleh syaitan yang memberi ilham kuat dan menyesatkan.